Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN

Permainan

tradisonal

merupakan

sesebuah masyarakat, menerusi

salah

satu

simbol

identiti

peredaran zaman permainan

tradisional yang bukan sahaja terdapat di Malaysia malah di seluruh


dunia mengalami proses asimilasi dan perubahan samaada dari segi
cara bermain ataupun peralatan yang digunakan. Sebagai contoh
permaian

congkak

yang

mengalami

proses

perubahan

kalau

dahulunya dimainkan dengan menggunakan tujuh buah pada setiap


kampung, kini permainan tersebut boleh dimainkan hanya dengan
menggunakan tiga buah sahaja.
Sekiranya pada zaman dahulu permainan tradisional hanya
dimainkan oleh sesetengah golongan sahaja seperti golongan sultan
dan bangsawan, kini tidak lagi, permainan tradisional kini menjadi
salah satu wadah ataupun medium yang mampu mengeratkan
hubugan silaturahim antara masyarakat setempat misalnya. Oleh
itu, bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5
ambilan Januari 2013 untuk subjek elektif Pendidikan Jasmani kami
diberikan tugas untuk menghidupkan semula permainan tradisional
yang kini semakin hilang ditelan zaman akibat saingan dengan
permainan elektronik di pasaran, dan bagi tugasan tersebut kami
telah memilih permainan congkak untuk tugasan kami.

2.0

SEJARAH ASAL USUL PERMAINAN CONGKAK

Permainan congkak merupakan permainan tradisional ataupun


permainan rakyat yang terdapat di negara kita dan beberapa
negara Asia Tengggara seperti Indonesia, Singapura dan Filipina.
Walaupun permainan congkak sudah lama diwarisi dan dimainkan
sejak nenek moyang namun permainan ini terdapat asal usulnya
sebelum menjadi permainan Melayu tradisional yang digemari oleh
kaum wanita dan kanak-kanak negara kita pada hari ini.

Terdapat dua pendapat mengenai kedatangan permainan


congkak

ke

Asia

Tenggara.

Salah

satunya,

pendapat

yang

mengatakan bahawa permainan ini berasal dari Afrika dan Arab.


Walau

begitu,

pendapat

ini

tiada

bukti

yang

kukuh

untuk

membuktikan asal usul congkak berasal dari Afrika. Namun,


terdapat bukti kepingan batu kapur yang dapat mengukuhkan
pendapat tentang kedatangan permainan congkak dari Arab. Bukti
tertua ini merupakan kepingan batu kapur yang mempunyai dua
liang selari yang bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM yang
dijumpai oleh cari gali purba Persatuan National Geographic di
Jordan. Dari

Arab,

pedagang-pedagang Arab telah menyebar

permainan congkak ke Asia Tenggara. Di Asia Tenggara, permainan


congkak mungkin mula berkembang di Melaka yang merupakan
pusat perdagangan pada masa dahulu.
Permainan congkak dimain oleh golongan bangsawan di
negeri-negeri Kesultanan Melayu dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah untuk menunjukkan status kehidupan
mereka. Terdapat pelbagai papan congkak yang diukir berbentuk
ikan, angsa, ayam, biawak, naga yang diukir oleh tukang pembuat
congkak pada masa dahulu. (gambar pelbagai bentuk papan
congkak, sila rujuk lampiran ms.) Ukiran di badan papan congkak
lebih kepada corak geometri, flora dan fauna yang menunjukkan
kehebatan seni ukiran yang hebat pada masa dahulu. Meskipun,
rakyat jelata meminati permainan congkak, mereka hanya mampu
bermain

congkak

dengan

mengorek

lubang

di

dalam

tanah

memandangkan mereka tidak berupaya memiliki papan congkak


yang mewah. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan
keturunan BabaNyonya Melaka turut meminati permainan ini.
Keseronokan bermain permainan tradisional ini, telah dibawa
ke peringkat yang lebih tinggi lagi dengan adanya permainan
congkak secara maya melalui computer internet mahupun melalui
telefon bimbit, sebagai contoh syarikat membuat telefon bimbit

Nokia telah memperkenalkan permainan congkak dalam salah satu


aplikasi permainan yang terdapat dalam telefon bimbit keluaran
mereka, permainan congkak diberi nama bantumi dan mendapat
sambutan hangat bagi semua lapisan generasi.

3.0

CARA BERMAIN

Berikut adalah CARA permainan congkak :


i.

Permainan ini hanya melibatkan dua orang pemain sahaja.


Dua

orang peserta

berkenaan akan duduk

berhadapan

menghadap papan congkak.


ii.

Permainan dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak


mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan
buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung
lawan iaitu mengikut arah pusingan jam.

iii.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan


dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau
lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri.

iv.

Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang


dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada)
di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan. Ini dikenali sebagai tembak.

v.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga


buahnya mati.

vi.

Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain


boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang
masih banyak di mana-mana kampung sendiri.

vii.

Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak


lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak
lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

viii.

Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain


sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk
menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

ix.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi


semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung
yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini
tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua,
ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

x.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masingmasing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak
terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak,
maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak
dikira kalah.

xi.

Permainan akan tamat sekiranya pemain sudah bosan atau


salah satu pihak pemain telak mengaku kalah.

4.0

SYARAT

SISTEM LIGA

DAN

PERATURAN

PERMAINAN

CONGKAK

KALAH MATI

Seiring dengan Kerja Kursus PJM3123E yang memerlukan kami


mempersembahkan permainan tradisional yang kami pilih dalam
Karnival Permainan Tradisional, kumpulan kami telah mengubah
sedikit peraturan permainan congkak dengan menggunakan sistem

liga kalah mati. Berikut merupakan peratusan bagi permainan


congkak sistem liga kalah mati.
i)

Permainan ini hanya melibatkan 2 orang pemain untuk satu

ii)

papan congkak
Permainan hanya boleh dimulakan sekiranya mendapat tiupan

iii)
iv)

wisel ataupun isyarat daripada pengadil


Pergerakan haruslah mengikut arah jam
Sekiranya pemain telah memegang buah yang terdapat di
kampungnya sediri, pemain tersebut hendaklan menggunakan
buah yang terdapat pada kampung tersebut, dan tidak

v)

dibenarkan membuat pilihan baru.


Sekiranya pihak lawan secara tidak sengaja meletakkan buah
di Rumah pihak lawannya, buah tersebut dikira hangus dan

vi)

markah akan diberikan kepada pihak lawan.


Buah yang mati di kampung lawan dan sekiranya di kampung
pihak lawan tersebut tidak mempunyai buah, giliran pemain

vii)

akan tamat dan akan diberikan kepada pihak lawan


Sekiranya buah mati di tempat sendiri dan kampung tersebut
kosong, dan kampung yang berlawanan mempunyai buah,
pemain boleh mengambil buah yang terdapat pada kampung

viii)

tersebut dan dimasukan ke rumah.


Pemain yang melebihi masa 3

saat

untuk

membuat

pergerakan akan dikenakan penalty dengan memberikan 3


ix)

buah kepada pihak lawannya.


Pemain yang didapati menipu akan dibatalkan penyertaan dan

x)
xi)

pihak lawan akan menang akan mara ke peringkat seterusnya.


Pertukaran pemain adalah tidak dibenarkan sama sekali
Pemain yang menerima bantuan ataupun tunjuk ajar daripada

xii)

pihak luar akan dibatalkan penyertaan


Sekiranya terdapat soalan ataupun

xiii)

dikehendaki menghubungi pengadil yang bertugas.


Di akhir permainan sekiranya berlaku seri pemenang akan

xiv)

ditentukan dengan permainan one two sum.


Keputusan pengadil adalah muktamad.

kekeliruan,

pemain

2.0

STRUKTUR DAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PEMBENTUKKAN


CONGKAK

gambar 1 : papan congkak

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahagian utama iaitu


papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk
sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan
terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai
'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang
dikenali

sebagai

'rumah'.

Bilangan

lubang

kampung

boleh

ditentukan oleh tukang pembuat congkak sehingga Sembilan lubang

sebaris. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80


cm dan lebarnya 18 cm.
Kebanyakkan papan congkak dibuat daripada kayu yang tahan
dan sesuai diukir seperti kayu merbau, keruing, balau, kayu
rambutan,

nangka

dan

sebagainya.

daripada logam ataupun tanah di

Congkak

kawasan

juga

dihasilkan

pendalaman.

Lubang

kampung dan lubang rumah akan menggunakan tempurung kelapa


supaya tangan tidak kotor terkena tanah dan selesa semasa
memegang buah congkak.
Namun, congkak yang diperbuat daripada kayu agar berat
dan susah dibawa ke mana-mana. Oleh itu, congkak zaman moden
kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras, kayu mampat, dan
dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi
mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke manamana sahaja.
Buah congkak juga dikenali sebagai biji congkak. Lazimnya
buah congkak menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu
kecil, dan biji getah mengikut kawasan masing-masing yang senang
mengumpul biji tersebut. Di kawasan yang berdekatan dengan
sungai, kanak-kanak akan mengumpul biji batu sebagai buah
congkak, manakala kanak-kanak akan mengumpul batu kerikil atau
cangkang kerang sekiranya mereka menetap di tepi laut. Oleh itu,
buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja
yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.

GRAF JADUAL PERLAWANAN LIGA KALAH MATI


PERMAINAN CONGKAK

gambar 2 : Jadual perlawanan kalah mati

7.0

PROSES SEBELUM PERTANDINGAN

7.1

Proses penyediaan alatan

Bagi penyediaan alatan permainan congkak ini hanya memerlukan 3


alatan utama itu :
i)
ii)
iii)

Papan congkak
Buah
Papan permarkahan

i) Papan congkak
Memandangkan pensyarah mengalakkan kami untuk melibatkan
semua pelajar untuk bermain permainan congkak, ahli kumpulan
kami telah memilih untuk membuat papan congkak yang diperbuat
daripada cup ataupun cawan kertas, kerana kos yang murah dan
papan yang dihasilkan lebih ringan meskipun mengambil masa yang
agak lama untuk menyediakannya, hasilnya kami sanggat berpuas
hati.

gambar 3 : susun cawan kertas 14 kampung 2 rumah

gambar 4: Gariskan dan gunting separuh cawan

gambar 5 : hasil yang telah digunting

gambar 6 : steplerkan kesemua sambungan

gambar 7 : papan congkak yang telah siap

ii) Buah
Buah yang digunakan adalah batu kerikil, batu yang dipilih mestikan
bersaiz kecil dan muat dalam papan congkak selain bersih daripada
sebarang kekotoran seperti tanah.

gambar 8 : batu kerikil

iii) Papan markah / jadual kalah mati


diperbuat daripada polisterin, kertas berwarna mengandungi nama
peserta dan pin.

gambar 9 : jadual kalah mati

Anda mungkin juga menyukai