Anda di halaman 1dari 17

Congkak

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Congkak yang digunakan oleh kaum bangsawan di Malaysia.


Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai
aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.
Senarai kandungan
[tutup]
Latar belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika
 1 Latar belakang
atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda
 2 Asas permainan
percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh
 3 Peraturan permainan
cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National
 3.1 Perbezaan peraturan
Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang
 4 Cara membuat congkak
mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000
 5 Rujukan hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

 6 Pautan luar Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika.


Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang
Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan
negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai
sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai
warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina,
sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan
papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia
sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak
dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta
pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai
maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat
juga permainan congkak dalam talian.

Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak
mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Papan congkak berbentuk bangau menyudu.


Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah
congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat
lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua
hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan
congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. [1][2]
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan
mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke
dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan
jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.
'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain
yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.
Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap
pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan
pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain
yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam
giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah
seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap
kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan
kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Peraturan permainan
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[2][3]

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,


dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung
masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan
kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan
boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun
giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku
kalah.

Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang
berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa
perbezaan dari segi peraturan.
Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak
bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan
congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang
bergerak secara melawan arah jam.

Cara membuat congkak


Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan
sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan


papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan
kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja
yang diperlukan dalam membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak
terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu
tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk
dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan
tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai
‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting
supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti
bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang
kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman.


Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu
mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi
mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah.
Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa
sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.[3]
Gasing
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Gasing Jepun
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan
gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh
masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau
kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk
gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat
daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan
seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan
pergerakan tali gasing.
Senarai kandungan
[tutup]

 1 Jenis gasing

 2 Cara bermain gasing

 2.1 Melilit tali

 2.2 Melilit gasing

 2.3 Memusing gasing

 2.4 Memangkah gasing

 2.4.1 Pangkah totok

 2.4.2 Pangkah hentak

 2.4.3 Pangkah layang


 2.4.4 Pangkah tebang

 2.5 Mengangkat gasing

 3 Pautan luar

Jenis gasing
 Gasing toyol
 Gasing begelen
 Gasing berembang
 Gasing buku benang
 Gasing jantung
 Gasing kelamar
 Gasing kepala duri
 Gasing kuno
 Gasing lang laut
 Gasing leper
 Gasing leper Kelantan
 Gasing pacitan
 Gasing pangkah
 Gasing piring
 Gasing pinang
 Gasing tanjung
 Gasing telor
 Gasing Cina
 Gasing Melayu
 Gasing uri

Cara bermain gasing


Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum
tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu
daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing
membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,
memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari
kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana
tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang
baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam
lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi
penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak
mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama
ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada
pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali
biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking
pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung
pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh
pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak
dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi
lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk
memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di
lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain
mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing
dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi
memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.
Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada
lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti
yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat
pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan
yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan
pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja
meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok
dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain
gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher
gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali
hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah
dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa
mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat.
Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku,
gasing akan borot dan membahayakan semua orang.
Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara
yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk
menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara
yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya
terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan
pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara
mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke
arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa
gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring
sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.
Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang
hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing
dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan
dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat
dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing
menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari
paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak
sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke
bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika
tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat
paras bahu sebelum dilepaskan.
Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang
biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok,
pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu
pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing.
Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang.
Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai.
Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula
diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing
dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri
atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika
tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan
gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan.
Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang
dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing
lawan.
Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas
kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah
sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan
pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran
pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.
Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga
merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat,
kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu
gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling
sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord
kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah
inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan
dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing
dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing
yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat
hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia
akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing
mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali
kerana ini akan mengurangkan keligatan.
Mahjong
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng;
Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untum empat orang yang berasal dari
China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk;
Jepun: Mājan.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu
tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu
remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian
juga sebagai permainan komputer.
Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga,
dari samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira
pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain
samaada 14 atau 17 keping.
Senarai kandungan
[tutup]

 1 Sejarah

 1.1 Mahjong di China

 1.2 Mahjong di Dunia Barat

 1.3 Mahjong pada masa kini

 2 Peraturan Pertandingan

 3 Peralatan

 4 Penyediaan papan

 5 Permainan

 6 Permarkahan

 7 Bacaan lanjut

 7.1 Klassik Cina

 7.2 Rasmi Cina

 7.3 Lain-lain

 8 Nota kaki

 9 Pautan luar
[sunting] Sejarah
[sunting] Mahjong di China
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah
China teragung telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini
mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan
permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan
pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru
beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang
diturunkan oleh Confucius. Zhōng (中 , harfiah tengah) Merah, Fā (發 , harfiah
kemakmuran) Hijau, Bái (白 , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili
Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan
mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada 中国 (zhōngguó) —
nama negara China bahasa Cina.
Mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin
menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana
pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang
mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang mungkin.
Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan
permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia
berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga
dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí (葉子),
secara harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan
dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang
digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9
dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan,
adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini.
Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan
tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat
semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi
masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan
Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875.
Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō,
dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.
Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949,
apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang
sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan
kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali,
dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina.
Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa
popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.
[sunting] Mahjong di Dunia Barat
[sunting] Mahjong pada masa kini

[sunting] Peraturan Pertandingan


[sunting] Peralatan
[sunting] Penyediaan papan
[sunting] Permainan
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng;
Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untum empat orang yang berasal dari
China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk;
Jepun: Mājan.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu
tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu
remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian
juga sebagai permainan komputer.
Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga,
dari samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira
pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain
samaada 14 atau 17 keping.

[sunting] Permarkahan
[sunting] Bacaan lanjut
[sunting] Klassik Cina
 Babcock, Joseph Park, Babcock's Rules for Mah-jongg. Mah-jongg Sales Company
of America: 1923.
 Babcock, Smith, Hartman, Work, and Foster, The American Code Of Laws For Mah-
Jongg. Standardization Committee: 1924.
 Millington, A.D., Complete Book of Mah Jong. Weidenfeld & Nicolson: 1993. ISBN 0-
297-81340-4

[sunting] Rasmi Cina

 Competition Mahjong Official International Rulebook. Takeshobo: 2002. ISBN 4-


8124-0944-6.
 Handbook For The Competitions Of The Chinese MaJiang. Organizing Committee of
Chinese MaJiang: 2005
 Pritchard, David B.,The New Mahjong. Right Way: 2004. ISBN 0-7160-2164-1.

[sunting] Lain-lain

 Lo, Amy. The Book of Mah jong: An Illustrated Guide. Tuttle Publishing: 2001. ISBN
0-8048-3302-8
 Oxfeld, Ellen., Blood, Sweat, and Mahjong: Family and Enterprise in an Overseas
Chinese Community. Cornell University Press. 1993. ISBN 0-8014-9908-9.
 Pritchard, David B.,Teach Yourself Mahjong. McGraw-Hill/Contemporary: 2001.
ISBN 0-658-02147-8.
 Sloper, Tom., Mah-Jongg: Game of the Orient. Self-published: n.d.
 Wright Patterson Mah Jongg Group, Mah Jongg; Wright-Patterson Rules. Wright
Patterson Mah Jongg Group: 1963.
Seremban
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bandar Seremban adalah ibu negeri Negeri Sembilan. Seremban mempunyai
penduduk seramai 420,000 pada 2003, hampir separuh jumlah penduduk Negeri
Sembilan (iaitu 913,300 orang mengikut Banci 2003).
Sejarah Seremban bermula seperti bandar-bandar lain di Malaysia. Sekitar tahun
1840-an, kawasan di sekitar Rasah didapati kaya dengan hasil bumi seperti bijih
timah. Seremban mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri
daripada orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban
bukan sahaja menjadi pusat perlombongan bijih timah tetapi juga pusat
perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai
laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di
kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat
namanya daripada permainan tradisional "Sarimban" yakni sejenis permainan yang
menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan
pada masa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campurtangan di atas
pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan
perlombongan bijih timah diantara Dato' Kelana dan Dato' Shahbandar. Ini telah
memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen
pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan
Dato' Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah
mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka
merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan
Inggeris selamat dan meyakinkan.
Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan
Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di
Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato' Bandar Tunggal) yang
mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen-Residen
British ketika itu.
Seremban juga telah menjadi pusat budaya orang Minangkabau di Malaysia.
Kini, Seremban telah berkembang pesat sehingga sebuah bandar baru, Seremban
Dua telah dibina sebagai pusat komersil baru 2 km dari Seremban. Selain
pengangkutan kereta api, Seremban turut dihubungkan ke Lembah Klang dengan
sistem pengangkutan keretapi komuter