Anda di halaman 1dari 11

KATEGORI DAN JENIS-JENIS PERMAINAN KANAK-KANAK

Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-kanak

Pada tahun 2004,

Webb dan Pearson telah mengkategorikan

permainan

kanak-kanak

kepada empat iaitu : Sasaran (Target) Pukulan/ Padang (Striking / Fielding) Jaring/ Dinding (Net/ Wall) Serangan/ Kawasan (Invasion)

Sasaran (Target) Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata. Contoh: bowling, archery, golf

Pukulan/ Padang (Striking/ Fielding) Jenis permainan yang dilaksanakan dalam kumpulan yang melibatkan dua pasukan / dua pihak. Satu pasukan disebut sebagai pasukan striking danpasukan lawannya disebut pasukan fielding. Pasukan striking yang akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan fielding yang akan bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata. Mata yang diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamatdan berjaya selepas membuat pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh : baseball, softball, cricket

Jaring/ Dinding (Net/ Wall)


Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihaklawan dengan syarat obje k tersebut tidak dapat dihantarbalik dalam kawasan gelanggang.

Contoh: badminton, squash, table tennis.

Serangan/ Kawasan (Invasion) Permainan dilaksanakan dalam secara perseorangan atau berpasukan. Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperoleh mata. Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan; berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bertujuan untuk memperoleh mata. Contoh: soccer, basketball, handball

Tujuan Mengkategorikan Permainan Setiap permainan dalam kategori yang tersebutmempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras. TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satukategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atasperaturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut. Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertaipermainan lain dalam kategori yang sam a.

PERMAINAN KATEGORI SASARAN


1.0 TAJUK "Tuju saya" Kategori sasaran

2.0 MATLAMAT 2.1 Mengembangkan kebolehan dan kemampuan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek guru pelatih. 2.2 Melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam mengawal pergerakan tubuh badan.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Aspek psikomotor 3.1.1 dapat memperlihatkan koordinasi otot saraf, kelajuan dan daya tahan secara maksimum. 3.1.2 dapat merekacipta satu permainan kanak-kanak yang sesuai untuk murid Tahap 1 dan 2.

3.2 Aspek kognitif 3.2.1 dapat membanding beza permainan tradisional dengan permainan kanak-kanak. 3.2.2 dapat mewujudkan persaingan sihat.

3.3 Aspek efektif 3.3.1 dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. 3.3.2 dapat membina keyakinan dan komitmen murid. 3.3.3 dapat menerapkan nilai murni seperti semangat kesukanan semangat berpasukan dalam diri murid. 3.3.4 menyemaikan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dalam kalangan murid-murid.

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 4.1 Jenis - jenis alatan yang digunakan. belon , radio , gelung , kerusi bertangga , tali , bola 4.2 Prosedur pelaksanaan permainan 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B yang terdiri daripada 5 orang peserta dalam setiap kumpulan. 2. Setiap peserta diberikan dua biji bola. 3. Peserta pertama daripada kumpulan A dan B dikehendaki berdiri di dalam gelung yang disediakan. 4. Apabila muzik akan dimainkan, peserta perlu membongkok dan memusingkan badan dengan jari telunjuk menyentuh lantai sebanyak lima pusingan. 5. Kemudian, peserta perlu melompat dengan kedua-dua belah kaki sehingga muzik diberhentikan. 6. Selepas itu, dalam kedudukan tersebut, peserta perlu menggunakan sama ada kemahiran membaling, melontar atau melambung kedua-dua bola yang telah diberikan ke arah belon yang disasarkan. 7. Permainan akan diteruskan dengan peserta seterusnya. 8. Permainan akan tamat setelah semua peserta mendapat peluang untuk mensasarkan belon.

4.3 Pelan kedudukan

4.4 Peraturan dan syarat permainan 4.4.1 Syarat permainan

Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan tiga kemahiran sahaja iaitu kemahiran membaling, melontar atau melambung.

Peserta dikehendaki melompat menggunakan kedua-dua belah kaki. Apabila muzik diberhentikan, peserta tidak boleh berdiri melebihi zon 2.

4.4.2 Pemarkahan

Permainan Kanak-Kanak Kategori Pukulan


1.0 TAJUK PERMAINAN Hit & Hide Permainan Kategori Pukulan 2.0 OBJEKTIF Permainan kanak-kanak ini bertujuan untuk: 1. 2. Menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama

dalam satu pasukan. 3. Membantu murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan

jasmani yang tersusun. 4. 5. 6. 7. Dapat memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul. Mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelolakan permainan kanak-kanak. Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi yang

tepat untuk memenangi permainan.

3.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 3.1 SENARAI JENIS ALATAN Bil 1 2 3 Jenis peralatan Tapak Tangan Bola Getah Skitel Kuantiti 10 3 2

Jadual 1.1 Senarai Jenis Alatan

3.2 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN 1. Menggunakan kawasan permainan iaitu gelanggang badminton seluas 5.64m x

13.41m. 2. Garisan sempadan kawasan permainan ditentukan menggunakan garisan pada

gelanggang dan juga skitel di sekitarnya. 3. 4. Garisan tengah gelanggang badminton memisahkan kawasan antara pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang dan setiap pemain haruslah mempunyai satu

Tapak Tangan masing-masing. 5. Pihak penganjur akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana

yang memulakan permainan dahulu. 6. Pasukan yang memulakan permainan dahulu diberi peluang untuk memilih tapak

gelanggang. 7. 8. Tiga biji bola getah akan diberi kepada pasukan yang memulakan permainan. Pemain yang memegang bola bertanggungjawab untuk memulakan permainan

dengan memukul bola ke arah pihak lawan. mulakan bola 9. Pihak lawan boleh memukul balik bola pihak lawan dengan Tapak Tangan atau

mengutip bola yang jatuh di gelanggang sendiri lalu memukul ke arah pihak lawan. 10. Permain bebas bergerak untuk memukul dan menyambut bola selepas pukulan bola dimulakan. 11. Pada masa yang sama pemain juga harus mengelak bola agar anggota badan tidak terkena bola pihak lawan. 12. Pemain yang terkena bola dari pihak lawan dikehendaki meninggalkan gelanggang. 13. Permainan ini dijalankan sepanjang 5 minit. 14. Pasukan yang mempunyai pemain yang paling banyak di akhir permainan dikira sebagai pemenang. 15. Jika berlaku keadaan seri, 2 minit lebih akan diberi untuk menentukan pemenang.

3.3 PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN

Gelanggang Badminton

Kedudukan Pemain sebelum bola dimulakan

4.4 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN 1. 2. Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai. Dalam perlawanan permainan ini, pemain harus memukul bola dengan Tapak

Tangan daripada pihak lawan dan mengelak bola daripada mengena akan badan. 3. Pemain dilarang membawa alat tajam yang boleh mencederakan orang lain semasa

permainan ini dijalankan. 4. 5. 6. 7. Pemain dilarang memakai barang perhiasan semasa permainan. Pemain dilarang memukul bola dengan tangan yang tidak memakai tapak tangan. Pemain dilarang memijak, menendang bola getah dengan kaki. Jika bola terkeluar dari gelanggang , pemain boleh mengutip bola dan kembali ke

gelanggang untuk teruskan permainan, 8. Pemain tidak dibenarkan memulakan bola dan memukul bola di luar kawasan

gelanggang 9. Pemain hanya boleh berada di dalam kawasan permainan sendiri.

10. Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, pemain boleh mengutip bola dan teruskan pukulan. 11. Pemain dihendaki keluar dari gelanggang sekiranya terkena bola dari pihak lawan. 12. Keputusan pengadil permainan adalah muktamad.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERENGGANU DARUL IMAN

PENDIDIKAN JASMANI (ISL)

NAMA PELAJAR NO. K/P

: MUHAMMAD HUSSAINI BIN SALLEH : 930907 - 02 - 5283

KUMPULAN/UNIT/AMBILAN : 2 PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL 2 PENSYARAH : EN. ZARIZI BIN ABDUL RAHMAN

Anda mungkin juga menyukai