Anda di halaman 1dari 17

PADANG DAN PERALATAN

PENGENALAN

Ramai yang berpendapat bahawa hoki merupakan satu permainan yang

merbahaya kerana setiap permaian mengunakan batang kayu dan bermain

dengan bola kulit keras yang boleh bergerak selaju 140 -160 km sejam. Ini

bukanlah satu tanggapan yang betul. Kecederaan dalam permainan hoki boleh

dikurangkan dan boleh menambahkan lagi keseronokan jika permainan

dimainkan mengikut peraturan yang ditetapkan dari segi padang yang sesuai

dan alatan yang betul. Dalam bab ini, akan diterangkan ukuran dan tanda-tanda

padang, permukaan padang yang sesuai serta spesifikasi alatan yang betul

supaya dapat mencegah kecederaan semasa bermain.

PADANG HOKI

Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama

dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh

sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan

seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan

dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain

seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang

permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan


terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada

rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.

Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki

antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang

berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah

berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk

permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak

membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan.

Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau

astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang

jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan

yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika

terdapat padang yang berumput panjang.

91.40 m
22.90 m
14.63 m

55.00 m
. .

UKURAN PADANG HOKI


BULATAN JARINGAN ( STRIKING CIRCLE )

Satu garisan yang panjangnya 3.66 meter selari dengan garisan gol

ditanda di tengah garisan 14.63 meter. Dua suku bulatan berradius 14.63 meter

dilukis bermula dari garisaan 3.66 meter ke garisan belakng. Bagi suku bulatan

sebalah kiri tiang gol kiri digunakan sebagai pusat

Bulatan yang dilukis seperti rajah dibawah dikenali sebagai bulatan

jaringan, bulatan pukulan atau kawasan “D”. tanda-tanda lain yang terdapat

dalam bulatan jaringan ialah strok penalty 6.4 meter di hadapan gold an garisan-

garisan sudut penalty 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol di sebelah kiri dan

kanan.

GOL

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol. Gol berada di tengah-tengah

garisan belakang dan betul-betul terletak di atas garisan belakang. Gol terdiri

daripada beberapa bahagian seperti :

Gol :
 Tiang-tiang gol dan palang gol berwarna putih,segi empat sama,

berukuran 51 mm lebar dan 75 mm dalam.

 Tiang-tiang gol tegak berjarak 3.66 meter (ukuran lebar bahagian dalam).

 Tiang-tiang gol hendaklah di letak di atas tanda luar di mana bahagian

hadapan tiang gol menyentuh tepi sebelah luar garisan belakang.

 Ketinggian palang mendatar 2.14 meter dari paras tanah (ukuran

dalaman) dan di pasang kepada tiang-tiang gol.

 Tiang-tiang gol tidak boleh terjulur melebihi ketinggian palang mendaftar.

 Palang mendatar tidak boleh terjulur melebihi tepi tiang-tiang gol.

 Bentuk kedua-dua tiang gol dan palang mendatar wajib mendatar wajib

mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan standard negara yang

berkenaan.

Papan Tepi (Side Board) :

 Panjang: 1.20 meter(minimum); ketinggian: 460 mm.

 Diletak di atas padang tegak lurus ( 90 darjah) kepada garisan belakang,

di pasang kepada bahagian belakang tiang gol tetapi tanpa

menambahkan kelebarannya, dan kepada bahagian hujung papan

belakang.

 Dicat dengan warna gelap di sebelah dalamnya.

Papan Belakang ( Back Board) :

 Panjang 3.66 meter , ketinggian 460 mm.

 Diletak di atas padang pada hujung papan tepi.


 Dicat dengan warna gelap di sebelah dalamnya.

Jaring :

 Dipasang kepada bahagian belakang tiang-tiang gol dan palang Gol pada

jarak tidak melebihi 150 mm, dan hendaklah melitupi bahagian luar papan

belakang dan tepi.

 Hendakalah dipasang dengan cara yang dapat memastikan bola tidak

menembuhi celah-celah di antara jaring dan tiang-tiang gol, palan

mendatar, papan tepi dan papan belakang.

 Dipasang secara kendur supaya bola tidak memantul semula ke dalam

padang permainan.

 Saiz mata jaring (mesh) tidak melebihi 45 mm.

3.66 m

51 mm

Palang
Tiang Tiang

2.14 m

Back Board
460 mm

Pandangan depan gol


51 mm
0.91 m

2.14 m

460 mm

1.22 m
Pandangan sisi gol

TIANG BENDERA

 Dalam permainan hoki terdapat 4 bendera yang dipanggil bendera sudut

yang diletakkan di setiap penjuru kawasan padang hoki.

 Tingginya diantara 1.20 meter hingga 1.50 meter.

 Tiang bendera adalah lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

BOLA
 Bola hoki yang diluluskan oleh Persatuan Hoki Antarabangsa diperbuat

daripada kulit pada bahagian luarnya.

 Bola jenis ini boleh digunakan untuk pertandingan, manakala bola jenis

plastik pula adalah sesuai untuk digunakan bagi latihan sahaja.

 Bola bersalut kulit amat sukar untuk menjaganya kerana ianya perlu

dicatkan dengan warna putih apabila kelihatan pudar. Juga ianya senang

meresapi air.

 Bola jenis plastik amat senang untuk menjaganya dan tidak mudah

diresapi air.

 Berat bola hoki ialah antara 156 g hingga 163 g.

 Lilitan bola pula ialah 224 mm hingga 235 mm

Gambar : Bola yang sering digunakan dalam sukan hoki

KAYU HOKI

 Kayu hoki boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu kepala kayu atau

bahagian hujung bawah yang digunakan untuk meemukul bola.

 Batang kayu dan handle atau bahagian yang dipegang


 Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga

kedudukan pemain dalam permainan.

 Panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan tingginya seseorang

pemain.

 Kebiasaanya panjang kayu hoki di antara 0.89 meter hingga 0.94 meter

atau 26’ ke 38’ inchi.

 26’ inchi dan 28’ inchi kayu hoki digunakan bagi pemain belia atau

muda. Manakala panjang kayu hoki 37’ dan 38’ digunakan bagi pemain

dewasa atau berpengalaman.

Up to 4' 4'-4'3 4'4-4'6 4'7-5' 5'1-5'3 5'4-5'6 5'7-5'8 5'9 +

26" 28" 32" 34" 35" 36" 37" 38"

Carta menunjukkan panduan untuk memilih stick mengikut


kesesuaian saiz dan tinggi seseorang .

 Pemilihan kayu hoki biasanya bergantung kepada ketinggian

seseorang individu .

 Kebiasaanya pemain memilih saiz kayu hoki ( stick ) berdasarkan

kepada keselesaan memegang dan menggunakannya.

STRUKTUR KAYU HOKI

 Berat kayu pada masa kini adalah 340 ke 737 gram.

 Permukaan sebelah kiri kayu adalah rata (flat).


 Permukaan sebelah kanan atau belakang ( Back Stick) pula adalah

melengkun( curve).

 Bola hanya boleh dipukul di bahagian permukaan yang rata ( flat ) .

Manakala bahagian yang tidak rata itu (bahagian bulat) tidak boleh

digunakan untuk memukul bola.

Permukaan belakang Permukaan Rata (flat)


( back stick )

BENTUK DAN BAHAN KAYU HOKI


 Kayu hendaklah lurus dengan satu hujung yang berlekuk.

 Semua bahagian tepi kayu hendaklah dibulatkan. Keseluruhan kayu

hendaklah licin dan bebas dari apa-apa tonjolan yang kasar atau tajam.

 Kayu dalam kawasan C – D adalah rata dibahagian kiri sahaja ( bahagian

yang ditunjukkan pada gambarajah di atas ).

 Bahagian permainan adalah keseluruhan bahagian yang di gambarajah.

 Bahagian yang bukan permainan hendaklah dibulatkan.

 Panjang ekstinsi lekuk terbuka hujung kayu ke arah paksi X+ ialah

maksima 100 mm ditunjuk dengan garisan D.

 Kayu boleh mempunyai sisihan dari A dan A1 sehingga maksima 20 mm

( ditunjukan dengan garisan B dab B1.

 Termasuk balutan tambahan yang dipakai, kayu hendaklah mampu

melepasi satu gelang yang berukuran diameter bahagian dalam 51 mm.

BAHAN KAYU HOKI

 Berbagai-bagai bahan digunakan untuk membentuk kayu hoki supaya

menentukan kekuatan dan penentuan sifat kayu hoki tersebut.

 Namun ia bergantung kepada keteguhan kayu dari segi kekuatan dan

kekerasan kayu hoki tersebut serta selain daripada asas kekerasan

kayu.

 Kekuatan memukul bola hoki juga diambil kira. Dibawah adalah antara

bahan-bahan yang dibenarkan untuk membuat kayu hoki ;

 FIBERGLASS - Untuk kekuatan asas dan katahanan kayu hoki


 KEVLAR - Untuk meningkatkan kekuatan dan asas gerakan serapan

 CARBON – material yang lebih baik atau kuat

 DYNEEMA - Untuk gerakan serapan yang baik dan unggul.

BENTUK KEPALA KAYU HOKI ( TOE LENGTH )

 Bentuk kepala kayu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu Shorti, Midi

dan Hook.

 Kepala kayu hoki hanya dibuat daripada kayu , logam dan benda-benda lain

tidak boleh ditambah di mana- mana bahagian.

 Pinggir – pinggir yang tajam dan serpihan-serpihan yang merbahaya tidak

dibenarkan.

Shorti.

Kepala hoki yang tradisional ialah jenis shorti merupakan kayu

hoki yang menjadi kegemaran mereka yang mempunyai

kebolehan yang tinggi dalam memukul bola hoki kerana ia

lebih seimbang. Malah ia lebih teguh atau kuat dan tahan lama

serta sesuai diperbuat daripada kepingan kayu

Midi

Kepala midi dibuat bertujuan untuk memudahkan mengelecek,

membawa bola dan memukul atau melibas bola. Namun kayu ini

juga tahan lama sama seperti kepala shorti tapi perlu diingat kayu ini

diperbuat daripada lapisan kayu dan ia memerlukan penjagaan yang

rapi.
Hook
Kayu hoki yang berbentuk hooks (mencangkuk) menpunyai

permukaan yang luas memudahkan penerimaan bola dan

mempunyai permukaan yang luas untuk pukulan.

 Kayu hoki bagi penjaga gol pula berbeza dengan kayu hoki pemain yang

lain. Kayu hoki yang digunakan oleh penjaga gol di panggil “ kinked”

( seperti gambarajah di bawah). Ia mempunyai permukaan yang luas

untuk menyelamatkan bola dari memasuki gawang.

 Bagaimanapun, kayu bentuk ini boleh digunakan oleh pemain yang

lain.disebabkan kayu ini memudahkan pemain untuk mengelecek dan

menerima bola.

KAYU HOKI BAGI PENJAGA GOL


KASUT

 Boleh memakai apa saja jenis kasut yang beresuaian

 Kasut yang mempunyai pancang ( spikes ) tengtungku yang terjulur

(protruding studs) dan paku-paku tidak dibenarkan

 Kasut yang mempunyai tengtungku getah adalah dibenarkan

 Kasut khas digunakan untuk brmain di atas permukan sentetik. Kasut ini

membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik dan pada

masa yang sma membenarkan pemain enukar arah dengan cepat tanpa

kasut tersekat.

ALATAN PENJAGA GOL

 Penjaga gol mestilah dilindungi dengan baik disebabkan peranan dan

tugasnya dalam permainan

 Penjaga gol mesti memakai ped di kakinya dari pergelangan kaki

sehingga ke lutut
 Ped yang dipakai adalah ringan dan tidak menggunggu pergerakan

penjaga gol

 Ped yang popular pada masa kii dan sering digunakan ialah ped fiber-

glass dengan penutup kulit

 Ped-ped pada hari ini datang dengan kickers pasang tangal.

 Kickers mesti menutupi keseluruhan kaki dan memberi pelindungi

sempurna keseluruhannya

 sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik ia

digunakan untuk menahan bola yang dipukul kea rah gol

 Sarung tangan adalah lembut supaya memudahkan penjaga gol untuk

memegang kayu hoki dengan kukuh

 Sarung tangan tidak melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang


Gambar : Sarung tangan (glove) yang digunakan oleh penjaga gol

 Alat-alat lain yang digunakan oleh penjaga gol adalah seperti pelindung

dada, ped-ped bahu, penutup muka (helmet) pelindung mulut

(mouthgruard) seluar berped, dan pelindung kemola untuk penjaga gol

lelaki.

 Pelindung ped bahu dan badan melindungi bahagian tubuh badan

penjaga gol dan ia dipakai dibawah jersi penjaga gol

 Pelindung mulut adalah sama seperti yang digunakan oleh atlit sukan

gusti dan ia bertujuan untuk melindungi gusi dan gigi daripada sebarang

kecederaan

 Pelindung muka yang menyerupai topi keleder adalah diwajibkan untuk

penjaga gol. Kecuali semasa penalti (penalty stroke)

 Seluar-seluar berped perlu untuk membolehkan penjaga gol melungsur di

atas pemukaan sintetik dengan yakin tanpa sebarang kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai