Anda di halaman 1dari 4

Soalan :

Kemenangan Azizulhusni Awang sebagai juara dunia dalam acara keirin


Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Hong Kong telah membanggakan negara.
Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
meningkatkan mutu sukan negara.

ANALISIS SOALAN :

ISU : meningkatkan mutu sukan negara


PENYATAAN : Kemenangan Azizulhusni Awang sebagai juara dunia dalam
acara keirin Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Hong Kong telah
membanggakan negara
TUGASAN : usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
meningkatkan mutu sukan negara.

RANGKA ISI :
Kemenangan Azizulhusni Awang sebagai juara dunia dalam acara keirin
Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Hong Kong baru-baru ini telah
membanggakan negara Hal ini belum lagi mengambil kira kejayaan sukan-sukan
yang lain seperti squash, renang, hoki dan sebagainya. Hal ini membuktikan
bahawa atlet kita bukanlah jaguh kampung. Walau bagaimanapun, pelbagai
langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan lagi mutu
sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Antara usaha yang wajar dilakukan ialah melalui peranan kerajaan dengan
memperbaiki program-program pembangunan atlet dalam usaha melahirkan
atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah
menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-
program pembangunan sukan di negara ini. Kegagalan menyediakan program-
program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita
terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Sebagai contohnya sejak menjuarai
Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal
membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan
China dan Indonesia dalam arena badminton. Jelaslah bahawa kerajaan
memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu sukan negara.
Di samping itu, sekolah juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan
mutu sukan negara dengan mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat
sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu
ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Namun bakat
mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan. Oleh hal
yang demikian pihak sekolah perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan
Sukan serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga
mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, penubuhan sekolah-
sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku
Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar merupakan satu langkah bijak akan
datang agar kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara. Dengan
berbuat demikian, mutu sukan negara dapat dicemerlangkan lagi.

Akhir sekali, Kementerian Belia dan Sukan wajar memainkan peranan dengan
megambil jurulatih serta pemain import ke arah meningkatkan mutu sukan
negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan
serta tunjuk ajar daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat
didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita
dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain di
peringkat dunia. Sebagai contoh, FAM mengambil semula pemain-pemain
import dalam Liga Bola Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua
mata, iaitu untuk meningkatkan mutu sukan negara serta menyemarakkan
sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah bahawa
pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi
atlet atau ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
Konklusinya, kecemerlangan sukan negara seharusnya sentiasa digarap supaya
sejajar dengan kecemerlangan negara. Seharusnya pencapaian kita dalam bidang
sukan sejajar dengan usia kemerdekaan negara . Hanya dengan kerjasama erat
semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada
pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2022 akan menjadi kenyataan. Peribahasa
Melayu ada menjelaskan pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di
tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat
Malaysia. “Majulah sukan untuk Negara!

Anda mungkin juga menyukai