Anda di halaman 1dari 2

Faktor Berlakunya

vandalisme
i)PENGARUH MEDIA MASSA
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan
dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh
mempengaruhi remajamelakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah
meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa,apatah lagi
tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.
II)PENGARUH RAKAN SEBAYA
Golongon remaja biasanya lebih muda meniru dan terpengaruh dengan rakan
sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku
remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah
keluarga.Kebiasaannya golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan
remaja dalam sekumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul
timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan
merosakkannya.
iii)SIKAP APATI/ INDIVIDUALISTIK/MATERIALISTIK

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat.Masyarakat yang pincang


akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini
yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial
sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.Menurut kajian,masalah
vandalisme banyak berlaku di kawasan bandar.Golongan remaja menconteng dan
merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang
dilahirkan di bandar sukar dikawal.Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak
ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.Oleh itu,remaja

merasakan dirinya bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan
tanggungjawab terhadap harta benda awam.
IV)IBU BAPA DAN KELUARGA
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan
remaja.Contohnya,ketika memandu ibu bapa membuang sampah di samping tidak
menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam
gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan
merupakan faktor utama remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

Anda mungkin juga menyukai