Anda di halaman 1dari 11

FAKTOR KEMEROSOTAN MUTU SUKAN NEGARA

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan sangat penting kepada


negara. Namun kini, mutu sukan negara kita memang tidak begitu
konsisten baik terutama dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton.
Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka
tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.
Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah
para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika
bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh
kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu
sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa
pemain negara.
Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang
sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi
sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika
menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu.
Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat
seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.
Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap
sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita
merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan
sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil
bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara
lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula.
Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki
sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan
negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak
kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan
stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan
kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan
sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain
permainan tertentu pula.
Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan
kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama
kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi
kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan Majulah Sukan Untuk
Negara perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus
berkembang dengan baik.

FAKTOR-FAKTOR
Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan
bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak
memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat
pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus
merosot. Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita
merosot ialah para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara.
Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguhsungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka,
mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam
jiwa pemain negara.
Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang
sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi
sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika
menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu.
Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat
seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka. Bukan sahaja
ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu
aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana
kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolahsekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakatbakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu
menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru,
mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah
sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan
negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak
kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan
stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan
kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan
sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain
permainan tertentu pula.Untuk rekod, Malaysia pernah mengecapi
kejayaan yang membanggakan pada era keemasan 1960-an dan 70-an
dan ramai daripada jaguh yang pernah mengharumkan nama negara
suatu ketika dulu kini masih memegang jawatan penting dalam
pentadbiran sukan di Malaysia.
Dalam bidang olahraga, peserta Olimpik sebanyak tiga kali, Datuk Dr
Mani Jegathesan (Rome 1960, Tokyo 1964 dan Mexico 1968), yang juga
dikenali sebagai "Flying Doctor", dan atlet lompat pagar Istiaq Mubarak
(Mexico 1968, Munich 1972, Montreal 1976), terus menjadi penanda aras
bagi kebanyakan atlet muda yang bercita-cita mahu mencatat kehebatan
dalam acara trek dan padang.Dua jaguh tersebut masing-masing telah
mengambil bahagian dalam tiga sukan Olimpik berturut-turut, manakala

kehebatan Dr Jega diingati hingga ke hari ini kerana kejayaannya


melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 200m (di Tokyo dan
Mexico). Beliau juga masih memegang rekod kebangsaan bagi acara itu
(20.92 saat yang dicatatnya di Mexico pada 1968).
Dalam acara bola sepak, Malaysia pernah digeruni di rantau Asia dengan
kehadiran Arthur Koh, Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, V.
Arumugam dan M.Chandran.Bagaimanapun hari ini, kita bukan saja tidak
diendahkan oleh Myanmar, Vietnam atau Laos, malah gagal memenangi
pingat emas pada Sukan SEA sejak 1989 apabila Kuala Lumpur menjadi
tuan rumah kejohanan.
Pasukan hoki Malaysia yang pernah menduduki tangga keempat pada
kejohanan Piala Dunia 1975, dengan barisan nama-nama hebat seperti Sri
Shanmuganathan, Ho Koh Chye dan M. Mahendran, kini hampir luput
daripada sebutan peminat sukan itu. Kita gagal melayakkan diri bagi
menyertai kejohanan Piala Dunia tahun ini setelah menduduki tangga
kesembilan dalam pusingan kelayakan di Changzhou, China dan yang
menyedihkan ialah Malaysia menduduki tempat tercorot daripada lapan
pasukan yang menyertai kejohanan bagi merebut Trofi Sultan Azlan Shah
baru-baru ini.Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berbilion
ringgit yang dibelanjakan bagi memajukan bidang sukan selama ini hanya
merupakan pembaziran semata-mata. Satu-satunya peningkatan yang
dapat dilihat ialah jumlah pegawai yang dibayar gaji kerana terlibat
dalam bidang sukan.
Ketika pencapaian negara dalam bidang sukan semakin merosot, rakyat
Malaysia menyaksikan kemunculan infrastruktur dan kemudahan sukan
bertaraf dunia di merata-rata tempat serta pengaliran dana yang tidak
putus-putus dalam sektor itu selain penubuhan jawatankuasa Kabinet
mengenai Sukan yang membuktikan kesunguhan kerajaan dalam
memajukan bidang berkenaan.Di samping itu, lapan sukan teras dikenal
pasti - hoki, bola sepak, olahraga, skuasy, gimnastik, akuatik, badminton
dan boling - yang menerima peruntukan berjumlah RM193 juta daripada
kerajaan bagi meningkatkan pencapaian pesertanya.
Dalam keghairahan melaksanakan usaha itu, beberapa masalah lama
mungkin terlepas pandang, antaranya kekurangan padang permainan
atau kemudahan untuk orang ramai bersukan, ketiadaan program
pembangunan di peringkat akar umbi, set minda yang tidak betul, tiada
kekuatan mental dan sebagainya. Contohnya, satu dekad lepas, terdapat
kira-kira 10 padang permainan di sekitar Bangsar yang menjadi tempat
bagi anak muda dan orang lama bermain bola sepak dan permainan lain.
Padang Timur di Petaling Jaya pula pernah menjadi tumpuan bagi
pelbagai jenis sukan termasuk bola sepak, bola jaring, tenis dan olahraga.
Tetapi, hari ini, ia sepi daripada kegiatan sukan kerana dikawal ketat oleh

Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Padang Pejabat Pos di Jalan Imbi sudah
tiada, begitu juga padang Kelab Rekreasi China Selangor yang dulunya
terletak bersebelahan terminal bas Puduraya. Dua padang di bekas tapak
Kelab KTM di Brickfields juga telah dikorek untuk memberi laluan kepada
projek pembangunan. Ketiadaan pertandingan sukan di peringkat daerah
dan antara daerah bagi sekolah dan orang ramai seperti yang wujud
suatu ketika dulu bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan, turut
menyumbang kepada kemerosotan pencapaian negara dalam bidang
berkenaan hari ini.
Sepatutnya, apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak semasa menghadiri majlis penyampaian Anugerah
Olahragawan dan Olaharagawati Malaysia anjuran Persatuan Penulis
Sukan Malaysia (SAM) pada 26 Jun lepas perlu dijadikan ingatan oleh
semua pihak di negara ini. Kata beliau: "Bagi membolehkan sukan di
Malaysia kembali maju, perubahan set minda perlu dilakukan." Beliau
berkata tanggungjawab melahirkan ahli sukan yang berkualiti tidak
terletak di bahu persatuan, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia
dan Sukan atau Majlis Sukan Kebangsaan sahaja."Kanak-kanak mesti
digalakkan menyertai bidang sukan oleh ibu bapa atau guru mereka sejak
kecil lagi," katanya.Najib yang mengetuai jawatankuasa Kabinet
mengenai Sukan turut membuat perbandingan tentang pencapaian
Malaysia dan Ghana, yang turut mengecapi kemerdekaan pada 1957.
"Kita jauh lebih maju daripada Ghana dalam setiap aspek pembangunan,
kecuali sukan, kerana Ghana telah melayakkan diri ke pusingan akhir
Piala Dunia," kata Najib. Untuk berlaku adil kepada Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), punca kemerosotan pencapaian negara dalam sukan itu
tidak sepatutnya diletakkan pada bahunya semata-mata kerana jentera
yang diberi tanggungjawab bagi melahirkan pemain berkaliber telah
berhenti daripada beroperasi.
Ketiadaan proses untuk mengenal pasti pemain berkebolehan melalui
pertandingan di peringkat daerah dan negeri serta penutupan beberapa
akademi bola sepak yang diusahakan oleh negeri, banyak menyumbang
kepada kekurangan pemain handalan yang dapat mewakili negeri
masing-masing atau mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh
pemain kebangsaan pada masa akan datang. Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan
Kebangsaan
(NUTP)
pernah
mencadangkan
kepada
Kementerian Pelajaran supaya menubuhkan bank tanah bagi membina
sekolah baru yang lengkap dengan padang permainan memandangkan
ada sekolah yang tidak lagi mempunyai padang. Bekas setiausaha agung
NUTP Datuk N. Siva Subramaniam berkata padang permainan di sekolah,
terutama di bandar raya, semakin lenyap akibat pembangunan, yang
sekaligus menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melakukan aktiviti
kokurikulum di luar bilik darjah. Beliau berkata banyak aduan diterima
daripada ibu bapa dan guru bahawa anak mereka tidak dapat menyertai
aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah termasuk menyertai acara sukan

sepanjang tahun. Menurutnya Kementerian Pelajaran wajar membeli


tanah semasa pasaran hartanah murah dan menyimpannya untuk
pembangunan sekolah pada masa akan datang. Beliau berkata sekolah
tidak wajar "menguburkan" aktiviti sukan dan kesatuan itu memandang
serius mengenai kurangnya sokongan guru besar dan pengetua sekolah
dalam menggalakkan para pelajar menyertai aktiviti sukan sepanjang
tahun. "Ada sekolah yang menumpukan aktiviti kokurikulum hanya untuk
tempoh tiga bulan pertama persekolahan bagi memberi tumpuan pada
persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan manakala ada guru
besar dan pengetua yang "membunuh" aktiviti sukan dengan
menggantikan waktu mata pelajar pendidikan jasmani dengan mata
pelajaran lain.
PENUTUP
Konklusinya, semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan
kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama
kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi
kelemahan dalam program sukan negara itu. Sesungguhnya kemerosotan
mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana
ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat
antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah
menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan
pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita
belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun
Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola
sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf
dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat
kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak
Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh
sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita
untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Majulah sukan
untuk negara!
PUNCA-PUNCA KEMEROSOTAN SUKAN NEGARA
Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan
bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak
memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat
pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus
merosot.
Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah
para pemaian kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika
bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh
kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu
sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa

pemain negara.
Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang
sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi
sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika
menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu.
Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat
seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.
Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap
sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita
merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan
sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil
bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara
lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula.
Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki
sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan
negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak
kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan
stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan
kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan
sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain
permainan tertentu pula.
Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan
kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama
kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi
kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan majulah sukan
untuk negara perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus
berkembang dengan baik.

Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Negara


Pendahuluan:
Arena sukan - membantu Malaysia memahat nama di mata dunia - saban
tahun atlet Malaysia menyertai pelbagai kejohanan/acara sukan bertaraf
antarabangsa - tidak dapat dinafikan prestasi mutu sukan negara masih
rendah/merosot meskipun banyak wang telah dibelanjakan
Isi-isi:

Antara puncanya termasuklah latihan yang dijalankan kurang berkesan


untuk menyerlahkan prestasi atlet - atlet gagal mengatur strategi yang
baik/ gaya permainan mudah dibaca oleh pihak lawan.
Atlet kurang latihan - berlatih hanya apabila menjelang
sesuatu
perlawanan - tidak konsisten - kurang persefahaman atau keserasian
(terutama bagi atlet berpasukan) - tidak dapat memberi persembahan
yang terbaik
Pemain/atlet negara kurang semangat patriotisme - bermain dan
mewakili negara hanya kerana telah dibayar gaji dan elaun - semangat
untuk mengharumkan nama negara seolah-olah tiada - sikap sebegini
harus dikikis
Kurang disiplin dalam diri atlet - boleh mencetuskan masalah yang lebih
besar - sukan memerlukan disiplin yang tinggi - mudah berputus asa dan
kurang semangat kesukanan - perlu motivasi yang tinggi [Beri contoh
atlet negara yang berdisiplin tinggi - Datuk Nicol Ann David dan Datuk
Lee Chong Wei]
Kurang pendedahan baik di dalam mahupun luar negeri - perlu diberi
lebih banyak pendedahan melalui latihan atau penyertaan pertandingan
peringkat antarabangsa untuk timba lebih banyak pengalaman
Sistem ganjaran dan penghargaan membuatkan atlet mudah alpa dan
berpuas hati berada di takuk yang sama - sistem ini perlu dikaji agar atlet
mahu terus berusaha untuk memberi yang terbaik.
Penutup:
Demi meningkatkan mutu sukan negara - langkah-langkah yang praktikal
perlu diambil segera - atlet kita mampu memberi saingan hebat kepada
atlet luar jika masalah-masalah di atas ditangani sebaiknya

Sebab kemerosotan sukan


Pada masa ini, pencapaian atlet-atlet negara kita amat mengecewakan.
Huraikan sebab-sebab mutu sukan negara semakin merosot. (PMR)
Bersukan menjadi sebahagian daripada aktiviti kehidupan rakyat
Malaysia. Bagaimanapun, pencapaian atlet negara dalam kejohanan
sukan pada peringkat antarabangsa masih belum memuaskan walaupun
banyak usaha telah dilakukan. Hal ini amat jelas apabila kontinjen
Malaysia hanya berjaya merangkul satu pingat perak dalam Sukan

Olimpik ke-29 di Beijing baru-baru ini.


Kemerosotan mutu sukan negara disebabkan oleh kekurangan
kelengkapan dan kemudahan peralatan sukan. Kebanyakan stadium di
negara ini masih kekurangan peralatan dan kemudahan. Oleh itu, agak
sukar bagi atlet kita untuk mempertingkatkan pencapaian mereka dan
bersaing dengan para atlet dari negara-negara lain.
Di samping itu, pendedahan pada peringkat antarabangsa masih belum
mencukupi untuk memantapkan mutu pencapaian atlet negara.
Kebanyakan atlet negara kekurangan pengalaman dan gagal
menyesuaikan diri di negara tuan rumah. Mereka tidak boleh bermain
mengikut keupayaan yang sebenar kerana berasa kekok dengan suasana
dan keadaaan yang asing bagi mereka manakala ada atllet yang hanya
cemerlang di tempat sendiri.
Bukan setakat itu sahaja, program latihan yang disediakan untuk para
atlet masih belum setanding dengan program latihan atlet luar negara.
Pihak pengurusan sukan seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih
gagal merumuskan program latihan yang benar-benar berkesan dan
sesuai untuk atlet negara. Kadang kala atlet mempunyai kerenah
tersendiri seperti ponteng latihan, tidak puas hati dengan jurulatih dan
banyak menghadapi masalah peribadi. Sikap tidak profesional ini telah
membantutkan usaha jurulatih untuk meneruskan program latihan yang
lebih mencabar.
Selain itu, bakat sukan dalam kalangan pelajar sekolah yang tidak
dicungkil dengan sebaik-baiknya telah menyebabkan mutu sukan negara
merosot. Hal ini demikian kerana pihak sekolah lebih mengutamakan
aspek kecemerlangan akademik. Pendek kata, lebih banyak alasan
daripada kesungguhan yang diberikan untuk mengelakkan diri daripada
komitmen untuk memantapkan mutu sukan negara.
Sebagai kesimpulan, kerajaan dan pihak pengurusan sukan seharusnya
berganding bahu untuk menyediakan kemudahan dan peralatan sukan
yang lebih canggih. Dengan adanya kerjasama semua pihak, nescaya
usaha untuk menggilap keunggulan atlet dan skuad negara serta
meningkatkan pencapaian sukan negara di arena antarabangsa akan
membuahkan hasil.

MUTU SUKAN NEGARA KITA BELUM CUKUP MEMBANGGAKAN

Pencapaian atlet negara kurang memberangsangkan berbanding


dengan zaman kegemilangan Tan Aik Huang(badminton), Mokhtar

Dahari (bola sepak) dan M Jegathesan (olahraga) dahulu.

Tiada sebarang pingat diperoleh dalam Sukan Komanwel di Australia


baru-baru ini.

Kita hanya gah pada peringkat Sukan SEA tetapi tidak mencapai
pencapaian membanggakan dalam kejohanan yang lebih besar.

Sebab-Sebab Pencapaian Tidak Membanggakan


1. Kekurangan atlet yang cemerlang kesan daripada kurang galakan
daripada ibu bapa.

Menurut majalah Mastika (2000), sebanyak 85% daripada ibu bapa


kurang menggalakkan anak mereka menceburi bidang sukan.

Ibu bapa lebih mempercayai bahawa kecemerlangan dalam bidang


akademik lebih penting dalam menentukan kejayaan masa depan.

Ibu bapa menganggap sukan tiada jaminan masa depan.

Tidak banyak atlet cemerlang yang menyinar selepas aktif dalam


bidang sukan.

Ibu bapa melarang anak mereka kerana kekangan agama dan adat.
Sebagai contoh, sukan renang dan olahraga dianggap kurang sesuai
untuk anak gadis mereka.

2. Amalan rasuah masih berleluasa dalam sukan.

Rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun
1995 dahulu menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura.

Hampir 100 orang pemain bola sepak telah ditahan dan 80 orang
daripada mereka dikenakan tahanan reman dan 16 orang lagi dibuang
daerah.

Kes terbaharu , ada jurulatih yang bersubahat dengan bookie atau


kaki judi untuk menentukan perlawanan.

Peminat dan ahli sukan mula menjauhi sukan dan menganggap sukan
sebagai kotor.

Kesannya, mutu sukan bola sepak merosot sehingga sekarang biarpun


pelbagai program dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

3. Kemudahan sukan belum mencukupi.

Negara kita masih kekurangan gimnasium, dan kompleks sukan


bertaraf dunia untuk membolehkan atlet berlatih dengan selesa.

Kita juga kekurangan jurulatih yang berkaliber, pakar pemakanan


(diet), ahli fisioterapi dan pakar psikologi untuk membantu
meningkatkan prestasi atlet.

Peralatan untuk latihan sudah usang dan aspek penyelenggaraan agak


lemah.

Pegawai sukan dan jurulatih kurang bersungguh-sungguh untuk


merencanakan program pembangunan sukan.

4. Ciri-ciri fizikal atlet tempatan.

Atlet tempatan kita bersaiz kecil dan tidak dapat menandingi atlet
negara lain yang bersaiz besar. Keadaan fizikal ini tidak memberikan
kelebihan kepada atlet negara dalam bidang sukan seperti bola sepak,
bola keranjang, ragbi dan sebagainya.

Atlet kita kurang stamina kerana corak pemakanan kita berbeza.

Keadaan cuaca dan persekitaran juga menjejaskan persiapan atlet.

5. Krisis kewangan

Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu menjejaskan


program pembangunan sukan negara.

Akhir-akhir ini sahaja kita mempunyai dana yang mencukupi untuk


merangka perancangan jangka panjang. Hasilnya belum lagi
menampakkan hasil dalam setahun dua ini.

Kita juga kekurangan sumber untuk menghantar atlet berlatih di luar


negara.

Krisis ekonomi negara turut menyebabkan tidak banyak syarikat yang


sanggup menaja persatuan sukan dan atlet negara kita. Hakikat ini
berbeza dengan atlet luar negara yang mendapat penajaan besar
daripada syarikat-syarikat konglomerat.

Banyak usaha dan perancangan tidak dapat dilaksanakan kerana


kurang peruntukan.

6. Faktor Luaran

Prestasi atlet luar lebih pesat berbanding dengan atlet negara.

Program pembangunan sukan mereka lebih agresif dan berkesan.

Mereka mendapat sokongan yang padu daripada pemimpin dan


rakyat.

Mereka mempunyai kemudahan dan teknologi sukan yang lebih


canggih.

Sukan menjadi sumber pendapatan mereka.

Penglibatan atlet asing dalam bidang sukan sudah lama sedangkan


kita baru belajar bertatih dalam sukan tertentu seperti tenis, lumba
kereta, golf dan tinju.

Masa belum lagi terlewat untuk kita meningkatkan inisiatif bagi


meningkatkan kecemerlangan mutu sukan negara.

Komitmen haruslah bermula daripada kerajaan, dan disokong oleh


rakyat, khusunya ibu bapa dan sekolah.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan dalam usaha


memartabatkan kembali imej negara khususnya dalam sukan tertentu
seperti renang, boling, badminton, sepak takraw dan bola sepak.

Harapan kita agar lebih ramai atlet seperti Nicol David dapat dilahirkan
oleh negara kita.

Anda mungkin juga menyukai