Anda di halaman 1dari 14

Kecergasan fizikal

berlandaskan lakuan
motor
Oleh
Othman Bin Che Man
Jab. PJK
Pengenalan
 Mempunyai enam komponen yang terdapat
dalam kecergasan fizikal berlandaskan
perlakuan ini, lebih merupakan keupayaan
seorang atlit dan ini memberikan kelebihan
dalam peningkatan potensi diri.
Pencapaian tahap tertinggi dalam komponen-
komponen ini, akan memberikan keuntungan
kepada atlit.

Ketangkasan

 Keupayaan menukarkan arah semerta semasa


dalam pergerakan. Komponen ini memerlukankan
seorang atlit menukarkan arah secara pantas.
Mekanisma pertukaran arah yang pantas ini akan
memberikan atlit peluang mengawal situasi
perlawanan. Sebagai contoh pemain bola yang
cuba mengelecek lawan dengan membawa bola
ke kanan, tiba-tiba menarik bola dan bergerak ke
arah kiri dengan pantas dan berjaya melepasi
lawan.
 Ketangkasan boleh dibentuk melalui latihan
seperti larian ulang alik, larian zig zag, larian
dengan arahan dan lain-lain lagi.
Latihan Ketangkasan
Imbangan

 Kebolehan mengawal dan mengimbangi


badan semasa beraksi, semestinya dapat
memberi kelebihan kepada atlit untuk
menguasai situasi perlawanan. Komponen ini
sangat penting bagi setiap atlit.
 Antara latihan yang dapat membentuk
imbangan atlit ialah dirian bangau, dirian
tangan imbangan skala dan lain-lain latihan
yang bersesuaian.

Latihan Imbangan
Kelajuan

 Pergerakan anggota yang terpantas seperti


kaki untuk larian atau tangan untuk lontaran.
Kelajuan dipengaruhi oleh jarak pergerakan,
kuasa, teknik pergerakan dan daya tahan
otot.
 Komponen ini boleh dibina dengan latihan-
latihan seperti pecut kejar masa (masa
terpantas) seperti jeda 60 meter pecut 85
peratuslari pecut berpiramid 20 – 50 meter,
lari pecut dengan rintangan seperti pecut
berperacut, pecut dengan beban, pecut naik
bukit, dan pecut di pantai.
Latihan Kelajuan
Masa tindak balas
Tindakan perlakuan pantas dan semerta
selepas menerima ransangan. Kebolehan
melakukan dalam masa yang lebih singkat
dan tindakan yang betul adalah lebih baik.
Cth: tindak balas terhadap bunyi tembakan
pistol pelepas adalah saat yang terpenting
bagi seorang pelari pecut.
Terdapat beberapa latihan yang dapat
membentuk komponen ini dalam diri seorang
atlit.
Tindak balas deria pendengaran terhadap
bunyi.
Tindak balas penglihatan terhadap sebarang
Latihan untuk masa tindak
balas
Kuasa

Keupayaan otot untuk melakukan konstraksi


dengan maksimum dan penuh tenaga dalam
menghasilkan sesuatu pergerakan dalam
masa yang singkat.
Terdapat dua komponen yang menghasilkan
kuasa iaitu kekuatan dan kepantasan.
Terdapat latihan yang dapat menghasilkan
kuasa kontraksi adalah seperti pliometrik,
latihan rintangan dan bebanan.


Latihan untuk Kuasa
Koordinasi

Kebolehan kesemua anggota dan komponen


berkerjasama atau berintergrasi antara satu
sama lain yang menghasilkan pergerakan
yang sempurna.
Banyak latihan yang sesuai boleh digunakan
untuk membina koordinasi.



Penutup
Kesemua komponen di atas merupakan
keperluan bagi seorang atlit.
Latihan-latihan berkaitan perlu disusun dalam
program latihan seorang atlit supaya
mempunyai keupayaan lakuan motor yang
optimum.