Anda di halaman 1dari 1

GARIS PANDUAN LAWATAN MURID 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pastikan borang lawatan mengikut format yang ditetapkan.

Pihak sekolah tidak dibenarkan mengubahsuai borang lawatan yang sedia ada. Setiap borang perlu diisi lengkap. Salinan borang perlu disediakan mengikut negeri (ikut garis panduan). Setiap borang perlu ditandatangani asli oleh Guru Besar / Pengetua. Senarai semak borang pelancongan perlu disertakan bersama borang pelancongan. Borang permohonan dalam Pulau Pinang hendaklah sampai ke JPN sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh lawatan. Borang permohonan luar Pulau Pinang hendaklah sampai ke JPN sekurang-kurangnya 5 minggu sebelum tarikh lawatan. Borang permohonan bagi luar negara hendaklah sampai ke JPN sekurang-kurangnya 5 minggu sebelum tarikh lawatan ke Negara Bukan Komunis dan 3 bulan sebelum tarikh lawatan ke Negara Komunis. Tempoh 5 minggu dan 2 minggu dikira dari tarikh borang sampai ke JPN dan bukan dikira dari tarikh permohonan lawatan. Permohonan lewat tidak akan diterima dan akan ditolak. Pastikan nisbah guru pengiring 1: 10 orang pelajar. Sertakan kertas kerja dan senarai nama guru dan murid bagi setiap borang mengikut negeri. Semak kembali bahagian kutipan dan perbelanjaan, kedua-dua bahagian mestilah seimbang. Sebarang pindaan tarikh, nama pelajar dan nama guru pengiring hendaklah membuat surat pindaan, selewat-lewatnya 3 hari selepas menerima surat kelulusan (sertakan senarai nama baru). Sebarang perubahan bilangan pelajar, tempat lawatan tidak dibenarkan dan perlu membuat permohonan baru ke JPN mengikut peraturan yang sedia ada. Borang Laporan Lawatan Murid (Lampiran D) perlu diisi dan dihantar ke JPN selepas mengikuti lawatan. Lawatan pada hari persekolahan hanya dibenarkan 2 kali setahun bagi setiap sekolah. Tempoh lawatan pada hari persekolahan adalah maksimum 4 hari termasuk hari perjalanan. Perjalanan pada waktu malam adalah digalakkan.

8.

9.

10.

11. 12. 13. 14. 15.

16.

17.

18. 19. 20.

Anda mungkin juga menyukai