Anda di halaman 1dari 21

1.

Sejarah Permainan Bola Baling di Malaysia

Berdasarkan sejarah bola baling, permainan tersebut telah dimainkan sejak kurun ke-6. Ia mula dikenali sebagai urania pada Zaman Kerajaan Greek, harpaston pada Zaman Kerajaan Rom dan fangballspiel pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil handbold berasal dari Denmark, hazena berasal dari negara Bohemia dan Slovakia manakala torball berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini boleh dikatakan sebagai pencetus kepada permainan bola baling masa kini. Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh En. Lim Hock Han. Beliau memperkenalkan sukan tersebut kepada sekumpulan guru dan murid di sebuah sekolah di Selangor. Ketika itu beliau sedang betugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor. Kemudian, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh En. Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling yang berkaitan dengan aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan untuk guru-guru telah dijalankan untuk memperkembangkan permainan tersebut dalam kalangan pelajar sekolah. Bola baling berpasukan seperti yang diketahui pada masa kini telah dibentuk pada akhir abad ke-19 di utara Eropah, terutamanya Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. Orang Denmark Holger Nielsen telah dperkenalkan dengan peraturan-peraturan untuk bola baling moden (hndbold) pada tahun1898 dan secara bercetak pada tahun 1906. Peraturan-peraturan bola baling diterbitkan pada 29 Oktober 1917 oleh Max Heiser, Karl Schelenz Dan Erich Konigh dari Jerman. Selepas tahun 1919, peraturan-peraturan ini telah diperbaiki oleh Karl Schelenz. Permainan-permainan antarabangsa pertama yang telah bermian menggunakan peraturan ini adalah ketika Jerman menentang Belgium bagi kategori lelaki pada tahun 1925 dan antara Jerman dan Austria bagi kategori wanita pada tahun 1930. Persekutuan Bola Baling Antarabangsa telah merancang Kejohanan Dunia pada tahun 1938 dan setiap empat tahun, kejohanan tersebut akan diadakan bermula daripada Perang Dunia Kedua. Namun sejak tahun 1995, pertandingan itu telah diputuskan diadakan setiap dua tahun sekali. Selain itu, Kejohanan Bola Baling Dunia Wanita telah bermula semenjak tahun 1957.

2.0

Objektif Am Bola Baling

Objektif am permainan bola baling merangkumi : i) Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan

kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan ii) Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal iii) Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat iv) Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan v) vi) vii) Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

3.0

Peraturan dan Undang-Undang Permainan Bola Baling

3.1

Kawasan Permainan

3.2

Bola

Bola baling hendaklah berbentuk bulat keseluruhannya dan hendaklah tidak terlalu keras, dan bahagian kulitnya hendaklah berwarna putih. Berat bola yang diukur pada permulaan permainan, untuk bahagian lelaki dan belia lelaki tidak melebihi 475 gram dan tidak kurang daripada 425 gram. Lilitan bulatan bola tidak melebihi 60 cm dan tidak kurang daripada 58cm. Untuk wanita dan ramaja lelaki, berat bola tidak melebihi 400 gram dan tidak kurang daripada 325 gram. Lilitan bulatannya tidak melebihi 56cm dan tidak kurang daripada 54cm. Hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF sahaja boleh digunakan untuk pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa. 3.3 Pemain-pemain

Sesebuah pasukan bola baling mengandungi 12 orang pemain yang terdiri daripada10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Maksimum 7 orang pemain yang dibenarkan berada di dalam gelanggang, yang terdiri daripada 6pemain gelanggang dan seorang penjaga gol. Jika seseorang pemain didapati semasa dalam permainan menyeberangi atau melangkah salah satu daripada garisan-garisan sempadan atau kawasan, tetapi dengan serta merta memasuki semula ke dalam gelenggang maka, dia tidak dianggap sebagai meninggalkan gelanggang. Pemain pengganti dibenarkan meneruskan permainan tanpa memberitahu penjaga masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan gelanggang dahulu sebelum penggantinya masuk. Kesalahan penggantian pemain akan digantung selama dua minit dan dihukum dengan bilangan percuma dan bilangan ini diambil dari tempat pemain itu melakukan kesalahan. Sekiranya kesalahan penggantian berlaku pada masa permainan berhenti, pemainberkenaan akan digantung selama dua minit dan permainan akan dimulakan dengan balingan percuma. 3.4 Masa Permainan

Untuk lelaki, dua tempoh dengan 30 minit setiap tempoh dan 10 minit masa rehat di antaranya. Sebagai peraturan, dalam pertandingan bola baling, 15 minit setiap separuh masa tanpa masa rehat diberikan. Untuk remaja lelaki, masa terdiri daripada dua tempoh dengan 25 minit setiap tempoh dan 10 minit rehat di antaranya. Dalam pertandingan, 10 minit dalam setiap separuh masa tanpa rehat. Untuk peringkat lain, masa permainan terdiri daripada dua tempoh dengan 20 minit setiap tempoh dan 10 minit rehat di antaranya. Dalam pertandingan, 10 minit dalam setiap

separuh masa tanpa masa rehat. Di hadapan kedua-dua ketua pasukan, pengadil akan melakukan undian dengan menggunakan duit syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan permainan atau memilih gelanggang. Balingan mula hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga saat di tengah-tengah gelanggang apabila pengadil memulakan permainan dengan meniupkan wisel. 3.5 Memainkan Bola

Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau memukul bola dengan apa cara sahaja dengan tangan, lengan, kepala, paha dan lutut. Pemain dibenarkan memegang bola selama tiga saat sahaja, termasuk ketika bola berada di atas tanah. Pemain dibenarkan mengambil tiga langkah maksimum sewaktu memegang bola. Pemain dibenarkan menahan bola dengan kedudukan berlutut, duduk atau berbaring di tanah. Pemain dibenarkan menepis bola ke tanah dan menyambutnya semula dengan sebelah atau dua belah tangan. Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih daripada sekali kecuali bola telah terkena tanah, pemain atau kedua-duanya. Pemain tidak dibenarkan menggerakkan bola dengan bahagian kaki di bawah lutut atau dengan kaki. Pemain tidak dibenarkan senjaga melintas garisan tepi atau garisan gol di luar gol dengan bola. Pemain tidak dibenarkan menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang sedang bergolek atau berada di tanah, kecuali penjaga gol di kawasan gol sendiri. 3.6 Menentang Pemain Lawan

Pemain menggunakan tangan dan lengan untuk mendapatkan bola. Untuk memainkan bola daripada pemain lawan diri semua arah hendaklah menggunakan tapak tangan. Pemain dibenarkan menghalang pihak lawan dengan badan. Pemain tidak dibenarkan sama ada sebelah atau dua belah tangan meragut atau memukul bola daripada tangan pemain lawan. Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan dengan tangan, lengan atau kaki tanpa bola. Pemain tidak dibenarkan membaling bola dengan sengaja kepada pemain lawan atau mengacah bola dengan keadaan berbahaya. Untuk kesalahan-kesalahan berat dalam peraturan-peraturan dilakukan di mana-mana bahagian gelanggang dengan peluang menjaringkan gol yang baik dimusnahkan, balingan penalti diberikan. Jika seorang pemain terjatuh dengan keadaan bola terperangkap di bawah badannya, dan ini akan melambatkan permainan. Pengadil akan memberhetikan

permainan dam memulakan semula dengan balingan pengadil, kecuali menghukum salah satu daripada pasukan itu. Tindakan yang membahayakan penjaga gol tidak dibenarkan. 3.7 Kawasan Gol

Hanya penjaga gol dibenarkan memasuki atau berada di dalam kawasan gol. Hukuman kerana memasuki kawasan gol adalah seperti berikut: 1. Balingan percuma jika pemain gelanggang memasuki kawasan gol dengan bola. 2. Balingan percuma jika pemain gelanggang memasuki kawasan gol tanpa bola tetapi mendapatkan kelebihan dengan memasuki kawasan gol. 3. Balingan penalti jika pemain gelanggang dari pihak pertahanan dengan sengaja memasuki kawasan gol, walaupun bertujuan untuk mempertahankan pasukannya. Seorang pemain gelanggang memasuki kawasan gol sesudah memainkan bola tidak akan dihukum, kecuali merugikan lawan. Jika pemain dengan sengaja memainkan bola ke kawasan golnya sendiri dan bola itu tidak keluar, hukuman berikut dikenakan: 1. Dikira gol, jika bola telah memasuki gol. 2. Balingan penalti, jika penjaga gol menahan dan bola tidak dapat memasuki gol. 3. Balingan percuma dalam keadaan yang lain. 3.8 Penjaga gol

Penjaga gol dibenarkan menggunakan sebarang cara menjaga pintu golnya, menggunakan kaki dan betisnya. Penjaga gol boleh bergerak ke mana-mana arah dengan bola tanpa mengira langkah dan had masa di dalam kawasan gol. Penjaga gol dibenarkan meninggalkan kawasan gol tanpa bola. Di dalam gelanggang dia harus mematuhi peraturan sebagai pemain gelanggang yang lain, kecuali jika memasuki kawasan gol. Penjaga gol tidak dibenarkan meninggalkan kawasan gol bersama bola. Apabila penjaga gol telah membalingkan bola ke gelanggang permainan, dari kawasan gol, dia tidak boleh memegang bola itu lagi, kecuali telah dimainkan atau terkena salah seorang pemain lain. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola sama ada bola itu bergolek

atau terletak di kawasan gelanggang permainan di luar garisan kawasan gol. Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh bola dengan tapak kaki atau bawah lutut ketika bola itu sedang mara ke kawasan permainan atau apabila terhenti di dalam kawasan gol. 3.9 Menjaringkan Gol

Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol pihak lawan di antara kedua-dua tiang dan di bawah palangan gol. Selepas jaringan dilakukan, permainan hendaklah dimulakan dengan balingan dari tengah gelanggang oleh pemain daripada pasukan yang menerima gol. Jika pengadil atau penjaga masa telah meniup wisel sebelum keseluruhan bola melintas garisan gol, jaringan itu tidak dikira. 3.10 Balingan ke dalam

Jika seluruh bahagian bola melepas garisan tepi di atas tanah atau di udara, permainan hendaklah dimulakan dengan balingan ke dalam.Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola keluar dari garisan tepi oleh pemain daripada pasukan lawan. Balingan ke dalam diberikan jika pemain gelanggang daripada pasukan bertahan terakhir menyentuh bola sebelum bola itu melintasi garisan gol di luar pintu gol. Jika penjaga gol merupakan pemain terakhir menyentuh bola sebelum bola itu melintasi garisan gol di luar pintu gol, balingan gol diberi kepada pihak bertahan dan bukan balingan ke dalam. Semasa balingan ke dalam diambil, pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pembaling. 3.11 Balingan Permulaan

Balingan permulaan diambil oleh pasukan yang menang dalam undian dan telan memilih untuk memulakan permainan atau pasukan lain setelah pasukan yang menang itu memilih tempat. Selepas menjaringkan gol, permainan dimulakan dengan balingan permulaan daripada pasukan yang menjaringkangol. Balingan permulaan diambil dari tengah kawasan permainan ke manamana arah yang dikehendaki. Semua pemain hendaklah berada di kawasan permainan masingmasing semasa balingan permulaan dilakukan dan pemain lawan mesti berdiri tidak kurang tiga meter dari pembaling.

3.12

Balingan Gol

Balingan gol akan diberi jika seluruh bahagian bola melepasi garisan gol di sebelah luar gol sama ada di udara atau di atas tanah, telah disentuh kali terakhir oleh pemain penyerang atau penjaga gol bertahan di kawasan golnya. Balingan gol hendaklah dibuat oleh penjaga gol dari kawasan golnya ke dalam gelanggang. Balingan gol boleh dibuat dengan apa-apa cara sekali pun oleh penjaga gol asalkan bola dilepaskan setelah melintasi garisan kawasan gol. Penjaga gol tidak menyentuh bola selepas melakukan balingan gol sehingga bola disentuh oleh seorang pemain lain. Pemain-pemain daripada pasukan lawan tidak dibenarkan memasuki kawasn di antara garisan balingan percuma dengan garisan kawasan gol, serta tidak menyentuh garisan kawasan balingan percuma sebelum gol dibuat olehpenjaga gol. 3.13 Balingan Pecuma

Balingan percuma diberi kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan. Balingan percuma hendaklah dibuat serta-merta tanpa pengadil meniupkan wisel, di tempat berlakunya kesalahan itu. Bola mesti diletakkan dengan serta-merta oleh pemain yang memegang bola sekiranya balingan percuma diberi terhadap pasukannya. 3.14 Balingan Penalti

Balingan penalti diberi kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan yang serius. Pemain yang akan membuat penalti mestilah tidak menyentuh atau melintasi garisan balingan penalti sebelum bola dilepaskan. Sekiranya semasa balingan penalti dibuat, penjaga gol melintasi garisan gol sebelum bola dilepaskan oleh pembaling, balingan penalti akan dibuat sekali lagi sekiranya bola tidak dijaringkan. 3.15 Baling Pengadil

Permainan bola baling biasanya bermula dengan balingan pengadil. Pengadil gelanggang akan membaling bola menegak ke atas, tanpa tiupan wisel di tempat bola berada semasa permianan terganggu. Apabila pengadil membaling bola, semua pemain kecuali seorang daripada tiap-tiap pasukan mestilah berada tiga meter dari pengadil.

3.16

Pencatat dan Penjaga Masa

Pencatat hendaklah menyimpan rekod permainann dan bersama-sama dengan penjaga masa mengawal pemain-pemain yang memasuki gelanggang. 3.17 Pengadil

Sesuatu permainan hendaklah dikendalikan oleh dua orang pengadil, serta seorang penjaga masa dan seorang pencatat mata. Pengadil bertanggungjawab mengelolakan permainan daripada pemain-pemain mula memasuki gelanggang hingga mereka meninggalkan gelanggang. Pengadil akan meniup wisel dalam keadaan berikut: a. Memulakan permainan (tiupan pendek tetapi terang) b. Apabila jaringan telah dibuat (tiupan panjang) c. Apabila sesuatu kesalahan dilakukan d. Apabila bola telah melintasi garisan-garisan sempadan. e. Memulakan semula permainan, atau untuk balingan penalty. f. Apabila balingan percuma diberi g. Apabila gangguan melambatkan permainan dengan sengaja. h. Sebelum balingan pengadil i. Apabila permainan tamat j. Apabila permainan dilambat-lambatkan dengan sengaja. k. Apabila balingan permulaan dibuat l. Apabila bilangan penalty dibuat m. Apabila semua balingan lain dibuat. n. Selepas gangguan masa permainan.

3.18

Hukuman-hukuman

Apabila pemain atau pegawai diberikan amaran, pengadil akan memberitahu dengan cara menunjukkan kad kuning. Hukuman dengan penggantungan boleh diberikan pada keadaan berikut:

1. Sekiranya bola diletak dengan serta-merta oleh pemain yang memegang bola apabila balingan percuma diberi terhadap pasukannya. 2. Untuk kesalahan penggantinya. 3. Untuk kesalahan yang berulang-ulang semasa lawan membuat balingan. 4. Untuk kesalahan yang berulang-ulang bersabit dengan menentang lawan. 5. Sikap tidak kesukanan berkali-kali. Kesalahan dan sikap tidak sopan yang serius akan dihukum dengan penggantungan walaupun pemain itu tidak diberi amaran terdahulunya. Penyingkiran akan dilakukan dalam keadaan berikut: a. Untuk kesalahan serius bersabit dengan menentang lawan. b. Jika pemain yang tidak berhak bermain memasuki gelanggang. c. Jika pe,aim diberikan hukuman penggantungan dua minit kali ketiga. d. Bagi kelakuan tidak bersikap kesukanan yang berat, malah ke atas pengawai pasukan juga. e. Berlakunya kekasaran di luar gelanggang permainan f. Semasa rehat saparuh masa, amaran atau penyingkiran. Jumlah bilangan pemain berkurangan. g. Selepas permainan, dikenakan laporan bertulis.

4.0

Koleksi Gambar

Menggelecek

5.0

Teknik Asas Permainan Bola Baling

Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah dengan satu sukan berpasukan di mana dua buah pasukan yang mempunyai tujuh pemain iaitu enam pemain dan seorang penjaga gol melalui dan melantun satu biji bola untuk disasarkan kepada gol untuk mendapatkan jaringan. Permainannya sama seperti bola sepak dan bola keranjang namun permainana bola baling ini lebih kepada penggunaan tangan kerana ia melibatkan balingan. Permainan bola baling ini juga terkanal di seluruh dunia sejak separuh pertama abad ke-20. 5.1 Kemahiran Aktiviti-Aktiviti Dalam Permainan Bola Baling

i) -

Kemahiran : Hantaran Menangkap Menggelecek Melantun Mengacah Menghadang Menjaring

Menjaga gol

ii) 6.0

Aspek-Aspek Keselamatan : Latihan yang bersistematik Mengenal pasti kemampuan tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti Kesesuaian pakaian Persekitaran atau tempat beraktiviti Penyelia, arahan dan bimbingan Perlakuan aktiviti Disiplin murid Objektif 6.1 Aras 1 Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti kemahiran bola baling.

i)

ii) 6.2 i) ii) iii)

Melakukan sekurang-kurangnya enam kemahiran asas dalam permainan bola baling. Aras 2 Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola baling. Mengenal pasti otot utama yang digunakan dalam permainan bola baling. Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola baling. 6.3 Aras 3 Mengenal pasti tindakan berbahaya dalam situasi permainan. Merancang strategi asas dalam permainan bola baling. Melakukan kemahiran dan strategi asas dalam permainan bola baling.

i) ii) iii)

iv) v) vi) vii)

Membincangkan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola baling. Membincangkan kesalahan-kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola baling. Membincangkan tindakan berbahaya dalam situasi permainan. Menamakan otot utama yang digunakan dalam permainan bola baling.

Anda mungkin juga menyukai