Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA

PERMAINAN TRADISIONAL
CONGKAK

HARI:
SABTU

TARIKH:
5 APRIL 2014

MASA:
8 PAGI -12 TENGAHARI

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU
SALLEH
1. PENDAHULUAN

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah


wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya,
samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah
dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada
dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai.
Bagaimanapun bukti tua yang dijumpai oleh cari gali purba ialah di Jordan bertarikh
semenjak 5000 hingga 7000 Sebelum Masihi dan dijumpai dalam kepingan batu
kapur yang mempunyai dua liang.

2. MATLAMAT

Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk murid-murid


mengetahui cara-cara untuk bermain permainan tradisional dengan betul. Ini bagi
mengelakkan murid-murid zaman sekarang tidak dapat melaksanakan dan tidak
mengetahui cara untuk bermain dengan betul.

3. DEFINISI

Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayuyang sering dimainkan sebagai


aktiviti dalamanatau sebagai pertandingan. Lazimnya ianya menggunakan papan
kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak
menggunakan biji getah atau guli.
4. OBJEKTIF

4.1 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang


dilaksanakan.
4. 2 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.
4.3 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta
4.4 Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.
4.5 Menyemai nilai-nilai murni

5. TUJUAN

5.1 Menambahkan pengetahuan tentang permainan congkak


5.2 Menigkatkan kemahiran bermain congkak
5.3 Meningkatkan keyakinan diri

6. FAEDAH
6.1 Meningkatkan kemahiran murid-murid untuk mengira
6.2 Meningkatkan penggunaan psikomotor halus dan kasar.

7. TARIKH:
5 April 2014

8.TEMPAT:
Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh, Mampan, Simpang Lima
9. AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG
ENCIK RAMLI BIN SEMAN

PENSYARAH PENASIHAT
ENCIK MOHD HANAFIAH BIN KHAMIS

PENGERUSI
MASNITA BINTI BUNARI

NAIB PENGERUSI
RUZAIMAH BINTI AHMAD

SETIAUSAHA
SITI NAZIRAH BINTI JAWAHIR

NAIB SETIAUSAHA
NUR HAZWANI BINTI RAHIM

BENDAHARI
SITI NUR MAS ANIS ENEYRA BT ZAINUDDIN

NAIB BENDAHARI
SITI SYAHIRAH BT YUSUFF

Publisiti dan Dokumentasi


HAFIZUDDIN BIN AMIN
ARFIZA BINTI SAFIAN
SHABANI BIN AZMAN
Urusetia dan Protokol
MOHAMAD AZLAN BIN OMAR
NORAZIMAH BINTI GANI
ZAINAL ABIDIN BIN ABDULL WAHAB

Keselamatan dan Kebersihan


SALINA BINTI ATAN
SITI FATIMAH BT ZULKARNAIN
MOHD SAFUAN B SABTU
MOHD ASRI BIN NOH

Cenderahati dan Hadiah


UMI NASYEHA BINTI MUSTAPHA AHMAD DAUD BIN AWANG
AISYAH BINTI AHMAD
MOHD FAZLI BIN BAKAR
Peralatan
MOHD. FIRDHAUZ
MOHD IMRON
MOHD SAIFUDIM
Pengadilan dan Penghakiman
MOHD. REZUAN BIN ABDU LATIP @ LATIP
Makanan dan Minuman
SYARIFUDDIN BIN SUDIRMAN
SOFIA BINTI ALI
LATIFAH BINTI SUDIN
ALI BIN WAHAB
10. PERATURAN PERMAINAN

10.1 Pertandingan akan dijalankan sebanyak 2 papan serentak. Jika kedua pemain
memenangi satu papan seorang, permainan papan ketiga akan diadakan
untuk menentukan pemenang.
10.2 Undang-undang dan peraturan yang telah digariskan sebagai panduan dalam
pertandingan congkak adalah seperti berikut :-
10.2.1 Cara Permainan dijalankan:
a. Dua (2) orang pemain akan berhadapan menggunakan satu papan
congkak yang mengandungi empat belas rumah anak dan dua rumah ibu.
b. Pada papan pertama kedua-dua pemain memulakan permainan secara
serentak.
c. Memulakan permainan dengan mengambil semua buah dari mana-mana
rumah anak dan menapak dari kanan ke kiri.
d. Memasukan buah satu demi satu ke dalam setiap rumah dengan
mengelilingi kampung rumah papan congkak.
e. Genggaman tangan hendaklah secara tengadah.
f. Boleh memintas lawan tetapi melangkau rumah anak adalah ditegah.
Apabila tiba di rumah ibu sendiri hendaklah memasukkan satu biji buah
tetapi tidak di rumah ibu lawan. Buah yang termasuk ke dalam rumah ibu
lawan adalah menjadi kepunyaan lawan.
g. Buah terakhir masuk ke rumah yang akan diisi mestilah dilepaskan dari
genggaman dahulu sebelum mengambil buah-buah yang lain.
h. Peserta mati giliran jalan jika buah akhir masuk kemana- mana rumah
kosong. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan.
10.2.2 Di akhir papan pertama, pemain yang menang tapak akan dikira menang dan
akan memulakan permainan bagi papan kedua.
10.2.3 Di papan kedua, sekiranya pemain yang sama menang tapak, dia akan
diisytiharkan sebagai pemenang pertandingan, tetapi jika sebaliknya
permainan akan diteruskan ke papan ketiga di mana permainan dijalankan
seperti papan pertama.
10.2.4 Permainan dijalankan secara kalah keluar. Pemenang akan ke pusingan
seterusnya.
10.2.5 Permainan hendaklah dijalankan secara sederhana, tidak terlalu cepat.
10.2.6 Pemain diberikan masa 3 saat untuk mengambil buah dari setiap rumah.
10.2.7 Pemain hendaklah menunjukkan buah kepada pengadil apabila tinggal 2 biji di
dalam tangannya.
10.2.8 Apabila pemain telah meletakkan tangannya di salah satu dari mana-mana
rumah, dia mestilah terus mengambil buahnya tanpa menukar ke rumah lain.
10.2.9 Pemain yang melanggar peraturan setelah diberi amaran sebanyak 3 kali,
akan dibatalkan permainannya. Lawannya akan diisytiharkan sebagai
pemenang. Keputusan pengadil adalah muktamad.
10.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
10.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di
gelanggang permainan lima (5) minit sebelum perlawanan dimulakan.
Sekiranya selepas lima (5) minit jadual perlawanan sepatutnya dimulakan,
salah satu pasukan tidak menghadirkan diri, kemenangan percuma akan
diberi kepada pasukan yang hadir.

11. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN


11.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
11.2 Penentuan akhir akan ditentukan mengikut kategori. Setiap kategori
mempunyai seorang pemenang.

12. SYARAT PERTANDINGAN


12.1 Setiap sekolah perlu menghantar pasukan mengikut kategori iaitu junior dan
senior lelaki dan perempuan
12.1.1 Lelaki dan perempuan senior 12 orang wakil. (6 orang lelaki dan 6 perempuan
12.1.2 Lelaki dan perempuan junior 12 orang wakil. (6 orang lelaki dan 6 orang
perempuan.
*( Kategori junior ialah 7 tahun hingga 9 tahun dan kategori senior ialah 10
tahun hingga 12 tahun).

13.TENTATIF PROGRAM (KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)

7.35 pagi - Ketibaan peserta dan guru-guru


- Pendaftaran peserta
- Taklimat permainan
- Pembahagian kumpulan
- Sesi Pemanasan Badan

8.00 pagi -Bacaan doa


-Ucapan kata-kata aluan Guru Besar

8.15 pagi -Permainan di mulakan mengikut kumpulan.


9.50 pagi - Minum pagi
10.05 pagi -Permainan di sambung semula
11.40 pagi -Upacara penutup
-Penyampaian hadiah
-Bersurai

13. PELAN KEDUDUKAN

Pemain A

Pemain B
14.ANGGARAN KOS

Bil Perkara Anggaran Kuantiti Jumlah


Harga
Seunit
1. Hamper RM30 4 RM120
2. Makanan RM5 50 RM 250
3. Cenderamata RM15 4 RM60
4. Kordial RM5 4 RM20
5. Ais batu RM5 2 RM10

6 Kad manila RM 1 5 RM 5
Jumlah RM 465

15. BORANG PENYERTAAN (URUSETIA)


Rujuk lampiran A

13. BORANG PEMARKAHAN (KEPUTUSAN PERMAINAN)


Rujuk Lampiran B

14. PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa acara ini dapat


membantu generasi muda mengenali dan dapat bermain permainan tradisional
dengan betul dan baik agar permainan tradisional ini tidak terus hilang di bumi ini.

Disediakan oleh,
.
(MASNITA BINTI BUNARI)
Penasihat ,
Kelab Permainan Tradisional

Disemak oleh,

..
(EN. MOHD HANAFIAH BIN KHAMIS)
Pensyarah ,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

LAMPIRAN
LAMPIRAN A: Borang penyertaan (Urusetia)

Nama acara/permainan : ______________________


Masa permainan : ______________________
Penyelia acara/permainan : ______________________
Kumpulan pengajian : ______________________
Ketua kumpulan (permainan) : ______________________

No.Kad
Bil Nama Peserta Tandatangan
Pengenalan

LAMPIRAN B: Borang Keputusan Perlawanan

Nama Acara/Permainan : _____________________________

Kedudukan Nama Pasukan/Kumpulan Pengajian Catatan


Nama Acara/Permainan : _____________________________

Kedudukan Nama Pasukan/Kumpulan Pengajian Catatan

RUJUKAN

1. http://permainantradisionalmalaysiablogspot.com/2009/03/permainan-
tradisional- melayucongkak.html/m=1

2. www.mpob.gov.my/mpic

Anda mungkin juga menyukai