Anda di halaman 1dari 5

SEK.MEN.KEB.

AGAMA TOK JIRING


21060 K.TERENGGANU

Kertas Kerja

Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber


Sekolah
SMKA Tok Jiring

1.PENGENALAN

Pengawas Pusat Sumber merupakan badan rasmi para pelajar di SMKA Tok Jiring.
Pengawas PSS merupakan individu yang dipilih dan dilantik oleh pihak sekolah bagi tujuan
membantu pihak sekolah menguruskan pusat sumber melalui penguatkuasaan peraturan dan
undang-undang ke arah mewujudkan budaya membaca kepada warganya

2.MATLAMAT

Penganjuran majlis ini bukan hanya berpaksikan peranannya sebagai acara tahunan
semata-mata tetapi penganjuran program ini menggalas misinya yang tersendiri.Program ini
dilihat sebagai satu medium yang berkesan untuk mengukuhkan lagi pautan ukhuwah antara
pengawas pusat sumber .Bukan itu sahaja,melalui penganjuran program ini,pengawas pusat
sumber sekolah turut dapat menimba pengalaman yang berguna dalam mengendalikan majlis-
majlis rasmi.Pengalaman seperti ini sememangnya penting untuk diaplikasikan oleh semua ahli
sebagai persediaan untuk menongkah arus globalisasi masa di masa hadapan.

3.NAMA PROGRAM
Jamuan Akhir Tahun PSS

4.ANJURAN
Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring

5.OBJEKTIF
5.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara Pengawas Pusat Sumber dan
guru-guru.

5.2 Melahirkan semangat kerjasama antara para pengawas dalam mengendalikan majlis
ini.

5.3 Mengenang jasa guru – guru pusat sumber dan Pengawas Pusat Sumber.

6.TEMPOH PELAKSANAAN
6.1 Tarikh : 11 November 2010

6.2 Hari : Khamis

6.3 Waktu :2.00 petang

7.TEMPAT
Dewan Darul Ilmi,Smka Tok Jiring

8.SASARAN
8.1 Pihak Pentadbiran

8.2 Guru – guru penasihat pusat sumber

8.3 Pengawas Pusat Sumber

9.JAWATANKUASA MAJLIS

Penanung : Siti Hamedah Bt Md Shukor

Ketua : Tg Zahirul Kamal B Tg Kamarozaman


P.Ketua : Lutfiah Izzati Bt Ahmad

Setiausaha : Salma Malihah Bt Mohammad


P.Setiausaha 1 : Nurakamal Syuhada Bt Mohd Yussoff
P.Setiausaha 2 : Siti Nor Aisyah Bt Md Bati

AHLI JAWATAN KUASA

Exco makanan dan minuman : Syukriah bt Yusof


: Siti Khairunnisa Bt Kamaruzaman
: Siti Farhana Bt Sabaruddin

Exco aturcara majlis : Lutfiah Izzati bt Ahmad


Exco Hadiah dan cenderamata : Mujiddah Shafwah Bt Mohd Suhaimi
: Fatimah Bt Awang
: Nik Nor Hakimah Bt Hussin
: Tg Mardhiah Bt Tg Nazmi

Exco Jemputan : Aisyah Sukainah Bt Sapingi @ Shafie


: Siti Nadhirah Bt Aziz

Exco Kebersihan dan penyediaan : Aimi Nabilah Bt Hashim


: Madihah Bt Azmi

Exco protokol majlis : Che Wan Insyirah bt Che Wan Takwa


: Nurul Hafiza Bt Abdul Aziz

10.TENTATIF PROGRAM
2.00 petang : Ketibaan VIP dan para jemputan

2.30 petang : -Majlis dimulakan


-Bacaan Al-Quran
- Ucapan Ketua Pengawas Pusat Sumber
- Ucapan Penolong Kanan
- Tazkirah
- penyampaian Hadiah
- Bacaan doa makan

3.15 petang : jamuan makan

4.00 petang :Bersurai

11.PERBELANJAAN
11.1 Anggaran Perbelanjaan

a. Makanan + minuman RM 10.50 x 100 orang = RM 1050.00


b. Cenderamata dan Hadiah = RM 850.00
c. Kos Luar Jangka = RM 100.00
JUMLAH RM 2000.00
JUMLAH RM 2000.00

11.2 Anggaran Pendapatan

a. Yuran PSS 25 X 72 orang RM 1800.00


b. Sumbangan kokorikulum RM 200.00
JUMLAH RM 2000.00

12.PENUTUP

Majlis akhir tahun pusat sumber ini tidak akan berjaya diimplementasikan tanpa
mendapat kerjasama dan kooperasi daripada semua pihak. Oleh yang demikian, adalah
diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program ini dapat memberi
sokongan dan komitmen yang persis lagi jitu demi memastikan kelancaran dan
keberkesanan program ini.
Sekian,terima kasih
Disediakan oleh,

………………………………………..
(SALMA MALIHAH MOHAMMAD)
SETIAUSAHA MAJLIS,
SMKA Tok Jiring,
Kuala Terengganu.

Disahkan,

…………………………………………….
(SITI HAMEDAH BT MD SUKOR)
GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER,
SMKA Tok Jiring,
Kuala Terengganu.

Diluluskan oleh,

…………………………………………….
(EN.ABU BAKAR RA MOHD ABDULLAH)
PK KOKORIKULUM
SMKA Tok Jiring,
Kuala Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai