Anda di halaman 1dari 37

PERMAINAN

HOKI
Disediakan oleh:
Mohd Hilal Izzudin Bin Che Abd Aziz
Fatin Nazihah Binti Yusoff
Noor Adnin Binti Othman
Sejarah
Hoki
 Permainan hoki mula dikenali sebagai sukan demontrasi di sukan OLIMPIK tahun
1900.
 Permainan ini mula dipertandingkan pada tahun 1928.
 Bukti sejarah menunjukkan hoki dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di
Mesir. Berdasarkan penemuan sebuah dinding makam Bani Hasan dekat Minia
sekitar 2000 sebelum Masihi, menunjukkan sebuah lukisan yang
menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan di dalam
permainan hoki.
 Sebelum penemuan ini dipercayai hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Orang
Parsi menunggang kuda untuk bermain polo dan dikatakan hoki adalah
keturunan daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo
adalah versi hoki yang halus wujud lebih awal.
 Hoki wujud di Greek dan Rom sekitar 500 S.M. Bas-Reliefs (seni arca dinding)
yang ditemui di Athens menggambarkan permainan menyerupai hoki telah
dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu permainan
kayu yang menyerupai hoki.
 Di Ireland hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland dinamakan Shinty,
manakala di Perancis dipanggil houquet. Orang Inggeris menggunakan
nama commock sehingga tahun 1840 apabila nama hockie digunakan.
 Tahun 1800 an hoki popular di sekolah-sekolah di England. Kelab hoki
Wimbledon ditubuhkan pada tahun 1886 apabila hoki menjadi lebih
popular.
 Shinty dimainkan di Scotland dengan bola gabus atau getah yang
dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Kayu hoki dibuat daripada
kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya.
England, Ireland dan Wales juga memainkan permainan serupa. Kedua-
dua belah kayu digunakan untuk memukul bola. Padang permainan di
England berukuran 180 meter panjang dan 54 meter lebar dengan pintu
gol didirikan dengan menggunakan tiang tegak dalam jarak antara 9
meter antara satu sama lain.
 Tidak ada kawasan D dan boleh menjaring gol daripada mana-mana
arah. Mereka mengadakan peraturan ofsaid yang menyatakan bahawa
seseorang pemain tidak boleh berada di dalam kawasan 36 meter
daripada gol lawan kecuali bola adalah antara anda dan gol lawan.
 Sekitar tahun 1875 bola getah ditukar dengan bola kriket yang dicat
putih.
 Pemain-pemain tidak dibenarkan menaikkan kayu hoki di atas bahu dan
gol -gol hanya boleh dimasukkan jarak yang tidak terlalu dekat.
 Peraturan -peraturan ofsaid ditukar dan pemain-pemain tidak
dibenarkan berlengah-lengah di dalam kawasan 4.5 meter dari garisan
gol pihak lawan kecuali mempunyai bola.
 Apabila berlaku banyak perubahan dalam peraturan,gaya
bermain,alatan dan permulaan permainan, permainan hoki lebih
digemari dan diminati.
UNDANG – UNDANG PERMAINAN
Komposisi Pasukan
1. Setiap perlawanan dimainkan antara dua buah pasukan.
2. Setiap pasukan hanya boleh menggunakan 11 orang pemain
pada setiap masa.
3. Pemain boleh diganti, tetapi bilangan pemain dalam padang
tidak boleh melebihi 11 orang.
4. Setiap pasukan mesti mempunyai seorang penjaga gol pada
setiap masa permainan. Jika penjaga gol itu tercedera, ia
mesti diganti oleh seorang penjaga gol yang lain.
5. Jika penjaga gol diarah keluar padang oleh pengadil, ia mesti
diganti oleh salah seorang daripada pemain dalam padang
dan pasukan itu terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.
Mengganti Pemain
1. Setiap pasukan boleh mengganti pemain semasa
permainan dijalankan, daripada senarai 16 orang
pemain yang telah dinamakan sebelum perlawanan
itu bermula.
2. Gantian pemain boleh dilakukan pada bila – bila
masa, kecuali apabila sudut penalti sedang diambil.
3. Semasa sudut penalti, gantian penjaga gol
dibenarkan jika ia tercedera atau diarahkan keluar.
4. Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan jika
pemain dihukum keluar.
5. Selepas hukuman sementara, pemain itu boleh
diganti tanpa memasuki padang.
6. Pemain boleh diganti pada bila – bila masa dan
permainan tidak akan diberhentikan untuk
mengganti pemain.
7. Permainan akan diberhentikan untuk gantian
penjaga gol.
8. Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar dari
padang berhampiran dengan garisan tengah.
Penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui
garisan belakang.
Ketua Pasukan
1. Setiap pasukan mesti melantik seorang pemain
sebagai ketua pasukan atau kapten.
2. Jika kapten terpaksa keluar padang kerana cedera
atau dihukum keluar, seorang pemain yang lain
terpaksa mengambil alih tugas kapten.
3. Tugas kapten adalah untuk menjaga kelakuan
semua pemain dan memastikan gantian pemain
dibuat dengan sempurna.
Pakaian dan Peralatan Pemain
1. Setiap pasukan terpaksa memakai pakaian
seragam yang berlainan dengan pihak lawan.
2. Pakaian penjaga gol mesti berlainan dengan
pemain pasukan sendiri dan pihak lawan.
3. Perlindungan kepala diwajibkan untuk penjaga gol,
kecuali apabila menghadapi penalty stroke.
Perlawanan dan Keputusannya.
1. Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh
masa dengan 35 minit dibahagikan kepada satu
separuh masa.
2. Antara dua separuh masa itu, rehat selama lima minit
diberikan. Masa rehat yang melebihi lima minit boleh
dibenarkan dengan persetujuan kedua – dua pasukan.
3. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol
diisytiharkan pemenang.
4. Jika kedua – dua pasukan gagal menjaringkan gol atau
menjaring bilang gol yang sama, perlawanan itu
dianggap seri.
Permulaan Permainan
1. Kapten kepada kedua – dua pasukan yang
berlawan diminta memilih mula permainan atau
memilih gol yang hendak diserang.
2. Pada separuh masa yang kedua pilihan kapten
ditukar.
3. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
4. Hantaran tengah ini diambil untuk memulakan
permainan pada kedua – dua separuh masa dan
selepas setiap gol dijaringkan.
5. Jika gol dijaringkan, pasukan yang lepaskan gol,
membuat hantaran tengah.
6. Hantaran tengah

a) Dibuat di tengah padang.


b) Bola boleh dihantar ke mana – mana arah, kecuali
pemain yang lakukan hantaran tengah itu.
c) Apabila pengadil memberhentikan perlawanan
(misalnya, kerana kecederaan), permainan mula
semula dengan lakuan buli.
d) Selepas “stok penalti” yang gagal dijaringkan,
permainan mula semula dengan pukulan 15 m.
Bola Keluar dari Kawasan Permainan
1. Jika bola keluar melintasi garisan tepi
a) Daripada kayu hoki pemain pasukan anda,
permainan diteruskan oleh pihak lawan dengan
mengambil pukulan percuma (free hit) dari tempat
di mana bola itu keluar.

2. Jika bola keluar melintasi garisan belakang


a) Daripada kayu penyerang, pukulan percuma oleh
pemain pertahanan dari tempat yang bertentangan
di mana bola melintasi 15 m dari garisan itu.
b) Dengan tidak sengaja daripada kayu, permainan
dimulakan dengan satu panahan atau oleh penjaga
gol, pukulan percuma oleh pasukan penyerang dari
tanda lima meter yang terdapat di garisan tepi
berhampiran dengan tempat dimana bola itu
keluar.
c) Dengan sengajanya daripada kayu pukulan, sudut
penalti kepada penahan atau penjaga gol
penyerang diberikan.
Kemahiran-
kemahiran
dalam Hoki
 Antaranya:-
1. Menggelecek
2. Memukul
3. Menolak
4. Menguis
5. Menahan/menyerkap
6. Menghantar
7. Merebut/tackle
8. Menjaga gol
Menggelecek
 Kemahiran asas pertama yang harus diajar adalah
kemahiran menggelecek.
 Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia
adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan
diri dengan bola apabila dikawal oleh pemain lawan.

 Selain itu kegunaan menggelecek ialah :-


 mengekalkan pemilikan bola
 persediaan untuk menghantar dan menjaringkan gol
 mencari ruang dan menukar arah
 melengahkan masa
Menggelecek longgar

 Kemahiran menggelecek ini ( open / loose


dribble ) digunakan apabila pemain hendak
menggerakkan bola dengan cepat, dengan
tujuan :-
 melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan
 berlari dengan bola ke arah gol
Menggelecek rapat

 Menggelecek rapat digunakan apabila


pemain hendak mengawal bola dengan rapi.
 Ia digunakan apabila pemain itu tidak dapat
memastikan keadaan atau situasi semasa
bermain samada selamat atau tidak untuk
mendedahkan bola kepada pihak lawan.
Menggelecek Indian

 Menggelecek Indian sangat berguna jika


pemain hendak menukar arah daripada
kanan ke kiri atau sebaliknya, dan melalui
cara ini pemain boleh melarikan diri daripada
pihak lawan.
Menolak

 Cara penghantaran yang paling pantas kepada


seorang rakan.
 Sasaran bola disembunyikan sehingga saat-saat
akhir untuk mengelirukan pihak lawan.
 Dalam keadaan tertekan ia merupakan
penghantaran yang paling selamat dan boleh
dibuat dengan mudah.
 Sangat berguna untuk clearance cepat@jaringan
 Boleh dilakukan di kedudukan yang sukar di mana
kemahiran memukul x dapat dilakukan.
Terdapat beberapa cara menolak antaranya:-

1. Gaya bersedia - dua belah kaki dijarakkan dan


badan direndahkan.

2. Menolak bola - bahu kiri ke arah sasaran dan berat


badan dipindahkan ke kaki depan ketika
meleretkan kayu untuk menolak bola.

3. Pergerakan ikut lajak. Mata terus mengikut


pergerakan bola. Bahu kanan menunjuk ke arah
sasaran.
Memukul

 Ia merupakan kemahiran yang sangat kuat


antara kesemua strok hoki. Kelebihan strok
ini ialah bola boleh digerakkan dengan cepat
dan jauh.
Ukuran gelanggang/padang
Peralatan

 Padang hoki
 Bulatan jaringan (striking circle)
 Pintu gol
 Jaring
 Tiang-tiang bendera
 Bola
 Kayu hoki
 Kasut
 Alatan penjaga gol(ped,sarung tangan,pelindung
dada,penutup muka,pelindung mulut,seluar berped)
Padang hoki
BULATAN JARINGAN (BULATAN
PUKULAN @ KAWASAN “D”)
 Satu garisan yang panjangnya 3.66 m selari dengan garisan gol
ditanda di tengah garisan 14.63 m.

 Dua suku bulatan berradius 14.63 m dilukis bermula dari garisan


3.66 m ke garisan belakang.

 Suku bulatan sebelah kiri tiang gol kiri digunakan sebagai pusat dan
suku bulatan sebelah kanan tiang gol kanan digunakan sebagai pusat.

 Terdapat tanda strok penalti di dalam bulatan jaringan iaitu 6.4 m


di hadapan gol.

 Terdapat juga garisan – garisan sudut penalti 5.0 m dan 10.0 m dari
tiang gol sebelah kiri dan kanan.
PINTU GOL
 Jarak 3.66 m di antara dua tiang tengah.
 Ketinggian tiang tengah iaitu 2.14 m.
 Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk
empat segi bujur berukuran 5.0 m lebar dan
dalam antara 5.0 m – 7.5 m.
 Semua tiang tengah dan tiang mendatar
dicat putih.
Jaring

 Diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang


mendatar
 Mempunyai “mesh” berukuran 45mm &
berbentuk 4 segi
Tiang-tiang bendera

 4 tiang
 Setiap sudut padang
 Dikenali sebagai bendera sudut
 Tinggi antara 1.2m-1.5m
 Diletak di luar sudut
Bola

 Sebiji bola yang keras,pejal @ kosong


digunakan
 Biasanya permukaan licin
 Warna putih
 Berat 156 g – 163 g
 Lilitan bola 224mm-235mm
Kayu hoki

 Rata di sebelah kiri – muka kayu/face of the stick


 berbentuk bulat di sebelah kanan-back stick
 Bahagiang lengkok kayu dipanggil kepala
kayu.Boleh berbentuk ‘j’ / ‘u’
 Kayu hendaklah licin n x de serpihan yang
berbahaya
 Tebal dihadkan (mesti boleh melalui 1 gelung
berdiameter 51mm)
 Diperbuat drp plbagai bhn kecuali logam n x lebih
737 g.

Anda mungkin juga menyukai