Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN DAN SEJARAH BOLA JARING

Bola jaring atau netball merupakan satu-satunya jenis sukan di dunia yang khusus dimainkankan oleh wanita. Jenis sukan ini mulakan diperkenalkan pada tahun 1891 di Amerika Syarikat. Pada mulanya,sukan ini digabungkan dengan bola keranjang, yang juga menggunakan keranjang sebagai gol. Buat pertama kalinya bola keranjang telah dimainkan pada 1892 di Springfield, Massachusetts, USA. Permainan ini dimainkan di dalam dewan ketika musim sejuk. Daripada perkembangan permainan ini, pada 1895, Dr. James Naismith telah memperkemaskan undangundang permainan bola keranjang dengan melarang pemain menyentuh badan pemain lain. Perubahan undang-undang atau peraturan permainan yang dibuat oleh Dr. James telah menarik minat Madam Osterberg yang melawat Amerika ketika itu. Apabila beliau balik ke England di Kolej Pendidikan Jasmani, Hampstead, beliau telah mengajar permainan yang dilihatnya kepada pelajar perempuan dengan menggunakan bakul sampah seagai gol. selepas itu, permainan ini telah merebak dengan berbagai-bagai cara dan menggunakan gelang bola keranjang sebagai gol. Sukan ini kemudian diperkenalkan sebagai acara sukan luar dewan. Bakul sebagai gol digantikan dengan gelang dan jaring. Maka lahirlah jenis sukan baru apa yang kita sebut hari ini sebagai bola jaring. Oleh kerana cara bermain sukan ini dicipta begitu rupa maka ia hanya wajar dimainkan oleh kaum wanita, walaupun tiada peraturan mengenai hal ini.

Walaupun kaum lelaki ada mengambil bahagian dalam sukan ini namun bilangannya terlalu kecil berbanding dengan kaum wanita. Di England, sukan ini telah diperkenalkan oleh Dr. Toles, keturunan Amerika. Pada tahun 1900 dan 1901 undang-undang bola jaring telah digubal oleh sebuah persatuan rekreasi di England. Sejak itu, bola jaring telah diterima dengan meluasnya dan terus daripada sukan bola keranjang. Englang memperkenalkan sukan ini kepada Negara-negara lain, khususnya negaranegara Komanwel. New Zealand dan Australia adalah dua negara terawal menerima sukan ini. Pengenalan diusahakan di negara-negara Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Salah satu sebab sukan ini mudah diterima oleh umum kerana ia mudah dimainkan dan tidak memerlukan kawasan luas serta bilangan pemainnya tidak ramai. Di England, Persatuan Bola Jaring Seluruh England ditubuhkan. Persatuan ini bertanggungjawab memajukan sukan ini dan bertindak sebagai badan rasmi menggubal undang-undang permainan bola jarring. Pada tahun1960, persatuan ini telah bersidang untuk menganjurkan satu pertandingan bola jaring di peringkat dunia. Sambutan menggalakkan dari berbagai-bagai negara di dunia. Persidangan ini dihadiri oleh wakil-wakil dari Australia, New Zealand, Sri Lanka(Ceylon ketika itu), Afrika Selatan, Hindia Barat dan England sendiri. Persidangan ini telah memutuskan antara lain sebuah persatuan peringkat dunia hendaklah ditubuhkan. Persatuan ini nanti akan bertannggungjawab meningkatkan aktiviti sukan ini diperingkat dunia. Persatuan itu akhirnya

ditubuhkan yang diberi nama Persatuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Bola jaring dan Bola Keranjang Wanita. Persatuan ini menggubal undangundang bola jaring di peringkat Antarabangsa yang kemudiannya menjadi undang-undang rasmi bola jaring sedunia. Satu ketetapan dibuat untuk mengadakan kejohanan dunia pertama di England pada tahun 1963. sebanyak 11 negara telah bertanding. Dalam kejohanan itu, Australia keluar sebagai johan sementara New Zealand naib johan dan England tempat ketiga. Kejohanan ini diadakan empat tahun sekali. Jumlah negara yang mengambil bahagian meningkat dari kejohanan ke kejohanan. Malaysia turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Di Malaysia, tidak dapat dikesan bila bola jaring diperkenalkan. Tetapi dipercayai ia mula dimainkan selepas Perang Dunia Pertama. Ia diperkenalkan oleh orang-orang inggeris. Sukan ini dijadikan sebagai acara pengisi waktu lapang atau acara pertandingan sesama ahli. Akhirnya bola jaring mendapat perhatian sebilangan besar pelajar-pelajar sekolah. Banyak sekolah, walau di daerah pedalaman sekalipun, menubuhkan pasukan bola jaringnya. Berbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa.

PERALATAN

Sukan bola jaring tidak memerlukan kelengkapan yang banyak dan mahal-mahal. Cukuplah dengan sebiji bola (sebesar bola keranjang), gelanggang ( tertutup atau terbuka), tiang gold an 14 orang pemain (tujuh orang satu pasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

BOLA Bola mestilah yang khas disediakan. Biasanya, bola saiz 5, seperti bola keranjang digunakan. Diameternya 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26 g. Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah. Bola ini hendaklah disimpan di tempat selamat setelah digunakan.

GELANGGANG Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Ia boleh merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau parkey untuk yang tertutup. Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali

sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Tiang gol adalah setinggi 3.05m dari atas gelung.

TIANG GOL Tinggi tiang gol ialah 3.05 m (10 kaki) dari atas relung. Gelung mempunyai dimeter dalam 380mm dan terletak 150mm dari tiang gol. Gelung diperbuat daripada besi bergaris pusat 15mm.

PEMAIN Setiap pasukan terdiri daripada tujuh orang pemain. Setiap orang pemain ada fungsi dan tugasnya. Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut: 1) Penjaga gol(GK) 2) Penahan gol(GD) 3) Penahan sayap(WD) 4) Pemain tengah(C) 5) Penyerang sayap(WA) 6) Penyerang gol(GA) 7) Penjaring gol(GS)

GAMBARAN DAN PERATURAN

WA

GD

C GS GK

GA

WD

Lakaran Bola Jaring Sebagaimana bola keranjang, permainan ini dimainkan diatas gelanggang keras dengan gelung mata dikedua hujung gelanggang, dengan bola menyerupai bola keranjang (tetapi lebih ringan, kecil dan lembut sedikit binaannya, malah kebanyakannya putih). Gelungnya mempunyai dimensi lebih kecil dan rendah berbanding gelung bola keranjang, dan juga ia tidak mempunyai papan latar. Gelangang dibahagi kepada tiga yang mengawal pergerakan setiap individu dalam pasukan, dan dua separuh bulatan "bulatan penjaring - ( shooting circles)" pada setiap hujung di mana semua lontaran gol perlu dilakukan. Terdapat tujuh pemain setiap 6

pasukan, yang dilantik, kedudukan yang ditetapkan. (Sesetengah variasi remaja (junior)/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain. Setiap pemain hanya dibenarkan pada sudut tertentu digelanggang: pemain yang terkeluiar dari kedudukan mereka dianggap "salah kedudukan -(offside)". Kedudukan digambarkan di bawah:

Kedudukan bola jarring

Nama Abbreviation Lawan kedudukan Goal Goal Shooter GS Keeper. circle Attacking goal third including goal Kawasan dibenarkan

Goal Goal Attack GA Defence Wing Wing Attack WA Defence

Attacking goal third, goal circle, and center third Attacking goal third and center third, not goal circle

Centre Wing Defence

C WD

Centre Wing

Everywhere except goal circles Defensive goal third and centre third,

Attack

not goal circle

Defensive goal third and centre third, Goal Defence GD Goal Attack including goal circle Goal Goal Keeper GK Shooter circle Defensive goal third, including goal

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA JARING

1. Menghantar. 2. Menyambut. 3. Gerak kaki. 4. Mengawal dan mengelak. 8

5. Menjaring. 6. Hantaran tengah, hantaran bebas dan lemparan masuk. 7. Strategi asas menyerang dan bertahan.

LATIHAN MENGHANTAR Dalam permainan bola jaring pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa bola. Pemain-pemain terpaksa menggerakkan bola dengan membuat hantaran pada masa yang tepat dan dengan cara hantaran yang sesuai dengan situasi permainan. Beberapa cara hantaran bola yang biasa diamalkan adalah: 1. Hantaran atas bahu 2. Hantaran aras dada 3. Hantaran lantun 4. Hantaran atas kepala 5. Hantaran rendah/ sisi/ bawah

Hantaran boleh dilakukan dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan, semasa pemain dalam keadaan bergerak atau dalam keadaan statik. Cara mana seseorang pemain akan gunakan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukannya semasa membuat serangan adalah bergantung kepada beberapa faktor situasi berikut: Kedudukan pihak lawan yang mengawal penerima. Jarak penerima dari pengantar.

Ruang yang sedia ada untuk penerima bergerak.

TEKNIK DAN TUJUAN HANTARAN

1. Hantaran aras bahu. Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat badan ke kaki yang melangkah ke depan ( Amalkan prinsip bertentangan, iaitu tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah).

Tujuan: untuk hantaran jauh dan tinggi. Butir-butir mengajar Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan. Tangan dan jari ikut lajak kea rah lontaran.

2. Hantaran aras dada Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tindakan menolak yang kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari. Tujuan: untuk hantaran pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerima tidak dihalang oleh lawannya.

10

Butir-butir mengajar Badan dalam kedudukan seimbang. Sebelah kaki melangkah kea rah lontaran. Luruskan tangan serentak dengan hantaran.

3. Hantaran lantun. Dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah tangan, mula tolakkan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangkan badannya. Tujuan: untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerakeliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya.

Butir-butir mengajar: Lantunkan bola tepat ke sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan. Bertindak dengan pantas. Ketika melantunkan bola condongkan badan sedikit ke depan.

4. Hantaran atas kepala atau hantaran lob. 11

Dengan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala (seperti dalam membuat lemparan masuk dalam bola sepak) dan dilontarkan ke sasarannya dengan meluruskan siku. Tujuan: untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima.

Butir-butir mengajar: Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya. Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan. Pandang pergerakan penerima.

5. hantaran sisi/ rendah/ bawah. Dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang. Dengan kedua-dua belah tangan bola digerakkan (ditolak ke arah penerima). Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir serupa pergerakan picing dalam sofbol. Butir-butir mengajar: Sambil menghantar bola, pindah berat badan ke kaki depan. Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarah bola ke sasaran.

CARA BERMAIN

12

Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. Dia akan melontar bola kepada salah seorang rakannya. Sewaktu melontar C hendaklah memastikan kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain pasukan lawan mestilah berada kira-kira 0.91 m(3 kaki) dari pusat bulatan. Sementara pemain-pemain lain berada di posisi masing-masing. Apabila wisel ditiupkan pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan.

TEMPOH PERMAINAN Dimainkan dalam tempoh empat suku(quarter) waktu. Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselangi waktu rehat selama tiga minit kecuali waktu rehat untuk separuh masa, iaitu lima atau sepuluh minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat gangguan atau kecederaan. Ada juga yang menggunakan waktu 20 minit untuk permainan satu separuh masa. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.

PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA JARING

-Satu pasukan diwakili oleh 7 pemain semasa permainan. -Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak dibenarkan. -Pemain hendaklah menghantar atau menjaringkan bola dalam masa tiga saat. -Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja.

13

-Sesuatu balingan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang. -Bola yang melantun dari tiang jarring boleh disambut semula dan permainan diteruskan. -Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil. -Dua orang pengadil mengawasi permainan. -Jika pasukan kurang dari lima orang pemain, permainan tidak boleh diteruskan. -Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel dibunyikan.

KECEDERAAN Sekiranya permainan dihentikan disebabkan oleh kecederaan, pengadil akan memainkan semula permainan dimana bola dihentikan. Pasukan yang memiliki bola sebelum permainan dihentikan akan membuat hantaran seperti disuruh oleh pengadil.

ADVANTEJ Pengadil tidak akan meniup wisel bagi kesalahan sekiranya ia akan memberikan kerugian kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan. Pengadil boleh menyebut advantej untuk menandakan ini.

SENTUHAN

14

Sentuhan yang menggangu permainan akan didenda, sama ada ia dilakukan oleh pemain atau menggunakan bola. Ini bermakna anda tidak boleh menolak, menyadung atau melanggar pihak lawan terutamanya sewaktu menghalang. Hantaran penalti atau hantaran atau jaringan penalti akan diberikan bagi kesalahan sentuhan. Mana-mana pemain yang boleh bermain di kawasan tersebut boleh melakukan hantaran penalti. Sekiranya sentuhan berlaku dalam bulatan gol, penalti yang diberikan ialah hantaran penalti atau hantaran atau jaringan penalti. Mana-mana penjaring boleh melakukan penalti tersebut.

DISIPLIN Pengadil mempunyai kuasa untuk mendenda kesalahan yang tidak termaktub dalam undang-undang permainan bagi memastikan permainan berjalan lancer. Dalam keadaan perlakuan keterlaluan atau salah laku berterusan selepas diberi peringatan, pengadil boleh mengarahkan pemain keluar gelanggang dan tidak lagi mengambil bahagian dalam permainan.

PERATURAN GERAK KAKI Peraturan gerak kaki menyatakan bahawa pemain tidak boleh mendaratkan semula kaki mendarat selagi masih memegang bola. Pengubahsuaian Membenarkan kaki diseret untuk mengawal imbangan badan sebelum membuat hantaran atau jaringan.

15

HALANGAN DEKAT Sebarang usaha untuk menghalang pemain yang memiliki bola kurang dari jarak yang dibenarkan (0.9 meter/3 kaki) disebut sebagai halangan dekat. Sekiranya anda menggunakan tangan yang menjangkau untuk menghalang pemain yang tidak memiliki bola dan menggunakan pergerakan yang mengugut pihak lawan, anda juga melakukan kesilapan halangan dekat. Jarak yang dibenarkan adalah jarak yang diukur di atas tanah antara kaki terdekat penghalang dengan kaki mendarat pasukan menyerang. Sekiranya pemain penyerang menghampiri penghalang dan mendekatkan jarak di antara kaki, pihak penghalang tidak dikira sebagai melakukan kesalahan halangan dekat ; penyerang mesti menerima hakikat kerugian jarak kerana menghampiri lawan. Halangan dekat memberikan penalti yang sama dengan sentuhan : Hantaran penalti atau hantaran atau jaringan penalti.

OFSAID, FAUL DAN PENALTI Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melampaui kawasan gelanggang, dia dikira ofsaid. Apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan tertentu. Jika tidak, dia dikira ofsaid. Pemain akan dikira faul apabila:

16

1. Dia yang memegang atau tidak memegang bola, tersentuh pemain lawan atau merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada tangan pemain lawan itu. 2. Dia berada kurang 0.91 meter (3 kaki) daripada pemain yang membuat lontaran. Dia dikira mengadang. 3. Dia menggertak atau mengugut pemain lawan. Hukuman faul ialah pasukan iawan akan diberi: 1. Jaringan penalti jika kesalahan di dalam bulatan gol. 2. Pilihan sama ada memilih hantaran penalti ataupun jaringan penalti jika kesalahan berlaku di dalam bulatan. 3. Hantaran bebas di tempat berlakunya kesalahan. Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak atau apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang melakukan kesalahan.

PEMAIN GANTI Pemain ganti dibenarkan, terutama untuk menggantikan pemain yang tercedera. Dan pemain ganti ini tidak boleh digantikan semula oleh pemain yang

17

tercedera itu jika pemain yang tercedera itu ingin bermain kembali. Pemain ganti ini bagaimanapun boleh digantikan oleh pemain yang lain. Undang-undang yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa digunakan setiap masa permainan. Namun begitu, ada masanya beberapa penyesuaian dilakukan, terutama yang melibatkan peringkat umur pemain. Sukan bola jaring memerlukan gerakan badan yang aktif. Pemain harus mampu berlari, melompat, melontar dan mengawal pemain lawan dengan baik. Pemain yang tinggi lampai adalah baik. Penjaring gol mestilah meningkatkan kemahiran membuat jaringan dari jarak dekat dan jauh.

KELUAR GELANGGANG Bola dikira keluar gelanggang apabila ia menyentuh tanah, objek atau orang yang berada di luar gelanggang. Bola juga dikira keluar gelanggang apabila dipegang oleh pemain yang menyentuh tanah, objek atau orang yang berada di luar gelanggang.

MELEBIHI KAWASAN Bola tidak boleh dihantar melebihi keseluruhan satu kawasan tanpa disentuh atau diterima oleh mana-mana pemain yang berada keseluruhannya

18

dalam kawasan tersebut. Pemain yang mendarat sebelah kaki dalam satu kawasan dianggap telah menerima bola dalam kawasan kaki mendaratnya. Hantaran seterusnya dikira dari kawasan di mana pemain tersebut mendarat. Apabila bola dihantar melebihi kawasan tanpa disentuh oleh pemain lain, hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan yang diambil di belakang garisan kedua di mana bola melintasi garisan.

SUMBER RUJUKAN 1. BUKU

19

Pendekatan pengajaran pendidikan jasmani, Fouzee H.A, penerbitan siri maju sdn bhd 1989. Siri sukan popular fajar bakti bola jaring, aminah mohd salleh, 1989 penerbitan fajar bakti sdn bhd. 2. LAMAN WEB http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring" Kategori: Sukan berpasukan

20

Anda mungkin juga menyukai