Anda di halaman 1dari 6

TEMA : PENDIDIKAN

CIRI-CIRI PELAJAR YANG CERMELANG

Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplin


merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar
cemerlang sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa.Selain itu, pelajar
cemerlang ialah pelajar yang bijak menguruskan masa kerana masa itu emas.
Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan program
berjalan dengan lancar. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-
sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Konklusinya, pelajar sendirilah yang wajar mencorakkan nasib dan
masa depan sendiri, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas
jasa kedua-dua ibu bapa yang tersayang dengan menjadi pelajar cemerlang.

KEPENTINGAN ILMU DALAM HARIAN

Salah satu kepentingan ilmu adalah membolehkan kita memperoleh peluang


kerjaya yang lebih baik.Peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan
mudah untuk mendapat kerja. Selain itu, kepentingan ilmu boleh
meningkatkan taraf hidup.Orang yang berilmu akan dapat
mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga mereka.Mereka
akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan. Pendapatan mereka
membolehkan mereka mengubah kehidupan dan mampu memiliki
keperluan asas dan kehendak diri mereka. Dalam zaman ini, jika seseorang
itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan mengalami kesusahan dalam
kehidupan. Oleh itu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak
datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang menggolek dan
yang pipih tidak datang melayang.
KESAN PENDIDIKAN

Salah satu kesan pendidikan ialah dapat melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan. Dengan wujudnya rakyat yang berilmu, maka kehidupan
rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini demikian kerana mereka yang
berpendidikan akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang
lumayan. Selain itu, rakyat yang berpendidikan juga dapat memajukan
negara. Contohnya, negara Jepun serta Amerika Syarikat. Rakyat yang
berilmu pengetahuan ini dapat mencipta benda-benda baru untuk
membangunkan negara. Oleh itu, dengan adanya rakyat yang berilmu
pengetahuan, maka Malaysia juga pasti menjadi negara maju pada suatu
hari nanti.

TEMA : SEKOLAH

KEBAIKAN MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULULUM

Salah satu kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid-murid


dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita
tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu .
Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap
petang. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi
pemimpin. Terdapat pelbagai jawatan dalam sebuah persatuan seperti
pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa. Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan maka mereka akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah
mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka
terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
SEKOLAH IDAMAN SAYA

Sekolah idaman saya merupakan sebuah sekolah yang mempunyai murid-


murid yang berdisiplin. Hal ini demikian kerana disiplin yang baik menjadi
asas kepada suasana sekolah yang tenteram dan harmoni. Jika keadaan
sekolah tidak terkawal kerana masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar
sudah pasti akan menganggu proses penerimaan ilmu pengetahuan kepada
pelajar. Selain itu, sekolah idaman saya haruslah bersih. Kebersihan
merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu,
persekitaran yang bersih akan memberikan ketenangan kepada setiap
warga di sekolah. Sekolah ibarat sebuah rumah. Kita memerlukan sebuah
rumah yang cantik dan selesa untuk didiami. Begitu juga halnya dengan
sekolah tempat setiap pelajar menimba ilmu pengetahuan.

SAMBUTAN HARI GURU

Guru merupakan ibu yang kedua kepada setiap murid. Merekalah yang
mengajar kita dan melatih kita menjadi seorang yang berjaya nanti. Oleh itu,
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai
Hari Guru dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap sekolah di negara
kita. Tujuan untuk menyambut Hari Guru ialah sambutan Hari Guru memberi
peluang kepada pelajar untuk membalas jasa guru. Contohnya, murid-murid
boleh memberi hadiah seperti bunga, pen merah dan buku nota sebagai
satu perhargaan kepada guru. Tambahan pula, sambutan Hari Guru
bertujuan untuk memberi tanda terima kasih kepada guru daripada pihak
sekolah. Oleh itu, pihak sekolah menggunakan peluang sambutan Hari Guru
untuk menunjukkan perhargaan mereka terhadap guru dengan mengadakan
jamuan ringkas pada hari tersebut. Kesimpulannya, sambutan Hari Guru
merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat digantikan di peringkat
sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam terhadap
guru dan murid.
TEMA : SENI DAN BUDAYA

PAKAIAN TRADISIONAL

Terdapat pelbagai pakaian tradisional yang utama di Malaysia. Bagi kaum


Melayu, terdapat baju kebaya dan baju kurung.Baju ini biasanya dipakai
semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan dan kenduri-kendara.Selain
itu, Samfoo dan Cheongsam adalah contoh bagi pakaian tradisional kaum
Cina. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di
tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Bagi kaum India,
pakaian tradisional mereka ialah Sari dan Dhoti. Dhoti juga merupakan salah
satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India. Secara keseluruhannya ,
pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kaum tersebut
bagi melambangkan kebudayaan sesebuah kaum itu sendiri.

MAKANAN TRADISIONAL

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di


Malaysia. Terdapat pelbagai makanan tradisional di Malaysia, bagi kaum
Melayu, terdapat Nasi Lemak dan Satay.Nasi lemak merupakan makanan
kegemaran bagi orang Malaysia.Nasi lemak merujuk kepada nasi yang
dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa
lemaknya. Sate dibuat daripada kepingan daging dan dibakar menggunakan
api arang kayu.Selain itu, kaum India pula ialah Murukku dan Tosai. Murukku
dan Tosai boleh didapati di mana-mana sahaja di Malysia.Seterusnya, Kaum
Cina ialah Kuih Bulan dan Char kway teow. Kuih Bulan adalah sejenis kuih
cina yang sering dimakan ketika perayaan Pertengahan Musim Luruh. Char
kway teow pula merupakan makanan yang diperbuat daripada kuey teow
yang digoreng di atas api panas dengan kicap, sos, cili, telur dan kucai Cina.
Konklusinya, semua kaum perlulah usaha dalam memajukan makanan
tradisional supaya tidak dipengaruh dengan makanan barat.
PERMAINAN TRADISIONAL

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis


permainan tradisional .Permainan sepak raga dan Batu Seremban ialah
contoh permainan tradisional kaum Melayu. Pada masa itu permainan
sepak raga dimainkan oleh golongan bangsawan manakala Batu Seremban
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Selain itu, Mahjong dan Xiangqi
adalah contoh permainan tradisional kaum cina, mahjung merupakan
permainan untuk empat orang sahaja manakala Xiangqi dimainkan oleh dua
orang pemain.Seterusnya, 'Kho-kho' dan Charuranga merupakan permainan
tradisional di kalangan kaum India. Sejak awal, permainan Charuranga
memperkenalkan dua pihak yang bermain dan kemenangan bergantung
pada buah terakhir.Kesimpulannya, kemajuan teknologi telah membuatkan
hilangnya warisan.Oleh itu, masyarakat perlulah mewarisi permainan
tradisional mereka sendiri supaya tidak dipengaruh oleh permainan modern.

TARIAN TRADISIONAL

Malaysia merupakan negara berbilang kaum.Terdapat pelbagai jenis tarian


mengikut kaumnya.Tarian mak yong dan Tarian zapin merupakan tarian
Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu
bentuk drama-tari manakala Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di
negeri Johor. Selain itu, bagi kaum cina, tarian naga dan tarian kipas ialah
tarian tradisional kaum Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering
dipersembahkan pada musim perayaan. Seterusnya bagi kaum India
pula,Tarian Kathak dan Bharata Natyam merupakan salah satu tarian klasikal
India yang berasal dari utara India. Masyarakat perlu usaha dalam
memajukan tarian tradisional supaya tidak dipengaruh dengan tarian barat.
TEMA : ALAM SEKITAR

JEREBU

Masalah pencemaran jerebu semakin serius di Malaysia.Salah satu punca


utama ialah pembakaran secara terbuka tanpa kawalan. Kebiasaannya pihak
yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap, mereka akan
melakukan pembakaran terbuka. Contohnya, pembakaran terbuka dilakukan
di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Selain itu, jerebu juga
diakibatkan daripada kawasan perindustrian yang tidak mengawal
pengeluaran asap. Contohnya, kawasan perindustrian yang mengunakan
arang batu dan minyak. Udara di negara kita telah dicemarkan daripada
asap-asap dari kilang ini akibat perbuatan pengusaha kilang yang seperti
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Konklusinya, konsep
bagai aur dengan tebing haruslah dipraktikkan di kalangan semua pihak
demi mengatasi masalah jerebu ini.

PUNCA- PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada


tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan
masyarakat. Hal ini demikian kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka
dan mereka sering memandang enteng tentang isu alam Selain itu,
organisasi seperti pemilik kilang juga turut menjadi agen penyumbang
kepada masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat kilang-kilang yang
menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam
pengeluaran mereka dan pada kebiasaannya kilang-kilang tersebut akan
mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik tersebut ke dalam
laut dan sungai yang berdekatan. Konklusinya, jika setiap pihak mengambil
langkah sederap ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah
pasti kemelut ini dapat diatasi.

Anda mungkin juga menyukai