Anda di halaman 1dari 5

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

BALING TIN
CARA BERMAIN
I.

Sebelum memulakan sesuatu permainan baling tin, dua kumpulan perlu dibentuk. Setiap
kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pelontar.

II.

Setelah itu, dua kumpulan tersebut akan diundi sama ada menjadi penyerang atau
pelontar. Kumpulan pelontar akan bertindak sebagai pembaling, manakala pemain pula
adalah pasukan yang memulakan permainan tersebut.

III.

Undian dilakukan dengan menggunakan duit syiling. Undian ini akan dilakukan dengan
adil supaya mendapat persetujuan kedua-dua kumpulan.

IV.

Setelah itu, satu dua garisan yang lurus akan dibentuk secara bertentangan. Garisan
tersebut boleh dibuat secara bertentangan pada jarak lapan meter. Garisan pertama
digunakan untuk garisan permulaan, manakala garisan kedua pula digunakan untuk
meletakkan tin-tib yang disusun dengan kemas.

V.

Semua tin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama akan disusun. Susunan
tersebut harus disusun berhati-hati supaya tidak runtuh sebelum bermain.

VI.

Pihak pelontar akan memulakan permainan dengan berdiri di belakang garisan pemula.
Kemudian wakil daripada pelontar akan melontarkan bola dengan berhati-hati untuk
mengenai tin-tin yang paling atas.

VII.

Pihak penyerang pula bersedia di belakang susunan tin. Ini adalah penting supaya pihak
penyerang dapat menyerang kumpulan pemain sebagai sahaja wakil pelontar
menjatuhkan susunan tin tersebut.

VIII.

Sekiranya susunan tin jatuh akibat lontaran tersebut, pihak penyerang akan merebut
bola tersebut dengan tujuan membalingkan kepada pelontar atau kumpulannya sebelum
sempat melarikan diri. Sekirannya balingan pertama tidak menjatuhkan bola, cubaan
sebanyak dua kali akan diberikan. Jika tidak, pihak penyerang akan menjadi pelontar
dan pihak pelontar akan menjadi penyerang.

IX.

Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun, kumpulan pelontarkan melarikan
diri untuk mengelakkan balingan daripada pihak penyerang. Pada masa yang sama
setiap pelontar harus bertindak atau mengambil peluang untuk menyusun tin-tin yang

berserakan. Namun begitu, bukan mudah untuk menyusun tin-tin yang berserakan
kerana terpaksa mengelakkan daripada mengenai balingan bola oleh penyerang.
X.

Aksi acah-mengacah harus dilakukan sama ada oleh pelontar penyerang. Bahkan
terdapat pelontar yang akan melarikan diri daripada mengelakan dibaling oleh
penyerang. Pada masa yang sama pelontar harus memastikan penyerang mengejar
untuk member peluang kepada ahli lain untuk menyusun tin-tin tersebut.

XI.

Oleh itu semakin sedikit tin yang berserakan, semakin mudah pula untuk disusun. Ini
kerana tin susu yang jatuh tidak akan dikira mata. Oleh itu, pelontar digalakkan
menjatuhkan satu tin sahaja untuk memudahkan tin disusun kelak.

XII.

Jika pelontar berjaya menyusun tin-tin itu sebelum mengenai balingan daripada
kumpulan penyerang, bermakna kumpulan pelontar akan mendapat satu mata. Jika
sebaliknya pula,pelontar dianggap mati tanpa sebarang mata dan pihak penyerang akan
memainkan permainan tersebut.

XIII.

Sekiranya bola yang dilontar itu dapat disambut sebelum mencecah tanah, maka semua
pelontar kumpulan pelontar dikira mati. Oleh itu, wakil pemain daripada pihak pelontar
harus membaling dengan kuat supaya tidak dapat disambut oleh pihak penyerang.

XIV.

Bagi permainan baling tin yang menggunakan selipar pula garisan pemula dengan
susunan tin adalah lebih dekat. Ini disebabkan tin tidak boleh dibaling, sebaliknya
dilayangkan ke udara untuk mengenai susunan tin. Layangan yang baik hanya akan
mengenai tin yang paling atas .Ini memberi peluang yang lebih luas kepada pelontar
untuk memenangi permainan ini.

SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN


I.

Dua kumpulan diperlukan

II.

Setiap kumpulan harus mempunyai pemain enam orang

III.

Sekiranya pelontar kena cop atau baling sebelum sempat menyusun semula tin-tin yang
jatuh, akan dikira mati tanpa mendapat mata, dan seorang pemain daripada
kumpulannya pula akan melontar pula.

IV.

Sekiranya bola yang dilontar kearah susunan tin dapat disambut oleh penyerang
sebelum mencecah tanah, kesemua pemain dalam kumpulan pelontar dianggap mati
dan kumpulan penyerang pula dijadikan sebagai pelontar.

V.

Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain daripada pihak
pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja untuk mengelakkan kecederaan

VI.

Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga tidak boleh
disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.

VII.

Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin yang tidak berserakan atau mengubah
kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan.

VIII.
IX.

Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pasukan.


Setiap pemain daripada kumpulan yang sama akan bekerjasama untuk memenangi
permainan tersebut.

PERKARA YANG MEMBATALKAN

I.

Setiap kumpulan harus mempunyai jumlah yang sama dan mempunyai keseimbangan
dari segi kekuatan atau kemahiran.

II.

Setiap pelontar harus membaling susunan tin sekurang-kurangnya tiga kali daripada
mengelakkan pembatalan.

III.

Sekiranya bola dilontarkan ke susunan tin, tetapi mampu disambut oleh penyerang dan
kemudian jatuh ke tanah, pelontar akan dikita pemenang.

IV.

Susunan tin yang telah diubah, disepak atau diserakkan oleh penyerang terutama
selepas pelontar memulakan permainan akan terbatal dan pelontar dikira pemenang.

V.

Bola tidak boleh disorokkan ke dalam pakaian dan apabila ini berlaku, permainan boleh
dibatalkan atau pelontar masih boleh meneruskan permainan walaupun telah mengenai
balingan daripada pihak penyerang.

PELAN KAWASAN PERMAINAN BALING TIN

10 M

10 M

Anda mungkin juga menyukai