Anda di halaman 1dari 3

Pembangunan sukan merupakan satu proses di mana peluang efektif, proses, sistem dan

struktur dirangka untuk memboleh dan mengalakkan individu di dalam semua atau kumpulan
tertentu mengambil bahagian dalam sukan dan rekreasi serta meningkatkan mutu
persembahan atau bakat mereka ke tahap /level yang diinginkan.

Pembangunan sukan ini amatlah penting bagi negara Malaysia. Penjanaan ekonomi bukan
sahaja dari sudut teknologi, industri atau pertanian malah di sudut Sukan juga dapat meningkat
satu ekonomi negara. Transformasi perlu dilihat menggunakan penglihatan secara ‘helikopter’,
memandang dari atas ke bawah yang menginginkan kecemerlangan semua sektor. Secara
mudah, transformasi sukan seharusnya selari dengan transformasi ekonomi. Jikalau ekonomi
negara bertambah kukuh dan maju, sukan pun sepatutnya turut sama. Sudah tentu KPI untuk
kemajuan sukan mesti berpaksikan piawaian world class dan bukan lagi Asia Tenggara.

Banyak negara telah dan sedang melalui transformasi sukan demi memajukan sukan di negara
masing-masing. Di Afrika Selatan, sebagai contoh kini sedang melalui proses transformasi
drastik sukannya. Walaupun peratus rakyat Afrika Selatan lebih banyak bangsa kulit hitam
berbanding kulit putih, dari segi penglibatan sukan ia masih dimonopoli oleh rakyat kulit putih.
Ketidakadilan inilah yang sedang dan ingin diperbaiki oleh kerajaan Afrika Selatan.

Adakah transformasi sukan berlaku di Malaysia? Mungkin pihak paling layak untuk menjawab
persoalan ini adalah mereka yang berada di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau Majlis
Sukan Negara. Difahamkan transformasi berlaku awal 1990an dengan pelbagai program sukan
dan penambahbaikan dari aspek pembangunan diketengahkan dan hasilnya dapat kita lihat
dengan prestasi cemerlang atlet semasa Sukan Komanwel 1998.

Sejak acara Sukan Komanwel 1998 berlangsung, perekembangan untuk membangunkan sukan
negara banyak di lakukan sehingga ke abad 21 ini. Namun, dengan beralihnya era teknologi
baru pembangunan sukan negara agak merosot. Terdapat beberapa halangan yang dapat
petikkan di ambil oleh Tan Sri Muhyiddin di Utusan Malaysia pada 2011 iaitu :
1) BIDANG SUKAN TIDAK DIPUPUK DARI PERINGKAT SEKOLAH (TIADA KETONJOLAN BAGI
SEKOLAH SEKOLAH SUKAN).

Ia merupakan faktor utama kita dapat kupaskan kerana sesetengah sistem persekolahan
banyak menekan pembelajaran bukan ke pembangunan kesukanan. Di samping itu, promosi
promosi bagi sekolah sukan agak kurang hingga ia tidak menarik minat masyarakat untuk
melibatkan pembangunan sukan. Kurangnya pendedahan dan pembanguanan sukan ini
menyebabkan kemorosotan pembangunan sukan negara

Justeru, pandangan dan tanggapan masyarakat terhadap sukan agak kolot. Sebahagian ibu
bapa melihat penglibatan sukan adalah tidak menjamin masa depan anak mereka.
Dorongan dan sokongan masyarakat serta ibu bapa untuk belia melibatkan sukan sangat lah
kurang. Hanyalah permikiran pembelajaran aliran sains, ekonomi dalam sekolah dapat
menjamin kerjaya masa depan belia. Inilah menyebabkan pelapis sukan negara kurang.

2) BEBERAPA KEMENTERIAN MELAKUKAN PROMOSI SUKAN SECARA BERASINGAN.

Sesetengah jabatan atau kementerian tidak mempromosikan kesemua acara acara sukan
negara walaupun terdapat sebahagian acara sukan dapat meningkatkan pembangunan
serta ekonomi negara. Seperti kita lihat di Malaysia acara sukan yang sentiasa hangat ialah
bola sepak, badminton, hoki dan sepak takraw.

Pihak kerajaan harus mempromosikan semua acara sukan kerana tidak semua masyarakat
pandai bermain acara bola sepak, badminton, hoki atau sepak takraw. Malah ada di antara
atlet hebat dalam acara sukan renang, larian, futsal dan lain lain. Oleh itu, pihak KBS
haruslah memain peranan untuk mempromosikan kesemua acara sukan dan tidak pilih
kasih di seluruh masyarakat ini.
3) KETIADAAN SEPENUHNYA PRODUK JENAMA MALAYSIA

jika diperhatikan di pasaran kini kebanyakkan jenama jenama peralatan sukan telah
dimonopoli oleh jenama luar negara seperti Adidas, Nike, Puma dan sebagainya.
Sememangnya telah mendapat kenyakinan daripada pengguna. Namun begitu, kerajaan
seharusnya mempromosikan produk produk tempatan supaya dapat membangunkan
ekonomi tempatan sekaligus merancakkan lagi pembangunan sukan negara. Sebagai
contoh, sekiranya atlet atlet negara menggunakan peralatan jenama tempatan semasa
bertanding acara di peringkat antarabangsa ia akan menjadi satu perangsang dan juga
semangat kepada atlet untuk berjuang sebaik mungkin dalam apa jua acara di
pertandingkan. Sekaligus ia dapat mempromosikan produk tempatan di mata dunia.

4) PERMAKANAN DAN KECERGASAN YANG KEBANYAKKAN TIDAK DIJAGA OLEH PARA


ATLET

Dari aspek permakanan pula, sebahagian atlet tidak mengambil berat isu ini. Kesan jangka
panjang daripada pengabaian sistem permakanan seimbang menyebabkan kecergasan atlet
berkurang. Ini dibuktikan kebanyakkan atlet tidak dapat mengekalkan kecergasan yang
optimum selepas sesuatu acara yang dihadiri. Pihak kerajaan terpaksa memperuntukkan
satu jumlah yang besar kepada semua para atlet untuk menjalani sesi kecergasan dengan
memanggil pelatih pelatih luar negara untuk melatih semula atlet tersebut. ini merupakan
satu kerugian kerana peruntukan tersebut dapat disalurkan kepada cabang cabang sukan
atau pembangunan sukan.

Anda mungkin juga menyukai