Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Bahan asas untuk permainan ini adalah tin, oleh yang demikian permainan ini dikenali
sebagai Permainan Tuju Tin. Dikenali juga sebagai Baling Pot dan Lecut di sesetengah
tempat. Permainan Baling Tin hanya mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan terus
popular hingga pertengahan tahun 1970-an. Masyarakat Melayu dan Cina amat
gemar memainkannya terutamanya kanak-kanak. Lazimnya permainan ini dimainkan di
kawasan kampung yang kekurangan hiburan dan permainan ini dimainkan untuk mengisi
masa senggang. Permainan baling tin memerlukan kemahiran, ketangkasan dan
kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga
memerlukan pemain berkerjasama untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Peralatan asas bagi permainan ini hanyalah tin dan selipar pada masa dahulu. Selipar akan
digunakan untuk membaling tin dan juga pemain. Tetapi pada masa sekarang, selipar telah
digantikan dengan bola kertas atau bola getah yang tidak terlalu keras utuk menggelakkan
pemain berasa sakit. Permainan ini digemari kerana bahan yang digunakan mudah didapati
dan ada di sekeliling. Permainan ini juga boleh dimainkan oleh ramai pemain dan ini
menyebabkan ianya sering dimainkan dan mencetuskan suasana riuh rendah yang
menyeronokkan.
OBJEKTIF PERMAINAN
Terdapat beberapa objektif yang telah dilihat dalam permainan kanakkanak ini . Antaranya ialah :
Dapat menggalakkan kanak-kanak bersukan dan seterusnya dapat

menyihatkan tubuh badan.


Dapat meningkatkan kordinasi tangan dan juga penglihatan kerana
permainan ini memerlukan pemain melempar bola ke arah tin

dengan tepat untuk menjatuhkan tin.


Murid dapat menggunakan akal fikiran untuk mengatur strategi bagi

memastikan pasukan mereka menang.


Dapat melahirkan dan meningkatkan kerjasama dalam kumpulan .

Murid dapat menjalinkan dan merapatkan hubungan diantara ahli


pasukan.

PERATURAN PERMAINAN

1. Terdiri dari dua kumpulan iaitu pihak pelontar dan pihak penyerang.
2. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai pemain sekurangkurangnya 6 hingga 10 orang pemain.
3. Susunan tin hendaklah dalam formasi piramid dalam kiraan 4, 3, 2,
1. Jarak antara susunan tin dan pelontar hendaklah dalam
lingkungan 4-6 meter.
4. Tin yang telah terjatuh akibat dibaling oleh kumpulan pelontar
hendaklah disusun semula oleh pihak pelontar.
5. Sekiranya pelontar terkena balingan bola sebelum sempat
menyusun semula tin-tin yang jatuh, ia akan dikira mati tanpa
mendapat mata, dan pemain dari pihak lawan pula akan melempar
bola pula.
6. Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling
pemain daripada pihak pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja
untuk mengelakkan kecederaan.
7. Permainan hanyalah perlu dimainkan di dalam kawasan permainan
sahaja. Jika keluar daripada kawasan permainan, penalti akan
dikenakan.
8. Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar
juga tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.
9. Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin yang tidak
berserakan atau mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan
dimainkan.
10.

Perbuatan mengacah boleh dilakukan ketika permainan.

Namun demikian, semasa pasukan pelontar hendak menggolek

bola, pasukan penyerang TIDAK DIBENARKAN menganggu


pasukan tersebut. Penalti akan dikenakan sekiranya pasukan
penyerang berbuat demikian.

CARA PERMAINAN

1.

Sebelum memulakan sesuatu permainan boling tin ini, dua


kumpulan

perlu

dibentuk.

Setiap

kumpulan

terdiri

daripada

sekurang-kurangnya tiga pelontar. Jumlah pemain bagi satu pasukan


adalah di antara 6-10 orang.

2. Setelah itu, dua kumpulan tersebut akan diundi sama ada menjadi
penyerang atau pelontar. Kumpulan pelontar akan bertindak sebagai
pembaling, manakala kumpulan penyerang pula adalah pasukan
yang akan menyerang setelah tin berjaya dijatuhkan oleh pasukan
pelontar.

3. Undian

boleh

dilakukan

dengan

pelbagai

cara,

sama

ada

menggunakan duit syiling atau wan tu som. Undian ini akan


dilakukan dengan adil untuk mendapat persetujuan daripada keduadua kumpulan.

4. Setelah itu, satu dua garisan yang lurus akan dibentuk secara
bertentangan.
permulaan,

Garisan

manakala

pertama
garisan

digunakan

kedua

pula

meletakkan tin-tin yang disusun dengan kemas.

untuk
digunakan

garisan
untuk

5. Pihak pelontar akan memulakan permainan dengan berdiri di


belakang garisan permulaan. Kemudian wakil daripada pelontar
akan melontar bola untuk ditujukan pada tin-tin yang telah disusun.
Pihak penyerang pula akan bersedia di belakang susunan tin. Ini
adalah

penting

kumpulan

supaya

pemain

pihak

sebaik

sahaja

penyerang
wakil

dapat

pelontar

menyerang
menjatuhkan

susunan tin tersebut.


6. Sekiranya susunan tin jatuh akibat lontaran bola tersebut, pihak
penyerang akan mengambil bola tersebut dengan tujuan untuk
membaling kepada pelontar atau kumpulan pelontar sebelum
sempat

melarikan

diri.

Sekiranya

lontaran

pertama

tidak

menjatuhkan tin, cubaan sebanyak dua kali akan diberikan. Jika


tidak, pihak penyerang akan menjadi pelontar dan pihak pelontar
akan menjadi penyerang.

7. Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun, kumpulan


pelontar akan melarikan diri untuk mengelakkan balingan daripada
pihak penyerang. Pada masa yang sama setiap pelontar harus
bertindak mengumpul tin-tin yang berselerakkan dan menyusun
semula tin tersebut mengikut susunan asal.
8. Semasa

mengumpul

hendaklah

tin

berhati-hati

kosong

dengan

tersebut,
kumpulan

pasukan
penyerang

pelontar
kerana

pasukan pelontar akan diserang menggunakan bola. Sekiranya


pasukan penyerang berjaya membaling bola kertas/getah dan
terkena semua pemain pasukan pelontar sebelum

tin berjaya

disusun, pasukan penyerang akan dikira sebagai pemenang

dan

mendapat satu mata bagi pusingan tersebut.

9. Jika pelontar berjaya menyusun tin-tin itu sebelum terkena dibaling


oleh

kumpulan penyerang, bermakna kumpulan pelontar akan

mendapat satu mata. Jika sebaliknya pula,

kumpulan pelontar

dianggap mati tanpa sebarang mata dan pihak penyerang akan


mengambil giliran sebagai kumpulan pelontar pula.

LAMPIRAN

Bola Kertas

Contoh Formasi tin 4,Bola


3, 2,Getah

Permainan Tuju Tin

Contoh Susunan pemain

Anda mungkin juga menyukai