Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah menendang, menyerkap, menanduk, melakukan hantaran, mengelecek dan menjaga gol. a) Menendang Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti. Pada asasnya terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan tendangan voli. i) Tendangan Leret Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol. Teknik melakukan tendang leret Kedudukan bersedia. letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibengkokkan sedikit. Tendang di bahagian tengah bola. Ikut lajak selepas melakuan tendangan.

ii) Tendangan Lambung Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol. Teknik melakukan tendangan lambung Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola. Ayun kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkok sedikit. Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

iii) Tendangan Voli Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk menjaring gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kaki semasa bola di udara. Teknik melakukan tendangan voli Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit. Mata memandang bola. Tendangan di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke belakang. Ikut lajak selepas melakukan tendangan. B) Menyerkap Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang permain itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam permainan bola sepak. Pelbagai bahagian badan, kecuali tangan, boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung pada keadaan bola yang datang, sama ada meleret di atas padang atau tinggi di udara. C) Menyerkap Bola Leret

Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki. i)Teknik menyerkap bola leret

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan. Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang. Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah bola datang. d) Menyerkap Bola Tinggi

Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha dan dada. i)Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa menghadap bola. Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi. Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang. ii)Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang. Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh bahagian bawah bola. iii)Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dada

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki. Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa badan ke hadapan. MELAKUKAN HANTARAN 4) Melakukan hantaran Hantaran ke hadapan Hantaran ke sisi Hantaran silang 5) Menanduk Menanduk ke hadapan Menanduk ke sisi 6) Menjaga gol Menangkap bola leret Menangkap bola tinggi Menumbuk bola Tendangan bola

Hantaran ke hadapan Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki atau kekura kaki.

Teknik melakukan hantaran ke hadapan : Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Tendang di bahagian belakang bola. Ikut lajak selepas melakukan tendangan. Hantaran ke sisi Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal bola. Teknik melakukan hantaran sisi : Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan. Tendang di bahagian sisi bola. Ikut lajak selepas melakukan tendangan. Hantaran Silang Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola. Teknik melakukan hantaran silang : Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke sisi. Badan condong ke arah bola hendak dihantar. Tendang di bahagian sisi bola. Ikut lajak selepas melakukan tendangan. 1.5 MENANDUK Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi. Teknik menanduk ke hadapan : Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi. Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola. Ikut lajak selepas melakukan tandukan

Teknik menanduk ke sisi : Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi. Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi. Ikut lajak selepas melakukan tandukan Teknik menanduk ke belakang :

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola. 1.6 MENJAGA GOL Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Keduadua jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki Teknik menangkap bola leret : Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di belakng tumit kiri. Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

Teknik menangkap bola tinggi : Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat. Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan hampir rapat. Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

Teknik menumbuk bola : Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk bola. Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

Teknik tendangan bola di udara : Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah. Ikut lajak selepas menendang. Mata memandang bola.

Teknik tendangan lantun : Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Mata memandang bola. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun dari tanah. Ikut lajak selepas menendang

Anda mungkin juga menyukai