Anda di halaman 1dari 24

Amali 1

TAJUK

: Awan dan Hujan

TUJUAN

: Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca yang berlaku ketika pemerhatian dijalankan.

HIPOTESIS

: Jika jenis awan yang kelihatan berbeza maka keadaan cuaca juga berbeza

RADAS

: Kamera,computer,internet,buku rujukan,kertas ,pen,dan printer.

PROSEDUR

1. Lokasi yang sesuai dipilih untuk memerhatikan awan. ( sekitar kawasan yang sama digunakan sepanjang tempoh hari pemerhatian) 2. Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan mata kasar. 3. Gambar dirakam dengan menggunakan kamera yang sesuai selama sepuluh hari 4. Pemerhatian dicatat berkenaan jenis awan dan perubahan cuaca dalam bentuk jadual. 5. Data yang diperoleh dianalisa dan ditafsir. 6. Laporan ditulis dengan mengaitkan segala data pemerhatian yang diperoleh dan analisa data.

TEORI : Hujan adalah titisan air dari udara yang jatuh di atas permukaan bumi. Proses terbentuknya hujan diawali dengan pembentukan awan. Awan tersebut terbentuk dari titik-titik wap air dari bumi (misalnya wap air laut) yang berkumpul di udara dan melekat pada medium yang boleh menampung wap air tersebut dalam ketinggian tertentu di atas permukaan bumi. Medium yang boleh menampung wap air tersebut biasanya adalah zarah garam dari lautan, atau asap dari bumi sehingga kumpulan zarah wap air tersebut membentuk gumpalan awan yang besar. Awan ini merupakan komponen hujan yang bergerak selari dengan arah tiupan angin.

Hujan gerimis

Hujan salji

Jenisjenis hujan

Hujan lebat

Hujan batu

Awan hangat yang terbentuk dari zarah air boleh menyebabkan terjadinya hujan gerimis. Awan hangat ini boleh jatuh ke permukaan bumi kerana pengaruh graviti dan ketika ia jatuh ke bumi masih dalam bentuk zarah air yang kecil. Dalam perjalanan jatuh ke bumi, kumpulan zarah air ini ada yang meruap sehingga ia tidak sampai ke permukaan bumi, akan tetapi ada juga yang dapat sampai ke permukaan bumi sehingga membentuk hujan gerimis. Awan hangat juga dapat membentuk hujan lebat, proses terjadinya apabila zarah air dari awan hangat ini jatuh ke dalam awan yang berada di bawahnya dan saling meratakan sehingga membentuk titisan air yang lebih besar. Titisan air yang jatuh ke bumi ini dapat bergabung dengan titisan dari awan lain sehingga membentuk hujan yang lebat. Selain terbentuk dari awan hangat, hujan lebat juga boleh terbentuk dari awan dingin yang terbentuk dari kristal ais dan zarah air yang berada jauh lebih tinggi dari pada awan hangat. Wap air atau zarah air akan melekat pada kristal ais dan turut sama membeku sehingga kristal ais ini semakin membesar dan berat. Kerana kristal ais tersebut semakin membesar akibat melekat dengan oleh wap air yang turut membeku, maka ia akan semakin berat dan akhirnya jatuh ke permukaan bumi. Dalam perjalanan jatuh, udara yang hangat akan mencairkan kristal ais tersebut sehingga yang jatuh ke permukaan bumi hanya berbentuk titisan air atau hujan yang lebat. Bila udara yang dilalui kristal ais ini ketika jatuh adalah sejuk (seperti di kawasan yang beriklim sejuk, maka kristal ais ini akan tetap jatuh sebagai kristal ais dan terjadilah hujan salji.

Pambentukan Awan

Udara biasanya mengandungi wap air. Apabila wap air ini meruap menjadi titisan air, maka terbentuklah awan. Pengewapan ini boleh berlaku dengan dua cara:

Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara kerana air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik dengan tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan yang terdiri daripada molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.

Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.

Apabila awan telah terbentuk, titisan air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah hinggalah sampai satu peringkat titisan itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Namun jika titisan air tersebut bertemu udara panas, ianya akan meruap dan lenyaplah awan tersebut. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti meruap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Berat titisan air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya. Awan dibahagikan kepada dua kategori umum iaitu lapisan dan perolakan. Awan-awan ini dinamakan awan stratus (awan berlapis) dan awan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ketinggian

Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas) Sirus (CI) Sirostratus (Cs) Sirokumulus (Cc)

Keluarga B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m) Altostratus (As) Altokumulus (Ac)

Kumpulan Awan

Keluarga C: Awan rendah (2,000 m ke bawah) Stratus (St) Nimbostratus (Ns) Kumulus humilis (Cu) Kumulus mediokris (Cu) Stratokumulus (Sc) Stratokumulus (Sc)

Keluarga D: Awan menegak Kumulonimbus (dikaitkan dengan hujan lebat dan ribut petir) (Cb) Pirokumulus

Selain itu, awan asas juga terbahagi kepada 3 berasaskan bentuk:

Awan Kumulus Awan Kumulus merupakan awan bergumpal (sepertipopcorn/ gumpalan kapas) Kumulus (bermakna longgokan/"heap") iaitu awan besar. Kadang-kadang berbentuk haiwan haiwan atau benda-benda lazim. Kumulus yang tebal boleh menyebabkan langit gelap (menapis sinaran matahari)

Awan Stratus Merupakan antara awan yang paling rendah sekali. Awan Stratus (meaning "stretched out") terdiri daripada lapisan awan yang meliputi seluruh langit dan melindung matahari. Awan ini membawa hari yang mendung. Apabila hujan jatuh dari awan ini maka ia dikenali sebagai awan nimbostratus . Kabus merupakan awan stratus pada permukaan bumi.

Awan Sirus Sirrus ialah awan yang jarang dan beraltitud tinggi. Nipis dan sering kali kelihatan seperti rambut atau berupa filamen Terdiri daripada partikel ais. Hujungnya adalah bergulung.

Contoh-contoh awan: 1. Sirrokumulus: Nama popularnya ialah awan sisik. Awan ini merupakan lapisan yg terdiri daripada kepulan awan Berbentuk bulat dan padat yg tersusun berkumpul-kumpul dan berbaris-baris 2. Sirrostratus Awan strata pada aras tinggi. Tidak begitu nipis berbanding sirus

3.

Altokumulus Awan kumulus paras pertengahan

4.

Altostratus Awan stratus paras pertengahan

5.

Stratokumulus Pertindihan antara stratus dan cumulus

6.

Nimbostratus Awan strata yang menghasilkan hujan.

7.

Kumulunimbus Awan kumulus dengan hujan

PENGUMPULAN DATA

Lokasi Pengumpulan Data : Kawasan perumahan Taman Coral Heights.

GAMBAR

DATA

Hari : Ahad Tarikh : 21 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 31C Kelembapan udara : 77%

PEMERHATIAN :

Nama awan : Strato Kumulus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan berbentuk kapas Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam : Ramalan tepat

10

GAMBAR

DATA

Hari : Isnin Tarikh : 22 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 32C Kelembapan udara : 80%

PEMERHATIAN :

Nama awan : Frakto Kumulus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan berbentuk cebisan kain koyak berwarna putih Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam: Ramalan tepat

11

GAMBAR

DATA

Hari : Selasa Tarikh : 23 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 31C Kelembapan udara : 82%

PEMERHATIAN :

Nama awan : Altokumulus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan berbentuk gumpalan Bulat Besar Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam: Ramalan tepat

12

GAMBAR

DATA

Hari : Rabu Tarikh : 24 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 32C Kelembapan udara : 82%

PEMERHATIAN :

Nama awan : Altokumulus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan berbentuk kapas dalam saiz yang besar Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam: Ramalan tepat

13

GAMBAR

DATA

Hari : Khamis Tarikh : 25 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 22C Suhu maks : 29C Kelembapan udara : 75%

PEMERHATIAN :

Nama awan : Kumulus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik tiada hujan Asas Ramalan : Awan berbentuk kapas Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam : Ramalan tepat

14

GAMBAR

DATA

Hari : Jumaat Tarikh : 26 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 30C Kelembapan udara : 80%

PEMERHATIAN :

Nama awan : kumulus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan berbentuk kapas putih Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam: Ramalan tepat

15

GAMBAR

DATA

Hari : Sabtu Tarikh : 27 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 33C Kelembapan udara : 85%

PEMERHATIAN

Nama awan : Altostratus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan putih kelabu Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam: Ramalan tepat

16

GAMBAR

DATA

Hari : Ahad Tarikh : 28 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 30C Kelembapan udara : 85%

PEMERHATIAN

Nama awan : Kumulus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan berbentuk kapas Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam: Ramalan tepat

17

GAMBAR

DATA

Hari : Isnin Tarikh : 29 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 32C Kelembapan udara : 78%

PEMERHATIAN

Nama awan : Sirokumulus

Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan putih Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam: Ramalan tepat

18

GAMBAR

DATA

Hari : Selasa Tarikh : 30 .07. 2013 Masa : 10.00 Suhu min : 23C Suhu maks : 30C Kelembapan udara : 82%

PEMERHATIAN :

Nama awan : Kumulus Ramalan cuaca dalam masa 3 jam: Cuaca baik Asas ramalan : Awan berbentuk popcorn dengan tepian nyata Cahaya matahari dapat dilihat Pemerhatian selepas 3 jam: Ramalan tepat

19

ANALISA DATA

Jadual kekerapan jenis awan Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Jenis awan Kumulus Altokumulus Sirokumulus Altostratus Frakto Kumulus Strato Kumulus Kekerapan 4 2 1 1 1 1

Kekerapan jenis awan dalam masa 10 hari


40% 35% 30% 25% 20% 15% 10% 5% 0% Kumulus Altokumulus Sirokumulus Peratus Altostratus Frakto Kumulus Strato Kumulus 11% 11% 11% 11% 22% 34%

20

Berdasarkan kepada jadual kekerapan jenis awan pada jadual dan carta pai di atas, terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kekerapan jenis awan yang kelihatan. Jenis awan Kumulus mencatatkan kekerapan paling tinggi sebanyak 34% sebanyak 4 kali pemerhatian. Awan Kumulus ini ialah jenis awan yang berada di peringkat tinggi yang sedang dalam peringkat menaik ataupun Awan Tegak. Awan kumulus ini merupakan awan yang berkepul-kepul warna putih kapas. Awan ini menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Awan Altokumulus pula dilihat sebagai awan yang berada pada kekerapan kedua tertinggi iaitu sebanyak 22% dengan 2 kali pemerhatian. Awan ini biasanya menyebabkan cuaca mendung tanpa hujan.Awan Strato Kumulus, Frakto Kumulus , Altostratus dan Sirokumulus pula masing-masing mempunyai jumlah kekerapan sebanyak 11 % daripada jumlah kekerapan kemunculannya pada hari-hari kajian dijalankan dengan pemerhatian sebanyak 1 kali.

KESIMPULAN Berdasarkan hasil pemerhatian saya, kebanyakan awan yang muncul ketika waktu pemerhatian saya ialah awan yang menunjukkan cuaca yang baik dan cerah. Ini terbukti kerana kekerapan jenis awan kumulus iaitu awan yang menunjukkan cuaca cerah dapat dilihat sepanjang pemerhatian saya. Apabila merujuk pada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai ramalan kaji cuaca di Port Dickson selama sepuluh hari pemerhatian ini, hampir kesemua ramalan cuaca itu tepat pada hari tertentu. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa awan sangat membantu manusia untuk meramal dan mengenal pasti cuaca persekitaran kita.

21

AMALI SUHU

TUJUAN

: Mendapatkan maklumat perubahan suhu selama 10 hari

HIPOTESIS

: Jika hari berbeza maka suhu juga berbeza.

RADAS

: Komputer,internet,buku rujukan,kertas ,pen,dan printer.

PROSEDUR

1.

Layari laman web untuk menentukan data suhu harian di http://www.met.gov.my

2.

Cari maklumat suhu harian untuk lokasi dengan memilih daerah yang hendak dijalankan kajian dari laman web tersebut.

3.

Pilih daerah Seremban dan maklumat/data suhu untuk seminggu akan paparkan.

4. 5.

Data yang diperoleh direkodkan dalam jadual. Ulangi langkah 1-3 untuk maklumat minggu hadapan (Untuk cukupkan data untuk sepuluh hari)

6.

Laporan ditulis dengan mengaitkan segala data pemerhatian yang diperoleh dan analisa data.

22

DATA PEMERHATIAN

Jadual pemantauan data suhu harian untuk lokasi Bandar Seremban.

BIL 1.

TARIKH 21 Julai 2013

DATA SUHU Suhu min Suhu maks : : : : : : : : : : 23C 30C 23C 31C 23C 31C 23C 32C 23C 32C 23C : : : : : : : : : 30C 23C 30C 23C 30C 23C 32C 23C 33C

2.

22 Julai 2013

Suhu min Suhu maks

3.

23 Julai 2013

Suhu min Suhu maks Suhu min Suhu maks Suhu min Suhu maks

4.

24 Julai 2013

5.

25 Julai 2013

6.

26 Julai 2013

Suhu min : Suhu maks Suhu min

7.

27 Julai 2013

Suhu maks Suhu min Suhu maks

8.

28 Julai 2013

9.

29 Julai 2013

Suhu min Suhu maks Suhu min Suhu maks

10.

30 Julai 2013

23

ANALISA DAN INTERPRESTASI DATA

Graf garis menunjukkan maklumat tarikh melawan dengan suhu minimum dan suhu maksimun harian untuk sepuluh hari mulai 21 Julai 2013 hingga 30 Julai 2013.Maklumat ini ialah untuk kawasan sekitar Bandar Seremban. Maklumat ini diperolehi dari internet melalui Jabatan Meteorologi Malaysia. Merujuk pada graf suhu minimum setiap hari selama sepuluh hari adalah sama iaitu 23C.Manakala suhu maksimum setiap hari adalah tidak sama.Suhu maksimum setiap hari berada dalam julat (30C hingga 33C).Purata suhu maksimum harian dalam masa sepuluh hari tersebut ialah (31.1C).Suhu maksimum pada hari pertama dan kedua adalah tidak sama iaitu 30C dan 31C namun suhu maksimum pada hari kedua dan ketiga adalah sama iaitu 31C. Pada hari ke enam , tujuh dan lapan selama tiga hari berturut turut suhu maksimumnya adalah sama iaitu 30C.Boleh dikatakan tiada satu faktor yang jelas untuk menunjukkan perubahan suhu maksimum harian sebegini.Suhu minimumnya pula adalah sama setiap hari selama sepuluh hari tersebut iaitu 23C. KESIMPULAN: Dari pemerhatian dan analisa serta graf membuktikan bahawa hipotesis diatas adalah benar iaitu jika hari berbeza maka suhu juga berbeza.

24

Anda mungkin juga menyukai