Anda di halaman 1dari 8

KEMAHIRAN MENJAGA GOL Selain kemahiran asas yang telah disebut (I-VI) seorang pemain memerlukan kemahiran-kemahiran yang

khas untuk penjagaan gol. Aspek penjagaan gol yang asas patut juga diberi perhatian dalam waktu latihan(PJ) supaya para pelajar didedahkan kepada teknik-teknik asas kemahiran menjaga gol. Demi keselamatan dan pembinaan keyakinan para pelajar, guru hendaklah menitikberatkan cara-cara latihan

beransurmaju. Di peringkat awal, bola tenis boleh digunakan untuk latihan menendang bola dan menahan bola dengan tapak tangan. Begitu juga, bola digolek ke pintu gold an tidak dipukul di peringkat awal latihan. Kelengkapan keselamatan hendaklah dipakai oleh para pelajar semasa latihan menjaga gol jika perlu.

Kemahiran asas menjaga gol Menahan bola dengan pelapik kaki-dua belah dan sebelah.\ Menggelongsor untuk menahan bola. Menendang bola. Menahan bola dengan tapak tangan.

1. Menahan bola dengan pelapik kaki-dua belah dan sebelah.

a) Gaya bersedia untuk bertindak semasa berhadapan dengan penyerang yang cuba membuat jaringan. Kedua-dua belah kaki hendaklah rapat dan badan direndahkan. Mata perhatikan bola. b) Menahan bola dengan dua belah pelapik. Lutut dibengkokkan untuk menyerkap bola dengan lebih berkesan. Biasanya bola yang ditahan itu ditolak atau ditendang dengan kaki untuk mengeluarkannya dari kawasan gol. Tangan yang memegang kayu hoki hendaklah bersedia kawasan gol.

Tangan yang memegang kayu hoki hendaklah bersedia untuk memukul bola sekiranya penjaga gol terpaksa bertindak demikian. c) Menahan bola dengan sebelah pelapik. Kadang-kadang penjaga gol terpaksa menggunakan sebelah kaki untuk menyekat bola dari masuk ke dalam pintu gol. Dalam situasi begini dia terpaksa menghulurkan kakinya untuk menemui bola. Tangan yang bebas perlu berada dalam kedudukan yang sesuai untuk menahan bola yang melantun dari pelapik. 2. Menggelongsor untuk menahan bola Jangka masa yang baik untuk membuat lunsuran adalah penting supaya bola dapat ditepis dengan tapak kasut. Biasanya penjaga gol terpaksa menggelongsor apabila ia telah keluar untuk menyekat serangan ke pintu gol bola itu. Dengan segara bola itu ditendang,ditolak atau dipukul ke tepi padang. Semasa latihan bola hendaklah dihantar ke aras pinggang,aras bahu dan aras muka.

Butir-butir mengajar menahan dengan tangan. Perhatikan bola yang menuju ke pintu gol. Semasa menapakkan bola rapatkan jari-jari secara tegak dan tegangkan pergelangan tangan. Pegang kayu dalam keadaan bersedia untuk memukul,menolak,atau menyapu bola sebaik sahaja ia jatuh. PUKULAN PENALTI Salah satu keadaan yang amat mencabar kepada penjaga gol ialah dalam menghadapi pukulan penalti( penalty stroke/flick). Semua pemain yang tidak terlibat dikehendaki berada di luar dari kawasan 22meter. Tidak ada susulan (follow-up) selepas pukulan penalti dibuat. Bola adalah mati; sama ada masuk gol atau tidak. Permainan kemudiannya dimulakan dengan mengambil pukulan percuma di luar kawasanD

Semasa pukulan penalti diambil,penjaga gol berdiri di atas garisan gol,tumit di atas garisan adalah dibenarkan. Dia tidak boleh menggerakkan kakinya,sehinggalah bola dipukul. Pemain yang mengambil pukulan penalti seharusnya berdiri dekat dengan bola. Dia dibenarkan melangkah selangkah ke depan apabila membuat pukulan. Dia boleh menolak,menguis,atau mencedok. Apabila kedua-dua pihak telah bersedia,pengadil akan membunyikan wisel menandakan pukulan penalti boleh dibuat.

UNDANG-UNDANG HOKI
PASUKAN DAN PENGADIL Permainan hoki dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain bagi setiap pasukan yang terdiri daripada seorang penjaga gol dan 10 orang pemain padang. Setiap pemain membawa kayu hoki masing-masing ketika bermain. Kecuali penjaga gol yang dibolehkan menahan bola dengan kaki dan tangannya serta boleh menendang bola,pemain-pemain padang mesti menggerakkan bola hanya dengan kayu. Jumlah pemain yang patut didaftarkan di dalam sesebuah pasukan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan. Setiap pasukan dibenarkan melakukan dua pertukaran dalam satu permainan. (kecuali kenyataan yang disebaliknya dinyatakan dalam peraturan pertandingan yang berkenaan.). ini juga termasuk dalam masa tambahan. Pemain gentian boleh dimasukkan sebagai menggantikan pemain yang tercedera,tetapi tidak dibenarkan menggantikan pemain yang diarahkan keluar padang oleh pengadil untuk sementara waktu atau sepanjang masa bermain. Jika ada mana-mana pemain diarahkan keluar padang oleh pengadil disebabkan oleh kekasaran atau kesalahan tertentu,pasukan itu akan bermain tanpa pemain tersebut,yakni hanya dengan 10 orang pemain sahaja. Pemain yang diganti tidak boleh bermain semula di dalam perlawanan yang sama.

Satu-satu perlawanan hoki diadili oleh dua orang pengadil yang mempunyai kuasa mutlak ke atas perlawanan itu. Undang-undang ini menggalakkan kedua-dua orang pengadil tersebut saling bekerjasama di antara satu sama lain dan masingmasing mengawal dan membuat keputusan dalam kawasan yang ditentukan. Walaupun pengadil mempunyai kuasa mutlak, namun bantahan boleh dibuat keatas keputusan pengadil secara bertulis dan hendaklah diberikan kepada jawatankuasa atau pengerusi pertandingan. Tempoh waktu untuk bantahan adalah tertakluk kepada jawatankuasa pertandingan. Permainan di bahgikan pada 2 masa setara selama 35 minit dan masa rehat selama 5 minit. Jadi dalam satu-satu perlawanan setiap pemain bermain selama 70minit dan sebarang kekalahan atau kemenangan di kira pada jumlah jaringan gol yang dijaringkan dalam masa ini,ataupun dalam masa tambahan yakni 20 minit,sekiranya keputusan adalah seri dalam pertandingan separuh akhir dan akhir. Pengadil akan menambahkan masa yang hilang akibat kecederaan atau lain-lain gangguan semasa perlawanan berlangsung.

PAKAIAN DAN PERALATAN Setiap pasukan mestilah menyediakan sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna dan dilekatkan nombor dibelakangnya. Peruntukan kepada 2 set jersi adalah sekiranya kedua pasukan yang terlibat dalam satu perlawanan memakai jersi yang lebih kurang sama warnanya yang boleh mengelirukan pengadil,maka salah satu dari pasukan itu terpaksalah menukar jersinya. Biasanya pasukan yang ditulis

terdahulu dalam jadual pertandingan yang mesti menukar jersi. Seluar pendek digunakan oleh pemain lelaki,tetapi mereka boleh juga menggunakan seluar latihan track bottom,tetapi ini mungkin boleh menggangu keselesaan ketika bermain. Undang-undang hoki antarabangsa pula telah menetapkan supaya pemain perempuan memakai skirt pendek ketika bermain dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Alat-alat lain yang diperlukan oleh seorang pemain hoki ialah boots,stoking panjang,dan juga shin pads. Penggunaan boots sangat-sangat digalakkan seperti di waktu pagi atau selepas hujan untuk mengelakkan daripada terjatuh. Dari segi peralatan permainan,yang paling penting ilah kayu hoki. Kayu hoki mempunyai ukuran di antara 0.89 hingga 0.97 meter panjang dengan keberatan yang juga berbeza, iaitu 340-510gm. Sebarang kayu yang pecah,walaupun sedikit,dilarang sama sekali dari menggunakannya kerana ini akan membahayakan pemain-pemain lain. Hanya bahagian permukaan kayu yang rata sahaja boleh digunakan untuk memukul,menahan atau melarikan bola. Sekiranya bola terkena pada bahagian belakang kayu (backstick) permainan adalah batal. Oleh yang demikian, hoki merupakan right hand game kerana seseorang yang kidal sekalipun mesti memegang kayu hokinya di bahagian kanan badannya.

MEMULAKAN PERLAWANAN Ketua pasukan dari kedua-dua pasukan akan membuat undian dengan cara melambung duir bagi menentukan siapa yang berhak memulakan perlawanan. Sebaik saja pengadil membunyikan wisel,penyerang tengah akan menolak bola ke dalam kawasannya kepada rakan sepasukannya dan bila pemain pertama membuat hantaran bola tadi,maka permainan pun bermula. KIRAAN GOL Pemenang bagi satu-satu perlawanan ialah pasukan yang lebih banyak menjaringkan gol. Jaringan gol dikira apabila bola melintasi garisan gold an pukulan itu mestilah diambil dari dalam kawasan D.

PUKULAN KE DALAM Pukulan ke dalam diambil apabila bola keluar melintasi garisan tepi padang. Pukulan diambil pada tempat dimana bola itu keluar dengan cara bola diletakkan betulbetul di atas garisan di mana bola keluar, kemudian dipukul masuk ke dalam padang. Semasa pukulan ke dalam diambil, kesemua pemain mesti berada sekurang-kurangnya 4.5 meter dari tempat pukulan diambil. Di samping memukul bola,pemain tersebut boleh juga menolak bola tetapi bola mestilah meleret di atas padang.

PUKULAN PERCUMA Bila sesuatu pasukan melakukan kesalahan,maka pasukan lawan akan diberi pukulan percuma. Kesalahan yang dimaksudkan ialah seperti bola terkena kaki, menahan bola dengan belakang kayu ataupun melakukan halangan-halangan seperti menghalang,mengadang,merebut bola dari belakang,merebut bola dari kiri lawan dan sebagainya. Sebelum pukulan diambil,mesti diperhatikan dan pasti yang bola betulbetul mati di tempat di mana pukulan hendak diambil. Sekiranya kesalahan dilakukan didalam kawasan D pukulan sudut dekat diberikan jika pemain yang bertahan yang melakukan kesilapan. Sekiranya pasukan yang menyerang pula yang melakukan kesalahan di dalam kawasan D, diberikan pada pasukan yang bertahan tadi.

PUKULAN SUDUT DEKAT Pukulan sudut ini diberikan sekiranya: Penghalagan secara sengaja dilakukan oleh pemain pertahanan di dalam kawasan 22 meter,tetapi di luar bulatan. Pemain pertahanan melakukan kesalahan di dalam kawasan bulatan D seperti bola terkena kaki.

Cara pukulan diambil ialah penyerang dari satu pasukan berdiri di sekitar bulatan D dan seorang pemain lain dalam pasukan yang sama mengambil pukulan dari barisan yang sama dengan pemain pertahanan pasukan yang lagi satu. Seramai 5 orang pemain pertahanan yang hanya dibenarkan bertahan. Sebelum pukulan diambil,kesemua 5 orang pemain pertahanan mestilah berdiri di belakang garisan belakang padang. Apabila pukulan diambil kira barulah kesemuannya dapat bergerak dan cuba menahan sebarang percubaan pihak lawan untuk menjaringkan gol. Pemain mestilah memastikan bola itu betul-betul mati, barulah boleh mencuba merembat masuk. Gol hanya dikira sekiranya diambil dari dalam kawasan bulatan dan melintasi garisan gol. Sekiranya bola memasuki pintu gol dengan pukulan yang diambil dari luar kawasan bulatan,gol itu tidak dikira.

PUKULAN DI ATAS GARISAN GOL Pukulan di atas garisan gol ini diberikan kepada lawan pasukan yang membuat kesalahan. Pukulan sudut jauh ini boleh diberikan apabila: Pemain pertahanan memukul bola hingga keluar dari garisan belakang padang kerana cuba menyelamatkan bola dari memasuki pintu gol. Penjaga gol cuba menahan bola tatapi bola keluar hingga melewati garisan belakang padang. Kesemua pemain dari kedua-dua pasukan adalah bebas untuk berada di manamana sahaja tetapi tipa pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 4.5 meter daripada yang mengambil pukulan sudut jauh itu.

OFSAID Pemain dikatakan berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain penyerang ketika dia berada di kawasan lawan, telah mendapati dirinya berada di belakang semua pemain pertahanan melainkan penjaga gol. Jadi untuk menggelakkan ofsaid,seseorang pemain yang menyerang itu mesti memastikan yang di hadapanya ada sekurangkurangnya 2 orang pemain pertahanan termasuk penjaga gol. Tetapi jika dia mempunyai bola bersama-samanya,maka dia tidak dikira berada dalam keadaan ofsaid dan dengan demikian,perlawanan diteruskan. Denda kepada pemain yang melakukan ofsaid ialah pulukan percuma diberikan pada pihak lawan di mana tempat ofsaid itu berlaku.

Anda mungkin juga menyukai