Anda di halaman 1dari 7

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Asas permainan congkak? Mudah sahaja. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali

ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak". Peraturan permainan congkak ini juga mudah fahami. Pertama, dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Kedua, gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Ketiga, pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Keempat, sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Kelima, dan yang terakhir sekali, setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional ialah sejenis permainan yang dimainkan pada zaman dahulu kala. Salah

satu daripada permainan tradisional tersebut ialah congkak. CONGKAK. PENGENALAN Congkak merupakan antara permainan taradisional yang cukup popular pada

suatu ketika dahulu, permainan ini bukan sahaja dimainkan di desa-desa tetapi juga di kota-kota. Umumnya, congkak merupakan sejenis permainan masa lapang rakyat Malaysia dan biasanya dimainkan di dalam rumah. Ada juga sesetengah orang yang menyebut nama permainan ini sebagai `jongkak`.Tidak hanya di negara ini, permainan congkak turut dimainkan oleh masyarakat di beberapa buah negeri di benua Asia dan Afrika. Oleh itu, congkak bolehlah dikatakan permainan yangbersifat universal serta mampu menarik orang ramai untuk memainkannya. Terutama di kalangan kaum wanita.Depercayai permainan congkak telah wujud sejak 200 tahun yang lalu di alam melayu. Congkak menjadi pilihan untuk dimainkan oleh golongan wanita khususnya keranacongkak tidak memerlukan banyak pergerakan fizikal berbanding permainan rakyat yang lain. Permainan congkak sangat digemari oleh gadis dan tidak terkecuali wanita-wanita berusia.

PERLATAN CONGKAK

PAPAN CONGKAK Permainan congkak hanya memerlukan dua jenis peralatan sahaja iaitu papan congkak dan buah congkak. Sebelum adanya papan congkak, mereka yang ingin bermain congkak akan mengorek tanah untuk membuat lubang congkak. Kini, papan congkak boleh didapati dengan mudah dan biasanya diperbuat daripada kayu yang agak keras dan bermutu. Jika diperhatikan, ukuran biasa papan congkak ialah kira-kira 120 cm. Kebiasaanya, papan congkak adalah tebal dan dibentuk seperti sebuah perahu kecil. Papan congkak yang sudah siap akan dihiasi pula. Papan congkak berkenaan akan diukir, diwarna dan dikilatkan untuk mencantikkannya. Bahagian atas papan congkak akan dibuat dua barisan lubang yang sama besar dan banyak. Lubang-lubang itu dinamakan `Kampung Congkak;. Jumlah yang terdapat pada papan congkak ada kalanya 7,10,14 dan sebagainya. Lubang-lubang ini akan diisi dengan buah congkak. Pada hujung kedua-dua barisan lubang pula akan dibuat dua lubang yang lebih besar. Lubang besar ini adalah untuk mengisi buah congkak yang banyak. Justeru, keduadua lubang besarini dinamakan sebagai `Rumah Congkak . BUAH CONGKAK

Sebenarnya berbagai-bagai benda atau objek boleh dijdikan buah congkak

terutamanya guli. Namun sebelum adanya guli, kulit kerang, biji getah, batu-batu kecil, biji saga dan sebagainya sering dijadikan buah congkak. Benda-benda ini mudah diperoleh di sekeliling rumah. Buah congkak akandiisi ke dalam lubang-lubang congkak. Jumlah yang perlu diisi bergantung kepada jumlah lubang yang terdapat dalam satu baris. Sebagai contoh, jika lubang congkaknya tujuh, maka tujuh biji buah congkak perlu diisi ke dalam setiap lubang dan begitulah sebaliknya.

CARA BERMAIN
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan

dengan keduadua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing danmemasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dankampung lawan
.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkandalam

kampung kosongdi kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranyabuah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
Pemain

itu

boleh

menembak

kampung

lawan

yang

setentang

dengankampungnya iaitu mangaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampong tersebut.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya mati.

Sekiranya buahterakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan denganmengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.
Sekiranya buah terakhirjatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan

itu mati di situ sahaja dan pihak lawanboleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap permainan mengisi semulakampung

dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buahnya diangap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya sehingga pihak lawan mengaku kalah.

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa: 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah

Anda mungkin juga menyukai