Anda di halaman 1dari 2

Candangan Skrip Ujian Bertutur:

Apakah faedah-faedah bersukan kepada masyarakat pada masa kini?

Pusingan pertama:

Calon A selamat sejahtera. Mari kita mulakan sesi perbincangan kita bertemakan sukan.Aktiviti
bersukan dalam kalangan masyarakat semakin mendapat perhatian.Perkembangan infrastruktur
sukan seperti gelanggang futsal dan badminton dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat kita.
Aktiviti bersukan menjadi aktiviti pada waktu siang dan malam.Mengapa aktiviti bersukan juga
menjadi aktiviti pada waktu malam? Jawapannya ialah ramai orang mencari rezeki pada waktu
pagi untuk suapan diri dan tanggungan masing-masing.Pelbagai faedah yang diperoleh
daripada bersukan kepada masyarakat yang kian kerap melakukan aktiviti tersebut.

Pada pendapat saya, antara faedah-faedah yang diperoleh daripada bersukan ialah menjamin
kesihatan masyarakat kita kerana bersukan melibatkan penggunaan fizikal dan juga
mental.Aktiviti bersukan seperti bola sepak,badminton dan bola keranjang dapat membantu
tubuh badan individu mengeluarkan peluh dan menambahkan stamina.Selain itu, melakukan
aktiviti sukan juga dapat menjauhkan penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung.Oleh
itu,pihak masyarakat hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.

Calon B Terima kasih Calon A atas penerangan dan pendapat tentang faedah-faedah bersukan.Pada
pendapat saya pula,aktiviti bersukan ini mewujudkan berfikiran positif dalam
masyarakat.Dengan melibatkan diri dalam aktiviti bersukan,individu lebih aktif dan bermotivasi
dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Hal ini menyebabkan individu dapat mengawal mental diri
dengan menerima kekalahan dalam pertandingan sukan ataupun mengawal kemarahannya dalam
kehidupan seharian.Oleh itu,pihak masyarakat dapat menguatkan mental diri dan bersikap
toleransi dengan melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.

Calon C Saya kagum dengan pandangan awak Calon B tetapi berlainan dengan pendapat saya,sukan
juga mampu menjadikan kerjaya seseorang. Sukan berkemampuan menjadi industri yang
menarik pelaburan dan hiburan kepada masyarakat.Bukan itu sahaja tetapi sukan juga dapat
melahirkan atlet-atlet yang berjaya seperti Datuk Lee Chong Wei,Dato Pandelela Rinong dan
Datuk Nicol David.Bagaimanakah atlet-atlet ini menjadikan sukan sebagai sebuah
kerjaya?Jawapannya ialah usaha tangga kejayaan dan mempunyai minat yang mendalam
terhadap bidang sukan.Oleh itu,pihak masyarakat hendaklah mempunyai kemahiran dan minat
yang mendalam agar dapat mencapai impian.

Calon D Saya berpendapat dengan Calon C tetapi faedah-faedah sukan yang lain ialah dapat mengisi
masa lapang bersama kawan dan keluarga.Sekiranya seseorang melibatkan aktiviti bersukan,
maka individu tersebut tidak membuang masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan
mengeratkan sillaturahim bersama rakan dan keluarga.Hal ini juga menyebabkan lebih ramai
orang dapat mengelakkan diri daripada kes jenayah seperti menghisap dadah dan aktiviti lumba
haram.Oleh itu,pihak masyarakat haruslah bijak mengisi masa agar mempunyai masa untuk
mengisi lapang bersama rakan dan keluarga.
Calon E Saya percaya bahawa setiap orang mempunyai pendapat masing-masing tentang perkara
ini. Pada pandangan saya, aktiviti bersukan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam
masyarakat.Antara nilai murni yang diperoleh daripada sukan ialah nilai berdikari iaitu
mempunyai keyakinan diri dalam setiap atlet dan nilai hormat-menghormati iaitu mempunyai
kepercayaan dan kerjasama dalam pasukan seperti sukan bola keranjang.Seterusnya ialah dapat
nilai kesyukuran,berhemah tinggi,baik hati dan sebagainya.Aktiviti bersukan ini dapat
menerapkan pelbagai nilai murni kepada masyarakat supaya selalu mengamalkan nilai-nilai
murni ini.

Pusingan ke-2:

Calon A Saya ingin menambahkan isi saya iaitu bukan sahaja dapat menjamin kesihatan masyarakat
tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran fizikal mereka.Contohnya,semakin lama kita bermain
sukan badminton,semakin mahir kita dalam bidang badminton.

Calon B Maafkan saya, izinkan saya mencelah? Saya berpendapat dengan Calon A tetapi dengan
adanya kemahiran fizikal,kita juga boleh mengajar generasi muda tentang aktiviti bersukan
kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Jika kamu ingin lihat masa depan
negara,lihatlah pemuda-pemudi pada hari ini.

Calon C Wah,betullah pendapat Calon B.Saya amat setuju dengan Calon B kerana generasi muda
pada masa kini amat penting dalam masa depan negara.Jika kita menerapkan ilmu-ilmu berkaitan
dengan sukan dalam pemuda-pemudi pada hari ini, negara kita akan dipandang tinggi oleh negara
lain dengan menyertai pertandingan bola sepak antarabangsa.

Calon D Izinkan saya menambah isi calon C? Saya percaya bahawa negara kita akan dipandang tinggi
sekiranya kita menunjukkan semangat perpaduan kita dalam sesebuah pertandingan.Negara kita
yang pelbagai kaum mampu menghadapi pelbagai cabaran kerana bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.

Calon E Saya bersetuju dengan pandangan semua orang.Aktiviti sukan memberikan pelbagai manfaat
bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga kepada negara.Pandangan terakhir saya tentang
faedah aktiviti sukan ini ialah “otak cerdas,badan cergas”. Ini adalah slogan yang diguna pakai
dalam setiap pertandingan ataupun aktiviti sukan kerana dapat meningkatkan tahap kecerdasan
otak kita dan badan yang cergas ini. Itu sahaja daripada kami.Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai