Anda di halaman 1dari 22

SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

SEMESTER 1 SESI 2020/2021

SPPP3042-04

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PROPOSAL

CABARAN PENGAPLIKASIAN SAINS SUKAN TERHADAP SUKAN BOLA SEPAK


DALAM PENGURUSAN DI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK

DR. M AL-MUZ-ZAMMIL B YASIN

DISEDIAKAN OLEH

WAN AHMAD SHAQIR ZUFAYRI BIN ZAMRI

(A18PP3135)
PENGENALAN

Sains sukan merupakan salah satu cabang daripada bidang sains yang mana ia
mengfokuskan kepada pengkajian respons atau tindak balas manusia terhadap aktiviti fizikal.
Ia merangkumi aspek seperti kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan juga topik-
topik lain seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, psikologi dalam sukan. Bidang ini
bukan hanya bidang khusus yang melatih atau menjadikan seseorang itu cergas, bertenaga dan
juga cerdas dalam melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti beriadah atau permainan seperti
bola sepak dan sebagainya tetapi ia membantu kita untuk lebih memahami tentang bagaimana
tindak balas badan manusia seperti organ, sel, tisu dan sistem dalam badan berfungsi semasa
kita melakukan sesuatu aktiviti fizikal. Sukan bola sepak merupakan antara sukan yang banyak
mengaplikasikan aspek sains sukan di mana ia bukan sahaja dapat membantu seseorang pemain
menjadi lebih kuat dari segi fizikal dan stamina malah ia juga data membantu sesebuah
pengurusan organisasi atau kelab untuk berkerja sebagai satu unit dan diuruskan dengan baik.
Menurut Mohd Saleh Aman (2005), pengurusan merupakan proses berkerja Bersama orang
lain dengan menggunakan sumber optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Di
malaysia, tidak banyak kelab atau persatuan yang menguruskan sesebuah organisasi itu dengan
efisien atau dalam erti kata lain dengan cekap dari segi aspek pengurusan sukan. Hanya kelab
bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sahaja yang dilihat sangat moden dan maju dari segi
aspek pengaplikasian sains sukan dan juga pengurusan sukan organisasi mereka. Untuk kelab
atau persatuan bola sepak yang lain, langkah pengaplikasian bidang sains sukan ini dilihat
masih di bawah tahap memuaskan dan ada juga yang masih belum menerapkan langsung
memandangkan ia merupakan satu pelaburan di mana alatan sains untuk sukan merupakan satu
alatan yang rumit dan memakan kos yang sangat mahal untuk proses penyelenggaraan. Dari
aspek pengurusan sukan di sekolah, bidang sains sukan ini masih dilihat tidak cekap
pengawalaturan nya dengan kelab atau persatuan bolasepak sekolah masih mengharapkan dan
menggunakan dana daripada pihak sekolah untuk menyertai sesuatu kejohanan dan ia sedikit
sebanyak menimbulkan keresahan sama ada mampukah organisasi-organisasi sukan yang
berada di negara kita ini mampu untuk menguruskan organisasi sukan mereka di masa akan
datang. Jadi,bidang sains sukan ini bukan hanya menumpukan kepada aspek sukan semata-
mata malah jika dilihat dari perspektif yang berbeza, ia lebih daripada sekadar mengkaji tindak
balas tubuh badan manusia semasa melakukan aktiviti fizikal tetapi turut melibatkan aspek
pengurusan sesebuah organisasi sukan serta bagaimana ia dapat berfungsi dan diuruskan
dengan lebih manpan.
LATAR BELAKANG MASALAH

Tidak banyak kajian yang dibuat tentang bidang sains sukan dengan bolasepak dalam
konteks negara malaysia amnya dan di peringkat sekolah khususnya memandangkan bidang
sains sukan ini masih lagi kurang diberi penekanan secara serius dalam ekosistem masyarakat
majmuk di negara ini. Dalam konteks bolasepak juga hanya pasukan Johor Darul Takzim(JDT)
sahaja yang mempraktikkan program sains sukan secara menyeluruh di Malaysia (Meor
Riduwan. “JDT Perkasa Elemen Sains Sukan.” HM Online, 15 Aug. 2019,
www.hmetro.com.my/arena/2019/08/486256/jdt-perkasa-elemen-sains-sukan.). Ini
menunjukkan betapa pengaplikasian sains sukan berada pada tahap yang amat merungsingkan
di negara kita. Memandangkan sains sukan juga merangkumi bidang seperti pengurusan, jadi
boleh diungkapkan betapa pengurusan sukan juga berada pada tahap yang sama. Ini
dikukuhkan dengan hanya 9 persatuan sukan yang mendapat penarafan 5 bintang daripada 197
badan induk yang terdapat di Malaysia (Fauzi, Ferzalfie. “Persatuan Sukan Perlu Atasi
Kelemahan.” BH Online, 8 Nov. 2017, www.bharian.com.my/sukan/lain-
lain/2017/11/348378/persatuan-sukan-perlu-atasi-kelemahan.).

Pengurusan sukan yang betul merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
kemajuan sukan untuk sesebuah negara memandangkan atlet yang bernaung di bawah
persatuan-persatuan sukan ini dapat berlatih di bawah persekitaran yang kondusif dan
kompetitif serta mampu memacu diri mereka ke tahap yang lebih baik. Sebagai contoh, negara
kuasa besar dalam sukan seperti Amerika Syarikat membelanjakan sekitar $100 billion
(RM404 Bilion) untuk sukan serta fasiliti-fasiliti yang bertaraf dunia dan juga untuk
pengurusan organisasi yang mantap (Kutz, Steven. “$100 Billion - That's How Much
Americans Spent on Sports over the Past 12 Months.” MarketWatch, MarketWatch, 12 Sept.
2017, www.marketwatch.com/story/heres-how-much-americans-spend-on-sports-in-one-
chart-2017-09-11.). Hasil daripada pelaburan yang banyak ini, negara amerika syarikat telah
muncul sebagai antara kuasa besar di dalam acara sukan terutamanya di sukan olimpik musim
panas apabila mereka telah merekodkan sejumlah 2,520 pungutan pingat dan 1,022
daripadanya adalah pingat emas sepanjang 27 kali penyertaan mereka pada temasya tersebut
(“All-Time Olympic Games Medal Tally (Summer Olympics).” Topend Sports, Science,
Training and
Nutrition, www.topendsports.com/events/summer/medal-tally/all-time.htm.). Ini
menunjukkan dengan jelas bahawa dengan pengurusan yang baik serta bantuan dari segi
kewangan misalnya daripada pihak yang berwajib serta individu yang betul untuk menongkah
arus ini, tidak mustahil untuk sesebuah negara atau organisasi untuk berdiri sama tinggi dengan
negara kuasa besar yang lain di dalam acara sukan yang mana kita sebenarnya menunjukkan
potensi yang baik untuk mencabar dari segi sukan. Namun, impian atau cita-cita hanyalah
sekadar angan-angan sahaja jika ia tiada usaha atau proses yang dimulakan walaupun kecil
seperti memperbaiki sistem pengurusan di peringkat sekolah terutamanya kerana di sekolah
merupakan satu platform atau tempat untuk generasi yang akan datang belajar dan diberi
pendedahan untuk menguruskan sesuatu organisasi seperti persatuan atau kelab bolasepak
contohnya.

Mengapa saya melakukan kajian ini? Saya memilih tajuk kajian ini adalah kerana saya
merasakan bahawa bidang sains sukan masih lagi tidak diperluaskan penggunaannya secara
optimum dalam kalangan sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Bagi saya bidang ini amatlah
penting terhadap generasi muda terutamanya dalam melahirkan murid yang bukan sahaja arif
dalam ilmu sains dan teknologi semata-mata namun turut mahir dalam ilmu sains dan sukan.
Kebanyakan masyarakat masih bersikap prejudis terhadap bidang sains sukan ini dan skeptikal
tentang masa depan mereka yang menceburi diri dalam bidang ini. Selain itu, sukan bola sepak
yang merupakan sukan nombor 1 negara juga masih lagi tidak didedahkan sepenuhnya dengan
sains sukan. Kebanyakan sekolah masih meminggirkan sains sukan dalam sukan bola sepak
atas beberapa alasan yang mana sedikit sebanyak boleh menganggu prestasi semasa pasukan
bola sepak sekolah dan juga tiada pembaharuan dalam arena sukan bola sepak antara sekolah-
sekolah di Malaysia. Jadi dengan kajian yang lebih terperinci akan dilakukan untuk mengatasi
masalah yang membelenggu sukan bola sepak ini dan bagaimana kajian ini mampu
menambahbaik masalah yang ada.

Selain itu, kekangan kewangan juga menyebabkan mengapa bidang ini kurang diberi
perhatian untuk dikembangkan lebih-lebih lagi pada peringkat sekolah menengah. Hal ini
dirumitkan lagi dengan persatuan sekolah kebanyakannya masih bergantung kepada dana
sekolah untuk melakukan sesuatu aktiviti atau menyertai mana-mana kejohanan. Tanpa
perancangan yang betul atau tersusun, sesebuah organisasi itu akan kelihatan lemah oleh kerana
kegagalan untuk mendapatkan sesuatu malah masih mengharapkan ihsan daripada pihak lain.
Adakah pihak pengurusan tertinggi yang kurang cekap untuk merangka pelan kewangan
persatuan atau faktor kewangan yang seharusnya dipersalahkan sepenuhnya?

Antara aspek lain yang dititkberatkan adalah mengenai modul pengajaran bola sepak di
sekolah dan juga keadaan fizikal serta fisiologi pemain bola sepak yang mana dengan
pengenalan kepada bidang sains sukan ini dapat menentukan sejauh mana kemampuan
seseorang pelajar atau pemain dan juga untuk mengukur prestasi pelajar dalam beberapa
perlawanan untuk dijadikan sebagai rujukan untuk meningkatkan prestasi di masa akan datang.
Pelajar dan guru juga akan lebih peka tentang fisiologi tubuh badan mereka. Melalui kajian ini,
bidang sains sukan dalam bola sepak tidak akan lagi dipandang enteng malah pelajar dan juga
guru dapat menambah nilai tambah diri mereka melalui bidang ini. Bermula daripada peringkat
sekolah, pemain atau pelajar ini dapat dibentuk menjadi seorang pemain yang lengkap dan
professional untuk kebaikan negara pada masa akan datang. Untuk kajian ini, saya memilih
untuk menfokuskan kepada pengurusan-pengurusan bidang sains sukan terhadap persatuan
bola sepak di peringkat sekolah di Malaysia.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Setiap sukan bola sepak untuk perlawanan yang kompetitif atau berformat liga yang
panjang, ia memerlukan seseorang pemain atau atlet untuk sentiasa mengekalkan kecergasan
atau sentiasa meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa agar ia tidak memberi kesan yang
negatif terhadap keputusan perlawanan atau kecederaan terhadap diri sendiri. Dalam konteks
peningkatan prestasi dan kecederaan ini, ia bukan hanya merujuk kepada faktor fizikal sahaja
malah ia turut melibatkan fisiologi tubuh badan seseorang seperti kadar pengambilan oksigen
yang mencukupi, tindak balas kimia di dalam tubuh badan sebelum, semasa dan selepas
perlawanan dan juga persiapan mental untuk mengaharungi perlawanan yang berintensiti tinggi
yang menguji kemampuan tubuh ke tahap yang maksima. Untuk itu, sains sukan merupakan
antara bidang yang tepat untuk mencapai sesuatu matlamat tersebut. Tanpa sains sukan ini,
agak sukar untuk sesebuah pasukan atau atlet itu sendiri untuk mengenal pasti kemampuan
prestasi diri mereka sendiri dan bagaimana untuk kekal cergas di samping kecederaan yang
dialami mungkin mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan untuk pulih
sepenuhnya. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran yang
dialami oleh pengurusan-pengurusan di peringkat sekolah di Malaysia terutamanya dalam
sukan bola sepak dalam pengaplikasian bidang sains sukan. Dalam merungkai cabaran-cabaran
ini, timbul beberapa persoalan yang berkait rapat dengan kajian ini. Antaranya ialah:

a) Bagaimana bidang sains sukan membantu dalam meningkatkan prestasi dalam sukan
bola sepak di peringkat sekolah menengah?

b) Apakah pendedahan yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk menguruskan


peralatan yang berkaitan dengan sains sukan?

c) Mengapa aspek pengurusan sukan dalam bidang sains sukan yang lemah berkait rapat
dengan prestasi para pemain di atas padang?
KERANGKA KONSEP KAJIAN

Kerangka konseptual merupakan satu bentuk kerangka konsep yang akan menerangkan
secara ringkas perihal seperti bentuk kajian, hala tuju kajian dan sebagainya. Ia lebih bersifat
tentatif dan belum dibangunkan sepenuhnya berbanding kerangka teori (Norwood, 2000:78)
yang mana lebih sesuai digunakan untuk kajian ini memandangkan tidak terdapat satu teori
yang betul-betul teruji untuk kajian ini dan juga akan menunjukkan hubungan sebab-kesan
antara pemboleh ubah tak bersandar (independent) dan pemboleh ubah bersandar (dependent).

Untuk kajian ini, sebab kenapa bidang sains sukan tidak diaplikasikan sepenuhnya
secara optimum dalam bolasepak di Malaysia boleh di hipotesis kan dengan sebab seperti (a)
kurang kecekapan dalam melaksanakan bidang sains sukan, (b) kelemahan pentadbiran sukan
sekolah, (c) tiada pendedahan kepada ahli sains sukan dan (d) kewangan yang tidak
mengizinkan yang mana kesemua hipotesisi ini akan dikaji dengan lebih mendalam dengan
mendapatkan sudut pandang guru dan juga atlet bolasepak di sekolah. Satu set soalan
(questionnaire) akan digunakan sebagai bahan untuk mengumpul data dan data ini akan
digunakan untuk membanding sebab pengaplikasian bidang sains sukan dalam bolasepak yang
tidak menyeluruh antara sekolah menegah kerajaan dan sekolah menengah persendirian.
LITERATUR KAJIAN

Menurut Akta Pembangunan Sukan 1997, bahagian II perkara 7 menyatakan bahawa


Menteri boleh, ke arah membangunkan sukan, mengambil segala tindakan yang perlu untuk
menggalakkan pembangunan sains sukan di institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan bagi
maksud ini boleh memberikan segala bantuan yang difikirkannya perlu. Ini jelas menjadi salah
satu langkah yang telah diakui dan perlu dari segi perlaksanaanya di Malaysia dan merupakan
satu inisiatif daripada kerajaan Malaysia untuk memperkasakan pembangunan sains sukan di
Malaysia. Namun akta sahaja tidak mencukupi untuk membangunkan sukan di negara
Malaysia jika tiada inisiatif yang dimulakan oleh pihak berwajib. Memandangkan tiada usaha
yang betul-betul serius dari pihak sekolah tentang isu ini, saya memutuskan untuk mengkaji
apakah yang mendorong kepada kegagalan mengimplementasikan sains sukan dalam
pengurusan bola sepak di peringkat sekolah memandangkan sekolah menengah bukan institusi
Pendidikan tinggi di Malaysia kerana Pendidikan tinggi di Malaysia ialah Pendidikan di
peringkat selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lepas peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menurut laporan Khir Johari (1967). Antara persoalan
yang berlegar di minda adalah kenapa hanya institusi Pendidikan tinggi sahaja yang dinyatakan
di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 untuk pembangunan sains sukan dan bukan di
peringkat pengajian yang lebih rendah seperti di sekolah menengah?

Kajian daripada (Julismah et al, 2009) mendapati bahawa kebanyakan guru yang dikaji
telah menguasai ilmu bidang sains sukan yang baik, terutama dalam pengetahuan kandungan,
tetapi dari segi strategi pengurusan pengajaran adalah pada tahap sederhana. Grossman dan
Richert (1989) menjelaskan bahawa penguasaan pengetahuan dan pemahaman tentang
kandungan atau konten sesuatu mata pelajaran bukan sahaja penting dalam menentukan
keupayaan guru memindahkan pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya, malah kajian semasa
juga menunjukkan bahawa pengetahuan kandungan atau konten pelajaran guru akan
mempengaruhi cara guru merancang dan mengajar mata pelajaran tersebut. Dengan erti kata
lain, tindak-tanduk dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
adalah dipengaruhi oleh proses pemikiran guru termasuk pengetahuan kandungan. Disebabkan
itu, pengetahuan sains sukan ini tidak sampai sepenuhnya kepada pelajar yang menyebabkan
pelajar tidak memahami dengan jelas apa sebenarnya sains sukan dan juga modul yang
digunakan perlukan pembaharuan memandangkan kita menuju kearah kemodenan dari segi
teknologi dan maklumat.

Untuk pengurusan sukan bola sepak pula, ia memainkan peranan yang sangat penting
untuk para atlet. Hamidreza (2013) telah menjalankan kajian berkaitan gaya kepimpinan
jurulatih, komitmen sukan terhadap kepuasan atlet pemain bola sepak sekolah menengah di
Iran. Dapatan kajian beliau menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara gaya
kepimpinan jurulatih, komitmen sukan dengan kepuasan pemain bola sepak. Gaya kepimpinan
dan kepuasan pemain yang semakin bagus akan meningkatkan komitmen pemain dalam sukan.
Oleh yang demikian, pengurusan program latihan yang dikendalikan seseorang jurulatih
haruslah dapat memuaskan hati semua atlet dan pegawai yang terlibat sama ada program
latihan semasa fasa transisi, fasa persediaan dan fasa pertandingan. Pengurusan pasukan bola
sepak sekolah mendapati amat berkesan dari aspek pelaksanaannya dan hal ini amat penting
kerana jika atlet tidak berpuas hati terhadap aspek pengurusan program latihan yang
dikendalikan oleh jurulatih maka program ini akan gagal. Antara aspek yang menyebabkan
atlet kurang puas hati ialah aspek kemahiran dan pengetahuan jurulatih, aspek kemudahan dan
fasiliti, aspek program latihan, aspek kewangan, aspek pengurusan persatuan dan organisasi
serta aspek kewangan. Faktor ini merupakan antara faktor yang menyebabkan atlet tidak
berpuas hati dan perkara ini dipersetujui oleh Gibbons et al. (2003), Greenleaf, Gould, & Dieff
enbach (2003) yang menyatakan atlet Sukan Olimpik Amerika Syarikat tidak berpuas hati
terhadap pengurusan program latihan yang dikendalikan oleh jurulatih mereka. Jurulatih atau
tenaga pengajar yang dipilih mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang
sains sukan serta bola sepak kerana jika tenaga pengajar tidak mempunyai asas sains sukan dan
bola sepak, bagaimana beliau mahu mengajar atau melatih pasukan bola sepak sekolah dengan
cemerlang? Davies, Bloom dan Salmela (2005) pula menunjukkan bahawa terdapat jurulatih
yang tidak berpuas hati terhadap tugas pentadbiran yang mengganggu mereka semasa
mengendalikan program latihan bersama atlet. Ini menunjukkan betapa campur tangan pihak
atasan yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan prestasi pasukan terancam dan boleh
memburukkan imej persatuan terbabit.
Menurut Wan Azlan, Tajul (2015), mereka berpendapat bahawa Berdasarkan
pengamatan penyelidik kebanyakan sekolah khususnya di Kuala Terengganu masih
kekurangan kemudahan sukan seperti gelanggang serba guna, kemudahan bilik sukan yang
tidak sempurna, dewan tertutup dan peralatan sukan yang terhad serta lama. Hal ini
menyebabkan pelajar kurang berminat untuk lebih melibatkan diri dalam Pendidikan jasmani
dan sains sukan menyebabkan pengimplementasi sains sukan ini tidak menyeluruh di sekolah
menengah. Ini menunjukkan bahawa kegagalan pengurusan ko-kurikulum menguruskan
kewangan mereka dengan baik yang memberi impak kepada penghayatan bidang sains sukan
dalam bola sepak. Atlet tidak mampu memberi persembahan atau menunjukkan potensi mereka
yang sebenar di dalam suasana atau persekitaran yang serba kekurangan ditambah dengan
pengurusan yang kurang baik dari segi prestasinya.
PENDEKATAN DAN REKABENTUK KAJIAN

Menurut Kerlinger (1970), reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data
yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan
rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian. Jadi
untuk kajian ini, pendekatan yang digunakan ialah berupa kajian qualitatif. Ini di mana kajian
ini dikhususkan untuk mengkaji mengapa implementasi sains sukan dalam pengurusan sukan
bola sepak di peringkat di sekolah berada pada tahap kurang memuaskan dengan pemerhatian
dan interaksi penyertaan guru dan juga murid di sekolah menengah kerajaan dan juga sekolah
menengah persendirian. Selain itu, reka bentuk kajian juga merujuk kepada cara penyelidik
mengendali kajian dan prosedur atau Teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian.
Tujuannya adalah untuk mengawal punca-punca bias atau berat sebelah yang mana ia boleh
menganggu dapatan kajian (McMillan & Schumacher 1984). Dalam kajian ini, proses temubual
diperlukan untuk mengumpul data dan maklumat sebelum dianalisis dengan lebih terperinci
untuk mengenal pasti dan mendapatkan keputusan untuk setiap permasalahan yang dihuraikan
di awal kajian serta untuk mengetahui apakah bias yang boleh wujud semasa analisis dapatan
kajian dan bagaimana ia mempengaruhi pemboleh-pemboleh ubah yang dinyatakan di dalam
kajian. Untuk jenis reka bentuk kajian pula, memandangkan terdapat lebih daripada 2
pemboleh ubah yang ingin diukur, maka reka bentuk kajian korelasi yang dipilih. Ini
membenarkan penyelidik untuk menggunakan statistik atau data yang diperolehi untuk
dianalisis dan untuk tujuan memerihal serta mengukur darjah perkaitan di antara kesemua
pemboleh ubah yang telah dinyatakan. Ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan atau
perkaitan diantara kesemua pemboleh ubah ataupun tiada langsung perkaitan antara kesemua
pemboleh ubah yang dinyatakan. Reka bentuk ini juga digunakan untuk menjawab bagaimana
kesan yang diperolehi disebabkan oleh pemboleh-pemboleh ubah sama ada ia dapat dibuktikan
ataupun tidak dapat dibuktikan sama sekali.
PENSAMPELAN

Pensampelan merupakan satu prosedur atau kaedah di mana beberapa ahli daripada
populasi sahaja yang dipilih sebagai perwakilan bagi keseluruhan populasi. Dalam konteks
kajian ini, sebilangan guru dan pelajar sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah
swasta sahaja dipilih sebagai sampel untuk kajian ini. Ini diigunakan bertujuan untuk
mendapatkan maklumat daripada populasi yang bersaiz besar dengan menjimatkan kos, kadar
kelajuan mendapatkan maklumat yang pantas serta untuk meningkatkan ketepatan kajian. Ini
kerana saiz populasi yang dipilih adalah berskala besar dan proses mendapatkan maklumat
untuk semua ahli populasi memakan masa yang sangat lama dan secara tidak langsung
mengurangkan ketepatan kajian serta melambatkan proses kajian dijalankan. Teknik
pensampelan yang digunakan ialah pensampelan kebarangkalian. Teknik ini digunakan untuk
memastikan setiap subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Ini
dilakukan dengan menyediakan senarai sama ada nama atau nombor subjek populasi.
Kemudian subjek populasi dilabelkan dan subjek akan dipilih secara rawak dengan
menggunakan jadual nombor rawak. Teknik ini digunakan bagi mendapatkan generalasi
kepada populasi yang dipilih.
PEMBINAAN INSTRUMEN

Kesahan merupakan konsep yang penting dalam konteks pengukuran sesuatu


konstruk. Kesahan sesuatu pengukuran itu bergantung kepada sejauh mana ia berjaya
mengukur apa yang hendak diukur (Azizi Yahya et al. 2017). Kesahan merujuk kepada
sejauh mana sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur. Jadi instrument yang dibina
haruslah mempunyai ketepatan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan bagi
mengutip dana bagi menjawab persoalan kajian yang dibincangkan di dalam kajian. Untuk
kajian ini, instrument questionnaire (soal selidik) dan interview (temubual) digunakan untuk
mendapatkan data dan maklumat. Ini untuk melihat sama ada jawapan atau maklumat data
yang diperolehi sejajar antara dua instrument yang digunakan sebelum analisis dilakukan
terhadap pemboleh-pemboleh ubah yang digunakan di dalam kajian. Aspek pengurusannya
dapat di bahagi kepada empat, iaitu pengurusan pasukan, penerapan sains sukan, penilaian
pasukan dan penyeliaan dan pemantauan pasukan. Manakala Pembolehubah tidak bersandar
dalam penyelidikan ini adalah terdiri daripada keberkesanan dan juga ciri-ciri demografik
subjek seperti jantina, umur, sijil kejurulatihan sukan, pengetahuan bidang sains sukan dan
pengalaman. Rujukan konstruk instrument ini pula rata-rata nya adalah daripada pembacaan
kajian-kajian berkaitan yang lepas yang telah dilakukan. Selain itu, pemerhatian situasi
sebenar atau permasalahan sebenar dijadikan sebajai rujukan dengan melihat sendiri
bagaimana pemboleh-pemboleh ubah yang dinyatakan memberikan impak atau tidak
memberi sebarang impak terhadap pengurusan sains sukan dalam pengurusan bola sepak di
sekolah.
KUTIPAN DATA

Data-data yang dikumpul adalah merupakan data primer iaitu data yang dikutip melalui
soal selidik (questionnaire) dan temubual (interview). Proses kutipan data ini merupakan
prosedur yang digunakan untuk mendapatkan data dengan cara sistematik dan terbaik yang
boleh membantu untuk merumuskan kesimpulan bagi menjawab persoalan kajian.
Memandangkan sampel yang dipilih adalah ramai, kaedah ini sangat membantu oleh kerana ia
dapat menjimatkan masa kutipan di mana responden tidak perlu untuk menjawab soal selidik
selama satu hari untuk diberikan pada keesokan hari, tetapi hanya perlu menjawab pada waktu
tersebut dan menghantar respon pada ketika itu juga. Selain itu, ia juga membantu mendapatkan
jumlah data yang banyak dalam satu masa memandangkan saiz populasi yang dipilih adalah
besar. Memandangkan instrument kaedah temubual juga digunakan dalam kajian ini, maka
kutipan data yang diperolehi adalah bervarian atau berbagai yang mana ia dapat digunakan
untuk menilai sejauh mana kelebihan dan kekurangan data-data yang diperoleh serta ia dapat
digabungkan sekiranya perlu untuk mendapatkan satu atau banyak kesimpulan yang baik untuk
persoalan kajian yang dinyatakan. Kaedah temubual yang digunakan lebih bersifat informal
yang mana pengkaji ingin mendapatkan kepercayaan responden dengan membuatkan
responden lebih selesa dan percakapan atau respon yang diberikan lebih jujur tanpa berat
sebelah dan jawapan yang tidak munasabah. Semasa menemu bual responden, pengkaji akan
mencatat segala respon dengan menulis nota dan juga rakaman audio. Untuk mengambil nota,
ia akan membolehkan respon yang diberikan lebih berstruktur dan mudah utk di interpretasi
pada analisis data manakala untuk rakaman audio, ia dapat dijadikan sebagai data mentah yang
mana ia mungkin berguna untuk kajian yang akan datang oleh pengkaji yang lain.
CADANGAN ANALISIS DATA

Taburan responden terbahagi kepada dua, iaitu guru dan juga pelajar. Kemudian,
pelajar dibahagikan pula kepada atlet, bukan atlet serta mengikut jantina iaitu lelaki atau
perempuan. Pemboleh ubah yang dinyatakan kemudian akan dinilai dan dikira min untuk
mengetahui peratus min untuk menentukan tahap pemboleh ubah tersebut sama ada rendah,
sederhana atau tinggi. Kemudian, bilangan responden dinyatakan dalam bentuk peratusan
untuk menunjukkan perbezaan di antara data yang diperolehi serta untuk membandingkan
antara satu sama lain. Kesemua responden terlibat akan dinilai dalam bentuk kekerapan
sebelum ditukar menjadi peratusan. Selepas itu, penilaian perbandingan ini akan digunakan
untuk menilai apakah perkaitan atau impak terhadap pemboleh-pemboleh ubah yang
dinyatakan.

Guru merupakan golongan responden yang paling ramai berpendapat bahawa modul
pengajaran untuk sukan seperti bola sepak khususnya perlu dikaji semula dan beberapa
rombakan perlu dilakukan jika ingin memperkasakan bidang sains sukan ini dan bukan hanya
sekadar retorik semata-mata. Manakala sebahagian kecil responden guru yang berpendapat
modul pengajaran untuk sukan ini tidak perlu diubah namun daripada segelintir ini, hanya
sekumpulan kecil pula berpendapat bahawa modul sukan tidak perlu diubah namun yang perlu
diubah adalah tenaga pengajar yang lebih bertepatan dengan bidang mereka. Bagi responden
murid pula, pelajar perempuan sama ada atlet atau bukan atlet lebih menunjukkan keputusan
bersetuju bahawa modul pengajaran perlu digubah semula oleh kerana mereka berpendapat
bahawa ini merupakan satu ilmu baharu untuk mereka dan sebagai persedian untuk ke
peringkat pengajian tinggi yang lebih mengfokuskan kepada ilmu pengetahuan yang lebih
spesifik. Untuk responden pelajar lelaki pula sebahagian kecil sahaja daripada kelompok besar
bersetuju jika modul ini dikaji semula namun sebahagian besar lagi tidak bersetuju untuk modul
ini digubah semula dan ditambah dengan ilmu sains sukan oleh kerana mereka merasa terbeban
untuk mempelajari subjek ini dan tidak mahu untuk menambah tekanan yang telah mereka
hadapi.

Selain itu, aspek pendedahan kepada tenaga lepasan institut pengajian tinggi juga diberi
penekanan oleh kerana mereka kurang mendapat tempat untuk menimba pengalaman dalam
mengendalikan bidang sains sukan terhadap pelajar atau komuniti. Untuk ini, sebilangan besar
responden guru menyatakan bahawa mereka bersetuju sekiranya lepasan pengajian tinggi
dalam bidang sains sukan ini diberi pendedahan mengajar sains sukan oleh kerana responden
menyatakan bahawa mereka merasa terbeban dengan tugasan mengajar subjek di luar bidang
kemahiran mereka. Sebahagian kecil responden pula menyatakan sebaliknya dengan tidak
bersetuju untuk diberi pengalaman oleh kerana kekangan tempat dan juga merasakan lepasan
institut pengajian tinggi harus berani menimba pengalaman walaupun tanpa peluang. Manakala
untuk responden daripada pelajar pula, hampir keseluruhan daripada mereka tidak kira lelaki
ataupun perempuan mahupun atlet ataupun tidak, mereka berpendapat sepatutnya tenaga
pengajar yang mengajar subjek Pendidikan sains sukan dan Pendidikan jasmani kesihatan
mesti daripada kalangan mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Hal ini
kerana mereka menyatakan bahawa sewaktu subjek Pendidikan sains sukan atau jasmani
kesihatan, mereka tidak melakukan aktiviti fizikal atau riadah malah terpaksa belajar subjek-
subjek teras seperti sains dan matematik pada waktu Pendidikan jasmani atau sains sukan. Jadi
jelas lah disini bahawa kekurangan tenaga mengajar di dalam bidang sains sukan ini menjurus
kepada keterpaksaan pelajar untuk mengulang kaji subjek lain walaupun pada waktu
Pendidikan jasmani dan sains sukan. Jadi jelaslah disini bahawa pengurusan untuk subjek
sukan seperti Pendidikan jasmani atau sains sukan yang lemah mendorong kepada kegagalan
untuk membentuk pelajar yang mahir dan menguasai bidang pengurusan dalam sukan yang
mana ia secara tiddak langsung memberi kesan kepada organisasi atau persatuan-persatuan di
Malaysia pada masa akan datang. Dengna kesedaran yang lebih mendalam serta usaha yang
keras, tidak mustahil masalah ini dapat dibendung dan diatasi.
RUJUKAN

Ismail, W. A. W., & Muhamad, T. A. (2015). Hubungan faktor penghalang terhadap


penglibatan pelajar dalam Pendidikan Jasmani di sekolah menengah.

Jani, J., Boon, O. K., Madon, M. S., Ahmad, H., Khalid, N. H. M., & Ahmad, Y. (2009).
Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar dan Jenis Penilaian dalam Mata Pelajaran Sains Sukan
di Sekolah Menengah (Teaching Approach, Learning Style and Types of Evaluation in Sport
Science Subject at Secondary Schools). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of
Education), 34(2), 81-91.

Deraman, H. H., Daud, M. A. K. M., & Samad, R. S. A. (2017). PELAKSANAN


PENGURUSAN PASUKAN BOLA SEPAK UNTUK PROGRAM SUKAN PRESTASI
TINGGI SEKOLAH MALAYSIA. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 5(2), 55-65.

Meor Riduwan. “JDT Perkasa Elemen Sains Sukan.” HM Online, 15 Aug. 2019,
www.hmetro.com.my/arena/2019/08/486256/jdt-perkasa-elemen-sains-sukan

Fauzi, Ferzalfie. “Persatuan Sukan Perlu Atasi Kelemahan.” BH Online, 8 Nov. 2017,
www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2017/11/348378/persatuan-sukan-perlu-atasi-
kelemahan

Kutz, Steven. “$100 Billion - That's How Much Americans Spent on Sports over the Past 12
Months.” MarketWatch, MarketWatch, 12 Sept. 2017, www.marketwatch.com/story/heres-
how-much-americans-spend-on-sports-in-one-chart-2017-09-11

“All-Time Olympic Games Medal Tally (Summer Olympics).” Topend Sports, Science,
Training and Nutrition, www.topendsports.com/events/summer/medal-tally/all-time.htm

Govindan, J. K., Soh, K. G., & Aminuddin, Y. (2019). Persepsi atlet terhadap gaya tingkah
laku kepimpinan jurulatih bola sepak sekolah yang digemari dengan gaya tingkah laku
kepimpinan sebenar jurulatih bola sepak di daerah Alor Gajah, Melaka.
LAMPIRAN

TASK 4

Aligning research problems with questions, designs and instruments

Latar belakang Persoalan kajian Rekabentuk (RB) Instrumen (I)


masalah (LBM) (PK)

1.2.1 Pendedahan -Bagaimana modul -Correlational -Protokol interview


yang sangat bolasepak yang
sedikit yang tersusun dan
tentang lengkap dengan
sains sukan subjek sains sukan
dalam dapat
modul dilaksanakan?
bolasepak -Adakah guru yang
di sekolah mengajar
merupakan guru
yang bertauliah dan
diiktiraf?

1.2.2 Kekangan -Adakah cara untuk - Descriptive -Soal selidik


dari segi mendapatkan
kewangan sumber kewangan
daripada sampingan yang
pihak tidak menganggu
sekolah. perbelanjaan utama
sekolah?

1.2.3 Pengurusan -Apakah - Experimental -Senarai semak


kelab dan perancangan ahli
sukan organisasi untuk
bolasepak melantik individu
di sekolah yang sesuai untuk
yang agak menerajui
lemah. persatuan
bolasepak di
sekolah?
TASK 5

CABARAN PENGAPLIKASIAN SAINS SUKAN TERHADAP SUKAN BOLA SEPAK


DI PERINGKAT SEKOLAH DI MALAYSIA.

A. 1) Mengapa saya melakukan kajian ini?

- Saya memilih tajuk kajian ini adalah kerana saya merasakan bahawa bidang sains
sukan masih lagi tidak diperluaskan penggunaannya secara optimum dalam
kalangan sekolah sekolah di Malaysia. Bagi saya bidang ini amatlah penting
terhadap generasi muda terutamanya dalam melahirkan murid yang bukan sahaja
arif dalam ilmu sains dan teknologi semata-mata namun turut mahir dalam ilmu
sains dan sukan. Kebanyakan masyarakat masih bersikap prejudis terhadap bidang
sains sukan ini dan skeptikal tentang masa depan mereka yang menceburi diri
dalam bidang ini. Selain itu, sukan bola sepak yang merupakan sukan nombor 1
negara juga masih lagi tidak didedahkan sepenuhnya dengan sains sukan.
Kebanyakan sekolah masih meminggirkan sains sukan dalam sukan bola sepak
atas beberapa alasan yang mana sedikit sebanyak boleh menganggu prestasi
semasa pasukan bola sepak sekolah dan juga tiada pembaharuan dalam arena
sukan bola sepak antara sekolah-sekolah di Malaysia. Jadi dengan kajian yang
lebih terperinci akan dilakukan untuk mengatasi masalah yang membelenggu
sukan bola sepak ini.
2) Bagaimana kajian ini mampu menambahbaik masalah yang ada yang berkaitan dengan
topik?

- Antara aspek yang dititkberatkan adalah mengenai modul pengajaran bola sepak
di sekolah dan juga keadaan fizikal dan juga fisiologi pemain bola sepak yang
mana dengan pengenalan kepada bidang sains sukan ini dapat menentukan sejauh
mana kemampuan seseorang pelajar atau pemain dan juga untuk mengukur
prestasi pelajar dalam beberapa perlawanan untuk dijadikan sebagai rujukan untuk
meningkatkan prestasi di masa akan datang. Pelajar dan guru juga akan lebih peka
tentang fisiologi tubuh badan mereka. Melalui kajian ini, bidang sains sukan
dalam bola sepak tidak akan lagi dipandang enteng malah pelajar dan juga guru
dapat menambah nilai tambah diri mereka melalui bidang ini. Bermula daripada
peringkat sekolah, pemain atau pelajar ini dapat dibentuk menjadi seorang pemain
yang lengkap dan professional untuk kebaikan negara pada masa akan datang.

B. Berikut merupakan data yang ada untuk sekolah menengah daerah Kulai.

Sekolah A: Guru: 87 Saiz populasi, N: 97 Saiz sampel, S: 76


Pentadbir: 10
87/97 X 76=68
10/97 X 76=8

Sekolah B: Guru: 102 Saiz populasi, N: 113 Saiz sampel, S: 86


Pentadbir: 11
102/113 X 86=78
11/113 X 86=8

Sekolah C: Guru: 78 Saiz populasi, N: 87 Saiz sampel, S: 70


Pentadbir: 9
78/87 X 70=63
9/87 X 70=7

Sekolah D: Guru: 88 Saiz populasi, N: 98 Saiz sampel, S: 76


Pentadbir: 10
88/98 X 76=68
10/98 X 76=8

Sekolah E: Guru: 96 Saiz populasi, N: 107 Saiz sampel, S: 80


Pentadbir: 11
96/107 X 80=72
11/107 X 80=8
1) Pilih satu pensampelan rawak kluster ATAU rawak berstrata untuk mengkaji satu
topik yang dinamakan sebagai "keperluan penglibatan ibubapa dalam aktiviti
sekolah". Jelaskan bagaimana pensampelan ini dilakukan.

-Untuk data ini, saya memilih pensampelan rawak strata untuk setiap guru dan
pentadbir bagi setiap sekolah yang terlibat. Ini kerana kelompok sekolah merupakan
kelompok kumpulan yang kecil dan juga terdiri daripada populasi yang mempunyai
sifat-sifat yang serupa dan mempunyai persamaan, iaitu setiap sekolah mempunyai
guru dan pentadbir. Untuk strata guru dan strata pentadbir, tentukan saiz populasi (N)
dan saiz sampel (S). Kemudian, tentukan nilai sampel yang akan dipilih secara rawak
daripada jumlah populasi untuk setiap strata untuk setiap sekolah. Daripada situ,
ulang langkah yang sama untuk setiap sekolah untuk mendapatkan nilai sampel yang
akan dipilih secara rawak daripada setiap strata. Menggunakan sampel berstrata akan
sentiasa mencapai ketepatan yang lebih besar daripada sampel rawak mudah
memandangkan kelompok sasaran adalah kelompok yang tidak terlalu besar.

Anda mungkin juga menyukai