Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B

SOALAN :

Kemalangan jalan raya sering kali berlaku sehingga menyebabkan banyak nyawa yang
terkorban. Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan
raya.

Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

PERENGGAN PENDAHULUAN

Belakangan ini, perkara yang berkaitan dengan …………………………………………………………( tuliskan

tema soalan ) sering kali mendapat perhatian daripada setiap lapisan masyarakat. Sudah

terang lagi bersuluh, perkara ini juga turut menjadi topik perbincangan semua pihak. Oleh

sebab itu, …………………………………( tuliskan tugasan/ kehendak soalan ) akan dibincangkan

dengan lebih terperinci.

ISI 1: Tidak mematuhi undang-undang di jalan raya

Ayat 1 : Sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Ayat 2 : Pengguna jalan raya sering memandu kenderaan melebihi had laju yang
ditetapkan.

Ayat 3 : Apabila memandu melebihi had laju, pemandu kadang kala gagal mengawal
kenderaan sehingga berlakunya kemalangan.

Ayat 4 : Sikap pengguna jalan raya yang enggan mematuhi undang-undang menyebabkan
nyawa mereka melayang.

CANTUMKAN PERENGGAN ISI 1 DENGAN MENGGUNAKAN AYAT-AYAT KUNCI BERIKUT :

Sila hafal
AYAT 1: Sebagai pembuka tirai perbincangan, ( tugasa soalan ) antaranya……..
ayat-ayat ini
AYAT 2: Hal ini perlu diberi keutamaan kerana ………….. untuk
AYAT 3: Contohnya, …………….. memudahkan
AYAT 4: Melalui perbincangan ini, jelaslah bahawa …………….. anda menulis
isi karangan

1
ISI 2: Keadaan jalan raya

Ayat 1 : Keadaan jalan raya yang tidak baik menjadi punca berlakunya kemalangan.

Ayat 2 : Struktur jalan raya yang berlubang-lubang menyukarkan pemandu mengawal


kenderaan mereka.

Ayat 3 : Pada waktu hujan lebat, keadaan permukaan jalan raya yang licin boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan selain jarak penglihatan yang terhad.

Ayat 4 : Keadaan jalan raya juga menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya
kemalangan jalan raya.

CANTUMKAN PERENGGAN ISI 2 DENGAN MENGGUNAKAN AYAT-AYAT KUNCI BERIKUT :

Sila hafal
AYAT 1 : Selain itu, ( tugasan soalan ) ……………
ayat-ayat ini
AYAT 2 : Hal ini sangat penting kerana ………………….
untuk
AYAT 3 : Sebagai contoh,…………………..
memudahkan
AYAT 4 : Berdasarkan perkara ini, nyatalah bahawa …………..
anda menulis
isi karangan

ISI 3: Perlumbaan haram

Ayat 1 : Sikap pemandu yang menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba
haram.

Ayat 2 : Pengguna jalan raya yang terdiri daripada golongan remaja sering kali
mengabaikan keselamatan nyawa pengguna jalan raya yang lain apabila mereka
menjadikan jalan raya sebagai litar lumba haram.

Ayat 3 : Aktiviti lumba haram sering dilakukan di kawasan lebuh raya terutama pada
waktu malam sehingga mengganggu keselesaan pengguna jalan raya yang lain
malah boleh mengundang berlakunya kemalangan jalan raya.

Ayat 4 : Sikap cuai sesetengah pengguna jalan raya yang secara sengaja melibatkan diri
dalam aktiviti lumba haram juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan
jalan raya.

2
CANTUMKAN PERENGGAN ISI 3 DENGAN MENGGUNAKAN AYAT-AYAT KUNCI BERIKUT :

Sila hafal
Ayat 1: Di samping itu, ( tugasan soalan ) ………
ayat-ayat ini
Ayat 2: Hal ini perlu diberi perhatian mendalam kerana………………
untuk
Ayat 3: Sebagai contoh, ..…………..
memudahkan
Ayat 4: Nyatalah bahawa ………….. anda menulis
isi karangan

ISI 4: Keadaan kenderaan

Ayat 1 : Kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya.

Ayat 2 : Pemandu seharusnya memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan


terutama perjalanan yang jauh.

Ayat 3 : Tayar kenderaan hendaklah diperiksa agar berada dalam keadaan yang selamat
dan bahagian kenderaan yang lain berfungsi dengan baik.

Ayat 4 : Pengguna jalan raya harus sentiasa berhati-hati sebelum memulakan


pemanduan kerana pandu cermat jiwa selamat agar kemalangan jalan raya
dapat dielakkan.

CANTUMKAN PERENGGAN ISI 4 DENGAN MENGGUNAKAN AYAT-AYAT KUNCI BERIKUT :

Sila hafal
Ayat 1: Seterusnya, ( tugasan soalan ) ……………
ayat-ayat ini
Ayat 2: Hal ini demikian kerana ………………….
untuk
Ayat 3: Sebagai contoh, ..…………..
memudahkan
Ayat 4: Tegasnya, ………….. anda menulis
isi karangan

PERENGGAN PENUTUP

AYAT 1 : Kesimpulannya, ( tuliskan tugasan/ kehendak soalan )

…………………………………………………………… telah dibincangkan dengan mendalam.

AYAT 2 : Namun begitu, perkara ini memerlukan perhatian dan daya usaha daripada

setiap individu untuk melaksanakannya.

AYAT 3 : Kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih maka terpulanglah

kepada kita untuk menjadikan perkara ini suatu kenyataan demi faedah bersama.
3

Anda mungkin juga menyukai