Anda di halaman 1dari 2

ISL MINGGU 8 (PJM 3102) PERMAINAN KATEGORI PUKULAN Melibatkan larian, pukulan, lontaran, tendangan, dan tangkapan.

Runners memukul, menendang atau melontar objek dan lari ke tapak ditetapkan. Fielders cuba dapatkan objek dan menghentikan larian lawan.

STRATEGI PERMAINAN Menyerang = arah gerak objek (Placement) bertujuan menyukarkan fielders . Bertahan = bertindak balas dan menjangka (anticipate) pergerakan objek, sentiasa bersedia dan gerak pantas mendapatkan objek. JENIS JENIS PERMAINAN/SUKAN KATEGORI PUKULAN Cricket Softball Baseball CONTOH PERMAINAN KANAK KANAK KATEGORI PUKULAN / PEMADANG NAMA PERMAINAN : HIT AND HIDE LANGKAH LANGKAH PERMAINAN / PROSEDUR PERMAINAN 1. Menggunakan kawasan permainan iaitu gelanggang badminton seluas 5.64m x 13.41m. 2. Garisan sempadan kawasan permainan ditentukan menggunakan garisan pada gelanggang dan juga skitel di sekitarnya 3. Garisan tengah gelanggang badminton memisahkan kawasan antara pasukan 4. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang dan setiap pemain haruslah mempunyai satu Tapak Tangan masing masing 5. Pihak penganjur akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana yang memulakan permainan dahulu 6. Pasukan yang memulakan permainan dahulu diberi peluang untuk memilih tapak gelanggang 7. Tiga biji bola getah akan diberi kepada pasukan yang memulakan permainan

ISL MINGGU 8 (PJM 3102) 8. Pemain yang memegang bola bertanggungjawab untuk memulakan permainan dengan memukul bola ke arah pihak lawan 9. Pihak lawan boleh memukul balik bola pihak lawan dengan Tapak Tangan atau mengutip bola yang jatuh di gelanggang sendiri lalu memukul ke arah pihak lawan 10. Pemain bebas bergerak untuk memukul dan menyambut bola selepas pukulan bola dimulakan 11. Pada masa yang sama, pemain juga harus mengelak bola agar anggota badan tidak terkena bola pihak lawan 12. Pemain yang terkena bola dari pihak lawan dikehendaki meninggalkan gelanggang 13. Permainan ini dijalankan sepanjang 5 minit 14. Pasukan yang mempunyai pemain yang paling banyak di akhir permainan dikira sebagai pemenang 15. Jika berlaku keadaan seri, 2 minit lebih akan diberi untuk menentukan pemenang SYARAT SYARAT PERMAINAN 1. Setiap pasukan dikehendaki memaki pakaian sukan yang sesuai 2. Dalam perlawanan permainan ini, pemain harus memukul bola dengan Tapak Tangan daripada pihak lawan dan mengelak bola daripada mengena akan badan 3. Pemain dilarang membawa alatan tajam semasa permainan dijalankan dan memakai barang perhiasan semasa bermain. 4. Pemain dilarang memijak, menendang bola getah dengan kaki dan memukul bola dengan tangan yang tidak memakai Tapak Tangan 5. Jika bola terkeluar dari gelanggang, pemain boleh mengutip bola dan kembali ke gelanggang untuk teruskan permainan 6. Pemain tidak dibenarkan memulakan bola dan memukul bola di luar kawasan gelanggang dan hanya boleh berada di dalam kawasan permainan sendiri 7. Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, pemain boleh mengutip bola dan teruskan pukulan 8. Pemain dikehendaki keluar dari gelanggang sekiranya terkena bola dari pihak lawan

Anda mungkin juga menyukai