Anda di halaman 1dari 3

PETA MINDA:PERBANDINGAN MODEL 5 FASA NEEDHAM DAN KITARAN 5E PERSAMAAN MODEL 5 FASA NEEDHAM *pembelajaran berpusatkan murid *aktiviti

di dalam kelas berasaskanhand-on *guru bertindak sebagai fasilitator *pembelajaran banyak menekankan kepada pengalaman iaitu pengetahuan sedia ada dan membina pengetahuan baru *kedua-dua mempunyai 5 fasa dalam pengajaran dan pembelajarannya *pembelajaran berasaskan koperatif dan inkuiri penemuan *pengaplikasian idea murid diberikan penekanan KITARAN 5E

PERBEZAAN MODEL 5 FASA NEEDHAM PERKARA MODEL KITARAN 5E

*Menekan kepada kaedah untuk menarik perhatian murid *Murid diminta melakukan perbincangan kecil untuk berkongsi pengetahuan sedia ada *Murid membina konsep daripada gabungan pengetahuan diri mereka dan rakan -rakan *Murid mengaplikasikan konsep yang dibina dalam aktiviti yang dilakukan *Murid lebih ditumpukan kepada aktiviti kumpulan *Murid lebih didedahkan kemahiran berkominukasi

Fasa Pertama

*Menekan kepada murid konsep dan permasalahan

Fasa Kedua

*Murid diminta mengumpul data dan maklumat kepada permasalahan yang dikemukan

Fasa Ketiga

*Murid membina konsep daripada maklumat yang dikumpulkan

Fasa Keempat

*Guru memberikan maklumat tambahan untuk memperkukuhkan konsep

Aktiviti

*Murid lebih ditumpukan kepada aktiviti individu

Kemahiran

*Murid lebih didedahkan kemahiran mentafsir data

PERBANDINGAN MODEL 5 FASA NEEDHAM DAN KITARAN 5E Model 5 Fasa Needham (Needham, 1987) dan Kitaran 5E (Bybee ,1997) adalah model pengajaran dan pembelajaran yang baru iaitu sekitar tahun 90-an dan millinium.Ini kerana pada zaman saya sebagai pelajar model ini tidak lagi diterapkan pada kami sebagai pelajar yang perlu memperolehi ilmu dengan cara menggunakan pengetahuan sedia ada dan menambahkan pengetahuan yang baru untuk memperolehi sesuatu konsep. Model 5 Fasa Needham dan kitaran 5E adalah model pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada pemusatan murid dimana guru hanya menjadi fasilitator kepada isi pengajaran dan pembelajaran.Murid lebih memainkan peranan di dalam memperolehi ilmu agar ilmu yang diperolehi itu akan lebih berkesan dan kekal lama berbanding dengan ilmu yang hanya didengar dan difahami sahaja.Kedua-dua model ini lebih banyak bergantung kepada pengetahuan sedia ada murid untuk memulakan sesuatu pembelajaran,dengan pengetahuan sedia ada ini murid akan merasa mereka sudah ada ilmu hanya perlu menambahkan lagi dan memperkukuhkan lagi ilmu yang sedia ada itu.Tidak seperti pengajaran dahulu yang menganggap murid hanya seperti tin kosong yang hanya perlu diisikan ilmu sahaja. Kedua-dua model ini mempunyai lima fasa pengajaran dan pembelajarannya.Fasafasa yang terlibat secara keseluruhanya memerlukan murid melakukan pelbagai aktiviti dan kemahiran . Pelbagai aktiviti dan kemahiran ini menjadikan suasana pembelajaran tidak membosankan murid bahkan menyeronokkan kerana murid leka melakukan aktiviti serta kawalan kebisingan kelas dapat dikawal oleh guru.Guru yang bertindak sebagai fasilitator haruslah sentiasa peka kepada permasalahan yang ditimbulkan murid dan menyelesaikan secara bersama dengan murid agar konsep yang dibina murid adalah tepat dan tidak berlaku miskonsepsi pada kalangan murid.Pembelajaran kedua-dua model ini lebih kepada koperatif dimana setiap murid bekerjasama dan berkongsi maklumat dan ilmu yang mereka ada dan perolehi.Pembelajaran koperatif ini dapat juga mendidik masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa ini mengamalkan sikap ini di dalam kehidupan harian mereka, dengan ini wujudlah Negara Malaysia yang aman dan damai. Setiap model pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan mempunyai kebaikkan dan keburukkannya.Ini tidak dapat dinafikan kerana setiap pemikiran manusia tidak semuanya sama,ada yang merasakan model pengajaran 5 Fasa Needham yang tervaik dan begitu juga sebaliknya dengan kitaran 5E.Model 5 fasa Needham mempunyai kebaikkan dimana fasa orentasinya lebih menekan kepada perkara menarik perhatian murid.Cara menarik perhatian murid ada pelbagai caranya seperti memperlihatkan sesuatu benda yang menarik,menyanyikan lagu,memuji murid dengan kata nasihat dan motivasi dan bermacam

lagi.Dengan cara menarik perhatian ini murid akan berasa mereka akan belajar sesuatu pada hari ini dan mereka akan memberikan tumpuan yang lebih.Keburukkan juga boleh di dapati pada fasa ini sekiranya murid terlebih teruja dan sukar untuk memberikan arahan seterusnya kawalan kelas terganggu. Manakala pada fasa kedua iatu fasa pencetusan idea, kebaikkannya adalah pada fasa ini murid akan merasakan pengetahuan sedia ada mereka dihargai apabila guru mengemukan soalan dan mereka menjawabnya dengan lancar dan jelas dan guru memberikan pujian. Keburukkanya guruakan merasa jemu sekiranya soalan yang dikemukan guru tidak dijawab bahkan murid hanya mendiamkan diri,ini menyukarkan pihak guru untuk mencetuskan idea pengajaran pada hari itu.Bahkan murid akan merasa diri mereka terlalu bodoh kerana mereka langsung tidak dapat menjawab soalan yang dikemukan guru. Keburukkan Model kitaran 5E adalah model pengajaran dimana pada fasa pertama murid diberikan permasalahan untuk diselesaikan,murid yang sederhana akan merasa satu bebanan apabila mereka terus diberikan masalah sebelum ilmu itu difahami. Murid juga akan merasa terbeban dimana mereka diminta mencari maklumat dan data kepada permasalahan yang ditimbulkan ,apabila mereka perlu mencari maklumat murid akan merasa cepat bosan kerana mereka perlu banyak membaca untuk mendapatkan maklumat.Apabila murid merasa bosan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menyeronokkan ini akan menyebabkan kawalan kebisingan kelas berlaku. Kebaikkan model ini pembelajaran secara koperatif dimana peljar berada di dalam kumpulan mencari maklumat dan berkongsi maklumat untuk membentuk konsep yang baru dan guru akan menambahkan maklumat agar konsep yang baru dibina menjadi lebih teoat dan jelas.Pembinaaan konsep yang jelas memudahkan murid berasa gembira kerana kefahaman mereka kepada konsep yang dibina itu akan kekal lebih lama.Ini menjadikan pengulangan topik itu tidak perlu dilakukan berulang kali, bahkan murid dapat menghabiskan topic pembelajaran dalam setahun tanpa ada topic yang tertinggal dan tidak di fahami. Oleh yang demikian kita sebagai guru mempunyai pelbagai alternatif untuk memilih model pengajaran dan pembelajaran untuk disampaikan kepada murid.Tidak perlu lagi kepada kaedah chalk and talk: dan kuliah semata-mata bahkan pelbagai kaedah perlu dilakukan untuk menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.Alatan dan bahan yang pelbagai adalah sumber yang perlu digunakan guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisyen.

Anda mungkin juga menyukai