Anda di halaman 1dari 18

KONSUMERISME SUKAN

Oleh :-

Mohd jeffery bin ibrahim Harith asraf lamdin

PENGENALAN
KONSUMERISME (KEPENGUNAAN) Konsumerisme bermaksud segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka. Dalam bidang ekonomi, kepenggunaan merujuk kepada dasar ekonomi yang menekankan penggunaan. SUKAN Sukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

KONSUMERISME SUKAN
Didefinisi sebagai aktiviti fizikal yang lebih menekan aspek kepengunaan (konsumerisme) kedalam bidang sukan itu, samaada ia lebih memberi kelebihan kepada keseronokan, kepengunaan orang ramai dan sebagainya. Sebagai contoh aktiviti sukan seperti sukan bola sepak, ia memberi peluang kepada semua orang untuk bermain (kepengunaan sukan tersebut) atas dasar memberi keseronokan di tahap tertinggi berbanding permainanpermainan lain seperti polo air misalannya.

PERANAN MEDIA DAN IKLAN


PENGENALAN Media merupakan medium yang digunakan manusia sebagai perantaraan maklumat. Melalui media, manusia dapat menyampaikan sebarang maklumat atau berita dengan mudah dan pantas. Alat komunikasi ini telah diguanakan sejak zaman dahulu lagi.
Pada masa kini, media dan iklan memainkan

peranan yang sangat penting untuk mendapatkan maklumat di dalam dan luar negara.

PERANAN MEDIA
Dalam bidang sukan, media digunakan untuk memberi maklumat kepada masyarakat

umum tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti bersukan.


Seringkali kita melihat di kaca televisyen yang memaparkan tentang kepentingan bersenam, mengambil makanan seimbang, kempen Tak Nak Merokok dan sebagainya.

Di radio dan surat khabar juga ada menyiarkan maklumat-maklumat ini.

Selain itu, media juga dapat menyiarkan berita dan maklumat tentang sukan-sukan yang berlaku di serata dunia.
Contohnya, baru-baru ini perlawanan di antara pasukan Kebangsaan menentang Manchester United dapat ditonton secara langsung di serata

dunia walaupan ianya berlangsung di Malaysia.


Penonton dapat menyaksikan perlawanan tersebut di televisyen dan mendapatkan laporan perlawanan dengan mudah dan tepat.

Majalah dan buku yang berkaitan dengan sukan dan kesihatan juga mudah didapati dipasaran pada hari ini.
Media tidak terhad melalui penglihatan di televisyen atau mendengar di radio, malahan juga boleh diperolehi melalui cara pembacaan. Majalah seperti Health Care memberikan maklumat kepada umum tentang penjagaan kesihatan dan maklumat berkenaan penyakit yang kadang kala kita tidak sedar berlaku kepada kita.

PERANAN IKLAN
Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan atau mempromosi sesuatu barang atau perkara yang berlaku. Sekiranya sesuatu pertandingan diadakan, maka promosi adalah penting untuk menarik minat penonton untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Sebagai contoh, Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan di Terengganu baru-baru ini. Pihak penganjur mengadakan promosi dengan menyiarkan iklan di media massa. Banner digantung di merata tempat bagi menarik minat masyarakat setempat. Hasilnya, SUKMA berjaya mendapat sambutan yang sangat

menggalakkan.

Selain itu, iklan juga digunakan untuk

mempromosikan barangan-barangan sukan. Ini banyak dilihat di dalam akhbar dan majalah.
Iklan dapat membantu memperkenalkan

maklumat sesuatu barang. Biasanya pembeli akan membeli sesuatu barang setelah melihatnya melalui iklan yang disiarkan.

Iklan juga berperanan mendidik masyarakat mengenai sukan. Sejak akhir-akhir ini media sering menyiarkan iklan tentang kepentingan

bersukan.
Contohnya, di Stesen Radio ERA dan di

TV3. Ia mendidik masyarakat supaya bersenam untuk mengelakkan penyakit. Pendengar dan penonton mudah tertarik kepada sesuatu iklan, lebih-lebih lagi jika cara penyampaiannya menarik.

Iklan juga dapat menggalakkan masyarakat

menggunakan peralatan sukan. Pelbagai kedai sukan menjual barangan sukan untuk memudahkan masyarakat melibatkan diri dengan aktiviti sukan.
Sebagai contoh, Syarikat Al-Ikhsan yang

mengusahakan perniagaan barangan sukan di serata Malaysia. Pelbagai promosi diiklankan syarikat ini bagi menarik pelanggan untuk membeli barangan sukan pada kadar yang berpatutan.

Selain itu, iklan juga dapat mewujudkan

persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha-pengusaha barangan sukan.


Dengan adanya iklan, mereka akan

membuat tawaran yang lebih menarik antara mereka sekaligus memberi keuntungan kepada pengguna untuk membuat pilihan atau keputusan.

PENDIDIKAN KONSUMERISME SUKAN


Pendidikan konsumerisme menitikberatkan aspek sosial pengguna terhadap hak dan

tanggungjawab sebagai seorang pengguna. Melibatkan sukan dalam kepengunaan membentuk pengguna sukan untuk mengetahui setiap aspek sosial dalam bersukan. Ia penting untuk setiap pengguna sukan mengetahui hak dan tanggungjawab mereka Sebagai contoh :- 1) futsal

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
(SUMBER KPDNHEP)

Mendapatkan keperluan asas dan Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat

Hak mendapatkan Keselamatan dan hak bersuara

Hak mendapatkan Maklumat dan Hak Mendapatkan ganti rugi Hak membuat pilihan

Hak mendapat pendidikan kepenggunaan

ISU-ISU KONSUMERISME SUKAN


Caj menyewa sesuatu gelangang yang

terlalu tinggi ketika waktu-waktu puncak. Barangan sukan yang dibeli diperbuat daripada kulit khinzir. (sesetengah kedai sukan tidak mempamerkan barangan sukan yang diperbuat daripada kulit khinzir.) Kualiti yang rendah dan tidak memberi penekanan terhadap keselamatan barangan sukan tersebut.

MENAGANI MASALAH KONSUMERISME SUKAN


Melaporkan masalah kepada pihak berkuasa.

Contoh kepada KPDNhep,CAPS, PPIM dan sebagainya. Mendalami pendidikan sebagai seorang pengguna. Mengetahui isu-isu terkini mengenai masalah sebagai seorang pengguna. Membuat tinjauan dahulu sebelum membeli barangan sukan tersebut.

TAMAT

Contoh
Pada tahun 2003, permainan futsal mula diperkenalkan.

Gelangang futsal tumbuh dibandar-bandar dengan pesatnya akibat daripada permintaan terhadap permainan tersebut. Pada masa tersebut harga satu jam menyewa gelangang adalah sebanyak rm60 dan makin meningkat tinggi akibat daripada permintaan yang tinggi. P+ = H+
Sebagai pengguna terhadap sukan tersebut, kita

mempunyai hak dan tanggungjawab untuk mendapatkan harga yang berpatutan berdasarkan margin keuntungan yang berganda kepada syarikat tersebut.
Antaranya :-

Memohon kerajaan membina gelanggang awam. Dan semestinya memberi kesan kepada syarikat tersebut untuk menurunkan kadar yang dikenakan kepada pengguna sukan.

Anda mungkin juga menyukai