Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN (KUMPULAN)

Sesi : Disember 2018


Sijil Kulinari

Kokurikulum (Sukan) (MPU 1421)


Tugasan 2:
Sukan Sepak Takraw

Disediakan oleh:
Nuzul Nur Afiqah Binti Zuri
C01SKU18F521
Nur Farrah Hanim Binti Zakaria
C01SKU18F522
Anis Munirah Binti Zakaria
C01SKU18F523
Muhammad Ubaidillah Bin Marzuki
CO1SKU18F524
Daniel Shafieq Ezeqiel Aizeq Bin Jissfry’z
C01SKU18F525

Disemak oleh:
Encik Norhisham Bin Pauzi
ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat


Isi kandungan 2
Penghargaan 3
Pengenalan, Sejarah dan Perkembangan 4
Peralatan dan peraturan 5-7
Istilah – istilah sepak takraw 8 – 10
Teknik – teknik sepak takraw 11 – 12
Kesimpulan 13
Rujukan 14

2
PENGHARGAAN

Pertama-tama kalinya kami ingin memanjangkan setinggi-tinggi kesyukuran kami


kehadrat illahi kerana telah mengurniakan kesihatan dan kekuatan kepada kami bagi
menyempurnakan tugas ini, tanpa keizinan-Nya tidak mungkin dapat kami menyiapkan
tugas yang telah diberikan ini.

Kami dari Kumpulan 5 yang ditugaskan untuk perbentangan sukan takraw ingin
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan sekelas kami SKU 1 kerana
banyak berkongsi idea dan buah fikiran bagi memastikan tugasan yang diberikan dapat
siapkan dengan jayanya.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik
Norhisham Bin Pauzi yang mengajar bagi subjek Kokurikulum (Sukan) (MPU 1421) kerana
telah memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar cara-cara membuat tugasan ini
mengikut kriteria yang ditetapkan.

Tugasan ini juga telah menjadi salah satu proses pembelajaran dan ulang kaji bagi
kami dalam subjek ini. Semoga tugasan seperti ini dapat terus dijalan bagi memantapkan
dan meningkatkan pengetahuan pelajar di dalam subjek ini.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah
sahaja dapat membalas budi kalian.

Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang
kesalahan yang tidak disengajakan sepanjang menyempurnakan tugasan ini. Sekian, terima
kasih.

3
PENGENALAN, SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Permainan sepak takraw pada asalnya dikenali sebagai sepak raga. Ia dimainkan
dalam sekumpulan pemain yang membentuk bulatan. Mata dalam permainan tersebut dikira
bilangan kemahiran menimang bola, menanduk, mendada, menggunakan paha. Bolanya
pula dibuat daripada gelung rotan yang dijalin menjadi bulat. Permainan ini dimainkan oleh
masyarakat sekitar Tanah Melayu dan Siam (Thailand). Di Tanah Melayu permainan ini
dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan dan bangsawan. Di dalam buku Sejarah
Melayu diceritakan anak Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Besar telah mati dibunuh oleh
Raja Muhammad anak Sultan Mansor Syah ketika Tun Besar bermain sepak raga. Bola
yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak Raja Muhammad sehingga tanjak itu terjatuh ke
tanah.

DI Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga' di Filipina 'sipa',di Burma 'chinlone' di
Laos 'kator' dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepak takraw yang ada sekarang
merupakan adaptasi permainan sepak raga dan bola tampar. Pada awal abad ke 20
permainan sepak raga semakin popular. Sepak raga jaring telah diperkenalkan selepas
Perang Dunia II. Sepak raga jaring semakin popular di kalangan pelajar dan belia.

Pada tahun 1940an, permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan
mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang - undang dan peraturan awal
permainan sepak raga jaring telah pun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April
1960 di Kuala Lumpur. Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di
peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia.
Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang
hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari
negara Thailand dan Burma bagi membincangkan nama permainan ini. Pada tahun 1965
nama Sepak Raga Jaring ditukar kepada Sepak Takraw yang mengabungkan perkataan
Sepak (Malaysia) Takraw (Thailand - bola) oleh yang berhormat En.Muhammad Khir Johari.

Pada masa kini permainan sepak takraw telah pun mengalami evolusi dan permainan
ini bukan sahaja dimaikan oleh atlet lelaki tetapi dimainkan oleh atlet wanita. Kategori
permainan juga telah ditambah kepada Team Double, Quadrant dan Chinlone.

4
PERALATAN & PERATURAN SEPAK TAKRAW

1. PERALATAN SEPAK TAKRAW


i. JARING

 Diperbuat darpada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06m hingga 0.08m.

 Lebar jaring ialah 0.7m dan panjang jaring ialah tidak kurang dari 6.10m selari
dengan garisan tengah gelanggang.

 Kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita yang dijadikan sebagai sempadan dari atas
ke bawah dan kedudukannya ialah sebaris menegak dengan garisan tepi.

 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan menggunakan pita
0.05m yang diperbuat dengan benang atau nylon.

 Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.

 Setelah diregangkan, bahagian atas jaring hendaklah berukuran 1.52m(1.42m untuk


wanita) tinggi dibahagian tengah gelanggang dan 1.55m(1.45m untuk wanita) tinggi
di tiang.

ii. BOLA SEPAK TAKRAW

 Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang.

 Diperbuat daripada satu lapis rotan atau fiber sintetik.

 Ukur garis lilitnya mestilah di antara 0.24m hingga0.44m (0.43m hingga 0.45m untuk
pemain wanita).

 Berat bola sebelum dimainkan hendaklah di antara 170gm hingga 180gm (150gm
hingga 160gm untuk wanita).

 Bola boleh mempunyai satu warna,perlbagai warna atau warna yng terang tetapi
tidak boleh mempunyai warna yang boleh mengganggu perhatian,fokus dan pretasi
pemain.

5
iii. PAKAIAN DAN KASUT

 Pakaian sukan yang sesuai dan berkasut.

 Memakai kasut sepak takraw yang bertapak getah yang sesuai dan selesa.

 Berstoking.

 Baju atau jersey sepak takraw haruslah dimasukkan ke dalam seluar dengan kemas.

2. Peraturan Dan Undang-Undang Sepak Takraw


i. Bilangan pemaian seramai tiga orang setiap regu.

 Salah seorang pemaian berada di belakang dinamakan tekong.

 Dua orang lagi berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang di sebelah
kanan.Pemain disebelah kiri dinamakan “Apit kiri” manakala yang berada di sebelah
kanan dinamakan “Apit kanan” . Kdua-dua pemain dinamakan “Apit”.

 Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.

ii. Memulakan permainan

 Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi.

 Mata akan diperolehi apabila bola dimatikan di gelanggang lawan.

 Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan mendapat mata antara
kesalahan :

a. Melanggar jaring dan tiang.


b. menggunakan tangan.
c. mengawaal bola lebih dari tiga sentuhan.
d. bermain dengan cara berbahaya.
e. mana-mana pemain yang membaaling bola untuk sepak mula: mengangkat
kaki,memijak garisan atau tangan melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa
semasa campakkan dibuat.
f. Mana-mana bahgian anggota pemain yang memasuki kawasan lawan sama ada
di atas atau di bawah jaring.

6
iii. PERKARA-PERKARA BATAL
a) Pihak Sepak Mula
 Apit yang membuat campakan, memain - mainkan bola (menghempas,
mencampak, dan lain-lain cara)
 Mana-mana apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi
atau atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk sevis.
 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum pengadil
mengumumkan mata buat kali kedua.

b) Kedua-dua Pihak semasa Permainan


 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan.
 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua-dua
paha / kaki atau badan.

7
ISTILAH – ISTILAH DALAM SEPAK TAKRAW

A. Istilah bagi pemain


 Tekong

Tekong adalah pemain yang akan membuat servis mula yang berada dibelakang, iaitu
diantara apit kanan dan apit kiri.

 Killer

Killer juga dipanggil apit kanan yang membuat balingan kepada tekong untuk sepak mula.
Killer merupakan pemain yang akan mematikan bola di gelanggang lawan bagi
mendapatkan mata.

 Feeder

Feeder juga dikenali sebagai apit kiri yang akan mengangkat bola kepada killer untuk
mematikan bola bagi mendapatkan mata. Kebiasaannya feeder mengambil bola kedua
sebelum diangkat kepada killer. Feeder juga akan membuat blocking bagi menghalang bola
daripada masuk ke gelanggang.

 Subtitution/Reserve

Subtitution atau Teserve adalah pemain gantian yang digunakan dalam setiap permainan.
Gantian pemain boleh dilakukan samaada sekali atau 2 kali mengikut kategori permainan.
Pemain reserve hanya boleh bermain pada posisi pemain yang telah diganti.

B. Istilah bagi Permainan


 Regu

Regu adalah pemain bermain pada game tersebut. Setiap regu mempunyai 3 orang pemain.
Bagi kategori regu berpasukan, 1 pasukan akan mempunyai 3 regu yang akan bermain.

 Servis Mula

Servis mula merujuk kepada servis yang akan dilakukan setiap kali bola dimatikan, iaitu
setiap kali mendapat mata. Servis mula akan dilakukan oleh tekong.

8
 Lambungan / Umpanan

Lambungan atau umpanan ialah mengangkat bola mengunakan teknik sepak sila yang
kebiasaannya dilakukan oleh feeder yang akan diangkat kepada killer bagi mematikan bola
digelanggan lawan.

 Tie Break

Tie break merujuk kepada permainan yang masuk ke set ke-3 selepas setiap pasukan
memenangi 1 set. Setiap tie break akan mempunyai masa rehat ketika salah satu pasukan
mendapatkan mata ke-11 dan mereka akan menukar gelanggang.

 Sepakan Tuju

Sepak tuju pula merujuk kepada sebarang teknik sepakan yang dilakukan yang ditujukan
kepada pihak lawan.

 Time Out

Time out adalah suatu keadaan dimana permainan akan dihentikan selama 1 atau 2 minit
setelah diminta oleh jurulatih salah satu pasukan.

 Let

Let pula adalah suatu keadaan apabila pengadil tidak dapat menbuat keputusan mata
samaada bola yang dimatikan itu masuk atau tidak.

 Replay

Selepas let dipanggil dilakukan pengadil perlawanan akan meminta supaya mata tersebut
tidak dikira dan dimainkan semula, ini adalah replay.

9
PENGIRAAN MATA

Setiap permainan dimainkan secara best of 3 game atau setiap pasukan perlu
memenangi 2 game daripada 3 game. Pengiraan mata bagi sepak takraw sama seperti
sukan badminton iaitu 21 mata dan apabila kedua – dua pasukan mendapat mata (20 – 20)
pemainan akan dilanjutkan ke deuce iaitu sehingga salah satu pasukan mendapat
perbezaan 2 mata (20 – 23) dan sekiranya kedua – dua pasukan masih mempunyai
kedudukan mata yang sama sehingga (24 -24) permainan akan dilanjutkan sehingga mana-
mana pasukan mendapat 25 mata terlebih dahulu.

Apabila salah satu pasukan membuat perkara-perkara batal, 1 mata akan diberi
kepada pihak lawan. Bagi sukan takraw ini setiap pasukan akan membuat 3 kali serve
sebelum bola servis dimulakan oleh pihak lawan.

10
TEKNIK – TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM SEPAK TAKRAW

 Sepak Sila
o Sepak sila adalah menyepak bola dengan menggunakan kaki bahagian
dalam.Ianya digunakan untuk menerima dan menimbang bola,mengumpan
dan menyelamatkan smash lawan.
 Sepak Kuda (Sepak Kura)
o Sepak kda atau sepak kura adalah sepakan menggunakan kura kaki atau
punggung kaki.Ianaya digunakan untuk menyelamatkan bola dari smash
lawan dan mengambil bola yang rendah.
 Sepak Cungkil
o Sepak cungkil adalah menyepak bola dengan menggunakan hujung kaki (jari
kaki). Digunakan untuk mengambil bola yang jauh, rendah dan bola-bola
yang liar pantulan dari bloking.
 Menapak
o Menapak adalah menyepak bola dengan menggunakan telapak kaki.
Digunakan untuk :smash ke pihak lawan, menahan atau membloking smash
dari pihak lawan dan menyelamatkan bola dekat net.
 Sepak Badek
o Sepak badek adalah menyepak bola dengan kaki bahagian luar.Digunakan
untuk menyelamatkan bola dari pihak lawan dan mengawal bola dalam usaha
menyelamatkannya.
 Sundulan/Tanduk(Heading)
o Sundulan atau tanduk (heading) adalah memainkan bola dengan kepala.
Biasanya digunakan untuk menerima bola pertama dari pihak lawan,
meyelamatkan bola dari smash lawan.
 Mendada
o Mendada adalah memainkan bola dengan dada.Digunakan untuk mengawal
bola untuk melanjutkan permainan.
 Memaha
o Memaha adalah memainkan bola dengan paha dalam usaha mengawal bola,
digunakan untuk menahan, menerima dan menyelamatkan bola dari smash
lawan.

11
 Membahu
o Membahu adalah memainkan bola dengan bahu dalam usaha
mempertahankan dari smash pihak lawan yang mendadak, dimana pihak
pertahanan dalam keadaan terdesak dan dalam posisi yang kurang
baik.Kaedah ini jarang dilihat dalam permainan.
 Blocking
o Blocking dilakukan kebiasaannya oleh feeder. Blocking boleh dilakukan
samaada mengunakan kaki atau belakang badan pemain.
 Somersoult
o Somersoult atau juga dikenali sebagai gulung atau lipatan adalah teknik
sepak takraw yang unik bagi sukan ini. Pemain akan melompat dan
memusingkan badan di udara sambil menyepak bola yang dengan
momentum yang tinggi atau laju.

12
KESIMPULAN

Sukan sepak takraw ini sememangnya terkenal di negara Malaysia ini dan pasukan
Malaysia merupakan pasukan yang digeruni oleh pihak lawan sama seperti pasukan
Thailand. Ini kerana sukan ini telah diterapkan sejak persekolah lagi ini membolehkan
Malaysia mempunyai pelapis yang mempunyai skill yang tinggi.

Sememangnya sukan ini pada awalnya hanyalah sekadar aktiviti readah sahaja yang
yang mengira jumlah mata dan tiada pertandingan. Walaubagaimanapun, arus perubahan
zaman dan masa menjadikan ia seperti sekarang. Sebagai permainan yang menggunakan
perkataan bahasa Melayu iaitu perkataan “sepak” kita seharusnya berbangga kerana sukan
ini telah angkat ke podium antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Komonwel dan Sukan
Olimpik.

13
RUJUKAN

i. ISTAF Law of the Game 2016


ii. Addyarazan.blogspot.com
iii. Sepak takraw: Sport technical handbook (18th Asian Games Jakarta Palembang
2018

14

Anda mungkin juga menyukai