Anda di halaman 1dari 5

Permainan Kecil - Selamatkan Raja Permainan Kategori Jaring dan Dinding.

1.0

TAJUK PERMAINAN

Selamatkan Raja Permainan Kategori Jaring dan Dinding. 2.0 MATLAMAT

Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan atau kawasan Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori pukulan. Nama permainan ini ialah Selamatkan Raja kerana ia merupakan satu aktiviti yang memerlukan peserta untuk servis, memukul dan menimbang bola. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0

OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak ini bertujuan untuk: 1. Menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid.

2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama dalam satu pasukan. 3. Membantu murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. 4. 5. Dapat memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul. Mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.

6.

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelolakan permainan kanak-kanak.

7. Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi yang tepat untuk memenangi permainan.

4.0

PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

4.1

SENARAI JENIS ALATAN

Bil 1 2 3

Jenis peralatan Kuantiti Tapak Tangan 10 Bola Getah (digelar sebagai raja 1 dalam permainan ini) Skitel 8
Jadual 1.1 Senarai Jenis Alatan

4.2 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN 1. Menggunakan kawasan permainan iaitu gelanggang badminton . 2. Garisan sempadan kawasan permainan ditentukan menggunakan garisan pada gelanggang dan juga skitel di sekitarnya. 3. Garisan tengah gelanggang badminton memisahkan kawasan antara pasukan. 4. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang dan setiap peserta haruslah memakai satu Tapak Tangan masing-masing. 5. Pihak penganjur akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana yang memulakan permainan dahulu. 6. Pasukan yang memulakan permainan dahulu diberi peluang untuk memilih tapak gelanggang. 7. Satu biji bola akan diberi kepada pasukan yang memulakan permainan. 8. Peserta yang memegang bola bertanggungjawab untuk memulakan permainan dengan

memukul bola ke arah pihak lawan. 9. Pasukan A memulakan permainan dengan menghantar bola ke pasukan B. 10. Pasukan A dan B perlu menjaga bola daripada jatuh. Sekiranya, bola diijatuhkan oleh mana-mana pasukan, pasukan lawan akan diberi 1 mata. 11. Sekiranya peserta terkeluar daripada kawasan perlawanan yang ditetapkan, pihak lawan akan diberi 1 mata. 12. Peserta juga hanya dibenarkan menimbang bola 3 kali sahaja jika terlebih giliran memyerang akan diberikan kapada pihak lawan. 13. Permainan ini dijalankan sepanjang 5 minit. 14. Pasukan yang mempunyai mata yang paling banyak di akhir permainan dikira sebagai pemenang. 15. Jika berlaku keadaan seri, 1 minit lebih akan diberi untuk menentukan pemenang.

4.3

PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN

GELANGGANG BADMINTON

Kedudukan peseta sebelum permainan dimulakan

4.4 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN 1. Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai. 2. Dalam perlawanan permainan ini, peserta harus memukul bola dengan Tapak Tangan daripada pihak lawan 3. Peserta dilarang membawa alat tajam yang boleh mencederakan orang lain semasa permainan ini dijalankan. 4. Peserta dilarang memakai barang perhiasan semasa permainan. 5. Peserta dilarang memukul bola dengan tangan yang tidak memakai tapak tangan. 6. Peserta dilarang memijak, menendang bola getah dengan kaki. 7. Jika bola terkeluar dari gelanggang , peserta boleh mengutip bola dan kembali ke

gelanggang untuk teruskan permainan, 8. Peserta tidak dibenarkan memulakan bola dan memukul bola di luar kawasan gelanggang 9. Peserta hanya boleh berada di dalam kawasan permainan sendiri. 10. Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, peserta boleh mengutip bola dan teruskan pukulan. 11. Keputusan pengadil permainan adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai