Anda di halaman 1dari 8

AMALI 1 AWAN DAN CUACA

PENGENALAN
Awan dapat diertikan sebagai kumpulan titisan air di udara. Awan
terjadi kerana adanya kondensasi wap air di udara yang melampaui titik tepu.
Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah
atmosfera yag dikenali sebagai Troposfera. Udara selalu mengandungi wap
air. Apabila wap air ini meluap menjadi titik-titik air, maka terbentuklah awan.
Peluapan ini biasa terjadi dengan dua cara iaitu:
1. Apabila udara panas, lebih banyak wuap terkandung di dalam udara
kerana air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini
akan naik tinggi, sehingga di satu lapisan dengan suhu yang lebih
rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan.
2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera lembap. Oleh itu
udara semakin lama akan semakin tepu dengan wap air.
Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi
semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan
daya tarik bumi menariknya ke bawah sehingga sampai ke satu peringkat di
mana titik-titk air itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.
Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan
menguap dan lenyaplah awan itu. Ini telah menyebabkan awan selalu
berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti
menguap dan mencair. Oleh itu, kadang-kadang ada awan yang tidak
membawa hujan.
Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun
biasanya isipadu awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya
cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan
menyokongnya.
Terdapat 10 jenis awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam
peringkat-peringkat tersebut seperti yang berikut:
Awan peringkat rendah: Stratokumulus, Stratus

Awan peringkat pertengahan: Altokumulus


Awan peringkat tinggi: Sirus, Sirokumulus, Sirostratus

PROSEDUR:
i

Maklumat berkenaan dengan awan dicari daripada buku dan internet.

ii

Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang hadir di kawasan
tersebut diperhatikan dalam jangka masa dua minggu. Pemerhatian
dilakukan dalam sekitar tempoh masa selama sejam setiap hari pada
lokasi yang dikaji.

iii

Gambar awan yang muncul diambil menggunakan kamera yang sesuai.

iv

Pemerhatian direkodkan dalam bentuk jadual.

Data yang diperolehi dianalisis dan ditafsir.

vi

Laporan disediakan lengkap dengan gambar, jadual dan graf.

RAMALAN CUACA

[Ramalan cuaca dari VisitQuick.com]

ANALISIS DATA
TARIKH

JENIS AWAN

KUMPULAN AWAN
RENDAH

14/1/14

15/1/14

17/1/14

Nimbostratus

Nimbostratus

Stratus

Kumulus

Kumulonimbus

20/1/14

21/1/14

23/1/14

Sirokumulus
Kumulonimbus

Stratokumulus

Kumulus

Nimbostratus

Stratus

Stratus

Sirus
24/1/14

25/1/14

JUMLAH

TINGGI

Altokulumus
19/1/14

PERTENGAHAN

Altokulumus
Kumulus

Kumulus

Kumulonimbus

12

PENTAFSIRAN DATA

Kekerapan
14
12
10
8
Kekerapan

6
4
2
0
Rendah

Pertengahan

Tinggi

Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah saya jalankan selama


dua minggu, didapati jenis awan rendah mempunyai kekerapan yang paling
tinggi berlaku, diikuti dengan awan pertengahan dan tinggi. Antara awan
rendah

yang

terjadi

adalah

awan

Stratus,

Kumulus,

Kumolonimbus,

Stratokumulus dan Nimbostratus. Awan kumulus merupakah kumpulan awan


rendah yang menegak. Ia kelihatan tebal dan tumpat seperti kapas yang tebal.
Awan kumulus menunjukkan cuaca baik dan cerah. Kadang-kala awan
kumulus yang tinggi akan berkembang menjadi awan kumulonimbus. Awan
kumulunimbus terbentuk daripada awan-awan kumulus dan disertai dengan
rebut dan petir dengan ciri-ciri istimewanya. Berdasarkan kajian yang telah
saya buat, hujan lebat turun diikuti dengan petir yang sedikit. Cuaca adalah
mendung.
Kekerapan yang sederhana tinggi iaitu jenis awan pertengahan berlaku
selama 5 kali dalam masa dua minggu. Antara awan pertengahan ialah awan
Nimbostratus dan awan Altokumulus. Awan Altokumulus berwarna kelabu atau
kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian. Kemunculan awan
Altokumulus menunjukkan cuaca cerah dan tidak begitu panas. Manakala
awan Nimbostratus merupakan awan tumpat yang tidak mempunyai apa-apa

bentuk tertentu. Lazimnya ia membawa kerpasan yang berterusan. Jenis awan


ini membawa cuaca mendung dan sejuk. Oleh itu, kelembapan juga tinggi.
Pembentukan awan tinggi adalah paling rendah iaitu selama dua kali
dalam masa dua minggu. Awan yang terbentuk adalah awan Sirukumulus dan
Sirus. Awan Sirus yang diperhatikan adalah halus, kelihatan seperti serat dari
segi bentuknya. Awan ini tersusun seperti pita yang melengkung di langit dan
kelihatan umpama sutera. Awan jenis ini sering menunjukkan cuaca yang
cerah dan baik. Sepanjang kajian saya, saya mendapati awan jenis ini tidak
akan membawa hujan. Awan Sirokumulus pula berbentuk seperti kelambu
putih yang halus dan rata menutup seluruh langit sehingga tampak cerah.
Awan sirus hanya berlaku pada 23 Jan dan didapati awan jenis ini membawa
hujan terutamanya apabila awan tersebut tipis dan berkeping-keping
memenuhi ruang langit.

REFLEKSI
Saya berasa amat bertuah kerana dapat menjalankan kajian yang
cukup menarik kerana kajian ini agak berbeza dengan tugasan-tugasan lain
yang pernah saya laksanakan sebelum ini. Untuk menjalankan pemerhatian
terhadap awan dalam tempoh 14 hari, saya telah memilih lokasi yang sesuai
dan dekat dengan tempat kediaman saya iaitu di padang IPGKKB.
Pelaksanaan kajian ini seolah-olahnya membawa banyak ilmu pengetahuan
kepada saya mengenai awan dan cuaca.
Dalam tempoh 14 hari ini, saya mendapati pembentukan awan
sentiasa berubah hari demi hari. Terdapat jenis awan yang berbeza seperti
awan tinggi, awan pertengahan dan awan rendah. Jenis awan yang berbeza
ini saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Sebagai contohnya,
jenis awan rendah memberi bacaan suhu yang rendah. Selepas menganalisis
data yang dikumpul, saya juga mendapati jenis awan rendah kerap terbentuk
di lokasi ini manakala jenis awan tinggi merupakan jenis awan yang
mempunyai kekerapan yang paling rendah sekali. Ia hanya terbentuk selama
dua kali sahaja dalam tempoh 14 hari. Daripada hasil pemerhatian saya, saya
mendapati ada sedikit perbezaan antara cuaca yang berlaku dengan ramalan
cuaca yang saya didapati dalam internet. Pada pendapat saya, jenis awan
yang terbentuk mempengaruhi cuaca pada hari tersebut. Melalui kajian ini
juga, saya lebih mendalami ilmu tentang ilmu dan cuaca. Ini membolehkan
saya dapat meramal cuaca dengan memerhati jenis awan yang terbentuk
pada hari tersebut. Sebagai contohnya, awan Sirus tidak akan menimbulkan
hujan. Tetapi apabila keadaannya tidak tersusun ia dapat menunjukkan cuaca
bahawa cuaca yang baik akan tiba. Berbeza dengan awan kumulunimbus
merupakan awan yang dikaitkan dengan terjadinya hujan lebat dan petir.
Melalui pemerhatian saya, apabila terbentuk awan Kumulunimbus, hujan
akan turun dan cuaca pada hari tersebut adalah mendung dan sejuk
disertakan dengan kelembapan yang sangat tinggi.
Dengan menjalankan kajian ini, saya juga dapat menikmati kurniaan
dan ciptaan Tuhan. Saya mendapati bahawa awan sangat penting untuk
sistem atmosfera bumi kerana awan dapat menghasilkan hujan. Kitaran hujan

dapat dilengkapkan apabila hujan turun. Dengan adanya hujan, tumbuhtumbuhan dan segala benda hidup di alam ini dapat hidup. Awan juga
berperanan untuk mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan
menyerap sinar infra-merah bumi. Awan juga diperlukan untuk proses
pemendakan berlaku dan pentinf untuk kitaran hidrologi. Awan membolehkan
kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku di sekitar kita. Bagi tujuan
membuat ramalan cuaca bagi tempoh jangka pendek, awan merupakan satusatu sifat atmosfera yang penting dan mesti diselidiki terutamanya dari segi
bentuk, kejadian atau proses-proses kewujudannya dan mungkin kandungankandungannya. Sebagai contohnya, awan kumulus menunjukkan permukaan
dan pergolakan atmosfera.
Walaupun saya berasa seronok untuk menjalankan kajian ini, tetapi
terdapat banyak cabaran yang saya hadapi semasa membuat kajian tentang
awan terutamanya apabila mengklasifikasikan jenis awan. Hal ini demikian
kerana terdapat terlalu banyak sumber berbeza yang saya dapati mengenai
awan dan jenis-jenisnya menyebabkan saya pening kepala apabila
menentukan jenis awan tersebut. Walau bagaimanapun, saya sering merujuk
pada rakan ataupun membuat lebih banyak rujukan untuk mengenal pasti
jenis awan secara tepat.
Untuk mendalami ilmu tentang awan dan cuaca, saya berpendapat
bahawa kita harus menjalankan sesuatu selain daripada menmbuat kajian
tentang awan setiap hari. Sebagai contohnya, lawatan ke pusat meteorologi
boleh dijalankan supaya kita boleh mendapat lebih banyak pengetahuan
secara mendalam dan realiti tentang awan dengan adanya penjelasan
daripada pihak yang mahir dan lebih berpengatahuan dalam bidang ini.
Akhirnya, saya harap apa jua ilmu yang saya terapkan melalui kajian
ini akan diaplikasikan pada masa yang akan datang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KAMPUS KOTA BHARU
AMALI SAINS 1
PISMP SEMESTER 5

SCE 3110

BUMI DAN ALAM SEMESTA

NAMA PELAJAR

: LIU WEI YEN

NOMBOR MATRIK

: S11S-1006-0451

NOMBOR KAD PENGENALAN: 920826-04-5304


KUMPLAN/UNIT

: PISMP SEM5

TAJUK

: AWAN DAN CUACA

NAMA PENYELIA

: EN ADNAN BIN ISHAK

TARIKH HANTAR

: 9 FEBRUARI 2014

Anda mungkin juga menyukai