Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1

RINGKASAN

[15 markah]

[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut , tulis sebuah
ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Panjang
ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Isu kemalangan jalan raya senantiasa diperkatakan oleh banyak pihak. Hal ini
demikian kerana kadar kemalangan dewasa ini masih membimbangkan.
Mengapakah situasi ini berlaku? Sudah tentu terdapat banyak sebab yang menjadi
penyumbang kepada keadaan ini.

Kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sesetengah pemandu


dan penunggang motosikal yang tidak mematuhi had laju yang dibenarkan walaupun
tanda had laju terpampang di hadapan mereka. Sikap pengguna jalan raya yang
2
suka memotong kenderaan lain di selekoh tajam dan di garisan berkembar turut
mengundang risiko kemalangan. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan diri
sendiri bahkan juga pengguna jalan raya yang lain. Tambahan lagi, terdapat
segelintir pemandu yang baru memperoleh lesen hanya memikirkan keseronokan 3
tanpa menduga bahawa maut sedia menanti di hadapan mereka.

Di samping itu, jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang di sesetengah 4


tempat turut mengundang terjadinya kemalangan terutamanya pada waktu malam
dan ketika hujan lebat. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat kenderaan
5
yang tidak diselenggarakan dengan baik masih digunakan di jalan raya. Oleh itu,
setiap pemilik hendaklah memastikan kenderaan mereka diselenggarakan mengikut
jadual agar selamat digunakan.

Jelaslah kepada kita bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku banyak
disebabkan sikap pengguna itu sendiri. Oleh itu, diharapkan agar semua pengguna
jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang.

Contoh jawapan:

Antara faktor berlakunya kemalangan jalan raya termasuklah sesetengah


pemandu dan penunggang motosikal yang tidak mematuhi had laju yang dibenarkan.
Selain itu, Suka memotong kenderaan lain di selekoh tajam dan di garisan
berkembar juga sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. Seterusnya, terdapat
segelintir pemandu yang baru memperoleh lesen hanya memikirkan keseronokan.
Seperkara lagi, jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang di sesetengah tempat.
Akhir sekali, terdapat kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik.

SOALAN 2
RINGKASAN

[15 markah]

[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut , tulis sebuah
ringkasan tentang Faedah-faedah permainan tradisional kepada remaja . Panjang
ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Latihan 2

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli
serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun
begitu, permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional dianggap
kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu, kita mestilah
mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.

Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa


lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli- belah
dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional
dapat mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu
permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain itu,
remaja akan belajar untuk menghargai masa.

Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara


satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan sewaktu
bermain permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga
bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara
ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.
Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan
kawan, serta lawan mereka. Permainan wau misalnya , dapat membentuk semangat
kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat
membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing.
Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat
mengenali dan mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal
yang demikian, seni warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak
lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.


Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua
pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan
tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan tradisonal masih
relevan dalam zaman globalisasi ini.

Anda mungkin juga menyukai