Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : Awan dan Cuaca

TUJUAN :Memahami kaitan antara jenis-jenis awan dalam peramalan cuaca


TEORI:
Awan kelihatan seperti gumpulan asap yang berwarna putih atau kelabu di langit. Awan
ini adalah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Pembentukan awan berlaku
apabila cahaya matahari memanaskan permukaan bumi dan udara. Udara yang panas
yang mengandungi wap air akan mengembang dan naik ke atas. Apabila wap air ini
mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk. Semakin panas udara, semakin
banyak wap air terkandung di dalam udara kerana air lebih cepat menyejat. Udara yang
panas dan sarat dengan air ini akan naik tinggi sehingga tiba di satu lapisan dengan suhu
yang lebih rendah., wap air itu akan mencair dan terbentuklah molekul-moleku air yang
tidak terhingga banyaknya yang dipanggil awan. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air
dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat.
Apabila awan sampai pada satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan
turunlah hujan.

Rajah 1 : Pembentukan Awan

Awan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan awan
tinggi, kumpulan awan pertegahan dan kumpulan awan rendah. Kumpulan Awan Tinggi
terdapat tiga jenis awan iaitu termasuklah Awan Sirus, Awan Sirostratus dan awan
Sirokumulus. Awan-awan ini adalah awan yang berada pada ketianggian yang melebihi
6,000 m. Awan sirus berbentuk seperti kapas yang tipis dan lembut, menandakan cuaca
yang sangat cerah, awan sirokumulus nampak mirip dengan awan Altokumulus, namun
kelihatan lebih rapat menyerupai sisik ikan, terakhir awan Sirostratus berwarna putih cerah,
kelihatan memiliki tekstur yang tipis dan lembut Manakala Kumpulan awan yang kedua
adalah kumpulan awan pertengahan. yang terdiri daripada tiga jenis awan pertengahan
iaitu Altrostratus dan Altrokumulus.Awan ini pula berada pada ketinggian 2,00 hingga 5,000
meter. Awan Altokumulus cirinya berkepul-kepul, berlapis dan tidak rata, biasanya awan ini
menandakan hari yang cerah, kalau awan Altostratus kelihatan lebih padat dan berwarna
lebih gelap nampak seperti air. Kumpulan awan yang ketiga adalah kumpulan Awan
Rendah yang diantaranya adalah awan stratus, stratokumulus dan nimbostratus. Awan
stratokumulus kelihatan kasar, awan Nimbostratus warnanya gelap dan memiliki lapisan
lapisan jelas, disebut juga awan hujan, sedangkan awan Stratus terletak di bagian langit
rendah, tebal dan berwarna kelabu.
Terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak dapat dikategorikan mengikut
kumpulan-kumpulan seperti awan kumulus dan kumulonimbus lebih dikenali sebagai awan
menegak. Hal ini disebabkan oleh pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya
juga mampu mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan
sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubah mengikut keadaan
cuaca. Perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa berubah setiap hari . Bentuk
dan jenis awan ini juga dapat digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada masa dan
hari berikutnya.

Rajah 2 : Jenis - Jenis Awan


Rajah 3 :Peringkat Ketinggian Jenis - Jenis Awan

Amali ini telah dilaksanakan untuk melihat keadaan cuaca dengan pembentukan awan
dalam satu tempoh masa dua belas hari iaitu bermula pada 18 hingga 31 Mac 2014.
Lokasi yang telah saya pilih adalah di kaTaman Ria Mesra 2, sekitar jam 3:00 hingga 4:00
petang.
RADAS DAN BAHAN :
1. Sebuah Kamera
2. Sebuah termometer
3. Jadual pemerhatian
PROSEDUR:
1. Maklumat berkenaan awan dicari daripada buku dan internet.
2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang hadir di kawasan tersebut
diperhatikan dalam jangka masa dua minggu. Pemerhatian dilakukan dalam sekitar
tempoh masaselama sejam setiap hari pada lokasi yang dikaji.
3. Gambar awan yang muncul diambil menggunakan kamera
4. Pemerhatian direkodkan termasuklah perubahan cuaca sama ada berlaku hujan atau pun
tidak dalam tempoh masa kajian
5. Data yang diperolehi dianalisa dan ditafsir
6. Laporan ditulis dengan beserta gambar yang diambil, jadual dan graf.
PEMERHATIAN :
Lokasi : Sekitar Kawasan Taman Ria Mesra 2
Tarikh : 18 hingga 29 Mac 2014
Tempoh : 12 hari

Anda mungkin juga menyukai