Anda di halaman 1dari 3

Baling tin

Permainan Baling Tin ini merupakan sejenis permainan kanak-kanak tradisional.[1] Ia


dimainkan secara berkumpulan. [2] Ia pernah diabadikan sebagai gambar
stem Malaysia pada tahun 2000.[3]

Biasanya 15 tin susu kosong diperlukan untuk permainan ini. Tin disusun mengikut
urutan 5,4,3,2, dan yang paling atas 1.

2 kumpulan yang bermain tin yang disusun hendaklah dibaling dengan


mengunakan selipar untuk diruntuhkan, setelah tin diruntuhkan pihak lawan perlu
membaling selipar untuk menghalang pihak lawan dari menyusun semula tin. Jika tin
Berjaya di susun permainan adalah dikira menang.[4]

Konda kondi

Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak
di Malaysia. Dalam masyarakat India, ia dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan
sekurang-kurangnya 2 orang.

Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas
tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. Kayu diletak di tengah lubang secara melintang.
Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain
lawan.
Congkak
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan
mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan
congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima
atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80
cm dan lebarnya 18 cm."Congkak" (dalam bahasa B. Inggeris). ThinkQuest Library. Diarkibkan
daripada yang asal pada 2008-06-02. Dicapai pada 18 April 2008.</ref>[7]

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan
permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan
rumah dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah
congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke
rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang
kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri
pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang
kosong. Dan selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap
pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi
lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup
lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan.
Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau
satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang
sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di
sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Galah panjang
Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang
dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris
bergantung kepada bilangan pemain. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan
menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Cara bermain
Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan
dan kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung
kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang
berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari
kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang
menempuh gelanggang.
3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang
dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan
bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan
menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke
dalam gelanggang.
5. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang
dijaganya.
6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh
penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi
garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

Syarat permainan
Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat
gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

1. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran
dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

Anda mungkin juga menyukai