Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

1.0

TAJUK
Permainan Kanak-Kanak ( Bola Tampar Duduk )

2.0

PENGENALAN
Kumpulan kami telah diarahkan untuk merancang permainan yang berkaitan

dengan permainan mendinding atau menjaring. Setelah memahami konsep


permainan ini, kami memilih untuk menggunakan kaedah menjaring sebagai
permainan kami.
Bagi menonjolkan kreativiti dalam jenis permainan yang bakal kami
kendalikan, kami telah membuat pengubahsuaian terhadap permainan sukan yang
telah sedia ada bagi menambahkan keseronokan dan bersesuaian dengan
peringkat umur para peserta iaitu kanak-kanak.
Permainan Bola Tampar Duduk ini telah diubahsuai dari permainan bola
tampar yang selaras dengan peringkat umur dan perkembangan kanak-kanak di
sekolah rendah. Gelanggang yang digunakan adalah gelanggang tenis kerana
mempunyai jaring yang rendah sesuai dengan kaedah permainan ini iaitu dengan
kaedah duduk.

3.0

MATLAMAT
3.1

Permainan kanak-kanak ini adalah untuk memberikan pendedahan


tentang kaedah permainan kanak-kanak yang bakal dilaksanakan di
sekolah nanti.

3.2

Menyediakan asas kemahiran yang kukuh dalam bidang Pendidikan


Jasmani supaya bakal-bakal guru dapat mengaplikasikan kemahiran
ini kelak.

3.3

Memberikan para guru pelatih peluang untuk menguasai kemahiran


baru tentang konsep belajar sambil bermain pada masa kini.

3.4

Menyediakan asas permainan sukan kepada para murid di sekolah


berdasarkan permainan kanak-kanak yang diadaptasi dari permainan
atau sukan sebenar

4.0

OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :1. Persembahan ini untuk mendedahkan bakal-bakal guru dengan permainan
kecil yang bersesuaian dengan pembelajaran yang berkonsepkan belajar
sambil bermain.
2. Melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran untuk menganjurkan
permainan kanak-kanak yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan
para murid di sekolah.
3. Permainan ini dijalankan dalam kalangan Guru Pelatih untuk mencungkil
bakat-bakat dan idea-idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran serta
memberi pendedahan yang lebih meluas dan boleh digunakan pada masa
depan.
4. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri
para murid di sekolah
5. Menggalakan para murid menajamkan kemahiran mereka seperti kemahiran
menservis dan menampan bola

5.0

TARIKH
1 Oktober 2012

6.0

JANGKA MASA

7.0

1 hari
5 minit bagi setiap set permainan ( 2 set = 10 minit )
1 minit masa rehat
11 minit bagi setiap 1 perlawanan

TEMPAT
Gelanggang Tenis, IPGM Kampus Kota Bharu

8.0

KUMPULAN SASARAN
Kanak- kanak sekolah rendah Tahap 1 dan Tahap 2
( 8 12 tahun )

9.0

BILANGAN PESERTA
6 orang pemain termasuk 1 orang pemain simpanan

10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi

: Muhamad Azhan Abu Hanifah

Naib Pengerusi

: Nor Azlan Ahmad @ Ismail

Setiausaha

: Mohd Zulkiefadly Mohd Zulkifli

AJK

Peralatan

: Mohd Hanif Kamaruddin

Persiapan Tempat : Mohd Muhaimin Nur Anuar


Dokumentasi

: Mohamad Fikrie Ahmad Shaidi

Kebajikan

: Nur Ridzwan Mohd Aziz

SENARAI NAMA PESERTA


( Rujuk Lampiran 1 )
SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PERMAINAN
Sebelum
Semasa
Selepas
( Rujuk Lampiran 2 )
SENARAI ALATAN

Bola

Gelung

Jaring ( Net )

Skittle (Kon)

PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

Pelan kedudukan pelaksanaan permainan


Langkah-langkah pelaksanaan permainan
Peraturan dan syarat-syarat permainan
( Rujuk Lampiran 3 )

11.0 RUMUSAN
Melalui kertas kerja ini, saya dapat mempersiapkan diri sebelum ujian amali
pergerakan bermula. Sememangnya kertas kerja ini amat penting kerana banyak
maklumat dan pengetahuan baru yang saya perolehi ketika menyediakannya.
Bukan itu sahaja, latihan yang mencukupi adalah perlu untuk membina keyakinan
pada murid supaya pergerakan boleh dilakukan tanpa perasaan takut dan dengan
adanya

pendedahan

seperti

ini,

diharapkan

murid

sentiasa

yakin

untuk

melakukannya dengan perlakuan yang betul.


Bukan itu sahaja, dengan pengajuran permainan ini, diharapkan para guru
pelatih mendapat maklumat dan kemahiran yang berguna dalam menjalankan
aktiviti di sekolah nanti. Ia juga dapat mengasah bakat dan kemahiran asas para
murid bagi sesuatu permainan dan sukan sebenar kelak.

- LAMPIRAN 3 -

- PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN -

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN


Setiap kumpulan dikehendaki menghantar 6 pemain termasuk 1 orang
pemain simpanan
Permulaan untuk menservis akan ditentukan dengan undian iaitu balingan
duit syiling. Kumpulan yang memenangi undian tersebut akan memulakan
servis dan dikenali sebagai pihak mula manakala kumpulan yang kalah
dalam pengundiaan dikenali sebagai pihak lawan
Setiap peserta perlu menservis dan menampan bola hanya di dalam gelung
dan dalam keadaan duduk atau melutut
Jika pemain menservis atau menampan bola bukan dalam keadaan duduk
atau melutut, fault akan dikenakan dan mata akan diberikan kepada pihak
sebaliknya
Mata akan diberikan apabila bola yang diservis oleh pihak mula tidak berjaya
ditampan dan dikembalikan semula pihak lawan dengan syarat bola jatuh
tidak melebihi garisan gelanggang perlawanan. Maka, pihak mula mendapat
mata. Begitula sebaliknya.
Mata juga akan diberikan kepada pihak lawan jika mereka berjaya
menampan bola yang dihantar oleh pihak mula dan kemudiannya tidak
berjaya ditampan kembali pihak mula. Begitula sebaliknya.
Jika bola yang ditampan oleh mana-mana pihak jatuh melebihi garisan
gelanggang, maka mata akan diberikan kepada pihak sebelah.
Setiap mata yang dikutip akan diberikan 1 mata
Masa perlawanan adalah selama 5 minit bagi 1 set permainan.
Perlawanan akan berhenti rehat selama 1 minit sebelum memulakan set
kedua
Perlawanan akan berlangsung dalam 2 set permainan iaitu selama 11 minit
termasuk masa rehat
Pemenang akan ditentukan melalui jumlah kutipan mata tertinggi bagi keduadua set permainan
Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan
rayuan tidak akan dilayan

- LAMPIRAN 3 -

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN


1. Permainan dimulakan dengan setiap ketua kumpulan dikehendaki untuk
memilih dan membuat undian masing-masing dengan menggunakan duit
syiling

2. Pengadil akan melambung duit syiling tersebut dan menyambutnya kembali.


Kumpulan yang memenangi undian tersebut (pihak mula) akan memulakan
permainan
3. Semua para peserta mengambil posisi masing-masing dengan duduk atau
melutut di dalam gelung.
4. Bola akan diservis oleh pasukan mula menuju ke pihak lawan. Pihak lawan
dikehendaki untuk membalas servis tersebut dengan menampan kembali ke
gelanggang pihak mula tanpa bola jatuh ke tanah
5. Jika bola yang diservis oleh pihak mula tidak dapat dibalas dan ditampan
pihak lawan, mata akan diberikan kepada pihak mula
6. Perlawanan akan berlangsung selama 5 minit bagi setiap set permainan dan
diberikan rehat selama 1 minit
7. Pemenang akan dikira melalui pungutan mata tertinggi selepas tamat
perlawanan

- LAMPIRAN 3 -

PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN

JARING
(NET)

GELANGGANG
(KAWASAN) PERMAINAN

- LAMPIRAN 1 SKITTLE (KON)

SENARAI NAMA PESERTA

SENARAI NAMA PESERTA PERMAINAN BOLA TAMPAR DUDUK

GELUNG

KELAS / PASUKAN

NAMA KETUA PASUKAN :

NO KAD
BIL

NAMA

PENGENALAN /

TANDATANGA

NO SURAT

LAHIR
1
2
3
4
5
*6
* peserta simpanan

- LAMPIRAN 2 -

SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PERMAINAN

SEBELUM PELAKSANAAN PERMAINAN


BI
L
1

PERKARA
Kesempurnaan persiapan tempat

TINDAKAN
persiapan
tempat

AJK

CATATAN

keselamatan dan persekitaran kawasan

AJK

persiapan

3
4

Bilangan peralatan mencukupi atau tidak


Keselamatan penggunaan alatan

5
6
7

Kewujudan peti kecemasan


Kehadiran urusetia dan pengadil
Kehadiran peserta (pemain)

tempat
- pengerusi
- AJK peralatan
- AJK peralatan
- pengerusi
- AJK kebajikan
- pengerusi
semua

8
9

Kesihatan para peserta


Taklimat perlawanan permainan

urusetia
- AJK kebajikan
- Pengadil

SEMASA PELAKSANAAN PERMAINAN


BI

PERKARA

TINDAKAN

L
1
2

Memotivasikan para peserta


- pengerusi
Melakukan senaman ringan atau warming - pengerusi

up
Pelaksanaan tugas oleh urusetia dan - pengerusi

pengadil
Disiplin dan tingkah laku pemain

Kelancaran perlawanan

6
7

Ketepatan masa perlawanan


Perasaan para pemain

Langkah pelaksanaan permainan

9
10

Kewujudan peti kecemasan


Pendokumentasian aktiviti

semua

urusetia
- pengerusi
semua
urusetia
- pengadil
semua
urusetia
- pengadil
- setiausaha
- AJK kebajikan
AJK
dokumentasi

CATATAN

SELEPAS PELAKSANAAN PERMAINAN


BI
L
1

PERKARA

TINDAKAN

Ketepatan pengiraan markah (mata)

2
3
4

- urusetia
- pengadil
Pengumuman pemenang
- pengadil
Kebajikan para pemain
- AJK kebajikan
Melakukan senaman ringan atau cooling - pengerusi

down
Mengemas kembali tempat permainan atau - AJK persiapan

6
7
8

gelanggang
Menyimpan kembali peralatan
Mengadakan post-mortem
Mendokumentasi

tempat
- AJK peralatan
- pengerusi
AJK
dokumentasi

CATATAN

Anda mungkin juga menyukai