Anda di halaman 1dari 3

Laporan aktiviti Sambutan hari kemerdekaan Sambutan hari kemerdekaan telah berlangsung pada 22 Ogos 2013 dengan jayanya.

Acara ini dijalankan di kawasan perkarangan kantin sekolah. Murid - murid tahun 1 dan 2 membuat persembahan nyanyian lagu patriotik di atas pentas. Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan upacara memacak bendera di sekeliling pagar sekolah. Ketua kelas setiap tahun diberi pengiktirafan untuk memasang bendera di setiap pagar sekolah. Berikut merupakan gambaran suasana sepanjang aktiviti ini berlangsung.

GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

LAPORAN AKTIVITI Kem Bestari Solat Pada 8 September 2013 telah berlangsungnya Kem Bestari Solat yang melibatkan sekemua murid SK Pokok Asam. Kesemua guru terlibat dalam menjadi fasilitator kepada murid. Setiap guru akan menerima empat waktu dan setiap dua waktu terdiri daripada LDK - LDK tertentu. Saya dipilih untuk menjadi fasilitator bagi murid kelas 1 Potensi dan 5 Amanah. Slot yang diberi adalah amali wudhuk dan membaca niat. Saya menunjukkan cara untuk mengambil wudhuk dengan betul dan murid akan melakukan seorang demi seorang. Untuk slot membaca niat, setiap murid dikehendaki membaca niat mengikut waktu solat di hadapan guru. Kesemua murid boleh dikatakan tahu membaca dan menyebut perkataan dengan betul. Kem ini berjalan dengan jayanya kerana kerjasama dari guru - guru dan murid dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai