Anda di halaman 1dari 19

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL


BALING TIN

TAHUN 2022

PADA
5 DISEMBER 2022

TEMPAT
PADANG,POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
KUANTAN,PAHANG.

ANJURAN
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

NAMA NO.MATRIKS
NAGULAN A/L VEGNESWARAN 02DAD22F1101
1.0 PENDAHULUAN

Pada semester ini, antara kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan
dengan penganjuran sebuah pertandingan permainan tradisional. Kumpulan kami
telah diundi untuk menganjurkan pertandingan tradisional Baling Tin. Penganjuran
pertandingan sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula daripada
peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Pertandingan tradisional
baling tin terbuka kepada semua pelajar polisas.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

-Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan


daripada Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran, Polisas.

-Dengan kelulusan ini, kami berharap agar pertandingan permainan tradisional dapat dijalankan
dengan berjayanya.

3.0 OBJEKTIF

Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang


tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran pertandingan
ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut:

3.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk


penganjuran acara ataupun pertandingan.

3.3 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang


dilaksanakan.

3.4 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.

3.5 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui


penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.

3.6 Menggalakkan penglibatan secara aktif pelajar dalam menyertai aktiviti yang
dijalankan.

3.7 Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.


3.8 Memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari serta mengenali permainan
tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.

3.9 Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang
dilaksanakan.

5.0 Butiran Pelaksanaan Program

Tempat: Padang, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Tarikh : 5 Mac 2022 (Isnin)

Masa : 7.00 pagi-12.00 tengah hari

Atur Cara Majlis

0700 pagi Pendaftaran peserta


0730 pagi Aktiviti senaman memanaskan badan
Permainan tradisional baling tin dimulakan
1030 pagi Permainan tradisional tamat
1130 pagi Majlis penutupan
1200 tengah hari Nyanyian lagu negaraku
Bacaan doa
Ucapan daripada wakil pelajar
Ucapan daripada ketua JKM
Ucapan perasmian pengarah
Penyampaian hadiah dan cenderamata
Nyanyian lagu Guru Malaysia
Jamuan

6.0 Penyertaan
Terbuka kepada semua pelajar polisas.

7.0 Ahli Jawatankuasa Program


Semua ahli kelab permainan tradisional dan bidang tugas ahli jawatankuasa.

 Rujuk lampiran 1
8.0 Latar Belakang Permainan Baling Tin

Permainan baling tin telah mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan
teruspopular sehingga pertengahan tahun 1970-an. Permainan ini dikenali sebagai
baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin. Di sesetengah kawasan
permainan inidikenali sebagai baling pot atau lecut pot. Kebanyakan masyarakat
Melayu,India dan Cina gemar memainkan permainan ini. Pada zaman dahulu,
permainan ini popular dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kampung iaitu
sebagai bahan hiburan. Namun,pada zaman ini, permainan ini juga dimainkan oleh
kanak-kanak di kawasan bandar.Permainan sangat mudah dimainkan dan juga
menjimatkan kerana tidak perlu membeli peralatan yang mahal. Permainan baling tin
memerlukan kemahiran, ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu
permainan. Selain itu permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara
pemain dalam sesuatu pasukan.Permainan baling tin perlu dijalankan di kawasan
yang luas. Pemain dalampermainan ini tidak terhad asalkan dapat dibahagikan
sama banyak antara kedua-dua kumpulan. Alatan yang diperlukan adalah ringkas
dan mudah diperolehi iaitu tin susu kosong dan bola atau seumpamanya. Permainan
ini amat dimainkan. Tin susu akan disusun secara membukit di tengah padang oleh
kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula membuat balingan. Sekiranya
susunan tin itu jatuh akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan A akan
cuba merebut bola itu dengan tujuan membaling bola tersebut kepada salah seorang
ahli kumpulan B sebelum mereka sempat menyusun semula tin itu.

9.0 Peralatan

BIL PERALATAN BILANGAN


1. Tin susu 12 biji
2. Bola kertas 2 biji
3. Kertas warna Satu set
4. Kad Manila 3 helai
5. Marker 10 buah
6. Kanopi 2 buah
7. Papan Putih 1 buah
8. Tali Rafia 2 ikat
9. Kerusi 3 buah
10. Meja 2 buah
11. Sketel 6 biji

10.0 Bajet Kewangan

Bil Perkara Catatan Kuantiti Kos(per unit) Jumlah


1. Peralatan Tin 24 biji RM 3 RM 30
Surat khabar 20 keping
Pembalut kertas 8 keping
Tepung 2 paket
2. Hadiah Tempat pertama 1 RM 15 RM 36
Tempat kedua 1 RM 10
Tempat ketiga 1 RM 5
Saguhati 3 RM 2
3. Cenderahati Ketua jabatan 1 Rm 5 Rm 10
Pensyarah 1 Rm 5

4. Makanan Sarapan(Roti + air) 50 Rm 2 Rm 300


Tengah hari(Nasi berlauk) 50 Rm 4
5. Kecemasan Rm 50
6. Jumlah Rm 426

Sumber Kewangan :RM 15 seorang x 30 orang jawatankuasa

11.0 Syarat Permainan

1. Dua kumpulan diperlukan untuk permainan ini dijalankan.


2. Setiap kumpulan harus mempunyai pemain sekurang-kurangnya dua orang
sahaja.
3. Jumlah tersebut mestilah sama dengan kumpulan lawan.
4. Masa permainan adalah 6 minit setiap perlawanan.
 3 minit A lawan B.
 3 minit B lawan A.

5. Pemenang kumpulan A akan berlawan dengan pemenang kumpulan B.

12.0 Peraturan Permainan

1.Objektif permainan adalah menyerang, bertahan dan membina semula kubu tin.
2.Bilangan peserta dalam satu pasukan mesti tidak melebihi daripada sepuluh orang.
3.Dua kumpulan akan bermain dalam tiap satu perlawanan.
4.Satu kumpulan akan bertindak sebagai penyerang, manakala satu kumpulan yang
lain akan bertahan dan berusaha menyusun semula kubu tin.
5.Pasukan bertahan mesti menjatuhkan kubu tin dan membinanya semula, manakala
pasukan penyerang akan mematikan pergerakan pihak bertahan.
6.Setiap peserta penyerang hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola
sahaja.
7.Semasa pasukan bertahan membuat balingan untuk menjatuhkan kubu tin,
pasukan penyerang dikehendaki berada di belakang pasukan bertahan.
8.Sekiranya kesemua peserta bertahan gagal menjatuhkan kubu tin, satu mata akan
diberikan kepada pasukan penyerang dan pasukan penyerang akan mengambil ahli
perlawanan.
9.Sekiranya pasukan bertahan berjaya mambina kubu tin, maka satu mata akan
diperolehi oleh pasukan mereka dan perlawanan akan diteruskan semula.
10.Kematian servis berlaku apabila bola yang dibaling oleh peserta penyerang
mengenai anggota badan peserta bertahan. Balingan bola untuk mematikan servis
peserta bertahan hanya dibenarkan dari sekitar bahu hingga ke lutut sahaja.
11.Jika servis peserta bertahan dimatikan, peserta tersebut dikehendaki keluar dari
gelanggang permainan dengan serta merta dan peserta itu dilarang bermain
sehingga permainan baru dimulakan.
12.Pihak bertahan tidak dibenarkan menahan bola menggunakan tangan kerana jika
ia berlaku, peserta tersebut dianggap tersingkir.
13.Setiap peserta penyerang yang memegang bola tidak boleh bergerak untuk
membaling bola kepada rakan sekumpulan atau peserta bertahan. Peserta bertahan
yang tersentuh bola juga dianggap tersingkir.
14.Jika kesemua peserta bertahan tersingkir, satu mata akan diberikan kepada
pasukan penyerang.
15.Permainan hanya dijalankan di dalam gelanggang sahaja. Mana-mana peserta
yang keluar dari gelanggang dianggap tersingkir secara automatik.
16..Pasukan yang mencapai lima mata penuh terlebih dahulu akan dinobatkan
sebagai pemenang perlawanan.
17.Keputusan pengadil adalah muktamad

13.0 KAEDAH BERMAIN PERMAINAN BALING TIN

Cara-cara permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian
bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu atau lima, empat, tiga, dua
dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang
dan pelontar. Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan
akan melontar bola mengenai susunan tin dari jarak tertentu. Sekiranya tin itu jatuh,
pasukan pelontar akan lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.Pada
masa yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin yang berselerak ke
susunan asal. Sekiranya mereka berjaya menyusun tin tersebut, maka kumpulan
pelontar mendapat satu mata. Selepas itu, permainan dimainkan semula.Sekiranya
kumpulan penyerang berjaya membaling bola ke arah anggota badan pasukan
pelontar, maka orang yang terkena balingan itu akan dikira mati dan secara
automatik akan keluar. Kumpulan bermain tin yang disusun hendaklah dibaling
dengan mengunakan selipar untuk diruntuhkan, setelah tin diruntuhkan pihak lawan
perlu membaling selipar untuk menghalang pihak lawan dari menyusun semula tin.
Jika tin berjaya di susun permainan adalah dikira menang.Permainan tradisi ini
ternyata memiliki keseronokan dan kepuasan tersendiri, bahkan orang tua-tua pun
suka jadi penonton dan ada yang tumpang sekaki. Kelebihan permainan dahulu
boleh dikatakan hampir semua berbentuk pasukan. Anak-anak akan dapat belajar
semangat berpasukan, tolong menolong, toleransi dan memerlukan kerja sama yang
erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.

14.0 Pelan Lantai

 Rujuk lampiran 2

15.0 Ukuran Gelanggang

 Rujuk lampiran 3
16.0 Sistem Pertandingan

Sistem pertandingan kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan
bermain sekali sahaja. Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang
menang akan meneruskan pertandingan sehingga diumumkan sebagai johan.

17.0 Jadual Perlawanan

 Rujuk lampiran 4

18.0 Borang Pemarkahan

 Rujuk lampiran 5

19.0 Penutup

Karnival ini bertujuan untuk menyemai semangat kebudayaan dan


berusahamengekalkan tradisi permainan tradisional. Oleh itu, kami berharap agar
kertas kerja inimendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Kerjasama dari pihaktuan amat kami hargai. Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………..
Nagulan A/L Vegneswaran,
Setiausaha pertandingan permainan tradisional,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Diluluskan oleh,

………………………………….
Pn. Hajah Norehan Binti Silek,
Pengarah,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
CADANGAN : DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN PERMAINAN


TRADISIONAL BALING TIN TAHUN 2022

PENGERUSI
Mohammad Faris Izzat Bin Mohd Noorizan

Naib Pengerusi
Nur Atiqah Bt Mohd Norhaidar

Setiausaha
Nagulan A/L Vegneswaran

Naib Setiausaha
Nur Adilah Bt Sami

Bendahari
Aiman Baharuddin

Jawatankuasa Peralatan
Ali Mohamad
Muhammad aiman

Jawatankuasa Makanan
Muhamad Azrin Salim

Jawatankuasa Pendaftaran
Nor Zulaika Tahir
Nur Aminah Jukirim

Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan Dan Keselamatan


Mohd Shardee Ali

Jawatankuasa Penajaan
Mohamad Anwar Rahim

Jawatankuasa Dokumentasi
Ahmad Farhan AsrisNurhidayah Bt Azman

Jawatankuasa Hadiah
Normi Shuhadha Midon
Siti Aishah Binti Mutazah

Jawatankuasa Pengacaraan
Nuradilah Sami Abdul Khalim Abd Razak

Jawatankuasa Publisiti Dan Siaraya


Noor Elyazril ElesTuan
Nor Hafizah Tuan Mahmood
Jawatankuasa Teknikal
Abdul Wail Bin Bejuri
Nur Syahida Adila Abu Salim

Bidang tugas

Pengerusi Projek

 Membentuk ahli jawatankuasa projek


 Memanggil, mengadakan dan mengendalikan mesyuarat
 Menyediakan kertas kerja lengkap dengan bantuan setiausaha.
 Memantau dan memastikan semua bahagian jawatankuasa berfungsi
mengikut bidang tugas secara aktif.

Timbalan Pengerusi

 Membantu tugas pengerusi projek.

Setiausaha

 Menyediakan minit mesyuarat.


 Menyediakan kertas kerja lengkap.
 Menyediakan laporan lengkap selepas projek berlangsung.

Bendahari

 Mengurus dan mengawal segala urusan keluar masuk wang.


 Merekod dengan lengkap segala urusan kewangan.
 Menyediakan laporan lengkap kewangan sesudah projek berlangsung.
 Menyediakan anggaran perbelanjaan projek.

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

 Menyediakan borang penyertaan.


 Melantik pengadil berkelayakan untuk mengadili pertandingan.
 Memastikan persiapan tempat berjalan lancar.
 Mendapatkan keputusan atau pemenang pertandingan dan
memaklumkannya secara bertulis kepada setiausaha.
 Menyediakan keputusan rasmi pertandingan kepada juruacara untuk
diumumkan.

Jawatankuasa Hadiah

 Memilih dan menetapkan jenis hadiah dan cenderamata.


 Membeli hadiah dan cenderamata.
 Menguruskan meja hadiah dan cenderamata ,segala persiapan dan
kelengkapannya.
 Membentang anggaran perbelanjaan projek kepada bendahari.

Jawatankuasa Publisiti Dan Siaraya

 Mempromosikan Pertandingan Permainan Tradisional 2022.


 Menyediakan, mencetak dan mengedar bahan-bahan promosi di tempat-
tempat strategik.

Jawatankuasa Peralatan

 Menyelaras, menempah, meminjam dan mengedarkan semua peralatan yang


diperlukan oleh setiap jawatankuasa.
 Memastikan semua peralatan yang dipinjam, dipulangkan dalam jumlah yang
mencukupi dan dalam keadaan yang sempurna.
 Menyediakan senarai lengkap keseluruhan alatan yang bakal digunakan
danserahkan kepada setiausaha projek.

Jawatankuasa 3K

 Menyediakan kemudahan peralatan seperti peti bantuan kecemasan (first aid


kit).
 Memastikan gelanggang dalam keadaan selamat bagi kegunaan program
permainan tradisional.
 Memastikan kebersihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti permainan
tradisional berlangsung.
 Memastikan kebajikan peserta dan jawatankuasa permainan tradisional.
Jawatankuasa makanan

 Merancang menu makanan untuk para peserta.


 Menempah makanan untuk para peserta.
 Menempah minuman untuk ahli jawatankuasa.
 Berhubung dengan bendahari berkaitan bajet untuk menempah makanan
para peserta.

Jawatankuasa pengacaraan majlis

 Menyediakan aturcara sepanjang pertandingan


 Menyediakan teks pengacaraan
 Mengacarakan program permainan tradisional
 Memastikan program permainan bermula dan berakhir mengikut masa yang
ditetapkan
LAMPIRAN 2

PELAN LANTAI PERTANDINGAN


PELAN LANTAI PERMAINAN BALING TIN
LAMPIRAN 3

UKURAN GELANGGANG
LAMPIRAN 4

CARTA PERLAWANAN
LAMPIRAN 5
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN BALING TIN
CARTA PEMARKAHAN KESELURUHAN

Disediakan oleh,

………………………..
Nagulan A/L Vegneswaran,
Setiausaha pertandingan permainan tradisional,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
Disemak oleh,

………………………..
Mohammad Faris Izzat Bin Mohd Noorizan,
Ketua pertandingan permainan tradisional,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Anda mungkin juga menyukai