Anda di halaman 1dari 5

(Opsyen: Pendidikan Khas Sem 5) 1. JALA ITIK Permainan ini biasanya dimainkan di kalangan kanak-kanak.

Ia bertujuan untuk mencari bilangan ahli paling ramai. Bilangan pemain tidak terhad dan tiada peralatan diperlukan untuk bermain permainan ini. Hanya sebuah lagu sahaja yang akan didendangkan untuk bermain permainan ini.

Lagu yang akan dinyanyikan semasa bermain permainan Jala Itik : Jan jan jala, jala itik jala ayam, Berapa lubang kancil?, Seratus lima puluh, Singgah cik Dayang singgah, Makan sirih mulut me..................rah.

Cara bermain

Dua orang pemain akan dipilih untuk dijadikan ketua. Selepas itu, kedua-dua ketua tersebut akan berbincang sesama mereka sahaja untuk memilih nama samaran atau kod rahsia yang akan ditanya kepada pemain lain yang ditangkap oleh mereka. Apabila selesai berbincang mengenai nama samaran, permainan akan dimulakan dengan kedua-dua ketua tersebut akan mengadap di antara satu sama lain dan berpegang tangan di antara satu sama lain dan diangkat ke atas. Hal ini adalah kerana memudahkan pemain untuk melaluinya. Apabila lagu dinyanyikan oleh kedua-dua ketua tersebut, para pemain akan mula bergerak melalui bawah tangan kedua-dua ketua tersebut. Apabila lagu sudah habis dinyanyikan, kedua-dua ketua tersebut akan menangkap pemain yang sedang melalui mereka. Kemudian, pemain yang ditangkap sebentar tadi akan dibawa ke tempat lain (ke tempat yang jauh sedikit daripada pemain lain) dan salah seorang ketua tersebut akan menyoal pemain tersebut supaya memilih nama samaran yang disoal sebentar tadi.

Contoh :

Ketua A nama samarannya adalah Ayam dan ketua B nama samarannya adalah Rusa. Salah seorang ketua tersebut akan bertanyakan soalan kepada pemain yang ditangkap sebentar tadi seperti ini nak ayam atau rusa? Kemudian pemain yang ditangkap oleh mereka akan memberikan jawapan berdasarkan pilihan yang diberikan tadi iaitu sama ada ayam atau rusa. Jika pemain tersebut memilih rusa, pemain tersebut akan menjadi ahli kepada ketua B dan akan berdiri dibelakang ketua B sewaktu permainan bermula semula. Tetapi apabila kedua-dua ketua tersebut menangkap pemain yang lain, ahli yang berada di belakang ketua tidak boleh ikut ketuanya untuk menanyakan soalan kepada pemain yang ditangkap tadi. Sekiranya pemain yang ditangkap sebentar tadi menjadi ahli kumpulannya, ahli itu akan berdiri dibelakangnya pula dan begitulah seterusnya sehingga semua pemain ditangkap dan disoal.

Cara menentukan pemenang. Permainan akan diteruskan sehingga semua pemain ditangkap dan disoal. Para pemenang akan ditentukan oleh jumlah ahli yang paling ramai. Sekiranya jumlah ahli masing-masing adalah sama, para pemenang akan ditentukan dengan cara yang dipersetujui iaitu seperti pertandingan tarik tali, wan tu som dan lain-lain seperti mana dikehendaki dan dipersetujui oleh kedua-dua ketua tersebut.

2. CEPER Peraturan permainan:

1. Permainan ini memerlukan lima keping penutup botol besi atau budak panggil ceper lah senang. Dan sila ketuk sedikit untuk meberi keselesaan sewaktumenimbang. 2. Permainan ini memerlukan lebih dari satu orang. Ini bermaksud lebih ramai lebih seronok. Ia juga boleh dimainkan secara individu atau berpasangan.

3. Pemain-pemain perlu menentukan giliran bermain dengan melakukan aksi timbang-menimbang. Bilangan yang lebih besar akan diberi keistimewaan untuk beraksi terlebih dahulu. 4. Pemain akan memutar susunan ceper untuk medapatkan serakan taburan secara tidak tersusun dan setiap keping ceper dipastikan tidak bertindih antara satu sama lain dan tidak terkena gangguan dari objek lain. *Jika ia berlaku terdapat peraturan yang akan dikenakan. 5. Jika taburan itu memenuhi kriteria dari peraturan sebelum ini pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil satu dari lima keping ceper yang terserak. 6. Apabila pemilihan telah dilakukan. Pemain lain boleh menentukan pasangan ceper yang perlu dijentik. 7. Jika berjaya merintangi halangan itu, pemain perlu menimbang ceper dengan kemas. Setiap ceper yang berjaya ditimbang akan dikurniakan dua mata. Sepuluh mata penuh jika berjaya menimbang dengan sempurna. Ingatan pada jumlah mata amat penting. Jika pemain tersalah menyebut jumlah mata sebenar, mata akan ditolak keseluruhannya. 8. Pemain perlu mengumpulkan jumlah mata mengikut syarat-syarat sebelum bermain. *Kriteria susunan ceper yang tidak seimbang; i. Ayam : Situasi ceper bertindih dua. Maka permain diberi kelonggaran untuk menarik keluar ceper tersebut. ii. Jamban : Situasi ceper bertindih tiga. Perlu bermain mengikut susunan jamban. iii. Hujan/Ribut/Taufan : Situasi bila ceper terkena objek hidupan seperti rakan yang mendengki apabila melihat struktur susunan ceper yang tersusun sangat kemas dan tidak mencabar. Hujan/Ribut/Taufan akan dipilih oleh pemain. Dan pemain lain akan memberikan hukuman tersebut.

3. GULI Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki. Gelanggang Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengahtengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan. Cara bermain Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam

lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Anda mungkin juga menyukai