Anda di halaman 1dari 16

Definisi Striking/Fielding Permainan pukulan tepat & memadang (striking & field) Melibatkan 2 pihak 1 pihak striking &

; 1 pihak lagi fielding Pasukan striking akan berusaha mendapat mata. Pasukan fielding menghalan pasukan striking dari mendapat mata. Mata dikumpul melalui larian yang selamat atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan:Baseball Kriket Softball

KRIKET
CARA BERMAIN DAN PENGIRAAN MATA / SKOR Sebelum permainan bermula, kedua-dua ketua pasukan, akan membuat undian melalui lambungan duit syiling, bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan permainan atau mula membuat pukulan. Kesemua anggota pasukan lawan akan mengambil posisi atau kedudukan mereka di padang, sementara para pemain pasukan satu lagi bergilir-gilir membuat pukulan. Seorang daripada mereka akan bertindak menjadi pembaling dan seorang lagi menjadi penjaga wiket yang memakai pengadang muka, sepasang glof untuk menangkap bola, pengadang kaki dan pengadang dada. Penjaga wiket akan mencangkung di belakang wiket di belakang pemukul. Pemain-pemain lain atau pemadang tidak memakai apa-apa peralatan khas kecuali penjaga wiket sahaja. Apabila bola dibaling, pemukul akan cuba memukul bola tersebut. Apabila bolaberjaya dipukul, dia akan berlari ke arah wiket bertentangan yang jaraknya kira-kira 20meter dan kemudian berlari semula ke arah pemukul tadi. Satu larian diperoleh dandikira, jika pemukul dapat berlari di antara kedua-dua wiket.Sementara pemukul membuat larian, pemadang atau pemain-pemain lawan dipadang akan cuba menggagalkan larian lawannya itu dengan cara menangkap bolayang dipukulnya atau cuba mematikan pemukul. Begitulah seterusnya apabila pemukul mengambil giliran masing-masing

sehinggalah pasukan lawan atau pemain yang berada di padang iaitu pemadang dapat mematikan semua pemukul atau sebahagian daripadanya. Selepas pusingan tersebut, kedua-dua pasukan akan bertukar kedudukan dengan pasukan lawan yang berada di padang atau pemadang pula mengambil peranan sebagai pemukul.

SOFTBALL
CARA BERMAIN a. Posisi penjagaan lapangan dalam ( infield) 1). Posisi first baseman ( Penjaga Base Satu )

Posisi ini berada di tengah antara home plate dan base pertama, serta di antara base pertama dan base kedua.tugas - tugasnya adalah sebagai berikut:

Menjaga dan menangkap arah bola yang di pukul atau di lempar ke arah base pertama

Membuat mati terpaksa dengan menyentuh pertama atau melempar bola kepada pemain lain yang menjaga base pertama

melempar bola pada base kedua untuk membuat mati terpaksa memotong pada home plate meneruskan lemparan dari lapangan sebelah kanan membantu menjaga belakang pada base kedua

2). Posisi second baseman ( Penjaga base kedua ) Posisi base kedua berada di luar base dan harus menjaga base kedua. Oleh sebab itu second base tidak melakukan lemparan jauh.tugas - tugasnya adalah sebagai berikut :

Menjaga pukulan bola pada daerah yang harus di kuasai Melempar bola ke arah base kedua atau base pertama untuk membuat mati terpakasa

Mengetik pelari yang bergerak dari base pertama menuju base kedua Membuat mati terpaksa dan mengetik pelari pada base kedua Menjaga base pertama jika pukulan bunt pada saat first baseman menjaga atau menuggu bola

membantu menjaga daerahnya belakang base dua, jika short stop menjaga base kedua

3.) Posisi Short Stop Posisi terbaik short stop berada mulai kira - kira di tengah antara base kedua dan base ketiga. Tugas - tugasnya adalah sebagi berikut.

Menjaga semua bola hasil pukulan di daerah yang di kuasainya Melempar bola ke arah base satu dan base dua untuk membuat pelari mati terpaksa

Memotong lemparan dari outfield Mnejaga base kedua pada saat pukulan bunt ke arah base kedua

4.) Posisi third baseman Third baseman menjaga daerah infield, kira- kira di tengah garis batas tiga sampai di belakang posisi short stop dan daerah bagian dalam left fielder. Tugas tugasnya adalah sebagai berikut :

Melempar bola ke arah base satu dan base dua untuk membuat pelari mati terpaksa

Menjaga base ketiga Memotong lemparan dari outfield Menguasai pukulan bunt ke arah base ketiga di bagian samping infield Menjaga belakang short stop

5.) Posisi Pitcher Selain bertugas melempar bola ke arah pemukul, tugas lainnya adalah sebagai berikut:

Membantu pemain di belakang home plate Menjaga base pertama ketika penjaga base pertama mengambil bola membantu menjaga belakang base kedua dan ketiga, Jika ada lemparan dari outfield

Membantu menjaga belakang lemparan ke arah home plate

6.) Posisi catcher Tugasnya lebih banyak menangkap bola lemparan dari pitcher. Daerah penjagaannya berada di antara home plat dan back stop. Tugas Lainnya adalah sebagai berikut :

Menjaga Home Plate untuk mematikan pelari dan membuat nilai Menjaga pukulan bunt di sekitar home plate melempar bola ke base satu,dua,tiga untuk mematikan lawan membantu menjaga belakang base pertama menjaga pukulan bunt

http://geraldprambudi.blogspot.com/2011/12/posisi-dan-tugas-dalam-permainan.html

LAIN-LAIN AKTIVITI

Permainan Pertama Permainan Kategori Murid : Tunnel and Laps : Memukul dan Memadang : 4 Arif (8 orang)

1.0 Peraturan Permainan 1.1 Pemukul tidak bolah memukul bola melebihi kawasan yang telah ditetapkan. 1.2 Setiap ahli dalam pasukan pemukul hanya dibenarkan untuk melakukan satu pukulan sahaja. 1.3 Pasukan pemadang hanya dibenarkan untuk menangkap dan membaling bola sahaja. 1.4 Pukulan akan dikira batal sekiranya pemukul mencampakkan kayu pemukul selepas membuat pukulan.

2.0 Pelaksanaan 2.1 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan (Pemukul dan Pemadang). 2.2 Satu kumpulan adalah seramai empat orang. 2.3 Kedua-dua kumpulan akan melakukan undian untuk menenukan pasukan yang akan menjadi pemukul dan pemadang. 2.4 Kumpulan yang akan menjadi pemukul akan memulakan permainan dengan memukul bola dalam kawasan padang yang telah ditanda. 2.5 Pasukan pemadang perlu menangkap dan menyambut bola yang dipukul dan membuat barisan memanjang untuk menghantar bola kepada rakan dibelakang. 2.6 Ahli pasukan pemadang yang terakhir yang memegang bola perlu mengangkat bola ke atas sebagai isyarat berhenti kepada pasukan pemukul.

2.7 Ahli pasukan pemukul akan dikira mati sekiranya bola yang dipukul Berjaya ditangkap oleh ahli pasukan pemadang sebelum bola itu jatuh. 2.8 Had masa permainan ialah lima (5) minit bagi setiap pasukan. 2.9 Permainan diteruskan dengan menukar posisi iaitu pemukul menjadi pemadang dan pemadang menjadi pemukul. 2.10 Bilangan mata akan dikira berdasarkan jumlah pusingan yang Berjaya

dilakukan. 2.11 Pasukan yang mendapat jumlah pusingan yang paling banyak akan

dikira sebagai pemenang.

3.0 Peralatan 3.1 Kayu pemukul 3.2 Kon (3) 3.3 Bola lembut 3.4 Bip (5) 3.5 Marker (8)

Permainan Kedua NAMA PERMAINAN : Benten TEMPAT :gelanggang squash, tenis.atau Dinding.

BILANGAN PEMAIN :2 orang dalam satu masa. PENGENALAN: Permainan ini adalah gabungan antara permainan badminton dan skuash.permainan ini adalah menggunakan raket badminton dengan memukul bulu tangkis ke arah dinding agar dapat meneruskan pukulan sebagaimana permainan skuash. OBJEKTIF PERMAINAN: 1. Permainan ini adalah direka khusus untuk memahirkan pemain dengan asas pukulan yang betul dan mantap. 2. Untuk membiasakan pemain dengan cara memegang dan mengawal alatan yang di gunakan untuk bermain seperti raket badminton atau squash. 3. Sebagai langkah pengenalan untuk pemain kepada strategi permainan dan dan langkah-langkah yang diperlukan untuk bermain. CARA BERMAIN: 1. 2. 3. 4. Gunakan raket badminton untuk bermain Sediakan bulu tangkis yang di gunakan untuk bermain badminton. Gunakan gelanggang squash atau tempat yang mempunyai dinding untuk bermain. Gunakan dinding sebagai lawan dengan memukul bulu tangkis ke arah dinding seterusnya akan melantun semula. 5. Mata di kira mengikut kiraan permainan pimpong di mana secara bergilir-gilir pemain akan menyambut bulu tangkis secara bergilir-gilir. 6. Pukulan tidak boleh kurang dari garisan satu meter jika tidak mata akan di berikan kepada lawan. 7. Pemain yang gagal membalas pukulan tersebut di kira kalah dan mata akan di berikan kepada lawan.

Permainan Ketiga NAMA PERMAINAN : sepak asas

TEMPAT PERMAINAN:Padang bola BILANGAN PEMAIN :6 orang dalam 1 masa.

PENGENALAN: permainan ini adalah satu jenis permainan asas bola sepak dan juga jenis-jenis permainan sepakan.ianya adalah suatu permainan yang digunakan

memperkenalkan teknik permainan asas.permainan ini memerlukan 6 biji bola untuk melaksanakannya. OBJEKTIF PERMAINAN: 1. Adalah satu permainan asas sepakan untuk memperkenalkan kepada para pelajar cara untuk menyepak bola dengan tendangan asas. 2. Adalah suatu strategi untuk para jurulatih untuk mengajar anak didik dan para pelajar tentang sepakan asas dalam permainan asas bola sepak. 3. Memahirkan para pelajar dengan sepakan asas sebelum bermain permainan yang sebenar. 4. Latihan untuk mendisiplinkan pelajar sebagai langkah untuk memulakan permainan agar mudah untuk melatih sebuah pasukan yang kuat eengan adanya disiplin yang mantap. CARA-CARA BERMAIN: 1. 2. 3. Sediakan 3 biji bola, kon dan susun kon 3 baris. satu baris memnggunakan 5 kon. Setiap baris di letakkan 2 biji bola di depan dan di balakang. Setiap pelajar di arahkan untuk mancari pasangan masing-masing dalam satu barisan. 4. 5. Seorang di hadapan dan juga seorang di belakang. Salah seorang pelajar akan menyepak bola ke arah rakannya dan rakannya menyambut bola tersebut.

6.

Gunakan teknik asas sepakan dalam setiap sepakan,sepakan leret.melambung dan menyerang dan juga mengelecek kon.

Permainan Keempat Nama permainan : Tuju Kasut Kawasan permainan : gelanggang tenis/padang atau kawasan lapang 20 x 20 Bil pemain: 8-10 orang sekumpulan. Alatan : bola kertas + 3 kasut + 4 gelung rotan Apresisi permainan Peraturan permainan: - Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kump. A dan Kump. B. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar. - Permain Kump. A perlu menjatuhkan kasut dan berusaha membina semula 3 kasut yang dijatuhkan secara berdiri(menegak) sebelum tekena balingan oleh pihak lawan. - Selepas kasut itu berjaya disusun dengan kemas dan tidak terjatuh, mereka perlu berlari ke dalam kawasan selamat untuk memenangi perlawanan. - Kump. B perlu mematikan pemain kump A dengan membaling bola kertas dan mengenai pemain kump A. - Pemain yang terkena balingan dikira terkeluar dari permainan. - Kump A dapat mengumpul markah sebanyak 2 mata bagi setiap orang yang selamat (tidak mati sehingga habis permainan) Langkah keselamatan : - pemain memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai. - Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada benda tajam dan merbahaya.

Pengubahsuaian permainan : Permainan ini diubahsuai daripada permaianan tradisional iaitu: Variasi : - menggunakan bola kertas menggantikan selipar/kasut sebagai peluru (peluru) - Dalam kump A, setiap pemain dibenarkan mencuba sebanyak sekali untuk menjatuhkan kasut yang disusun bertiga itu. - Kumpulan yang bertahan ( pembaling bola kertas-kumpulan B) tidak boleh berjalan atau berlari semasa memegang bola kertas. Mereka perlu berhenti dan mencari mangsa ataupun membuka strategi untuk memerangkap lawan. - Kump A perlu berlari masuk ke dalam kawasan selamat selepas berjaya menyusun semula 3 kasut itu dengan kemas. Kesedaran taktikkal Setiap kumpulan perlu memikirkan strategi untuk menang. Kump A : Menyerang dengan membina semula kasut. Kump B : Bertahan dan menghalang musuh menyusun kasut.

Prinsip pergerakan : koordinasi mata dan tangan fokus kepada bola dan kedudukan lawan. Kawalan bola Ruang dan masa : - Saiz gelanggang takraw, tenis, futsal dll. - Pusingan tamat apabila setiap pemain di dalam kumpulan yang menyerang (kumpulan A) mati ataupun mereka berjaya menyusun semula kasut dan menyelamatkan diri.

Situasi semasa dan lanjut : - menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata. - Strategi menyusun ahli kumpulan untuk membentuk posisi terbaik sama ada sebagai penyerang ataupun bertahan -boleh menggunakan kepantasan untuk mengelak bola kertas apabila dibaling - Menggunakan taktik menunggu masa sesui dan tidak membaling terlalu jauh bola kertas yang digunakan untuk mengelakkan pihak lawan daripada mendapatkan mata. Kesan kelemahan pihak lawan : Hantaran bola ke tempat kosong dan sudut yang sukar. Pemain yang laju dan pantas perlu dimatikan terlebih dahulu Hantarkan kepada tangan lawan yang lemah. Membuat keputusan Apa dan kenapa perlu dilakukan : Menilai situasi dalam ruang yang ada untuk menyerang Mengenalpasti ruang kosong dan tangan yang lemah untuk menghantar bola ke arah pihak lawan. Perlaksanaan kemahiran 1) teknik menyerang : menjatuhkan kasut dan seterusnya berusaha membina semula Perhatikan situasi dan kenalpasti situasi bahaya. Anggarkan jarak lawan sebelum membina semula kasut 2) teknik menahan : antisipasi lawan perhatikan kedudukan pihak lawan Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil ingin membina semula kasut Anggar perlakuan dan pergerakan bola. Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.

http://3.bp.blogspot.com/-1003auKwM2A/T2ls-YYlzJI/AAAAAAAAAUk/NdIumJpUPJc/s1600/balingselipar.jpg

Rujukan http://geraldprambudi.blogspot.com/2011/12/posisi-dan-tugas-dalam-permainan.html http://pepohonhijauku.blogspot.com/2012/04/teaching-games-for-understanding.html

Anda mungkin juga menyukai