Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Sejarah Sepak Takraw


Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua
pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu.
Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di
gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw
pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan
penggunaan bola sintetik.
Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan
dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan
tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal
tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma
'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang
ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada
tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan
mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan
awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis
pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.
Sepaktakraw

mula

dipertandingkan

buat

pertama

kalinya

di

peringkat

antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia.

Sebelum

Jawatankuasa

Pengelola

Sukan

SEAP

menerima

sukan

ini,

perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan


Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan
mengenai dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur,
Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini
hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW, iaitu gabungan perkataan
'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.
Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan
bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun
diperkenalkan.

2.0 Undang-Undang Sepak Takraw


2.1 Peralatan Sepak Takraw
1. Gelanggang
Ukuran gelanggang berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan
setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak
digalakan). Garisan gelanggang lebar semua garisan gelanggang tidak boleh
melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua
garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan.
Garisan teras garisan selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada
dua bahagian yang sama besar. Garisan suku bulatan pada pertemuan-silang
antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan
hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan
dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. Bulatan sepak mula bulatan sepak mula
berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang
mana pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari
garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini
hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

2. Tiang
Ukuran tiang tiang mestilah mempunyai ketinggian 1.55m (1.45m untuk Wanita)
dari permukaan gelanggang dan hendaklah cukup teguh untuk mengekalkan
ketegangan jaring. Ia hendaklah diperbuat daripada bahan yang teguh dan
jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m. Kedudukan tiang - tiang hendaklah didirikan
atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

3. Jaring
Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nilon yang halus dengan siratan
berukuran antara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak
melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m
dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris
dan menegak dengan garisan tepi.Pita ini dinamakan pita sempadan.
Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang
diperkuat dengan benang atau nilon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali
regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk
wanita) tinggi dibahagian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita)
ditiang.

4. Bola Sepak Takraw


Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ia
diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ia diperbuat daripada rotan,
lapisan tersebut mestilah mengandungi antara 9 hingga 11 urat. Ukuran garis
lilitnya mestilah antara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga 0.45m untuk wanita).
Berat bola sebelum dimainkan hendaklah antara 170gm hingga 180gm (150gm
hingga 160gm untuk wanita).

5. Pemain Pemain
Sukan ini dimainkan oleh dua regu dimana setiap regu mempunyai tiga orang
pemain. Salah seorang dari pemain ini hendaklah berada di belakang dan
dinamakan Tekong. Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan,
seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri
dinamakan Apit Kiri, manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan Apit
Kanan.

6. Peralatan dan Pakaian Pemain


Pemain - pemain hendaklah memakai jersi dan berseluar pendek. Bagi wanita,
hendaklah memakai baju - T berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut
dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai
seberang benda atau pakaian yang boleh membahayakan pasukan lawan
semasa pertandingan. Dalam keadaan cuaca sejuk, pemain-pemain dibenarkan
memakai pakaian sukan iaitu seluar panjang. Baju haruslah dimasukkan ke
dalam seluar. Sebarang alatan atau benda yang boleh melajukan bola takraw
atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan,
kemudian ketua regu haruslah memakai Arm Band di lengan kirinya. Semua
jersi hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 di bahagian belakang. Setiap
pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor

1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oleh setiap pasukan yang bertanding


dan nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.

7. Gantian Pemain
Gantian pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ia diminta oleh
pengurus pasukan atau jurulatih rasmi kepada pengadil rasmi dan semasa bola
tidak di dalam permainan dan setiap regu hanya dibenarkan membuat satu
gantian sahaja. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil
semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakuan. Selain itu,
mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai pemain
simpanan dalam mana-mana regu tidak dibenarkan bermain di dalam regu lain di
dalam pertandingan yang sama.

8. Pegawai Pegawai
Pertandingan diuruskan oleh Pegawai-Pegawai seperti berikut:
i)

1 Pengadil Rasmi

ii)

2 Pengadil

iii)

6 Pengadil Garisan ( 4 digarisan tepi dan 2 digarisan belakang)

i)

Pengadil Rasmi
Bertanggungjawab sepenuhnya diatas tugas yang diberi dan sentiasa
mematuhi Undang-Undang Permainan, Peraturan Pertandingan, Etika
Pengadil

dan

Arahan

Tetap

Pengadil,

kemudian

beliau

juga

berperanan:
a) Menerima gelanggan permainan, peralatan permainan yang
lengkap, senarai

Pengadil

bertugas,

senarai

Pemain

yang

bertanding mengikut spesifikasi ISTAF daripada pihak penganjur


kejohanan.

b) Berada dikawasan permainan bagi mempastikan Pengadil dan


Pengadil Garisan yang bertugas sentiasa mematuhi UndangUndang Permainan, Peraturan Pertandingan, Etika Pengadil dan
Arahan Tetap Pengadil, tegas dan mesra dalam menjalankan
tugas.

c) Berhak menukar Pengadil atau Pengadil Garisan jika perlu


sekiranya prestasi mereka tidak menepati kehendak Undang-

Undang Permainan, Peraturan Pertandingan, Etika Pengadil dan


Arahan Tetap Pengadil.

d) Pengadil

Rasmi

hendaklah

membuat

keputusan

muktamad

sekiranya Pengadil bertugas tidak dapat membuat keputusan yang


tepat setelah diberi penjelasan.
e) Menangguhkan permainan sekiranya terdapat masalah seperti
hujan,

gangguan

penonton

dan

lain-lain

keadaan

yang

membahayakan pemain dan pegawai.

ii)

Pembantu Pengadil
Bertanggungjawab membantu Pengadil dengan adil, tegas dan mesra
berdasarkan

kepada

Undang-Undang

Permainan,

Peraturan

Pertandingan, Etika Kepengadilan dan Arahan Tetap Pengadil di


sepanjang kejohanan tersebut. Pembantu Pengadil juga berperanan:
a) Memeriksa gelanggang permainan seperti garisan, jaring, tiang,
kerusi Pengadil, kerusi Pembantu Pengadil, kerusi Pengadil
Garisan dan bola takraw mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
b) Memeriksa pakaian para pemain.
9

c) Melakukan undian sebelum permainan bermula melalui kedua-dua


ketua regu.
d) Memantau pergerakan pemain yang melakukan perkara batal yang
terlindung dari pandangan Pengadil, terutama di jaring.
e) Pembantu Pengadil akan memberikan bola takraw yang lain
kepada pemain yang terdekat dengan segera bagi menggantikan
bola takraw yang telah terkeluar dari kawasan permainan. Beliau
akan mengumpulkan semua bola takraw yang digunakan untuk
diserahkan kepada Pengadil Rasmi.

iii)

Pengadil Garisan
Hendaklah sentiasa adil, tegas dan duduk dengan sopan semasa
bertugas:
a) Memastikkan bola takraw DALAM atau LUAR digarisan
gelanggan yang ditugaskan apabila ditanya oleh Pengadil Utama.
Memberitahu

Pengadil

Utama

kedudukan

bola

sekiranya

pandangan beliau tidak jelas


b) Di larang makan, minum, menghisap rokok, bercakap-cakap,
menjerit semasa bertugas dan hendaklah duduk di kerusi Pengadil
Garisan dengan sopan sehingga pertandingan tamat.
10

9. Undian dan Warm Up


Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian. Regu yang
memenangi undian boleh memilih untuk Sepak mula atau Petak Gelanggang.
Regu yang melakukan Sepak Mula hendaklah memulakan pemanasan badan
selama 2 minit dan diikuti oleh Regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja
dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan Bola
Rasmi.

10. Kedudukan Pemain-Pemain Semasa Sepak Mula


Semasa permain bermula, semua Pemain mesti berada didalam Petak masing
masing dalam keadaan bersedia dan Tekong yang membuat Sepak Mula
hendaklah sebelah kakinya berada di dalam Bulatan Sepak Mula dan sebelah
lagi kakinya hendaklah berada di luar Bulatan Sepak Mula untuk menyepak bola.
Kemudian, Kedua-dua apit Regu yang membuat Sepak Mula mestilah berada di
dalam Suku Bulatan masing-masing, manakala pemain Regu Lawan bebas
berada dimana-mana kawasan di dalam Petak Gelanggangnya.

11

11. Permulaan Permainan dan Sepak Mula


Regu yang memilih untuk memulakan permainan hendaklah memulakan
permainan set pertama. Selepas tamat set pertama, kedua-dua Regu hendaklah
menukar petak dan pemenang memulakan set kedua. Kemudian, campakan
hendaklah dibuat setelah Pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan.
Jika mana-mana pemain apit melontar bola sebelum pengadil mengumumkan
mata pertandingan, campakan semula hendaklah dilakukan dan amaran
diberikan kepada pelontar bola. Semasa melakukan sepak mula, sebaik sahaja
bola disepak oleh penyepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam petak
gelanggang masing-masing. Sepakan Mula cuma sah jika ia melepasi jaring,
sama ada ia menyentuh jaring atau tidak melalui di antara dua Pita Sempadan
jatuh di dalam petak gelanggang pasukan lawan. Sepakan mula boleh dilakukan
oleh Tekong dengan apa cara sekalipun asalkan salah satu dari kakinya sentiasa
menyentuh gelanggang di dalam bulatan sepak mula.

12. Perkara Perkara Batal


a) Pihak Sepak Mula

12

Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola seperti melambung,


menghempas,memberi kepada apit lain dan lain-lain selepas pengadil
selesai mengumumkan mata pertandingan. Kemudian, mana-mana apit
mengangkat kaki, memijak garisan atau melepasi jaring atau menyentuh
jaring semasa campakan bola dibuat. Selain itu, Tekong semasa
melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelanggang atau
memijak garisan bulatan sepak mula dan Tekong tidak menyambut bola
yang dihantar oleh pihak lawan. Seterusnya, perkara batal juga apabila,
bola menyentuh regu sebelum melintasi gelanggangnya dan bola melintas
gelanggang lawan, tetapi jatuh di luar gelanggang.

b) Penerima Sepak Mula


Melakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising
atau menengking terhadap pihak lawan.

c) Kedua-dua Pihak Semasa Permainan


Antara perkara-perkara yang batal ialah pemain memijak garisan tengah,
mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan, manamana bahagian badan pihak lawan yang memasuki kawasan pihak lawan,
menyepak bola sebanyak lebih daripada tiga kali, bola menyentuh tangan,

13

bola berjalan dianggota badan, mengepit bola di bawah tangan atau


kedua-dua paha, sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut,
pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau
jatuh ke kawasan lawan, bola terkena bumbung atau dinding dan manamana pemain yang sengaja melambatkan permainan.

13. Sistem Kiraan Mata


Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima
sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan
sepak mula seterusnya. Mata kemenangan yang paling maksima ialah 21,
kemudian, permainan dijalankan dengan dua set, dimana terdapat dua minit
masa rehat. Selain itu, jika kedua-dua regu memenangi 1 set permainan, maka
pusingan Tie Break akan dijalankan, dimana markah kemenangan ialah 15
mata dan dalam pusingan ini, jika sampai pada mata ke-lapan, regu akan
bertukar gelanggang.

14. Masa Rehat


Setiap Regu boleh meminta sekali 'time out' selama 1 minit oleh Pengurus
Pasukan atau Jurulatih Rasmi bagi setiap set, apabila bola tidak di dalam
permainan. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan berada di garisan belakang.

14

15. Permainan Tergendala Sebentar


Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan
atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak lebih dari 5 minit.
Kemudian, pemain yang tercedera dibenarkan time-out cedera sehingga 5 minit.
Jika selepas 5 minit, pemain tersebut tidak berupaya meneruskan permainan,
gantian mestilah dibuat. Seterusnya, semasa tempoh pemberhentian permainan
ini, semua pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang untuk minum atau
mendapatkan tunjuk ajar.

16. Tatatertib
Setiap pemain mesti mengikut undang-undang permainan dan hanya ketu regu
yang dibenarkan untuk mendekati Pengadil.

17. Hukuman
Perkara-perkara yang patut dihukum ialah apabila pemain menunjukkan
bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana pegawai,
mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain pemain atau penonton,
15

memaki atau mengeluarkan kata-kata kotor pada pemain, pengadil atau


penonton, meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil, memberi bola
kepada pihak lawan dengan menggunakan kaki dan melanggar undang-undang
dan permainan perlawanan. Terdapat dua kad untuk menghukum pemain iaitu
Kad Kuning dan Kad Merah. Kad Kuning adalah untuk amaran dan Kad Merah
adalah untuk mengeluarkan pemain, jika setelah diberikan amaran, tetapi masih
berdegil, memaki, meludah dan lain-lain.

18. Kelakuan Buruk Pegawai-Pegawai


Tindakan tatatertib perlu diambil terhadap pegawai-pegawai pasukan atau
pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan samasa
kejohanan berlangsung, sama ada di dalam atau di luar gelanggang.

19. Umum
Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di
dalam undang-undang permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah
muktamad.

16

Anda mungkin juga menyukai