Anda di halaman 1dari 7

PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA

CSR 2081 ( A222 )

NAMA PENSYARAH : Dr. Azali bin Rahmat


TUGASAN 1 : Penulisan & Pembentangan
TAJUK : Baling selipar

SENARAI AHLI KUMPULAN

NO. NAMA NO. MATRIK


1. RISWANSYAH BIN USMAN D20221101610

2. NURIN JAZLINA BINTI ZAINUDIN D20221101716


3. NUR NAJWA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN D20221102342

1
ISI KANDUNGAN

No. Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 1

2. Sejarah permainan 2

3. Alatan yang diperlukan 3

4. Peraturan keselamatan 4

5. Cara permainan serta cara dipertandingkan 5


Pengenalan

Permainan tuju selipar atau susun selipar merupakan sejenis permainan


tradisional kanak-kanak Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma
ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar
disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.

Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama


rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan
hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Permainan
tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.

Permainan susun selipar masih diingati dan dimainkan sehingga sekarang.


Permainan ini masih mempunyai peminat tersendiri dikalangan kanak-kanak dan
belia terutamanya di kampung dan desa. Di kawasan bandar, apabila ada majlis
luar yang melibatkan permainan tradisional, pertandingan susun selipar dijadikan
satu acara yang paling diminati.

Permainan susun selipar telah diadakan oleh beberapa institusi-institusi


pengajian tinggi tempatan. Permainan ini disambut baik kerana ia dapat
mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak. Permainan ini juga diadakan bagi
mempertontonkan budaya Malaysia kepada pelajar-pelajar asing.

1
Sejarah Permainan

Sejarah bagi permainan tradisional baling Selipar tidak direkodkan dalam


mana-mana dokumen bersejarah di Malaysia.Hal ini kerana,ahli sejarah telah
menjumpai kewujudan selipar yang beruisia 10 900 tahun.Namun Selipar
tersebut diperbuat daripada tumbuhan Dan struktur lembut dan tidak sesuai untuk
membina dan membaling.

Permainan Selipar sesuai dimainkan dengan Selipar yang diperbuat daripada


getah kerana struktur tegang dan juga kuat.Maka kemungkinan besar,sejarah
permainan tradisional baling selipar ini bermula pada zaman kolonial jepun
dimana Selipar jepun diperkenalkan di tanah melayu.

2
Alatan Permainan

1. 3 pasang selipar
2. 3 belah selipar disusun menegak berbentuk piramid.
3. 1 atau 2 belah selipar akan dipegang oleh pembaling.
4. 1 belah selipar akan di pegang oleh penjaga.

● Selipar yang digunakan mestilah diperbuat daripada bahan lembut


ataupun elastik yang tidak terlalu keras atau tebal.
● Contohnya, daripada getah atau bahan lembut yang lain.
● Hal ini demikian kerana penggunaan selipar yang lembut dapat
mengurangkan risiko kecederaan semasa permainan ini dilaksanakan.
● Di mana dalam permainan ini ada situasi di mana kita perlu membaling
selipar terhadap pihak lawan.
● Jadi pihak lawan tidak akan tercedera apabila terkena balingan selipar.
● Oleh itu, penggunaan selipar yang sesuai dan baik dapat menjadikan
permainan ini lebih menyeronokkan.

2.Kawasan Permainan

● Permainan memerlukan keluasan padang yang lebar atau luas.


● Permainan baling selipar ini mestilah dilaksanakan di suatu kawasan yang
lapang bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa permainan ni
dilangsungkan.

3
Peraturan

1. Pemain tidak dibenarkan membuat balingan melebihi garisan yang


diberikan.

2. Penjaga tidak dibenarkan mematikan selipar dengan mengejar pihak


pembaling sambil membawa selipar. Selipar harus dibaling kepada rakan
lain untuk mematikan pemain.

3. Penjaga juga tidak boleh merosakkan kembali selipar yang telah disusun
oleh pembaling.

4. Pemenang akan dikira kepada pasukan yang dapat menyusun banyak kali
selipar.

Peraturan Keselamatan

1. Had anggota badan yang boleh dibaling dengan selipar adalah dibawah
paraskepala. Jika dengan sengaja membuat balingan kearah kepala,
pengadil berhak mendenda pihak yang membaling dari segi mata
perlawanan.

2. Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti “Body


contact” atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali

4
Cara permainan serta cara dipertandingkan

1. Para pemain haruslah membuat undian untuk memilih kumpulan mana yang
akan memulakan permainan (Kumpulan A) dan kumpulan mana yang akan
menjadi pihak penjaga (Kumpulan B).
2. Tiga belah selipar disusun menjadi bentuk segi tiga ataupun bentuk piramid.
3. Sebelah selipar pula digunakan sebagai pembaling.
4. Kumpulan A memulakan permainan dengan menggunakan selipar pembaling
bagi meruntuhkan piramid selipar tersebut. Seorang pemain akan memulakan
balingan, sekiranya dia tidak berjaya pemain seterusnya dalam kumpulan
tersebut perlu membuat balingan hinggalah piramid selipar itu berjaya
diruntuhkan. Seorang Ahli kumpulan mempunyai 3 percubaan
5. Sekiranya piramid selipar berjaya dijatuhkan, ahli Kumpulan A hendaklah
segera melarikan diri sambil mencari peluang untuk membina semula piramid
selipar tersebut.
6. Manakala, ahli Kumpulan B perlu menjaga dan menghalang Kumpulan A dari
membina semula piramid tersebut. Mereka perlulah segera membaling selipar
yang digunakan tadi kepada ahli Kumpulan
7. Ahli Kumpulan A yang terkena selipar pembaling itu akan dikira mati dan
terkeluar dari permainan.
8. Pemenang akan ditentukan berdasarkan :
● Sekiranya Kumpulan A berjaya membina semula piramid selipar,
mereka akan menang.
● Sekiranya semua pemain Kumpulan A mati dibaling selipar,
kemenangan berpihak kepada Kumpulan B.
9. Permainan akan diteruskan dengan kumpulan pemenang memulakan
permainan.
10. Format permainan ini dipertandingkan sama sahaja tetapi menggunakan sistem
mata di mana kumpulan yang berjaya menyusun selipar mendapat mata
sehinggalah kumpulan yang mendapat mata terbanyak akan menang.

Anda mungkin juga menyukai