Anda di halaman 1dari 17

FOLIO PJPK 2020

Nama : Sheum Hai En


Tee Yi Ting
Lai Wei Qi
Angel Lee Cia
Thong
Yee Khai Wei
Kelas : 5S2
Isi Kandungan
Bi Perkara Muka
l. Surat
1 Penghargaan
2 Objektif
3 Pengenalan
4 Sejarah Bola Tampar
5 Tokoh-tokoh Sukan
6 Kemahiran atau teknik asas Bola
Tampar
7 Peraturan dan Undang-undang
8 Rumusan
9 Lampiran
10 Rujukan
Penghargaan
Kami Sheum Hai En , Tee Yi Ting , Lai Wei Qi , Angel
Lee Cia Thong dan Yee Khai Wei ingin merakamkan
ucapan dan penghargaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu kami untuk menghasilkan Folio
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan kami
ruang dan peluang untuk menghasilkan folio permainan
ini. Selain itu, penghargaan juga kepada guru mata
pelajaran PJPK kami Pn. Lim Tieng Chie. Kami
mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kerana beliau telah banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang folio ini
dihasilkan. Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada
ibu dan bapa kami kerana mereka telah banyak memberi
sokongan dan dorongan kepada kami demi memastikan
folio ini dapat dihasilkan dengan jayanya.
Seterusnya kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih juga kepada rakan-rakan sekelas , yang telah banyak
membantu kami dalam mengumpul dan merekod
maklumat untuk menghasilkan folio ini.
Akhir sekali kami ingin merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menghasilkan folio ini.
Sesungguhnya dengan bantuan daripada semua pihak
Objektif
Melalui penghasilan folio ini, kami berharap agar
dapat memenuhi beberapa objektif. Objekfif kajian yang
diperoleh ini dapat memenuhi syarat-syarat kerja khusus
pendidikan jasmani dan kesihatan tingkatan 5. Selain itu ,
bahan-bahan ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada
pelajar lain untuk mengetahui secara mendalam tentang
Bola Tampar. Di samping itu, kami akan lebih
memahami tentang peraturan-peraturan dan cara bermain
sukan yang telah kami kaji. Dengan ini secara tidak
langsung akan melahirkan perasaan cinta terhadap sukan
ini.
Akhirnya, kami akan dapat menguasai kemahiran
mencari , mengumpul , merekod dan menganalisis
maklumat tentang sukan ini.
Pengenalan
Sejarah Bola Tampar
Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira 100 tahun
dahulu oleh William G.Morgan pada tahun 1895 di Holyoke,
Massachusetts. William G.Morgan menamai permainan ini
sebagai 'Mintonette‘ dan ditukar kepada 'volleyball' atau bola
tampar kerana ia dimainkan secara melambung
Pada tahun 1900, permainan ini diperkenalkan di Kanada
dan tersebar luas ke seluruh dunia seperti di Cuba, Puerto
Rico, Filipina, Uruguay, China dan Jepun. Pada tahun 1947,
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris
dan diadakan pertama kali pada tahun 1949. Pada tahun
1964, bola tampar diterima sebagai satu acara yang
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.
Tokoh-Tokoh Sukan
Kemahiran atau teknik asas
Bola Tampar
 Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai
beberapa kemahiran asas dalam permainan bola tampar.
 Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam
permainan bola tampar ialah menyangga, servis,
mengumpan, merejam dan mengadang.

A. TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)


1) Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
2) Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama
yang lain.
3) Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan
diluruskan ke hadapan.
4) Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan
dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran.
5) Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk
menghadap sasaran sebelum bermain bola.
6) Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
7) Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
8) Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
9) Kendurkan bahagian atas tubuh.
10) Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang
seterusnya dapat disambut dengan baik
oleh ahli pasukan yang lain.
B. TEKNIK SERVIS

SERVIS BAWAH SERVIS ATAS


1) Langkah pertama adalah 1) Langkah pertama, posisi
posisi ketika tubuh ketika tubuh berdiri,
berdiri, kemudian kaki salah satu tangan
membentuk kuda - kuda memegang bola.
dengan badan agak 2) Kemudian bola
condong ke depan. dilambungkan dan
2) Langkah yang kedua dipukul dengan jari-jari
ialah salah satu tangan secara rapat sekuat
memegang bola dan tenaga.
tangan yang satu lagi 3) Langkah ketiga, pukulan
digunakan untuk bola perlu
memukul bola dengan melepasi/melewati di
jari - jari tangan dalam atas net.
keadaan mengepal atau
4) Langkah yang terakhir,
menggenggam.
bola boleh dipukul
3) Yang ketiga pula adalah dengan keras supaya
bola sedikit membentuk atau
dilambungkan, beralun.
kemudian bola dipukul
di bahagian bawah
dengan ayunan tangan
dari belakang ke depan.
C. TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)
1) Buka jari-jari supaya
membentuk tiga segi seperti
di dalam gambar
2) Sentuh bola pada ketinggian
kepala dan pukul bola untuk
rejaman yang kuat
3) Kemahiran mengumpan
bola penting supaya rakan
sepasukan dapat membuat
rejaman
D. TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
1) Sama ada run-up atau berdiri setempat
2) Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
3) Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan
tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
4) Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau
di belakang bahu untuk merejam bola.
5) Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima
tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan
tangan.
6) Pergerakan pergelangan tangan penting untuk
membawa bola turun.
7) Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter
dari jarring dan mengambil tiga langkah.
8) Langkah kedua akan menbawa perejam
di bawah bola dan kedua-dua belah
kaki akan hampir bersama.
E. TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

1) Badan dan tapak tangan menghadap jaring.


2) Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
3) Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
4) Jarakkan jari-jari tangan.
5) Mata pandang arah pergerakan bola.
6) Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.
Peraturan dan Undang-
undang
Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut
Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia
(MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-
undang asas permainan bola tampar adalah seperti
berikut:
 Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang
pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua.
 Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-
kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12
orang pemain yang berdaftar.
 Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil
pertama meniup wisel.
 Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut
giliran yang sah.
 Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan
memijak garisan belakang.
 Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja.
Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana
bahagian badan.
 Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau
memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum
menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini
tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.
 Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan
hadapan.
 Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi
dari luar kawasan serangan.
 Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring
atau memasuki kawasan pihak lawan.
 Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam
setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran
pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan
pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.
 Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam
satu set permainan dengan kebenaran pengadil.
 Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara
pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24,
lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan
kemenangan.
 Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan
lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan
kemenangan.
 Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada
dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke
kawasan pihak lawan.
 Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai
nombor.
 Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh ‘International Volley Ball
Association’.
Rumusan
Lampiran
Rujukan
 http://memeyminat10.blogspot.com/2017/03/
sejarah-ringkas-bola-tampar.html
 http://memeyminat10.blogspot.com/2017/03/
kemahiran-asas-bola-tampar.html
 http://bolatampartahun6.weebly.com/peraturan.html
 https://www.hmetro.com.my/arena/
2017/08/253360/khairol-kena-pandai-umpan
 https://www.bola.com/ragam/read/3854901/sim-
jian-qin-pevoli-asal-malaysia-pertama-di-proliga
THE END

Anda mungkin juga menyukai