Anda di halaman 1dari 9

Tajuk

Awan dan Cuaca

Objektif

Memahami kaitan antara jenis-jenis awan dalam peramalan cuaca.

A. Pengenalan :
Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka
awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas
yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai
suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak
berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan
menjadi semakin tepu dengan wap air. Terdapat 10 genera awan. Enam

daripadanya

tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut di atas seperti berikut:


Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus
Awan peringkat pertengahan : Altokumulus
Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus
Awan dikategorikan kepada beberapa kumpulan, berdasarkan ketinggian, iaitu
kategori awan rendah, sederhana dan tinggi dan awan Vertikal. Awan rendah didapati pada
ketinggian di bawah 6500 kaki. Antara contoh awan yang terdapat pada ketinggian ini
adalah stratus, stratokumulus dan nimbostratus. Manakala, pada ketinggian sederhana, iaitu
antara 6500 kaki hingga 23000 kaki pula, awan yang dapat dilihat adalah altokumulus dan
altostratus. Kemudian, awan sirus, sirostratus dan sirokumulus didapati pada kategori awan
tinggi, iaitu pada ketinggian melebihi 7 km atau 23000 kaki. Walaubagaimanapun, terdapat
juga beberapa jenis awan yang tidak dapat dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan ini,
seperti awan kumulus dan kumulonimbus dimana lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal
ini disebabkan oleh pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu
mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi.

B. Radas dan bahan: kamera, jadual pemerhatian


C. Prosedur:
1. Maklumat lebih lanjut mengenai awan dicari dan dikumpulkan daripada buku dan
internet.
2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang terdapat di kawasan tersebut
diperhatikan selama seminggu.
3. Pemerhatian dibuat pada masa yang tetap setiap hari.
4. Pemerhatian direkodkan termasuklah sebarang perubahan cuaca seperti hujan atau
tidak hujan.
5. Data tersebut dianalisis dan ditafsir.
D. Langkh berjaga-jaga
1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal.
2. Memastikan gambar di ambil di tempat yang lapang
3. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya.
4. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih tajam.

E. Keputusan :
Lokasi : Sekitar Kawasan IPG Kampus Tun Hussein Onn
Tarikh : 1 hingga 7 Febuari 2016
Tempoh : 7 hari
Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap awan selama 1 minggu.
Hari

Masa

Pemerhatian

1 Febuari 2016

1.30-2.00 petang

Nama awan
Fractocumulus
Ciri- ciri
Awan rendah
Awan kumulus yang berpecah
dan tidak tersusun

2 Febuari 2016

1.30-2.00 petang

Nama awan
Fractocumulus
Ciri- ciri
Awan rendah
Awan kumulus yang berpecah
dan tidak tersusun

3 Febuari 2016

1.30-2.00 petang

Nama awan
Comulonimbus
Ciri- ciri
Awan rendah
Ketinggian : 300 1500m

4 Febuari 2016

1.30-2.00 petang

Nama awan
Altocumulus
Ciri- ciri
Awan sederhana
Ketinggian : 2.5 - 5.5km

5 Febuari 2016

1.30-2.00 petang

Nama awan
Cirrus virga

Ciri- ciri
Awan tinggi
Ketinggian : 5 - 14km

6 Febuari 2016

1.30-2.00 petang

Nama awan
Altostratus
Ciri- ciri
Awan sederhana
Ketinggian : 2 - 5km

7 Febuari 2016

1.30-2.00 petang

Nama awan
Nimbostratus
Ciri- ciri
Awan sederhana
Ketinggian : 600 - 2000km

Jadual 1:suhu kelembapan atmosfer dan kelembapan udara bagi tujuh hari tersebut
Tarikh dan

Suhu atmosfer

Kelembapan

masa

udara
Suhu atmosfer
terendah(

Suhu atmosfer
tertinggi

Suhu purata

)
30
29
29
30
29
30
28

1 Feb
2 Feb
3 Feb
4 Feb
5 Feb
6 Feb
7 Feb

30
29
29
30
29
30
28

30
29
29
30
29
30
28

72
75
77
70
70
85
70

Graf 1:Suhu dan kelembapan Pada Petang


90
80
70
60
50
suhu purata
40

kelembapan

30
20
10
0
42401

42402

42403

42404

42405

42406

42407

F.PERBINCANGAN
Perbincangan :
Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:
o

Membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya


awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan

atmosfera.
Mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar

infra-merah bumi.
Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa ke

kutub.
Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam
kitaran hidrologi.

Berdasarkan penemuan ini, terdapat beberapa implikasi penemuan ini dalam kehidupan
seharian iaitu :
o

Ia dapat membantu dalam merancang sebuah aktiviti yang dijalankan di luar.


Contohnya sukan tahunan. Guru yang mempunyai ilmu awan ini boleh
membuat ramalan tentang cuaca pada hari tersebut dengan melihat jenis

o
o
o

awan yang terbentuk.


Ia juga dapat membantu dalam membuat ramalan kejadian hujan. Contohnya
pembentukan awan kumulonimbus dan nimbostratus.
Bidang Pertanian
Manfaat iklim dalam bidang pertanian diantaranya adalah sebagai berikut:
Menentukan waktu tanam
Menentukan tanaman yang sesuai

KESIMPULAN :

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa jenis awan yang dapat
diperhatikan selama 8 hari iaitu awan jenis cirrus, cirrocumulus, altostratus, cumulonimbus,
cumulus dan stratocumulus. Awan-awan ini dapat menunjukkan dan mempengaruhi cuaca
pada hari tersebut seperti awan cirrus cuaca pada masa tersebut adalah cerah manakala
awan altostratus cuaca pada masa tersebut adalah mendung menandakan hujan akan
turun.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Amali ini mendedahkan siswa siswi untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam
perubahan cuaca dan peka dengan perubahan cuaca. Meraka juga mengaplikasikan
pengetahuan awan dalam kehidupan seharian untuk meramal cuaca.
Amali ini juga mempunyai kelemahan iaitu ramalan cuaca yang berdasarkan pemerhatian
mudah menjadi kurang tepat.

RUJUKAN:
Buku
Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. 2008. The Physical Universe, 12th Ed.. New York: The
McGraw-Hill Companies, Inc.

Internet
Type of cloud, http://www.superteacherworksheets.com/weather/lcloud-typesarticle_WMWFQ.pdf, Dilayari pada 7 febuari 2016
Cloud and weather, http://mapmaker.meteor.wisc.edu/~jbrunner/ackerman/smclouds/cloudbkgrnd.html, Dilayari pada 7 febuari 2016

Anda mungkin juga menyukai