Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN E-SUKAN

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya


kata,Saya sembah pembuka bicara
Assalamualaikum dan selamat pagi saya mulakan bicara. Saya Muhammad Irfan bin azman
dari kelas 5 sains 2 akan membentangkan kebaikan E-sukan
Apakah yang dimaksudkan dengan E-sukan ini? Sukan elektronik (e-sukan) atau lebih dikenali
sebagai E-Sport ialah sejenis bentuk pertandingan permainan video.
1. e sukan melahirkan generasi kreatif
2. e-sukan menjana pendapatan
3. e-Sukan dapat menambah pembangunan ilmu pengetahuan dan teknologi.
4. E sukan  dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Tetapi pada hari ini saya akan membincangkan tentang e-sukan menjana pendapatan dan E sukan
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Dalam permainan E-Sport para pemain akan dibayar apabila bermain permainan video tersebut.
Dalam pembentangan Belanjawan 2020, Mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman berkata melalui Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan, kerajaan telah
memperuntukkan RM20 juta dalam Bajet 2020 untuk tujuan pembangunan e-sukan. Hal ini
membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak hanya menanam tebu di tepi bibir dan berusaha
untuk meningkatkan lebih banyak pelaburan dari luar dalam e-sukan ini.
Seterusnya, pemain e-Sukan di Malaysia telah banyak menyertai pertandingan di serata dunia
seperti pertandingan International 3, Dota 2 Championship yang berlangsung di Amerika
Syarikat dan pasukan dari Malaysia telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut
dengan membawa pulang RM1juta. Sebagai contoh, Yap Jian Wei, atlet professional e-sukan
telah menjadi jutawan Situasi ini menunjukkan bahawa tak ada gunung yang tinggi yang tak
dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni. Pada masa yang sama
mengubah persepsi buruk sesetengah pihak terhadap e-sukan.
Selain itu, sebuah sekolah di Norway telah menawarkan kursus e-Sukan kepada para pelajarnya,
membuktikan sukan elektronik merupakan sebuah bidang yang berdaya saing dari sudut positif.
Akhir sekali, aspek-aspek penilaian bagi pemain sukan tradisional dan E-Sport tidak ada banyak
perbezaannya. Aspek yang dinilai persamaanya adalah seperti kemahiran berkomunikasi
berkumpulan, perancangan strategi dan juga taktik permainan
Pendedahan kepada e-sukan Ialah langkah terbaik dalam dunia digital dan bukan sekadar bermain
permainan video namun langkah awal kepada golongan belia untuk bersedia dalam Revolusi
Industri 4.0.

Anda mungkin juga menyukai