Anda di halaman 1dari 1

Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang memberikan manfaat kepada kita.Kerajaan


malah menggalakkan kita untuk sentiasa melibatkan diri dalam sukan.Ini kerana
bersukan mempunyai banyak faedah.
    Antara faedah bersukan adalah,bersukan dapat menyihatkan tubuh badan dengan
berpeluh ketika bersukan.Antara aktiviti sukan yang mengeluarkan peluh ialah
berbasikal,bermain badminton,bermain bola sepak dan banyak lagi.Dari situ,badan
kita akan sentiasa sihat dan cergas bak kata pepatah akal yang sihat terletak pada
badan yang sihat.
    Selain itu,bersukan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara
keluarga mahupun rakan kita.Kita juga dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja ketika
bersukan di taman.Kebiasaannya,kita akan bertegur sapa dengan orang di sekeliling
kita apabila berjoging.Dengan itu,kita dapat memupuk perpaduan di kalangan
penduduk.
    Seterusnya,kita juga dapat memanfaatkan masa lapang.Sesi latihan sukan biasanya
diadakan pada waktu lapang.Dari situ,kita dapat mengelakkan daripada terjebak
dalam gejala sosial.
    Di samping itu,bersukan juga dapat mengharumkan nama sekolah.Kita dapat
mewakili sekolah ke pertandingan sukan.Apabila kita memenangi pertandingan yang
disertai,dengan serta merta kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Kita juga
semakin dikenali dan rezeki kita turut bertambah.
    Kesimpulannya,tidak ada kerugian jika kita suka bersukan.Marilah kita bersama-
sama menyahut cabaran agar wujud masyarakat di Malaysia yang sihat dan bijak.

Anda mungkin juga menyukai