Anda di halaman 1dari 2

Teknologi dalam sukan. Teknologi dalam sukan pada zaman sekarang amat penting.

Ini kerana teknologi membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih selamat. Teknologi diperlukan untuk membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih popular dalam masyarakat dan menarik minat masyarakat untuk mencuba sukan itu. Terdapat banyak sukan yang memerlukan sokongan teknologi di dalam sukan tersebut seperti sukan lumba basikal dan olahraga dimana pemenang ditentukan menggunakan masa dan gambar di garisan penamat. Ada sesetengah situasi dimana pemenang tidak dapat ditentukan melalui mata kasar. Di sini, teknologi amat memainkan peranan penting di dalam meningkatkan mutu sukan sukan tersebut. Setiap sukan harus disiarkan di televisyen di mana sukan tersebut dapat diperkenalkan kepada masyakat dan dapat menarik minat masyarakat untuk mencuba. Sebagai contoh, sukan sukan yang tidak begitu popular di Malaysia seperti sukan kriket, ragbi, sofbol, bola baling dan sebagainya harus disiarkan di kaca televisyen untuk menarik minat lebih ramai orang untuk bergiat di dalam sukan ini. Pihak korporat boleh menaja sukan tersebut dan secara tidak lansung pihak tersebut mendapat keuntungan melalui cara promosi mereka seperti di iklan televisyen, baju ahli sukan tersebut dan lain lain lagi. Seperti contoh kita dapat lihat syarikat seperti Nike, Adidas, Tag Heuer dan Standard Chartered menaja banyak sukan di dunia tidak hanya bermotif untuk mempopularkan jenama mereka, tetapi mereka jugak mempopularkan sukan tersebut. Penggunaan internet juga penting dimana penggunaan iklan, blog dan laman web sesawang dapat membantu meningkatkan minat terhadap sukan seperti kita tahu pada zaman sekarang ini, kanak kanak sudah arif dengan penggunaan internet tidak hanya di rumah akan tetapi dimana sahaja. Pada aspek jurulatih pula, dengan adanya alat bantuan seperti bowling machine dalam sukan kriket, sofbol dan besbol dapat membantu jurulatih untuk melatih pemain pada kadar yang ramai. Ini secara tidak lansung tidak membosankan pemain untuk menunggu giliran mereka. Seperti yang kita tahu, sukan adalah medium untuk mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan masyarakat. Kita ambil contoh sukan tenis, teknologi TV review terbukti telah banyak membantu pemain untuk melakukan panggilan bola in/out di mana pengadil boleh mengubah keputusan pengadil jika salah. Selain itu penggunaan teknologi dapat menerapkan sifat adil dan jujur di dalam sukan. Kita ambil contoh di dalam sukan olimpik, para pemain akan diambil sampel darah atau sampel urine untuk ujian dadah. Pemain yang gagal ujian dadah akan dihukum kerana mengambil dadah untuk meningkatkan prestasi. Ia dapat membuka mata masyarakat bahawa sukan sentiasa adil dan menarik. Salah satu cara lain untuk menerapkan sukan di hati masyarakat adalah dengan mengadakan gaya hidup sukan yang terus menerus tidak kira dimana sahaja walaupun di tempat kerja. Akhir kata, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam membantu mempromosikan sukan, menarik minat masyarakat terhadap sukan tersebut, membantu meningkatkan kualiti sukan tersebut dan membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik.

Pada zaman sekarang nie, kecanggihan teknologi memang tak dapat disangkalkan lagi. Dunia semakin moden, teknologi pun bertambahlah maju + moden. Sehinggakan dalam mana-mana bidang pun,teknologi nie diperlukan. Termasuklah dalam bidang sukan. Teknologi dalam sukan pada zaman sekarang amatlah diperlukan. Sebabnya dengan teknologi, ia boleh membuatkan sukan tue bertambah menarik ,teratur, selamat dan tepat. Teknologi dalam sukan jugak amatlah diperlukan kerana ia mampu menarik perhatian orang ramai untuk mencuba sesuatu sukan tue. Bila dilihat sekarang nie, terdapat banyak sukan yang memerlukan sokongan teknologi. Antaranya ialah sukan lumba basikan & olahraga. Keduadua sukan nie memerlukan teknologi kerana ia melibatkan pemenang ditentukan melalui masa & gambar di garisan penamat. Dalam waktu nie, kadang-kadang dalam sesetengah situasi pemenang tidak dapat ditentukan dengan mata kasar. Masa nie lah teknologi diperlukan untuk meningkatkan mutu sukan. Dalam pada masa yang sama jugak, setiap sukan yang ada kat dunia nie haruslah ditontonkan didalam television. Supaya orang ramai dapat mengenali sukan-sukan nie dan dapat menarik minat masyarakat kat luar sana. Sebagai contohnyalah kan, sukan yang tak berapa nak famous kat Malaysia nie seperti sukan ragby, kriket, softball, bola baling dan sebagainya. Untuk menyiarkan sukansukan sebegini kat dalam television teu, pihak koporat boleh menaja sukan tersebut. Dalam masa yang sama jugak, mereka dapat keuntungan melalui cara opersi mereka. Sebagai contonnya lah kan, korang boleh lihat sendiri syarikat seperti Nike, Adidas dan banyak lagi jenama famous kat luar sana yang menaja banyak sukan. Mereka nie tidak hanya bermotifkan untuk memporpularkan jenama mereka saja, tetapi secara tidak lansung turut mempopularkan sukan tue sendiri. elain tue, penggunaan internet juga penting dalam meningkatkan sukan. Dimana dengan internet penggunaan iklan, blog & laman web dapat meningkatkan minat seseorang terhadap sukan. Lebih-lebih lagi sekaran nie budak-budak dah pandai nak on-9 sekarang nie. so, dengan internet kita boleh buat pelbagai game on-9. Bila kanak-kanak dah merasa main nie secara on-9, mereka mungkin akan beralih kepada permainan secara live pulak. Tue lah salah satu kelebihan teknologi dalam meningkatkan minat orang ramai dalam sukan. Teknologi dalam sukan jugak mampu untuk menerapkan sifat adil & jujur dalam sukan. Misalnya lah kan,dalam sukan Olimpik, para pemain akan diambil sampel darah @ urine untuk ujian dadah. Pemain yang gagal dalam ujian nie akan dihukum keran menggunakan dadah untuk meningkatkan prestasi. Sebab tue lah teknologi nie penting untuk sukan kita. Ha, tulah tadi mengenai teknologi dalam sukan nie. teknologi amatlah penting dalam sukan sebab dengan teknologi, orang ramai akan lebih meminati suka dan mutu sukan jugak dapat dipertingkatkan..Last sekali, majulah sukan untuk NegaraheheheheehJ

Anda mungkin juga menyukai