Anda di halaman 1dari 8

Faedah bersukan

Daph: Hai kawan-kawan!

Everyone else: Hai Daphne!

Darrel: Daphne, mengapakah kamu tercungap-cungap dan berpeluh sangat? Adakah kamu
lari ke sini?

Daph: Oh, saya baru sahaja habis bermain badminton. Saya berasa sangat letih.
Bercakap tentang badminton, Darrel, adakah kamu tahu tentang definisi sukan?

Darrel: Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran dan tenaga yang
dilakukan sebagai acara hiburan. Contoh aktiviti sukan ialah bola sepak, bola
keranjang, badminton, berenang, tenis dan banyak lagi.
Sekolah kita juga mengadakan Hari Sukan yang mengandungi aktiviti lompat tinggi,
lompat panjang, lembing, berlari dan sebagainya.

Cw: Aduhai, hari sukan memang membuat saya pening kepala. Otot saya sentiasa sakit
selepas saya berlatih dan saya selalu terlalu penat untuk menyiapkan kerja sekolah.
Saya benar-benar mahu berhenti.

Darrel: Eh, jangan bercakap begitu. Walaupun bersukan mungkin menyebabkan


ketidakselesaan, namun bersukan membawa banyak kebaikan kepada kita.
Antaranya, bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dari segi fizikal dan
juga mental. Dari segi fizikal, badan kita akan menjadi lebih cergas dan kuat.
Ini boleh membantu melindungi kita daripada bahaya atau dibuli jika kita mempunyai
badan yang baik. Stamina kita juga bertambah dan kita tidak akan mudah letih.
Semasa kita bersukan, sisa toksin dalam badan kita dapat dikeluarkan melalui peluh.

Bersukan juga dapat melancarkan perjalanan darah, menguatkan jantung kita,


mengurangkan lemak yang berlebihan dan membantu kita mencapai berat serta bentuk
badan yang ideal.
Selain itu, bersenam dapat mengurangkan risiko ataupun mengelakkan kita daripada
mengidap penyakit berbahaya seperti kencing manis, penyakit jantung, stroke dan
sebagainya.
Peribahasa yang sesuai bagi situasi ini ialah sediakan payung sebelum hujan.
Daphne, bagaimanakan bersukan menjaminkan kesihatan dari segi mental pula?

Daph: Dari segi mental, aktiviti bersukan dapat mencerdaskan minda kita (dan
membantu kita dalam pembelajaran).
Hal ini dikatakan demikian kerana selepas kita bersenam, kita akan berasa lebih
bertenaga dan berfokus.
Kita dapat memberi perhatian dalam kelas dan sentiasa produktif untuk menyelesaikan
tugasan. Fikiran dan ingatan kita akan menjadi lebih tajam.
Setelah bekerja sepanjang hari, kita akan berasa letih dan mudah untuk tidur.
Insomnia juga dapat dielakkan. Di samping itu, bersukan dapat membantu mengurangkan
tekanan kerana kita sentiasa berfokus dalam senaman fizikal.
Sebagai contoh, saya sangat stress pada minggu ini kerana perlu menghadapi
peperiksaan pertengahan tahun. Saya sudah seperti ayam berak kapur apabila melihat
informasi yang perlu dihafal.
Tetapi apabila saya pergi bermain badminton, saya telah melupakan tentang tekanan
yang saya hadapi dan hanya menikmati masa bersukan. Tambahan lagi, bersukan dapat
meningkatkan kestabilan mental kita.
Kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap boleh mencegah atau memberi
kesan positif terhadap kemurungan dan kebimbangan. Kita dapat membina keyakinan
diri apabila memenangi pertandingan yang kita bekerja keras untuk.
Apabila badan kita sihat dan kuat, kita juga akan berasa gembira dan berfikiran
positif serta menyelesaikan masalah dengan rasional. Bak kata peribahasa, badan
cergas otak pun cerdas. Cheryl Lee, apakah pendapat anda?

CL: Pada pendapat saya, mengisi masa lapang merupakan salah satu kelebihan
bersukan. Masa itu emas. Masa lapang kita, baik singkat mahupun panjang, adalah
sangat penting untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Berbanding seseorang yang bersukan dengan seseorang yang menonton rancangan
televisyen pada masa lapang, tentulah orang yang bersukan menggunakan masanya
dengan terbaik kerana mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan.
Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Tambahan lagi, masyarakat,
terumatanya golongan remaja tidak akan ada masa untuk melibatkan diri dalam perkara
yang tidak bermoral atau akan meruntuhkan masa hadapan mereka.
Contohnya, merokok, menghisap dada, melepak dan vandalisme. Oleh itu, bersukan
dapat mengurangkan gejala sosial daripada berlaku dan memastikan masa kita
digunakan dengan bijak.
Seterusnya, bersukan dapat melahirkan generasi muda yang berketerampilan.
Pada masa kini, banyak universiti meminta murid yang bukan sahaja cemerlang dalam
pelajaran, tetapi juga pandai dan partisipatif dalam aktiviti kokurikulum ataupun
sukan.
Sebagai seorang murid yang pandai belajar dan bersukan, kita akan ada lebih banyak
peluang semasa memohon pekerjaan atau universiti. Cheryl Wong, adalah kamu
bersetuju?

CW: ya, saya bersetuju. Selain daripada apa yang telah dikatakan oleh Cheryl Lee,
bersukan juga boleh memupuk nilai kerjasama.
Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai sukan memerlukan dua atau lebih orang
dalam satu pasukan. Jadi, setiap orang perlu bekerja sama agar sukan tersebut dapat
dimainkan dengan terbaik.
Di samping itu, kita juga dapat mengenali kawan yang baharu apabila menyertai
aktiviti kokurikulum yang berkenaan dengan sukan. Kita dapat bergaul dengan ahli
kelab lain kerana mempunyai keminatan yang sama.
Hubungan antara ahli kelab ataupun pasukan juga dapat dieratkan. Ini penting untuk
melahirkan dan membentuk sesuatu pasukan yang kuat kerana saling bertoleransi dan
memahami antara satu sama lain.
Tambahan lagi, bersukan juga dapat mewujudkan perpaduan. Di Malaysia, semua sukan
dapat disertai oleh pemain yang daripada pelbagai kaum.
Oleh itu, semua orang dapat bersukan bersama-sama tanpa mengira kaum, bangsa,
negara dan latar belakang.
Dengan masyarakat yang bersatu padu, pertelingkahan dapat dielakkan dan negara kita
akan sentiasa aman dan damai kerana muafakat membawa berkat.
Contohnya, abang saya merupakan kapten pasukan bola sepak. Dia dan pasukannya
sering menyenangi banyak pertandingan.

CL: Wah, hebatnya mereka! Bagaimanakah mereka mencapainya?

CW: Pasukan abang saya sentiasa menyokong dan memahami antara satu sama lain.
Hubungan mereka seperti isi dengan kuku. Mereka bersama-sama berlatih bermain bola
sepak sepelas sekolah.
Dalam pertandingan, dengan hanya memandang antara satu sama lain, mereka akan tahu
bola sepatutnya ditendang kepada siapa.
Jadi, dengan kerjasama dan perpaduan antara semua orang, pasukan abang saya dapat
memenangi pertandingan dengan lebih senang. Derick, apakah kebaikan bersukan yang
lain?

Derick: Bersukan mampu menjadi kerjaya seseorang. Jika seseorang murid mempunyai
bakat yang tinggi dalam sesuatu sukan, dengan latihan yang tepat dan bimbingan yang
betul, dia dapat menjadi atlet yang bersaing pada peringkat dunia.
Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, Lee Zii
Jia telah bermula bermain badminton ketika berumur 6 tahun.
Kini, dia telah menyertai pertandingan antarabangsa dengan sokongan setiap
masyarakat Malaysia. Ramai orang mempunyai idea yang salah bahawa atlet hanya
bertahan tidak lebih daripada 10 tahun.
Tetapi, sebenarnya, atlet-atlet bertaraf antarabangsa mempunyai pendapatan yang
tinggi jika terkenal dan memenangkan banyak pertandingan.
Pendapatan mereka adalah daripada tajaan syarikat-syarikat besar seperti Milo untuk
mempromosikan produk mereka melalui iklan. Mereka juga dibayar secara ribuan setiap
bulan oleh kerajaan.
Apabila seseorang atlet tidak begitu aktif secara fizikal lagi, dia masih boleh
meneruskan pekerjaan sebagai jurulatih, ejen, guru dan banyak lagi.
Selain daripada itu, sebagai atlet, kita dapat meningkatkan imej sendiri dan negara
kerana membawa bangga kepada negara kita. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei yang
memenangi pingat perak dalam badminton olimpik 2016.

Daph: Wah, bersukan memang membawa sangat banyak faedah! Terima kasih kawan-kawan
kerana sudi berbincang tentang topik ini dengan saya. Saya telah belajar banyak
pengetahuan yang baharu.

CW: Saya juga. Ah, kereta saya sudah datang. Jumpa lagi!

Everyone else: Jumpa lagi!

Kepentingan Gotong-Royong

Apakah gotong royong?


Bantu-membantu
Lazimnya merujuk kepada aktiviti membersihkan sesuatu kawasan

Mewujudkan nilai tolong-menolong dalam masyarakat /


Mengeratkan hubungan /
Memupuk perpaduan masyarakat /
Mengamalkan nilai bekerjasama untuk mencapai sesuatu /
Mewujudkan kawasan yang bersih dan selesa /
Mengelakkan penyebaran penyakit /
Mengurangkan isu pencemaran /
Secara tidak langsung, dapat menjaga kesihatan /
Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah /
Memberi pendedahan kepada generasi muda /

Script

Daphne : Hai kawan-kawan


Everyone else : Hai daphne

Daphne : Aduh, sakitlah tangan saya!

Darrel : Eh, mengapa begitu?

Daphne : Oh! Semalam, saya telah menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan


kawasan perumahan bersama-sama dengan jiran. Saya telah ditugas untuk membantu
mengangkat barang yang berat sekali ke sini sana.
Darrel, tahukah anda tentang kepentingan gotong-royong?

Darrel : Gotong-royong? Cheryl, apakah gotong-royong?

CW : Berdasarkan kamus, gotong-royong bermaksud sikap tolong-menolong untuk


mencapai sesuatu.
Tetapi apabila frasa ‘gotong-royong’ digunakan secara umum, frasa bergotong-royong
lazimnya merujuk kepada aktiviti gotong-royong untuk membersihkan sesuatu kawasan.
Faham kah Darrel?

Darrel : OHHHHHH, faham Cheryl, terima kasih.

CW : Sama-sama. Darrel, memandangkan kamu faham apa gotong-royong, adakah anda tahu
kepentingannya?

Darrel : Pada pendapat saya, aktiviti-gotong royong boleh memupuk nilai bantu-
membantu dalam masyarakat.
Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti yang melibatkan kerjasama dan kooperasi
memang akan memerlukan setiap peserta untuk saling membantu.
Bak kata peribahasa, bagai aur dengan tebing. Contohnya, walaupun Daphne telah
ditugas dengan mengangkat barang yang berat itu, pastilah ada orang lain yang
membantunya. Betulkah Daphne?

Daphne : Ya Darrel, abang saya telah membantu mengangkat barang yang terlalu berat
untuk diangkat sendiri.

CW : Daphne, bagaimanakah kamu berasa tentang aktiviti gotong-royong dan


kepentingannya?

Daphne : Oh, bagi saya pula, saya amat suka aktiviti gotong-royong kerana dapat
mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Hal ini dikatakan demikian kerana kita berpeluang untuk berkawan dengan jiran di
kawasan perumahan apabila berganding bahu untuk mencapai sesuatu.
Sebagai contoh, saya telah membuat banyak kawan baharu apabila menyertai aktiviti
gotong-royong semalam. Inilah penting untuk membentuk sebuah masyarakat yang lebih
rapat dan berkasih sayang.
Janganlah kita seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan hanya
mementingkan diri sahaja. Lebih baiklah jika kita dapat membentuk hubungan
silaturahim dengan orang lain.

Darrel : Derick, apakah pendapat kamu tentang kepentingan gotong-royong pula?

Derick : Saya berpendapat bahawa aktiviti-gotong royong penting kerana membentuk


perpaduan masyarakat. Apabila kita menyertai dalam aktiviti gotong-royong, kita
terpaksa bekerjasama dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
Oleh itu, kita akan berinteraksi dengan kumpulan yang berbeza dalam sesuatu
masyarakat, dan membentuk hubungan dengan mereka. Dengan ini, kita boleh mewujudkan
masyarakat yang bersatu-padu dan aman damai.
Bak kata peribahasa, muafakat membawa berkat.

CL : Oh begitu, bagaimanakah dengan awak, Cheryl?

CW : Pada pendapat saya pula, gotong-royong sangat penting untuk memupuk nilai
kerjasama dalam sesebuah masyarakat. Aktiviti gotong-royong memerlukan kita
berganding bahu untuk mencapai sesuatu.
Bak kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hal ini akan
membiasakan kerjasama dalam sesebuah masyarakat. Apabila kita menyemai nilai
kerjasama ini, amalan bekerjasama akan dijadikan sesuatu norma.
Inilah penting supaya beban pada setiap individu dapat diringankan, dan kerja yang
sukar menjadi senang.

Derick : Cheryl Lee, bagaimana dengan pendapat awak? Adakah kamu bersetuju?

CL : Walaupun saya bersetuju dengan kalian, saya ingin berfokus kepada kepentingan
gotong-royong yang lebih praktikal. Antaranya ialah aktiviti gotong-royong
mewujudkan kawasan yang bersih dan selamat.
Contohnya, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai akan menjadikan
tempat itu menjadi lebih bersih dan selamat untuk dikunjungi. Darrel, tahukah anda
tentang kepentingan gotong-royong lain yang lebih praktikal?

Darrel : Tahu, Cheryl. Aktiviti gotong-royong mewujudkan kawasan yang bersih yang
tentulah bebas dari sebarang penyakit, terutamanya penyakit berjangkit yang dibawa
oleh vektor seperti tikus, lalat, nyamuk dan sebagainya.
Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan yang kotor merupakan habitat optimum
vektor ini. Jika habitat mereka dimusnahkan, vektor pun akan hilang.
Contohnya, nyamuk Aedes yang membawa penyakit Denggi amat suka kawasan di mana air
bertakung. Oleh itu, kita dapat mengelakkan penyebaran penyakit Denggi asalkan kita
memastikan tiada air bertakung. Daphne, apakah pendapat kamu?

Daphne : Pada pendapat saya pula, aktiviti gotong-royong adalah antara satu cara
bagi mengurangkan isu pencemaran, terutamanya pencemaran yang berpunca dari
aktiviti manusia yang membuat sesuatu kawasan yang kotor.
Kita dapat mengurangkan isu pencemaran bukan sahaja dengan membersihkan sesuatu
kawasan tetapi juga kerana kita dapat memberi kesedaran kepada peserta aktiviti
tersebut.
Apabila peserta terdedah kepada kesan aktiviti manusia pada sesuatu kawasan yang
begitu teruk, mereka akan bermotivasi untuk mengubah sikap yang teruk itu.
Oleh itu, kita dapat mengurangkan isu pencemaran secara tidak langsung juga.
Derick, bagaimana dengan perasaan kamu?
Derick : Saya berasa gotong-royong penting kerana dapat menjamin kesihatan
penduduk.
Apabila sesuatu kawasan bersih dan selamat, kita bukan sahaja dapat mengelakkan
penyebaran penyakit berjangkit, tetapi juga mewujudkan kawasan yang bersih dan
dapat menjamin kesihatan penduduk.
Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan yang berish dan lebih kurang tercemar
lebih baik untuk kesihatan seseorang. Contohnya, air yang lebih bersih lebih sihat
untuk digunakan berbanding dengan air sungai yang tercemar.
Cheryl Wong, bagaimana dengan kamu?

CW : Selain daripada kepentingan dari aspek kebersihan dan kesihatan, saya berasa
gotong-royong juga mempunyai kepentingan yang lebih berfokus kepada generasi muda.
Antaranya ialah aktiviti gotong-royong mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti
yang berfaedah. Aktiviti gotong-royong memang mempunyai banyak faedahnya, dan
memang akan mengambil masa yang banyak bagi seseorang remaja.
Inilah penting supaya mereka tidak berasa kebosanan dan mengisi masa lapang mereka
dengan aktiviti yang berkaitan dengan masalah sosial, seperti merokok dan
sebagainya.
Cheryl Lee, apakah perasaan kamu pula tentang impak kepada generasi muda?

CL : Oh, pada pendapat saya, gotong-royong amat penting untuk memberi pendedahan
kepada generasi muda.
Aktiviti gotong-royong memerlukan banyak kemahiran yang penting dalam banyak aspek
kehidupan, seperti kemahiran membersihkan sesuatu kawasan, bekerjasama dan
sebagainya.
Lebih baiklah jika generasi muda mula belajar dan mencungkil kemahiran ini untuk
digunakan pada masa depan, berbanding dengan mereka menjadi seperti katak di bawah
tempurung.
Bak kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Daphne : Wah, banyaknya faedah gotong-royong kepada ketiga-tiga masyarakat,


kebersihan dan juga generasi muda!

CW : Ya Daphne. Jika kalian ingin, kita boleh menyertai dalam aktiviti gotong-
royong membersihkan sekolah pada hujung minggu ini.

Daphne : Oh, boleh! Tetapi bolehkah kita membincang topik ini pada masa yang lain?
Kita perlu pergi ke kelas.

CW : Baiklah, jumpa lagi!

Everyone else : Bye bye!

Pencemaran & cara- cara mengatasinya

Daph: Hai kawan-kawan!


Everyone else: Hai Daphne!

Darrel: Pencemaran sejak kebelakangan ini teruk sangat, kan?


Saya mendengar berita tentang pencemaran Sungai Rajang di Sarawak yang telah
menjejas kesihatan orang kampung yang menggunakannya sebagai sumber air, dan
hidupan-hidupan akuatik yang mati akibat pencemaran tersebut.

Daphne: Ya Darrel, contoh pencemaran tersebut adalah pencemaran air. Sisa-sisa


toksik dan bahan kimia dari kilang menyebabkan habitat hidupan akuatik seperti ikan
dan penyu terjejas.
Hal ini disebabkan mereka tidak dapat mendapatkan oksigen yang cukup di dalam air
yang tercemar. Selain itu, tumpahan minyak dari pelantar dan pelabuhan juga
menyebabkan air tersebut tidak sesuai untuk digunakan.
Minyak dalam air juga menjejaskan kesihatan hidupan akuatik terutamanya terhadap
ikan kecil. Mereka akan mengalami tumbesaran terbantut dan tidak mendapat oksigen
yang cukup dari air.

Darrel: Nampaknya begitu, Daphne. Dahsyatnya begitu. Derick, tahukah anda tentang
pencemaran-pencemaran yang lain selain daripada pencemaran air?

Derick: Oh, pencemaran udara seringkali berlaku di negara kita. Pencemaran udara
atau jerebu berpunca daripada pembakaran terbuka. Terdapat masyarakat yang tidak
bertanggungjawab untuk membuang sampah ke tempat yang betul.
Oleh itu, mereka membakar sampah tersebut sahaja.
Pembakaran terbuka bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara, tetapi juga
mendatangkan ketidakselesaan orang yang tinggal berhampir tempat pembakaran
tersebut kerana asap yang menyebabkan sakit tekak dan mata kering.
Selain itu, kenderaan-kenderaan seperti kereta dan bas juga merupakan punca
pencemaran udara. Kenderaan-kenderaan yang menggunakan petrol mengeluarkan sejenis
kimia iaitu karbon monoksida yang menyebabkan pencemaran udara.
Di samping itu, kilang-kilang dan lapangan terbang juga mengeluarkan asap yang
memudaratkan kualiti udara. Asap tersebut juga dapat menyebabkan hujan asid selain
daripada pencemaran udara.

Cheryl Lee: Saya juga kerap mengalami masalah pencemaran bunyi kerana rumah saya
berhampiran dengan lapangan terbang. Setiap musim bercuti, lapangan terbang
tersebut akan berbunyi sangat kuat.
Selain itu, pembinaan bangunan baru juga menyumbang kepada pencemaran tersebut.
Terdapat juga jiran yang memainkan audio atau muzik dengan bunyi yang terlalu kuat.

Saya bersyukur kerana mempunyai jiran yang bertoleransi dan tidak memainkan muzik
dengan kuat.

Derick: Di samping itu, itu adalah jenis-jenis pencemaran, tetapi bagaimana cara-
cara mengatasi pencemaran?

Cheryl Lee: Untuk mengatasi pencemaran air, kita boleh permintaan kepada jabatan
alam sekitar untuk menguatkan undang undang. Selain itu, aktiviti gotong royong
boleh diambil oleh komuniti.
Sebagai peribahasa, Bagai aur dgn tebing, kita boleh meringankan beban setiap orang
apabila kita bekerjasama, dan mengeratkan hubungan rakyat kita.
Di samping itu, kita boleh memasang penapis air di sungai untuk menapis sebarang
sampah atau zarah terampai jadi menapis bakteria untuk diminum akan menjadi lebih
cekap.
Seterusnya, cara yang paling pasti mengatasi pencemaran air adalah, tidak membuang
sampah sarap. Akhirnya,

(Extra point)Kawalan biologi- cara mengatasi pencemaran tanah


Use biological control instead of pesticide for crops

Anda mungkin juga menyukai