Anda di halaman 1dari 2

Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

Peringkat keprihatinan guru yang kedua ialah keprihatinan terhadap tugas.


Pada peringkat ini, guru memberi perhatian kepada cara-cara bagaimana dirinya
boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Guru tidak lagi memikirkan
tentang kemampuan mereka untuk menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas dengan jayanya. Mereka tidak lagi mempersoalkan persepsi atau
penerimaan murid terhadap diri mereka sebagai seorang guru.
Pada peringkat ini guru sudah mempunyai keyakinan untuk mengawal kelas
dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru - guru lain. Guru
memberi perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas
pengajarannya dengan baik. Perancangan pengajaran lebih berfokuskan kepada
cara-cara memperbaiki strategi pengajaran dan juga terhadap penguasaan isi
kandungan mata pelajaran.
Guru pada peringkat keprihatinan terhadap tugas ini boleh dikatakan sudah
atau mulai menjurus ke arah menjadi guru berkesan ataupun guru efektif. Menurut
Sufean Hussin (2005) guru berkesan di sekolah digambarkan mempunyai
pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam tentang pedagogi am
dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran,
memiliki

kesedaran

belajar

merupakan

proses

sepanjang

hayat,

berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingin dan


memiliki motivasi personiliti yang tinggi sebagai seorang guru. Jadi guru
pada peringkat kedua ini adalah termasuk dalam salah satu ciri-ciri guru
berkesan iaitu mempunyai pengetahuan akademik yang mendalam
tentang isi kandungan mata pelajaran.
Kesimpulannya, guru yang berada pada peringkat keprihatinan
terhadap tugas ini adalah seorang guru yang sudah stabil dari segi
emosinya terhadap persepsi luar seperti murid, guru-guru lain dan juga
pihak ibu bapa mengenai kemampuannya untuk mengawal kelas. Guru ini
lebih

menumpukan

fokusnya

pengajarannya di dalam kelas.

kepada

ilmu

pengetahuan

tentang

Rujukan
Sufean Hussin. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai