Anda di halaman 1dari 9

TOPIK : TGFU 2 : PERMAINAN MEMUKUL/MEMADANG DAN

JARING/DINDING

6.1 Pengenalan kepada permainan memukul/memadang (striking/fielding)


Tujuan utama permainan kategori ini adalah untuk mengumpul mata / membuat
larian yang lebih dari pasukan lawan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kategori ini menggalakkan pemain beraksi dalam pelbagai peranan / posisi
seperti pemukul, memadang, pelari dan bowler. Setiap peranan / posisi
memerlukan penggunaan strategi dan taktik yang berbeza (Game Sense Cards:
30 games to develop thinking players. Australian Sports Commission 1999).
Secara amnya, permainan-permainan dalam kategori ini adalah aktif dan
memberi peluang untuk mengembangkan pelbagai jenis dan bentuk pergerakan
seperti :

Pergerakan lokomotor seperti berlari dan melompat


Manipulasi bat atau peralatan lain menggunakan tangan
Memukul bola
Menangkap bola di udara atau di atas tanah
Membaling / melempar sesuatu objek (biasanya bola) ke arah sesuatu
sasaran (stumps atau pemain lain)
Bowling atau pitching
Koordinasi tangan dan mata

Kebanyakkan dari pergerakan yang dinyatakan di atas merupakan kombinasi


beberapa kemahiran pergerakan asas yang bertujuan untuk mendapatkan satu
aksi yang spesifik. Sebagai contoh seorang bowler berlari dengan bola sebelum
membaling bola tersebut ke arah sesuatu sasaran, seorang pemukul akan
memukul bola sebelum berlari ke arah bes atau stump. Komunikasi dengan
rakan sepasukan dan kemahiran membuat keputusan adalah penting. Modifikasi
kepada permainan untuk memenuhi kehendak spesifik pemain mungkin
melibatkan perubahan kepada aspek-aspek berikut:

Saiz pemukul (bat) dan bola yang digunakan


Saiz dan dimensi kawasan permainan
Mekanisma memukul(penggunaan tee, bola yang melantun dsn)
Peranan dan jumlah bilangan pemain
Mengubah sasaran jaringan dan sistem pemarkahan

6.2 Contoh Permainan


6.2.1 Empat pukulan dan lari
Tujuan:

Untuk mengetahui/ membuat keputusan bila masa sesuai untuk


membuat larian agar mendapat seberapa banyak mata.

Alatan:

Kawasan permainan berbentuk bujur


Bat pemukul dan empat bola getah kecil
Kon untuk menanda zon larian

Zon
larian

pemadang ,
pemukul

penanda zon larian

Rajah 1 : Empat pukulan dan lari

Cara bermain:
Dua pasukan (4 lwn 4)
Satu pasukan memadang dan satu pasukan memukul

Pemukul (
) akan membaling bola ke udara dan terus memukulnya
ke arah
kawasan permainan. Ulangi aksi yang sama untuk ketiga-tiga bola
yang lain.
Bila kesemua bola telah dipukul, pemukul akan berlari seberapa
banyak kali
antara penanda zon
Pemadang akan mendapatkan bola dan mengembalikannya ketempat
asal
secepat yang boleh
Setiap pemain dalam pasukan pemukul bergilir membuat pukulan.
Pasukan memukul akan menyimpan skor.
Keselamatan:
Kawasan permukaan permainan yang rata.
Tiada kontak fizikal.
Zon larian untuk pemukul mesti berada pada jarak yang selamat
dari pemadang.
Soalan Fokus:Pemukul:

Di manakah bola-bola harus dipukul supaya pemukul dapat


membuat larian yang paling banyak?
Bilakah masa anda mengambil risiko untuk membuat satu lagi
larian?

Pemadang:

Bagaimana akan anda tentukan siapa yang akan berada di home


base untuk menangkap keempat-empat bola?
Apa yang perlu anda semua lakukan supaya dapat memadang
dengan baik?
Bagaimana anda akan memastikan supaya pemadang yang akan
menangkap bola di home base sempat menangkap keempat-empat
bola dengan baik?

Variasi:

Pemukul hilang mata sekiranya bola yang dipukulnya itu ditangkap


sebelum bola tersebut melantun di tanah.
Tambah jarak zon larian.
Tentukan kawasan markah bonus dalam kawasan permainan di
mana pemukul akan mendapat larian percuma sekiranya bola yang
dipukulnya itu memasuki kawasan tersebut.

6.2.2 Menuju ke Gol


Tujuan:

Membuat pilihan cara pukulan yang terbaik untuk mendapat


jaringan yang terbanyak.
Bekerjasama semasa memadang untuk menyekat lawan dari
mendapat larian yang banyak.

Alatan:

Kawasan permainan berbentuk bujur


Dua bat pemukul dan satu bola getah kecil untuk setiap pasukan
Kon untuk menanda kawasan gol
Bib untuk membezakan kedua-dua pasukan.

1
6
1

1
6
1

Rajah 2: Menuju ke gol


Cara bermain:
Dua pasukan (5 lwn 5)
Setiap pasukan ada satu bat.
Pemukul dari setiap pasukan akan memukul bola ke arah kon yang
bertanda
di kawasan lawan secara bergilir.
Enam markah jika bola melalui kon di tengah dan satu mata sekiranya
bola
melalui kon-kon di tepi.
Tiada markah jika bola ditangkap
Setiap pemain mesti memukul bola. Pemukul boleh memukul bola
dari mana-mana tempat dalam kawasannya.

Keselamatan:
Kawasan permukaan permainan yang rata dan berumput.
Tiada kontak fizikal.
Bat / pemukul tidak boleh dibaling.
Pastikan terdapat jarak yang selamat antara pemukul dan pemainpemain sepasukannya.
Bola tidak boleh direbut dari pasukan lawan.
Soalan Fokus:Pemukul:

Dari manakah bola harus dipukul supaya dapat 6 markah?


Adakah anda akan mengambil risiko untuk memukul ke arah kon 6
markah atau bermain selamat? Kenapa?

Pemadang:

Bagaimana akan anda tentukan siapa yang akan menjaga kawasan


gol sendiri?
Apa yang perlu anda semua lakukan supaya dapat memadang
dengan baik?
Bagaimana anda akan memastikan supaya pemadang dalam posisi
yang baik untuk menangkap bola dan pada masa yang sama
sempat memukul bola untuk mendapat 6 markah?

Variasi:

Bilangan pemain yang berbeza , iaitu lebih ramai pemain pemukul


atau pemadang.
Tambah bilangan pintu gol.
Tambah bilangan bat dan bola.
Pukul bola dari tempat bola tersebut ditangkap.
Bola mesti diumpan sebanyak tiga kali sesama pemain sepasukan
sebelum dipukul ke arah gol lawan.
Bilangan langkah atau cara mengumpan bola.
Menambah saiz kawasan permainan.

6.3 Pengenalan kepada permainan jaring/dinding


Tujuan utama permainan kategori ini adalah untuk menghantar bola di kawasan
lawan supaya pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola tersebut balik.
Prinsip menyerang dan bertahan serta permainan secara individu atau
berpasukan boleh diperkenalkan.
Permainan kategori jaring/dinding ini memerlukan pergerakan fizikal yang lincah
untuk meliputi kawasan permainan sendiri. Pergerakan yang terlibat adalah
seperti berlari, melompat, gelonsor, memukul dan mengumpan (Game Sense
Cards: 30 games to develop thinking players. Australian Sports Commission
1999).
Modifikasi kepada permainan untuk memenuhi kehendak spesifik pemain
mungkin melibatkan perubahan kepada aspek-aspek berikut:

Saiz dan berat bola


Saiz dan bentuk bat / raket / pemukul
Saiz gelanggang
Ketinggian jaring
Perubahan pada peraturan seperti membenarkan lantunan bola

6.4 Contoh Permainan


6.4.1 Space ball
Tujuan:

Melihat cara bekerjasama sebagai satu pasukan untuk meliputi


ruang gelanggang sendiri semasa bertahan dan cuba mencari
kelemahan pihak lawan semasa menyerang.

Alatan:

Gelanggang tenis,badminton atau bola tampar dengan jaring.


Bola tampar

Jaring / kawasan bola mati

Rajah 3 : Permainan Spaceball

Cara bermain:
Dua pasukan dengan jumlah pemain yang sama (berempat)
Bola dilontar / baling melebihi paras kepala melepasi jaring /
kawasan bola mati ke gelanggang lawan.
Pihak lawan akan menangkap bola dan mengembalikan bola dengan
cara yang sama.
Mata dijaring bila:
- Bola melantun digelanggang pihak lawan
- Bola keluar dari kawasan permainan
Tukar pasukan yang membuat servis apabila ada perubahan mata.
Pemenang ditentukan dengan bilangan mata yang telah ditetapkan
(contoh 10 mata) atau mengikut masa (contoh 5 minit).
Keselamatan:
Permukaan gelanggang yang rata dan tidak kasar
Jika tali direntang sebagai ganti jaring, pastikan ada penanda yang
jelas.
Soalan Fokus:

Bagaimana mengagihkan kawasan kawalan kepada pemain-pemain


sepasukan?
Apakah formasi yang paling berkesan untuk meliputi seluruh
gelanggang?
Di manakah akan anda menempatkan bola di gelanggang lawan
untuk mendapat mata?
Apakah perubahan dalam teknik yang akan anda ubah sekiranya
bola atau objek anda tersasar jauh dari sasaran?
Apakah yang akan anda buat supaya pihak lawan sukar mendapat
mata?

Variasi:

Menambah/ mengurang ketinggian jaring


Membenarkan bola melantun sekali untuk pemain-pemain baru.
Menambah bilangan pemain.
Mengurangkan / menambah saiz gelanggang.
Membenarkan bola diumpan sesama pemain-pemain dalam
pasukan (sekurang-kurang 3 kali) sebelum dihantar ke gelanggang
lawan.

6.4.2 Tenis dinding


Tujuan:

Mencari cara untuk memukul bola di dinding supaya lantunannya


sukar dikembalikan oleh pihak lawan.
Mencari cara yang berkesan untuk mengawal kawasan gelanggang.

Alatan:

Bola tampar (tukar kepada bola tenis bila tahap kemahiran pemain
bertambah)
Dinding dengan garisan ditanda sebagai jaring (sekurang-kurangnya
1 meter dari tanah)
Kawasan gelanggang ditanda dengan kapur, tali atau kon.

Bola mesti
melepasi
ketinggian ini

Rajah 4 : Tenis Dinding


Cara bermain:
Dua orang pemain
Pemain mesti berada dalam kawasan gelanggang masing-masing.
Guna kemahiran melontar bola ke arah dinding sebagai servis.
Bola mesti melepasi garisan pada dinding dan melantun dalam
kawasan gelanggang lawan yang ditanda sahaja.
Permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain tidak dapat
mengembalikan bola atau bola yang dilontarnya tidak melepasi
garisan pada dinding atau bola keluar dari kawasan permainan.
Tukar pemain yang membuat servis apabila ada perubahan mata.
Pemenang ditentukan dengan bilangan mata yang telah ditetapkan
(contoh 10 mata) atau mengikut masa (contoh 5 minit).

Keselamatan:

Permukaan gelanggang yang rata dan tidak kasar.


Ruang yang cukup antara pemain.
Pemain tidak dibenarkan untuk menghalang pihak lawan.

Soalan Fokus:

Apakah jenis lontaran yang paling sukar untuk dikembalikan?


Bagaimanakah maklumat ini dapat membantu anda untuk
mengatasi pihak lawan?
Apakah cara lontaran yang akan anda gunakan untuk mendapat
mata? Kenapa?
Adakah anda cuba mendapat mata setiap kali anda melontar bola
ke arah dinding? Kenapa? Kenapa tidak?
Bolehkah anda menempatkan badan anda supaya pihak lawan tidak
boleh melihat arah dan kelajuan bola yang dilontar?
Di manakah patut anda berdiri supaya pihak lawan sukar mendapat
mata?

Variasi:

Menambah keluasan gelanggang.


Menggunakan bola yang lebih kecil
Tambah bilangan pemain iaitu 2 lawan 2
Tinggikan paras jaring
Guna pelbagai jenis kemahiran / peralatan

Anda mungkin juga menyukai