Anda di halaman 1dari 5

KOKO(PERMAINAN TRADISIONAL)

BALING TIN

NAMA NO.MATRIKS
NAGULAN A/L VEGNESWARAN 02DAD22F1101
 PENGENALAN PERMAINAN BALING TIN

 Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan tersebut adalah tin.
Permainan baling tin dikatakan mula diperkenal pada awal tahun 1950-an dan terus
popular hingga pertengahan tahun 1980-an. Lazimnya permainan ini dimainkan di
kawasan kampung yang kekurangan hiburan. Asal-usul permainan rakyat ini tidak
dapat dipastikan kerana sudah dimainkan di negara ini sejak dahulu lagi. Namun
begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan
oleh pelbagai kaum terutamanya masyarakat Melayu,India dan Cina.

 BILANGAN DAN USIA PEMAIN

 Jumlah pemain dalam sesebuah pasukan harus sama banyaknya dengan pasukan
yang satu lagi.Kebiasaannya sesebuah pasukan terdiri daripada tiga hingga sepuluh
orang.Kita boleh bermain permainan ini dengan melantik seorang pengadil untuk
mengadil.Pemain juga boleeh terdiri daripada pelbagai jantina.Dari segi usia pula
tiada batasan.

 TEMPAT DAN ALAT PERMAINAN

 Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja.Kawasan yang dipilih haruslah


luas, rata, lapang dan bebas daripada benda-benda yang bahaya.seperti objek-objek
tajam.Garisan pembaling dan tin adalah sekitar 5 meter.Garisan permulaan boleh
dibentuk menggunakan garisan kaki.Oleh itu, kawasan yang sekitar 10/10 meter
perlu bersih untuk memastikan bola terus mengenai tin-tin yang disusun tanpa
sekatan.Alatan yang diperlukan untuk bermain permainan ini adalah 15 tin kosong
dan sebiji bola.

 KAEDAH BERMAIN PERMAINAN BALING TIN

 Cara-cara permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian
bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu atau lima, empat, tiga, dua
dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang
dan pelontar. Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan
akan melontar bola mengenai susunan tin dari jarak tertentu. Sekiranya tin itu jatuh,
pasukan pelontar akan lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.Pada
masa yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin yang berselerak ke
susunan asal. Sekiranya mereka berjaya menyusun tin tersebut, maka kumpulan
pelontar mendapat satu mata. Selepas itu, permainan dimainkan semula. Sekiranya
kumpulan penyerang berjaya membaling bola ke arah anggota badan
pasukan pelontar, maka orang yang terkena balingan itu akan dikira mati dan
secara automatik akan keluar. Kumpulan bermain tin yang disusun hendaklah
dibaling dengan mengunakan selipar untuk diruntuhkan, setelah tin
diruntuhkan pihak lawan perlu membaling selipar untuk menghalang pihak
lawan dari menyusun semula tin. Jika tin berjaya di susun permainan adalah
dikira menang.Permainan tradisi ini ternyata memiliki keseronokan dan
kepuasan tersendiri, bahkan orang tua-tua pun suka jadi penonton dan ada
yang tumpang sekaki. Kelebihan permainan dahulu boleh dikatakan hampir
semua berbentuk pasukan. Anak-anak akan dapat belajar semangat
berpasukan, tolong menolong, toleransi dan memerlukan kerja sama yang
erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.

 PERATURAN AM PERMAINAN BALING TIN


1.Objektif permainan adalah menyerang, bertahan dan membina semula kubu tin.
2.Bilangan peserta dalam satu pasukan mesti tidak melebihi daripada sepuluh orang.
3.Dua kumpulan akan bermain dalam tiap satu perlawanan.
4.Satu kumpulan akan bertindak sebagai penyerang, manakala satu kumpulan yang
lain akan bertahan dan berusaha menyusun semula kubu tin.
5.Pasukan bertahan mesti menjatuhkan kubu tin dan membinanya semula, manakala
pasukan penyerang akan mematikan pergerakan pihak bertahan.
6.Setiap peserta penyerang hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola
sahaja.
7.Semasa pasukan bertahan membuat balingan untuk menjatuhkan kubu tin,
pasukan penyerang dikehendaki berada di belakang pasukan bertahan.
8.Sekiranya kesemua peserta bertahan gagal menjatuhkan kubu tin, satu mata akan
diberikan kepada pasukan penyerang dan pasukan penyerang akan mengambil ahli
perlawanan.
9.Sekiranya pasukan bertahan berjaya mambina kubu tin, maka satu mata akan
diperolehi oleh pasukan mereka dan perlawanan akan diteruskan semula.
10.Kematian servis berlaku apabila bola yang dibaling oleh peserta penyerang
mengenai anggota badan peserta bertahan. Balingan bola untuk mematikan servis
peserta bertahan hanya dibenarkan dari sekitar bahu hingga ke lutut sahaja.
11.Jika servis peserta bertahan dimatikan, peserta tersebut dikehendaki keluar dari
gelanggang permainan dengan serta merta dan peserta itu dilarang bermain
sehingga permainan baru dimulakan.
12.Pihak bertahan tidak dibenarkan menahan bola menggunakan tangan kerana jika
ia berlaku, peserta tersebut dianggap tersingkir.
13.Setiap peserta penyerang yang memegang bola tidak boleh bergerak untuk
membaling bola kepada rakan sekumpulan atau peserta bertahan. Peserta bertahan
yang tersentuh bola juga dianggap tersingkir.
14.Jika kesemua peserta bertahan tersingkir, satu mata akan diberikan kepada
pasukan penyerang.
15.Permainan hanya dijalankan di dalam gelanggang sahaja. Mana-mana peserta
yang keluar dari gelanggang dianggap tersingkir secara automatik.
16..Pasukan yang mencapai lima mata penuh terlebih dahulu akan dinobatkan
sebagai pemenang perlawanan.
17.Keputusan pengadil adalah muktamad

KESIMPULAN

Permainan tradisional seperti baling tin ini dapat membentuk semangat kerjasama antara
pemain dalam menghasilkan padang permainan,Padang permainan dibentuk dengan cara
lorekan yang dilakukan secara berkerjasama antara pemain.Selain itu, permainan ini dapat
membentuk sikap bertanggungjawab.Bagi mencapai kemenangan, setiap pemain perlu
mempunyai rasa tanggungjawab dalam memperoleh kemenangan untuk kumpulan masing-
masing.Disamping itu, permainan ini dapat memupuk sikap kesukanan antara
pemain.Semangat kesukanan boleh diperoleh apabila setiap pemain mematuhi peraturan
permainan masing-masing.Para pemain juga dapat mempelajari sikap berhati-hati dan
bersabar ketika menyusun tin-tin yang berserakan.Akhir sekali, bermain permainan baling tin
ini dapat menerapkan amalan 3R,(REDUCE, REUSE, RECYCLE) dalam perancangan dan
perlaksanaan aktiviti sebab kita menggunakan tin-tin yang telah digunakan sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai